Wednesday, September 7, 2011

Pemimpin LDP Sibuk Atau Boikot?

TIMBALAN Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, hairan kenapa pemimpin-pemimpin kanan Parti Liberal Demokratik (LDP) tidak menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman dan Kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, baru-baru ini.

Katanya, lebih menghairankan apabila pemimpin kanan parti itu dapat pula menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Istana Negeri dan rumah terbuka Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang jauh di Semporna, kemudian bersama-sama ke Papar menghadiri rumah terbuka Adun Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail.

"Adakah mereka ini terlalu sibuk dengan komitmen lain atau sengaja boikot acara Ketua Menteri dan kerajaan negeri. Kalau ia disengajakan, ia sesuatu yang amat mendukacitakan kerana tidak memberi penghormatan kepada Ketua Menteri dan Kabinet Negeri," katanya.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di DUN Sabah kelmarin.

Pada sambutan hari pertama Aidilfitri lepas, Presiden LDP Datuk VK Liew menghadiri rumah terbuk di Istana Negeri, tetapi keesokan harinya tidak kelihatan kelibat pemimpin kanan LDP termasuk presidennya pada rumah terbuka Aidilfitri Ketua Menteri dan Jemaah Menteri di Kompleks Sukan Likas.

Namun, pada hari ketiga Aidilfitri, Liew dan pemimpinnya menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Shafie di Semporna dan keesokan harinya pula bersama-sama menghadiri rumah terbuka Rahim di Papar.

Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud berkata, ketidakhadiran pemimpin kanan LDP pada rumah terbuka Ketua Menteri dan Jemaah Menteri itu menjadi bualan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia seolah-olah tidak menghormati Musa dan pimpinan negeri.

"Malahan, ia disifatkan seperti tidak mempunyai semangat kekeluargaan BN sebagaimana sepatutnya dijunjung oleh setiap parti komponen," katanya.

-Sabahkini

47 comments:
Write comments
  1. Biarkan mereka sahajalah. Bukan juga rumah terbuka ini wajib dihadiri.

    ReplyDelete
  2. Lebih baik datang dengan hati yang ikhlas daripada datang secara paksa.

    ReplyDelete
  3. pasal tak hadir rumah terbuka pun nak diperbesarkan.

    ReplyDelete
  4. mereka tak hadir kerana ada komitmen lain.

    ReplyDelete
  5. biar pihak LDP sendiri yang perjelaskan tentang perkara ini.

    ReplyDelete
  6. diharap hubungan antara LDP dan komponen2 BN yang lain baik2 saja. lagipun PRU semakin dekat.

    ReplyDelete
  7. Kalau sibuk macam mana juga?

    ReplyDelete
  8. mungkin juga mereka ada komitmen lain...

    ReplyDelete
  9. apa pun, semua harus sentiasa bekerjasama dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  10. Takkan habis modal sudah mahu buat isu? Atau mahu kaver isu anwar 16 Sept tu?

    ReplyDelete
  11. Small matter saja bah ni. Tapi bila banyak blog kasi siar artikel ni, jadi isu pula. Hmmm

    ReplyDelete
  12. perkara kecil saja..tidak perlu diperbesarkan..

    ReplyDelete
  13. KM sendiri tidak komen apa2..kenapa yang lain pula macam tidak puas hati ni? Relaks bah.

    ReplyDelete
  14. tumpukan kepada tanggungjawab kepada rakyat seperti mana yang selalu ditekankan oleh KM sabah.

    ReplyDelete
  15. jangan biarkan perkara seumpama mengugat kestabilan BN sabah..

    ReplyDelete
  16. Bila penyokong yang emosi2, ketua juga yang dapat imej buruk akhirnya. Lepas ni entah apa lagi yang dikaitkan dengan KM. Tidak sehaluan lah etc..

    ReplyDelete
  17. Sekejap saja ni. Tidak lama lagi timbul isu lain..begitulah seterusnya. Kalau tiada isu, sunyi sepilah dunia politik kan..

    ReplyDelete
  18. Inilah yang BN sendiri kata kepada pembangkang satu bantal tapi mimpi lain-lain hahaha

    ReplyDelete
  19. bukan boikot atau sibuk.. sekadar salah faham sebab terpengaruh dengan khabar angin sebelum ini..

    ReplyDelete
  20. perlu bersikap profesional dan tak payah timbulkan masalah dalam parti komponen. Lihat KM Musa langsung tak tergugat dengan perkara kecil sedemikian.

    ReplyDelete
  21. elakkan pergaduhan, harus ada persefahaman dan kerjasama dalam parti komponen..

    ReplyDelete
  22. kenyataan Salleh boleh merosakkan hubungan antara parti2 komponen..

    ReplyDelete
  23. LDP dah pun memberi penjelasan mereka jadi tidak usahlah perbesarkan isu ini

    ReplyDelete
  24. berilah tumpuan kepada isu-isu lain yang lebih penting dalam usaha membangunkan Sabah bukannya perkara remeh-remeh seperti ini

    ReplyDelete
  25. Why stir up this thing?

    ReplyDelete
  26. apa nak dihairankan... itu sebagai tanda mereka tidak menyenangi kepimpinan Musa... it is very simple message yang semua orang politik tahu tapi sengaja buat tanda tanya besar dalam media.

    ReplyDelete
  27. Isu LDP ini cuma isu kecil. Biarkan saja LDP buat apa yang mereka suka. Menyesal kemudian tidak ada gunanya nanti.

    ReplyDelete
  28. LDP perlu memberikan penjelasan. Kita tidak mahu salah faham ini berpanjangan. Selagi LDP tidak dapat menjelaskan maka selagi itulah rakyat akan memandang negatif kepada LDP.

    ReplyDelete
  29. Rumah terbuka saja pun mahu diheboh sangat. Bukan penting sangat, yang penting LDP masih mempunyai kerjasama dalam BN.

    ReplyDelete
  30. Tidak perlu memberi terlalu banyak penjelasan terutama perkara sedemikian.. Bukannya boleh diterima walaupun penjelasan diberi.

    ReplyDelete
  31. Abaikan je perkara ni, tidak perlu memberi terlalu banyak tumpuan terhadap perkara kecil sebegini, masih banyak perkara yang penting perlu diambil perhatian jika dibandingkan.

    ReplyDelete
  32. Perkara kecil seperti ini tidak harus merosakkan persefahaman antara mereka.

    ReplyDelete
  33. Ada juga pihak yang mengungkit perkara kecil seperti ini semata-mata untuk membuat orang lain tidak gembira. Lebih baik gunakan masa untuk mengungkit tetapi diatas perkara yang lebih penting dan bermanfaatkan rakyat.

    ReplyDelete
  34. Betul kata Anonymous, elakkan perselisihan dan harus bertimbang rasa dan persefahaman diantara parti komponen. Perkara sebegini tidak perlu diperbesar-besarkan.

    ReplyDelete
  35. siapa bakal ketua menteri sabah..?ha....sendiri mahu fikir lah...endah mahu sokong...sempurna....alamat...tahulah..PR 13 nanti..

    ReplyDelete
  36. eelum tong bangsa kita...bang kah ketua menteri...

    ReplyDelete
  37. Even Lajim says it is usual for some of ministers absent.

    ReplyDelete
  38. Kalau sibuk, macam mana juga? Hal kecik pun nak jadi isu.

    ReplyDelete
  39. Yeah, I was stunned as well.

    ReplyDelete
  40. Lawak, nanti macam kat Semenanjung tu.Hal Mat Sabu yang takda kaitan langsung demi untuk kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  41. Just ignore the issue. Nothing important than the people of Sabah.

    ReplyDelete
  42. Betul kata Selasiah, tidak perlu menumpu perhatian kepada perkara kecil ini. Lagi banyak perkara yang memerlukan mereka untuk memberi perhatian dan penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  43. Jangan lar mengungkit perkara yang tidak bermaksa tetapi merosakkan imej sendiri juga.

    ReplyDelete
  44. Yang faham, dia akan memahaminya.. Yang tidak faham, lain pula dia akan intepret kan.

    ReplyDelete
  45. Kenapa ada golongan yang ada masa memberi perhatian kepada perkara sebegini? Apakah niat disebaliknya?

    ReplyDelete
  46. isu PATI lebih penting la saleh,inda dtg makan pula yg diiklankan 1 dunia...

    1 lagi wayang kulit BN!!!

    ReplyDelete
  47. LDP sudah tahu bahawa musa aman akan diganti selepas PRU 13...yang masih ikut dengan MA cuba-cuba lah simpan duit sebab selepas ini jangan harap dapat di calunkan lagi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.