Ketika negara meraikan perayaan berkembar - Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu, kelibat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan langsung tidak kelihatan.
Kali terakhir, Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Beliau hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya.
Dalam tweet itu, beliau mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.
“Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54," tulisnya dalam laman Twitter.
Bagaimapun dengan bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, Najib menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara.
Dalam satu emel, semalam, seorang pembaca Malaysiakini berkata beliau percaya bahawa perdana menteri berada di Perth, Australia. Andaiannya berdasarkan jet peribadi yang dikhaskan untuk kegunaan perdana menteri didapati mendarat di sana pada Rabu lalu.
Ketika dihubungi, seorang pembantu Najib enggan mendedahkan di mana secara tepatnya perdana menteri berada semasa Hari Kebangsaan, mahupun mengesahkan sama ada bosnya itu sedang berada di luar negara.
"Beliau sedang bercuti dan akan kembali minggu depan, sama seperti orang lain," kata pembantu itu yang enggan mendedahkan kedudukan perdana menteri pada Rabu lalu.
Setiausaha akhbarnya, Datuk Tengku Sariffudin Tengku Ahmad semata-mata menjawab, "Dia sedang bercuti" sebanyak tiga kali apabila ditanya mengenai lokasi perdana menteri.
Menurut pembaca, yang menghubungi Malaysiakini, beliau mengandaikan perdana menteri berada di Australia berdasarkan dua laman web yang memaparkan gambar dan mencatatkan masa ketibaan pesawat-pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth.
'November Romeo 1'
Mengikut laman web AviationWA, sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan mendarat pada jam 5:04 petang hari Rabu.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, di Singapura dan mempunyai nombor pendaftaran 9M-NAA.
AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat semalaman dan menggunakan 'nama panggilan' "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri.
Kedua-dua laman web AviationWA dan blog Perth Airport Spotter melaporkan bahawa ini adalah lawatan pertama kapal terbang itu ke Perth.
Pesawat itu dikenalpasti milik Jet Premier One (M) Sdn Bhd, yang dipercayai sebuah anak syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB), yang dimiliki oleh badan pelaburan kerajaan, iaitu Khazanah Nasional Bhd.
Semasa tahun 2007, perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa pentadbiran beliau membeli pesawat itu pada harga RM200 juta dan berkata keputusan tersebut adalah semata-mata keputusan PMB.
Sementara itu, seorang pembantu Najib berkata orang ramai masih boleh mengunjungi perdana menteri itu semasa majlis rumah terbuka di rumahnya Pekan, Pahang pada 18 September ini. -mk
PM: Jangan lupa perjuangan pemimpin terdahulu
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak melupakan perjuangan pemimpin terdahulu dalam usaha membebaskan Malaysia dari penjajah.
Beliau berkata, walaupun umat Islam masih dalam suasana keriangan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang masuk hari kedua hari ini, tetapi mengingatkan supaya jangan sekali-kali melupakan perjuangan pemimpin yang pernah berjuang untuk mencapai kemerdekaan negara.
"Dalam keriangan Aidilfitri saya harap kita tidak melupakan perjuangan pemimpin untuk mencapai kemerdekaan negara. Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-54," katanya dalam laman Twitter hari ini.
Dengan bertemakan '1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera', sambutan hari kemerdekaan ke-54 tahun ini disambut dengan sedikit kelainan di mana ia akan disambut serentak dengan Hari Malaysia pada 16 September depan.
Semalam, semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana, Najib turut memotong kek sebagai tanda simbolik kepada sambutan Hari Kemerdekaan.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan nyanyian lagu patriotik oleh artis tanahair. - Bernama
Sunday, September 4, 2011
Tidak Patriotik, PM bercuti pada Hari Kebangsaan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
menghabiskan rm rakyat pd hr kebangsaan? sungguh patriotik...
ReplyDeleteAnyway, national day celebration this year is not as exciting as the past years.
ReplyDeletemungkin Najib mempunyai urusan mustahak sehingga meninggalkan negara pada masa tersebut.
ReplyDeleteSetuju dengan Jake. Sambutan kemerdekaan sudah tidak semeriah dahulu. Mungkin kerana sejarah pun sudah dipolitikkan sehinggakan menimbulkan pelbagai spekulasi.
ReplyDeleteMungkin PM ada urusan di luar negara? Siapa tahu? Yang pasti apa2 pun akan menjadi isu. Politik kan.
ReplyDeletePM berlepas ke Australia dikatakan bagi menghadiri sessi Fisioterapi terhadap kecederaan lututnya.. bagaimana pula dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang bercuti di China pada hari yang sama??
ReplyDelete2 x 5 jawabnya itu pun susah nak jawab ka neji!!!
ReplyDeletePM takut ramai orang datang rumah minta ang pau raya bah tu hehehe
ReplyDeleteKita sendiri pun tidak tahu benar atau tidak Najib keluar negara.
ReplyDelete