Friday, April 13, 2012

Masyarakat Peribumi Dipermainkan

Di Sarawak, Dayak merupakan kumpulan puak yang dominan yang tinggal di rumah panjang. Terdapat dua kumpulan utama iaitu Iban (Dayak Laut) dan Bidayuh (Dayak Darat). Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Rumah panjang merupakan tempat tinggal atau pusat kehidupan bermasyarakat di Sarawak. Terdapat lebih 4,500 rumah panjang di Sarawak. Rumah panjang ini yang lazimnya sepanjang 300 kaki panjang, biasanya dibina atas bukit atau di pinggiran sungai. Ruang bawah rumah panjang ini biasanya digunakan untuk memelihara binatang seperti ayam,babi dan lain-lain ternakan tetapi rumah panjang yang agak moden mirip kepada rumah teres dimana ternakan mereka diasingkan dari rumah panjang tersebut.

Walaupun pihak pemerintah cuba memberi gambaran yang rumah panjang sekarang ini sudah tidak seperti zaman dulu tetapi masalah utamanya yang dihadapi oleh penduduk rumah panjang di pendalaman Sarawak adalah insfrastruktur dan juga jalan masuk ke rumah panjang yang agak sukar dan teruk sehingga kini.

Memang terdapat juga jalan raya ke rumah panjang agak baik tetapi kebanyakan rumah panjang tersebut, berada di pinggir bandar atau di tepi jalan lebuh raya. Rumah panjang yang berada di pendalaman Sarawak memang masih banyak lagi ketinggalan dari segi kemudahan asas, insfrastruktur dan jalanraya yang baik. Bukan saja masalah jalanraya, tetapi sekarang ini isu utama mereka ialah kebanyakan tanah tempat tinggal mereka di rumah panjang ini masih lagi di atas tanah kerajaan walaupun ada usaha pihak kerajaan hendak memberi status tanah Hak Adat Orang Asal atau NCR (native customary right) land title.

Isu tanah orang asal yang diceroboh oleh syarikat-syarikat pembalakan, peladangan dan sebagainya menyebabkan tanah orang asal di Sarawak semakin terhakis, walaupun ini cuba dinafikan oleh pihak pemerintah yang kononnya untuk tanah tersebut digunakan untuk pembangunan luar bandar tetapi hakikatnya masih ramai lagi penduduk di luar bandar hidup dalam taraf kemiskinan.

Adakah pihak pemerintah benar-benar perihatin dengan penduduk asal di pendalaman atau hanya mementingkan kroni-kroni yang banyak mengaut keuntungan hasil dari pembalakan, peladangan dan sebagainya? Adakah peruntukan yang berbillion-billion ringgit yang sering kita dengar untuk kemudahan asas di luar bandar benar-benar memberi menafaat kepada rakyat atau kroni-kroni pihak pemerintah saja?

Perkara inilah yang sering menjadi persoalan rakyat kerana mereka tidak melihat sebarang perubahan yang drastik setelah berpuluh-puluh tahun pihak pemerintah berjanji untuk meningkat taraf hidup di luar bandar. Memang kita tidak nafikan ada sedikit perubahan tetapi hanya ditempat-tempat tertentu saja, sedangkan masih banyak lagi kawasan di luar bandar dan pendalaman Sarawak yang memerlukan peruntukan tersebut agar dapat dilaksanakan bukan dengan janji yang sama setiap kali ada pilihanraya.

Berapa lama rakyat harus menunggu peruntukan tersebut dapat dilaksanakan di kawasan mereka, adakah mereka hanya mendapat sedikit habuan waktu pilihanraya dan selepas itu mereka terpaksa menunggu lagi?

Kalau pihak pemerintah perihatin dengan masalah rakyat di luar bandar sepatutnya perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah kemudahan asas, insfrastuktur dan jalan perhubungan yang baik agar penduduk di luar bandar dapat meningkatkan ekonomi mereka dengan menjual hasil tanaman serta produk mereka ke bandar-bandar yang berdekatan.

Sepatutnya pihak pemerintah memberi tumpuan dengan menangani masalah tersebut bukannya menyalahkan pihak pembangkang atau Pakatan kerana semua masalah yang dikemukakan oleh pihak pembangkan adalah masalah rakyat yang perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah sekarang.

Mengapa pihak pemerintah perlu takut dengan Pakatan Rakyat sekiranya mereka sudah melaksanakan tugas mereka dengan jujur, amanah dan telus kepada rakyat.

Sekarang tiba masanya untuk masyarakat peribumi Sarawak bersedia untuk berubah nasib mereka ke arah yang lebih baik tanpa perlu terus bergantung dengan pemerintah yang ada sekarang sebab mereka yang memerintah sekarang hanya mengambil kesempatan atas kelemahan dan kedaifan rakyat tempatan yang masih taat dan patuh pada mereka yang mempunyai kepentingan.

Mereka seolah-olah sengaja membiarkan masyarakat di pendalaman terus ketinggalan dari arus pembangunan sebab mereka tidak mahu dengan memberi kemudahan asas dan jalanraya yang baik kepada masyarakat luar bandar dan pendalaman kerana ini akan menyukarkan hasrat mereka yang mempunyai kepentingan untuk menguasai tanah dan ekonomi di kawasan luar bandar yang banyak mendatangkan hasil dan keuntungan kepada mereka yang mempunyai kepentingan.

Apabila masyarakat luar bandar sudah maju dan tahu menilai baik buruknya sesuatu pemerintahan, maka ini sudah tentu menyukarkan mereka yang menyalahguna kuasa mengugut masyarakat yang terpelajar dan bermaklumat tersebut dengan ancaman tiada pembangunan ditempat mereka.

Lihatlah negara yang sudah maju, pembangunan bukan isu utama yang dibincangkan dalam pemilihan pimpinan negara tetapi pemimpin yang berakhlak baik dan mempunyai integriti yang akan dinilai oleh rakyat untuk menjadi pemerintah. Sekiranya pemimpin tersebut melakukan rasuah dan penyelewengan, rakyat akan menumbangkan mereka atau mereka sendiri akan meletak jawatan.

Kalau pihak pemerintah dapat melaksanakan tugas dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat maka tiada sebab untuk rakyat menukar kerajaan yang ada sekarang. Oleh sebab rakyat menghadapi tekanan hidup yang semakin mendesak dan juga taraf kehidupan yang sukar disebabkan pembangunan yang tidak seimbang maka disitulah punca rakyat keluar membuat bantahan.

Maka rakyatlah yang berhak untuk mengekal atau menukar mana-mana pemerintah yang difikir sesuai dengan aspirasi rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Jangan sekat hak dan tanggungjawab rakyat untuk memilih kerajaan yang baru mengikut kehendak masing-masing.

Jangan ingat kerajaan yang ada sekarang boleh kekal selamanya kerana semakin sehari manusia boleh berfikir yang terbaik untuk mereka dan generasi akan datang. Setiap yang bermula akan berakhir dan tiada satu pun kerajaan dalam dunia ini akan kekal selamanya kecuali kerajaan Allah, Tuhan Pencipta Alam.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

25 comments:
Write comments
  1. Kalau masalah ini berlaku di semananjung, semua saluran TV akan memasukkan dalam berita utama mereka. Tapi kalau berlaku di sabah dan sarawak, tidak apa. Inilah sikap semua stesen TV di Malaysia. Mana dia slogan 1Malaysia. Dalam hal ini stesen TV mengamalkan 2Malaysia. Masalah hanya akan disiarkan jika berlaku di semananjung. Bangkitlah rakyat sabah dan Sarawak tumbangkan BN pada PRU13. Buktikan kita bukan fixed deposit BN. Buat apa simpan dalam Fixed Deposit kalau faedah dalam ASB lagi tinggi?

    ReplyDelete
  2. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dan memang agak sukar untuk memajukan semua kawasan sekaligus.

    ReplyDelete
  3. Najib kata kalau beri BN memerintah semua masalah akan selesai? Masalah di atas mengapa tak selesai. Dasar BN MAHA PENIPU RAKYAT!

    ReplyDelete
  4. Statement bahawa Sarawak negeri yg terbesar agak sukar memajukan sekali gus adalah satu kenyataan yg dah ketinggalan zaman!Sarawak salah satu negeri yg membentuk Malaysia dah 47 tahun merdeka! Apa yg kerajaan buat selama ini? Apa yg maju sangat pada Sarawak dan Sabah sekarang? Mana pergi duit kayu balak, minyak , gas dan sekarang sawit? Satu contoh kelasik pembangunan sarawak ialah apa yg dikatakan pan borneo highway.Tidak ada walaupun satu kilometre pun so-called Pan Borneo Highway boleh disamakan dengan kualiti highway yg terdapat diSemenanjung sekarang. Jalan2 berlopak dan berlubang2.Menteri2 dan YB2 terutama daripada parti memerintah terutama dari Sarawak patut merasa malu dengan diri sendiri kerana keadaan ini dah berlarutan sekian lama. Jgn asyik menjaja bahawa kelantan negeri mundur, padahal kemunduran dan kemiskinan diluar bandar kita masih lagi lebih teruk dan jelek.Masih ramai rakyat yang tidak mendapat bekalan air bersih dan tercemar. Masih ramai rakyat yg hidup miskin tegar.Bila menteri datang bawa mereka tengok jelajah keadaan di luar bandar, dikampong2 dan rumah2 panjang perdalaman. Ini datang asyik berperap dihotel2 mewah lima bintang!Kes2 NCR makin hari makin bertambah!Penyamun moden makin rakus.

    ReplyDelete
  5. Betul itu statement sarawak negeri yang terbesar agak sukar memajukan menunjukkan ketidakmampuan BN ( Barisan najis ). Mengapa tidak katakan kami tidak dapat memajukan Sabah dan sarawak habis cerita. negara merdeka lebih 50 tahun dan selama itulah BN ( Barisan najis) memerintah Sarawak. APA YANG BN LAKUKAN SELAMA INI TIDURKAH. INI MENUNJUKKAN BN TIDAK MAMPU MAJUKAN SABAH DAN SARAWAK. BN AMALKAN 2MALAYSIA BILA MELIBATKAN PEMBANGUNAN SABAH DAN SARAWAK. TUMBANGKAN BN PADA PRU13!

    ReplyDelete
  6. BN memang tidak mampu memberikan pembangunan kepada Sabah dan Sarawak. Tak usah pergi ke kampung-kampung. Lihat sajalah jalanraya dari Pekan Donggongon ke Lok Kawi yang melalui belakang Kem Lok Kawi. Jalan raya itu runtuh sampai sekarang tidak dibaiki. Barangkali UMNO dan BN menunggu hingga ada orang mati terjatuh dalam gaung baru baiki jalanraya itu. Atau barangkali UMNO/BN tidak ada wang untuk membaiki jalan itu. Jalan runtuh belakang ke Lok Kawi lagi teruk bila-bila masa kerata akan jatuh ke dalam parit akibat tanah runtuh itu. UMNO memang tidak boleh!

    ReplyDelete
  7. aku sangat benci orang smenanjung yng memang dasar penipu n penindas!

    ReplyDelete
  8. Orang Asli Kelantan juga menghadapi nasib yang sama di mana Kerajaan PAS gagal mempertahankan hak mereka bila tanah dirampas dan juga Kerajaan PAS mengambil tanah nenek moyang orang asli.

    ReplyDelete
  9. multi-racial people of Sabah who belong to different faiths have always enjoyed fair treatment from the BN government

    ReplyDelete
  10. Sabah up to date has a total investment of more than RM13 billion in 2011 is ranked third after Sarawak and Penang.

    Industrial Development Minister Datuk Raymond Tan Shu Kiah said that according to the figures provided by Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Sabah is not too far away from Sarawak which had recorded about RM14 billion in investment last year.

    ReplyDelete
  11. The RM13 billion plus figure however has not taken into account the investment from the Oil and Gas industry meaning that the outlook for Sabah is very positive.

    ReplyDelete
  12. Raymond said that MIDA’s figures gave the state Government some indication as to how successful it is in terms of getting investments into Sabah.

    ReplyDelete
  13. On a seperate matter on the same subject, the Chief Minister Datuk Seri Musa Aman is pleased with the performance of poverty eradication programmes in the state but wanted all implementing agencies involved to further expedite the completion of projects entrusted to them, to allow the target groups to benefit from them as soon as possible.

    ReplyDelete
  14. Musa said he had directed all agencies to take the necessary action and continuously improve their mechanism to ensure all ongoing projects can be completed on time or ahead of schedule. The Chief Minister expressed his satisfaction with the implementation of the poverty eradication projects in Sabah.

    ReplyDelete
  15. The Chief Minister said the state and federal governments had introduced various programmes to help improve the economy and livelihood of the poor listed under the e-Kasih. He said among the main programmes under the federal were 1Azam, 1Azam Monthly Allowance and Housing Assistance (PBR), while those under the state included Mini Estet Sejahtera, Ladang PPRT and Localised Economic Improvement Project.

    ReplyDelete
  16. In addition, there are also five agropolitan projects – one each in Kota Belud, Pitas, Kemabong, Tongod and Beluran being implemented by SEDIA under the Sabah Development Corridor (SDC), involving a total allocation of RM239 million. On average, Musa said there were about 10,000 recipients of 1Azam Monthly Allowance every month in Sabah last year, involving a payment amounting to RM36 million.

    ReplyDelete
  17. If what has been said is true how come Sabah poverty rate is still nery high? How much does all the various projects benefited the rakyat? Where has all the money gone to?

    ReplyDelete
  18. Sabah dan Sarawak adalah negeri yang besar, seharusnya peruntukan untuk memajukan kedua negeri ini ditingkatkan, Sabah kini telah menerima peruntukan terbesar sebanyak 4 bilion. Sarawak jg perlukan peruntukan yang byk.

    ReplyDelete
  19. Semoga kepentingan di Sabah dan Sarawak akan dapat dikekalkan dan dibela.

    ReplyDelete
  20. kalau PAS memerintah Sarawak.. lenyap lah hutan di Sarawak.. boleh PAS Sarawak nafikan bahawa tidak berlaku rampasan tanah di kelantan dan tidak berlaku aktiviti pembalakan di negeri itu?? bila rakyat kelantan buat protes, dia upah pula samseng untuk halang protes..

    ReplyDelete
  21. hakikatnya, sehingga hari ini, Sarawak masih mengekalkan status negeri yang mana keluasan hutannya adalah yang paling luas di Malaysia.. fakta ini adalah bukti bahawa pembalakan di negeri ini terkawal dan tidak begitu agresif sebagaimana agresifnya tuduhan pembangkang..

    ReplyDelete
  22. Negara sarawak merdeka pada 22hb Julai 1963. Rakyat sarawak boleh pilih untuk menjadi rakyat sarawak ataupun rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  23. Prestasi Kewangan Negeri Sabah Kekal Cemerlang

    Selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan, sumber dan perbelanjaan kewangan negeri Sabah sentiasa diurus secara berhemat, berkesan dan efisien. Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang menjadikan penganugerahan ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.

    Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Khazanah itu termasuklah bahan mineral, biodiversiti tanah pertanian dan warisan budaya yang merupakan asas atau tulang belakang terhadap pertumbuhan ekonomi negeri ini. Dengan mengambilkira kekayaan berkenaan serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete
  24. i love sarawak,tanah tumpah darahku..

    ReplyDelete
  25. I love Sabah.. Tanah tumpah darahku..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.