Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa siasatan ke atas pembelian kapal selam Scorpene yang dibangkitkan di mahkamah Perancis akan membongkar semula kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Ketua pembangkang itu juga mendakwa siasatan ke atas kes tersebut akan membongkar dakwaan rasuah melibatkan pemimpin Umno.
"Kes (ini) tutup di Malaysia, siasat pun tidak. Tetapi Kerajaan Perancis, kerana pendakwaan dibuat pasal rasuah kapal selam, telah melantik dua hakim bebas untuk menyiasat, kisah kapal selam.
"Saya percaya, dengan kes ini berbangkit, rasuah yang melibatkan pemimpin Umno, dan kes pembunuhan Altantuya (akan) terbongkar semula.
"Di Malaysia tutup, (tetapi) dibuka di Paris... Najib tidur tak lena," kata Anwar dalam ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS Shah Alam malam tadi.
Mahkamah Perancis membuka siasatan kes ke atas syarikat pertahanan lautnya, DCNS, selepas menerima saman sivil yang dikemukakan ke atas syarikat berkenaan oleh NGO hak asasi Suaram.
Suaram memfailkan saman berkenaan ke atas DCNS atas dakwaan bahawa syarikat itu membayar komisen kepada pemimpin di Malaysia.
Kapal selam Scorpene itu dibeli pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertugas sebagai menteri pertahanan.
Perimekar, syarikat yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda - orang kepercayaan Najib - dibayar 114 juta euro atau RM570 juta, untuk bertindak sebagai ‘orang tengah' dalam urus niaga penuh kontroversi itu.
Kerajaan bagaimanapun berkata, pembayaran besar kepada Perimekar untuk perkhidmatan "koordinasi dan sokongan'.
Abdul Razak dan dua pengawal peribadi Najib telah didakwa dan dibicarakan ekoran pembunuhan Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.
haji logiut najib bilang, UMNgOk x pernah melencong...tunggu la bom dr peranchis, sabar2 la, inda lama lagi bah itu...
ReplyDeleteingat menyelam terus..sampai kat perancis tak boleh selam, dia timbul sendiri....kita tnggu dan lihat apa berlaku setersnya.....
ReplyDeletedia urang beli kapal selam 2 siri bah itu...satu buli selam..satu lagi inda buli selam....ghahahaha
ReplyDeletemoga hal sebenar akan diketahui.
ReplyDeleteDua pegawai polis tu pun masih hidup dan takkan kena gantung punya. Utk membongkar misteri Altantuya ni rakyat kena tolak UMNO(BN) dlm PRU13 nanti..Masa tu baru lah kita tahu siapa dalang sbnr pembunuh Altantuya ni.
ReplyDeletedah dekat dua thn dengar kes Scorpene akan dibuka di francis..tapi tak buka2 juga..jgn harap sgt tangan2 luar utk bungkuskan najib...apapun PRU13 kuasa rakyat BN@UMNO bungkus
ReplyDelete80% Ahli UMNO sayang PM, 80,% Rakyat Malay tak suka ambil rasuah,salah guna kuasa,pembunuh Altantunya,Pengkhianat Negara,Buat Fitnah guna TV 1,2,3 harta kerajaan(Rakyat)..........
ReplyDeleteterbaikkk
ReplyDeletenobody can escape from law.
ReplyDeleteKes ini terlalu lama dan sehinggakan ada yang mengaitkan dengan Datuk Najib. Semua ini cuma cara untuk menjatuhkan beliau.
ReplyDeletedari tahun2 sebelumnya lagi.. sampai sekarang tidak bongkar2 pun.. penipu betul la Pakatan ni.. dulu dia cakap hujung tahun 2011, mahkamah Perancis akan dedahkan penglibatan Najib.. sampai sekarang senyap je..
ReplyDelete