Kemerosotan populariti Datuk Seri Najib Razak yang mengalami kejatuhan baru-baru ini, akan berterusan pada masa depan, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Beliau menjangka, Najib akan melakukan sesuatu gimik bagi menaik imejnya dengan mengumum ‘benda-benda baik’ pada pembentangan belanjawan, Oktober depan.
“Dari segi psikologi, aliran graf ini akan terus menurun kerana kegagalan pentadbiran Najib menangani kos sara hidup yang kian meningkat dan sistem daftar pemilih yang kotor,” katanya kepada Keadilan Daily.
Berdasarkan laporan terbaru badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center, tahap kepopularan Najib merosot enam mata kepada 59 peratus.
Mengikut bancian sama, kemerosotan itu ada kaitan dengan kenaikan kos sara hidupapabila pengguna mula merasai kesan kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.
Selain itu, bancian juga mendapati pengendalian kerajaan dalam menangani Himpunan Bersih 2.0 mempengaruhi persepsi umum kerana ia membawa kesan negatif.
Najib juga gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinannya manakala sokongan kaum Melayu merosot dari 73 peratus pada Mei kepada kini cuma 69 peratus.
Mengulas lanjut, Fuziah yakin ia petanda Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kian hampir kerana Najib sukar melengah-lengahkannya kerana popularitinya akan lebih menjunam pada tahun akan datang.
“Mungkin awal November selepas pembentangan belanjawan. Biasanya, media kawalan Umno akan menguar-uar, kononnya ia belanjawan terbaik dan graf naik sekejap,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, kenaikan itu bersifat sementara dan percaya Najib akan membubar Parlimen ketika itu.
“Jika Najib tidak bubar, graf itu akan merosot hinggalah tahun depan. Perdana Menteri tidak akan mengadakan PRU selepas Jun kerana GST akan dilaksana,” katanya. -KD
Saturday, September 3, 2011
Populariti Najib Akan Terus Menjunam?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bye bye gaman, UMNO!!!
ReplyDeletePM Najib Razak perlulah berusaha menaikkan imej sendiri supaya populariti beliau tidak akan terus terjunam.
ReplyDeleteSoal bila pilihanraya ke-13 akan diadakan juga bergantung pada keputusan Najib, kita tunggulah pengumuman umum.
ReplyDeleteketidakpuasan hati rakyat menyebabkan keadaan ini berlaku.
ReplyDeletediharap Najib dapat mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan dalam pentadbirannya.
ReplyDeleteMaybe it's a wake up call for Najib?
ReplyDeletePopulariti Najib Akan Terus Menjunam?
ReplyDeleteMungkin ya, mungkin juga tidak.
kalau setakat kajian yang melibatkan 1000 lebih responden, baik jangan dulu berbangga la..
ReplyDeletekebanyakan rakyat pasti tahu menilai keberkesanan kepimpinan PM..
ReplyDeleteNaib Presiden KEADILAN yang berkata. Sudah pastilah mereka lebih berceritakan sesuatu yang negatif dari positif.
ReplyDeletebenarkan ia makin menjunam, sepatutnya ia lebih meningkat kerana Najid adalah PM yang paling rajin turun padang menemui rakyat.
ReplyDelete