Sunday, September 4, 2011

Wikileaks: 'Apa cara pun' anwar akan didapati salah

Berdasarkan penilaian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus menjadi ancaman kepada Umno sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang, ketua pembangkang itu akan didapati bersalah kerana meliwat - hukuman keduanya dalam tempoh 10 tahun.

Perkara itu didedahkan oleh kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh portal Wikileaks yang juga melaporkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin utama Umno memutuskan segala padah dan kos politik bagi mendakwa Anwar "boleh diterima". Mereka juga mahu perkara berkenaan diteruskan secara agresif di dalam dan juga di luar mahkamah.

Menurut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh Mark D Clark, kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat utama mereka adalah bagi memenjarakan Anwar semula dan menyingkirkannya secara tetap dari politik.

"Walaupun mengakui perkara itu adalah semata-mata tindakan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan berpendapat tekanan politik adalah diperlukan, dan sanggup menerima risiko reputasi dalam proses berkenaan supaya akhirnya mencapai keputusan bersalah selepas drama berprofil tinggi berbulan-bulan di mahkamah," kata kabel, yang telah dihantar kepada Jabatan Negara Amerika di Washington dua tahun lalu oleh Duta James R Keith.

"Mahkamah akan membicarakan dan menolak rayuan Anwar pada kadar yang segera sebelum menjelang pilihan raya umum negara pada tahun 2012 atau 2013," kata kabel itu.

Menurut Keith, senario itu berlaku semasa bulan-bulan awal kes itu dibicarakan terutamanya menjelang tarikh September 2008, di mana Anwar sepatutnya mengambil alih Putrajaya, tetapi kesannya berkurangan sejak itu.

Kabel yang bertajuk 'Perbicaraan liwat II Anwar Ibrahim' memberi tiga senario berhubung bagaimana kes itu akan berakhir.

Dalam senario berkenaan, Kedutaan Amerika mengandaikan bahawa Najib akan berperanan sebagai "suara pemutus" berhubung keputusan perbicaraan, walaupun beliau juga perlu mendapatkan pendapat dan pandangan golongan elit Umno yang lain.

Dalam senario pertama, kerajaan akan memastikan dalam “apa cara sekalipun” Anwar akan didapati bersalah.

Senario kedua pula menurut Keith, kerajaan akan meneruskan pendakwaan tetapi tidak memberi tekanan yang sewajarnya untuk mendapatkan keputusan bersalah.

Ini akan berlaku sekiranya kerajaan percaya bahawa bukti-bukti yang dikemukakan semasa prosiding mahkamah itu sendiri cukup telah merosakkan maruah atau reputasi Anwar sehingga tidak mampu menjejaskan kredibiliti Najib, kata Keith.

Sumber : Malaysiakini

Ulasan :

Seluruh hidupan yang hidup di alam maya ini sudah menyedari hakikat itu. Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan. Hakikat ini sesiapa pun tidak boleh dinafikan hatta peguam bela Anwar sendiri. Seandainya Allah swt mengutus Nabi atau malaikat bagi membantu Anwar, Anwat tetap didapati bersalah dan dipenjarakan kerana regim Najib serupa format pemerintahannya dengan dengan format penguasaan Abu Jahal menguasai Makkah dan penguasaan Firuan ke atas penduduk Mesir. Tiada bezanya. Mereka serupa dalam konteks ‘hubungan kuasa-kedudukan-kekayaan’.

Proses perbicaraan yang berlangsung selama ini adalah bagi memenuhi aspek perundangan semata-mata kerana kehidupan manusia moden kini di kawal oleh undang-undang dan peraturan. Jadi, regim Najib sebelum memenjarakan Anwar, beliau terpaksa memenuhi piawaian atau standard tersebut, sedangkan beliau telah membuat keputusan dan keputusan tersebut sudah siap diskripkan dan bersedia untuk diumumkan apabila proses perbicaraan telah tamat. Begitu juga proses perundangan selanjutnya, Anwar akan tetap gagal.

Keputusan hakim berdasarkan survivial politik regim Najib dan UMNO, bukan berasaskan kepada faktor-faktor keadilan, kebebasan dan kebenaran. Segalanya diformatkan sebegitu rupa bagi membolehkan Anwar didapati bersalah. Kemenangan Anwar membawa pada pada Najib dan UMNO.

Anwar boleh diselamatkan melalui dua cara. Pertama, Pakatan Rakyat dapat menewaskan UMNO melalui PRU ke-13 (adalah amat sukar UMNO ditewaskan melalui pilihan raya kerana tidak ada mana-mana Negara yang diperintah oleh regim diktator dunia seperti regim Najib dijatuhkan melalui pilihan raya atau melalui jalan raya yang Berjaya menumbangkan regim-regim dictator dunia).

Kedua, Anwar mengangkat bendera putih. Menyerah kalah dan kembali menyokong UMNO seperti yang dilakukan oleh kumpulan BABI dan ANJING-ANJING lakukan sekarang. Atau Anwar berundur dari terus dar aktif dalam politik menentang UMNO. -Tranungkite

12 comments:
Write comments
  1. memandangkan semua agensi kerajaan adalah barua UMNO, perkara ini memang dijangka. tp PR bukannya setakat AI shj n ramai pemimpin lain yg boleh ganti. UMNO akan jd sejarah, with or without AI...

    ReplyDelete
  2. kepada pirit di atas :
    belum pun menang dan memerintah negara pasukan PR, sudah cakap yg kerajann sekarang akan jadi sejarah. memang betul-betul lawak la penyokong pro PR ni, umpama macam apa yg anwar ckp pasal 16sept2008.
    hahahaha

    bak kata 'orang hangat-hangat taik ayam'..

    ReplyDelete
  3. dear pemotong kepala org:

    1. GE13 nanti pemegang IC projek dpt mengundi lg?
    2. KERAjaan boleh lg memanipulasi undi pos?
    3. pengundi akan undi scorpene yg inda pandai menyelam?
    4. pengundi akan undi APCO?
    5. pengundi akan undi pihak yg memartabatkan sabah sbg negeri termiskin?
    6. tidak mungkinkah lajim okin akan jd katak lg?

    ReplyDelete
  4. That is why Anwar needs PKR to become the government so that he can get out of this jail sentence.

    ReplyDelete
  5. Hope that justice will prevail.

    ReplyDelete
  6. hanya mereka yang benar2 memahami politik tahu agenda di sebalik semua ini.

    ReplyDelete
  7. keadilan akhirnya pasti akan menyebelahi pihak yang benar.

    ReplyDelete
  8. Apa yang mustahil dalam dunia politik? Asalkan ada kuasa dan wang, hampir semuanya boleh diatur.

    ReplyDelete
  9. Orang2 politik ini ada kelebihannya. Pandai berkata-kata dan licik.

    ReplyDelete
  10. memang pun bersalah sebab banyak tindakan dan kenyataan beliau yang meragukan..

    ReplyDelete
  11. tunggu sajalah sehingga semuanya selesai..

    ReplyDelete
  12. Kita tunggu saja apa yang akan berlaku terhadap Anwar selepas ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.