Friday, September 9, 2011

Pendaftaran Mahasiswa Baharu UMS

http://imb.umt.edu.my/files/2011/08/UMS.jpgSepanggar, 8 September - Seramai 3718 orang mahasiswa baru telah mendaftar diri di Universiti Malaysia Sabah (UMS) daripada 4592 tempat yang ditawarkan. Mahasiswa baharu daripada seluruh negeri di Malaysia ini telah mendaftar kolej untuk menginap di kolej kediaman yang telah disediakan oleh pihak universiti.Kebanyakan mahasiswa baru hadir bersama sama ibubapa atau penjaga mereka bagi membantu serta memberi kata semangat untu anak-anak mereka yang bakal menghadapi suasana baru ‘alamu niversiti’ yang dikatakan juga selangkah ke alam realiti.

Pendaftaran mahasiswa baharu diserikan lagi dengan jamuan hari raya yang diadakan serentak dengan pendaftaran pelaja baru bertempat di dataran siswa Dewan Canselor. Walaupun terpaksa menahan panas dan berjalan kaki dari tempat parking kereta atau tempat bas berhenti, kelihatan adik-adik baru tabah dengan segala cabaran ‘awal’untuk tetap meneruskan pengajian mereka di sini.

Menurut Exco Pembangunan Insan, Jawatankuasa Kolej Kediman Anugerah Bestari UMS, Sdra Jubair Juhinin, para pelajar kelihatan tetap bersemangat dan entusias untuk menjalani kehidupan mereka di sini. Jelas beliau, “Walaupun ada dari kalangan adik-adik ini yang terpaksa berjalan kaki dan memikul beg yang berat, namun bila kita ingin membantu untuk mengangkat beg adik itu, dia menolak kerana ingin menimbiasakan diri pengalaman baru di kampus dan suasana baru”.

Turut mengulas pada hari ini, Sdra Khairuddin Daud, Naib Presiden Pembangunan Insan, Majlis Perwakilan Pelajar UMS, semua mahasiswa baru diharap agar terus istiqamah dan berazam untuk menjadi mahasiswa dalam erti kata yang sebenar dan dapat menyumbang kepada pembangunan universiti dan seterusnya kepada pembangunan negara.“Pelajar tugasnya untuk belajar, Mahasiswa skop tugasnya lebih daripada itu. Kita jangan terkeliru dengan masih berada ditakuk lama, hanya asyik ‘berpeleseran’ di dewankuliah, perpustakaan dan bilik tutorial atau makmal semata-mata.Masyarakat perlukankita,kita adalah agen kepada masyarakat”, katanya

Para mahasiswa dan mahasiswi baharu akan mengikuti minggu orientasi UMS yang dikenali sebagai Minggu Suai Mesra (MSM) yang akan berjalan selama 5 hari bermula pada 7 September 2011 sehingga 12 September 2011. Mahasiswa dan mahasiswi baharu akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti, bagi meningkatkan kefahaman mahasiswa terhadap UMS. MSM yang berakhir pada 12 September 2011 akan dihadiri oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Brigadier General Prof. Dr Kamaruzaman Haji Ampon.

Mahasiswa Agen Perubahan"

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.