Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari hari ini  menafikan tuduhan fitnah oleh sebuah laman blog pro-Umno yang didakwa  cuba memburukkan imej Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat beliau dan para  stafnya.
Klip video itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita  sedang melakukan aktiviti tidak bermaruah dalam sebuah pejabat dengan  tajuk entri ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah  Alam’.
Namun menurut Yaakob, hasil  siasatan mendapati video klip itu menunjukkan lokasi dan dekorasi  dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan Pusat Khidmat milik beliau.
Beliau  sekaligus menyangkal individu (pelaku) video tersebut adalah stafnya  dan percaya jurublog terbabit cuba membuat tuduhan tidak bermoral ke  atas warga kerja untuk memberi gambaran negatif kepada rakyat.
Klip video
“Blogger  tersebut tidak bertanggungjawab dengan memuat naik klip video yang  memaparkan aksi seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melakukan  aktiviti tidak bermaruah di dalam sebuah pejabat.
“Akan  tetapi hasil kajian dan siasatan yang telah dilakukan ke atas video  tersebut menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat di dalam video  tersebut berbeza dengan pejabat pusat khidmat yang sebenar,” katanya  yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan  Pembangunan Usahawan Selangor.
Gesaan turut dibuat Yaacob agar BN  dan Umno tidak lagi menggunakan politik kotor dengan menuduh pemimpin  Pakatan Rakyat terlibat dengan skandal tanpa bukti jelas.
Katanya  tindakan sedemikian hanya untuk menganggu Pakatan Rakyat dan  mengalihkan fokus rakyat terhadap isu yang lebih besar. -FMT
Wednesday, September 28, 2011
Video Seks Terbaru Dari Blog UMNO?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




ini mesti kerja org UMNO, dorang yg pakar seks, video seks, liwat...
ReplyDeleteLagi video seks.
ReplyDeleteBaik perkara ini disiasat dahulu untuk mengenal pasti kesahihan dakwaan ini.
ReplyDeletePolitik ni memang gila seks kan. Macam tiada isu lain mahu digembar-gemburkan.
ReplyDeleteKes-kes macam ini hanya akan memberi imej negatif terhadap M'sia di mata negara-negara lain.
ReplyDeleteada saja isu yang berlaku sekarang ni.
ReplyDeleteisu video seks makin menjadi-jadi pula.
ReplyDeletesebaiknya pekara ini disiasat dan tindakan yang sewajarnya perlu diambil.
ReplyDeletevideo seks ni sudah seringkali menjadi satu alat politik untuk menjatuhkan seseorang. tidak menghairankan.
ReplyDeletevideo2 sebegini memang senang saja direka bagi yang pakar. apapun, perkara ini perlu disiasat terlebih dahulu.
ReplyDeleteApa dihairankan UMNO memang pakai dalam perkara ini. Datuk yang tiga orang itu jadi penasihatnya. Lihatlah kerja mereka menayangkan video lucah di Carcosa Sri Negara bukan kena ambil tindakan pun oleh pihak berkuasa. Saya bercadang membuka panggung wayang tayang Video lucah saja lepas ini kerana kerajaan sudah HALALKAN tayangan seperti itu. (Tidak ada tindakan boleh diambil)
ReplyDeletetidak payah la memainkan isu2 sebegini. Apa yang faedah untuk rakyat.
ReplyDeletePatutlah banyak kes buang anak.
ReplyDeletenauzubillah...
ReplyDeleteJadi kalau tidak sama maka tidak payahlah risau..Mereka sengaja saja itu kasih takut-takut.
ReplyDeleteMari kita tunggu kebenarannya.
ReplyDeleteJgn percaya semua yg ada di internet...pandai2 la menapis sendiri semua maklumat yg kamu baca atau tonton...
ReplyDeletesaman la kalau benar semua itu fitnah.. itu sahaja cara terbaik membersihkan imej..
ReplyDeleteIni adalah kerja orang yang gila seks. Akan menjadi recauan bila hampir sekarat nanti.
ReplyDeleteyang gila seks tu bukan yang merakam atau pihak yang menyebarkan.. yang buat seks tu yang gila seks..
ReplyDelete