Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - hari ini mendakwa  menerima maklumat kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  telah menghantar orangnya meresapi badan kerajaan yang strategik untuk  menjatuhkan  pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Musuh"  ini didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak  pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara  dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.
Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.Dalam artikel bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam 
badan-badan strategik kerajaan?' yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan (kanan) mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.
"Saya  menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu  badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang  diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.
"Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata," tulisnya Zaini dalam kolumnya Cuit.
Beliau  memetik maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh  yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah  ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas  pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada  rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan  Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan  instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”
Kata  maklumat itu lagi, tulisnya, inilah kemenangan Anwar yang dibawa oleh  orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang  Anwar secara perlahan. "Bagi  kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri  menerima nasib seburuk (Muammar) Gaddafi (pemimpin Libya yang  digulingkan). 
"Sekuat Gaddafi pun akhirnya  dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!'' tulis  Zaini memetik maklumat tersebut.
Sebagai contoh Zaini  memetik maklumat itu lagi: " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos  perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan  begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?
"Bagaimanakah  juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan  begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi  contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana  ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''
Bagaimanapun, Zaini menegaskan dia tidak dapat mengesahkan apa yang dikatakan oleh sumbernya itu.
"Jika  salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak  berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang  tidak berlaku.
"Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya."
Jika  dakwaan itu benar, tulis Zaini, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya dan  sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini  dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.
"Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa," tambahnya. -MK




tanpa informer pun, rakyat x selamanya boleh kena tembirang. sesuatu yg betul @ tipu akhirnya akan sampai kpd rakyat...
ReplyDelete1 lagi wayang kulit BN!!!
Kita tengoklah bagaimana penjawat awam ini akan mengundi bila pilihan raya.
ReplyDeletePandai-pandailah kerajaan membuat apa yang patut untuk mendapatkan balik keyakinan rakyat.
ReplyDeleteYou can fool all the people some of the time and some of the people all the time but you cannot fool all the people all the time.
ReplyDeleteKena telus dalam perjuangan jika ingin ambil hati rakyat.
ReplyDeletesebelum ini orang dalam kerajaan sendiri yang dikatakan ada niat untuk menjatuhkan PM. ini pula pihak pembangkang.
ReplyDeletePM kena perbaiki kelemahan pentadbirannya yang menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat kebelakangan ini.
ReplyDeleteyang penting PM perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat.
ReplyDeleteapa pun, rakyat kena bijak dalam menilai sesuatu pekara..
ReplyDeleteperisik ada dimana2.. kenalah berhati hati.
ReplyDeletePegawai kerajaan pun rakyat juga yang menanggung kenaikan harga barangan tetapi isteri PM boros berbelanja di sana sini ( Cincin 24 juta) mestilah pegawai kerajaan pun meluat dengan pemimpin yang boros seperti ini.
ReplyDeletePenialain pencapaian kerajaan @ parti pemerintah adalah tanggungjawab semua rakyat samada sektor kerajaan / swasta.
ReplyDeleteBiasala bah...sedangkan pada masa kini pun masih ada negara yg menggunakan kaedah pengintipan menggunakan individu ke atas negara lain..
ReplyDeleteBiarlah itu semua dari mulut pembangkang. Sudah pasti akan memburukkan kerajaan. Mana ada pembangkang akan setuju apa pun tindakan kerajaan BN pasti akan dibantah.
ReplyDeleteIni bukan kerana apa mungkin mereka ini diupah oleh pembangkang untuk melaksanakan intipan dan sebagainya. Tidak hairan perkara ini berlaku. Anwar sanggup buat apa saja demi mendapatkan jawatan PM.
ReplyDeleteTajuk dia ni lain dari artikel la....sangat2 mengelirukan....
ReplyDeletekalau dah keperluan asas dah naik macamana? nak sokong lagi ka.
ReplyDeletetidak mustahil juga.. suap saja dengan duit, apa2 kerja pun dia sanggup buat..
ReplyDeleteManusia pandai berfikir apa yang patut baik dan tidak. Kalau ketua sudaH keterlaluan baju sendiripun akan menghianat.
ReplyDeleteApalah kau orang nie nanati bajet dibentangkan oleh PM Najib mungkin bagi Bonus dan kenaikan gaji satu kali lipat so berbondong2lah sokong balik dan selepas PRU 13 GST pun mula dan rayat tercugap2 kekusahan hidup.
ReplyDeletekalau pembangkang boleh hapuskan semua cukai di malaysia dan naikkan gaji sektor awam dan swasta, baru saya sokong.. dan lagi bagus kalau dapat bagi subsidi sampai kiamat tanpa pemotongan subsidi sedikitpun..
ReplyDelete