Friday, April 13, 2012

Perak Bakal Kembali Ke Tangan Pakatan

Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan olehTengku Razaleigh Hamzah untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang.

Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut.

“Terdapat khabar angin Umno Barisan Nasional (BN) mungkin hanya mampu mengekalkan tiga negeri sahaja dalam pilihan raya kali ini,” katanya merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

“Ku Li pernah memberitahu saya untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh.”

Jelas Nizar, situasi itu dibuktikan dengan kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Perak berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya, masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno BN kerana mereka melihat Umno BN sudah tidak lagi mampu membawa suara mereka berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional dan juga isu pembelian cincin isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno. Mereka terkesan dengan isu penternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan juga cincin (Datin Seri) Rosmah Mansor,” katanya ketika memberikan ucapan sewaktu pidato bertajuk “Pendidikan Percuma: Apakan Sekadar Mimpi” anjuran Malaysia Bangkit di sini.

“Kita dapat lihat perdana menteri lebih kerap berjunjung ke Perak berbanding negeri lain.”

Jelas pemimpin PAS ini, kedua-dua isu tersebut bakal mengalih undi masyarakat pedalaman dan PR berkemungkinan bakal mengambil alih Perak.

“Kita akan terus gunakan isu-isu tersebut sebagai kempen pilihan raya. Rakyat peka dengan isu-isu seperti ini.

“Mungkin kita akan buat dua poster berkenaan isu-isu itu dan edarkan di Perak sebagai salah satu strategi kempen kami,” katanya lagi. -TMI

14 comments:
Write comments
  1. Mimpi oleh Pakatan. Jangan ingat mudah untuk menawan Negeri Kerajaan BN.

    ReplyDelete
  2. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Silap2, negeri tadbiran pembangkang sekarang yang akan jatuh ke tangan BN.

    ReplyDelete
  3. Jangan terlalu yakin. Lebih baik fokuskan kepada negeri2 yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  4. Pembangkang temberang saja, lihat negeri selangor akan jatuh kembali ditadbir oleh kerajaan. Terus terang dinyatakan disini bahawa bukan mudah untuk menjatuhkan kuasa kerajaan dan harus diingat kerajaan sudah ada strategi untuk kembali memerintah selepas PRU-13.

    ReplyDelete
  5. UMNgOk/BN sudah tulis wasiat? sudah tempah coffin? sudah bersedia utk mengosongkan putrajaya???

    ReplyDelete
  6. Kita tengoklah selepas PRU-13 nanti sama ada Perak akan jatuh ke tangan Pakatan semula.

    ReplyDelete
  7. Mungkin mereka akan dapat balik Perak tetapi hilang Kelantan kerana rakyat Kelantan dah semakin kecewa dengan kerajaan PAS terutamanya dalam kegagalan mereka menunaikan janji 22 Perkara dan juga rampasan Tanah Nenek Moyang orang asli.

    ReplyDelete
  8. PRU13 akan menentukan segalanya.

    ReplyDelete
  9. kita tgklah nnti samada Perak berjaya ditawan semula pakatan atau tidak.

    ReplyDelete
  10. eleh.. pembangkang guna isu yang sudah pun selesai dan isu yang terbukti fitnah untuk dapat sokongan..

    ReplyDelete
  11. pembangkang pun bakal ditolak oleh rakyat ekoran kerakusan pemimpin2nya berhubung skandal pasir di selangor.. malah tidak segan silu tanpa rasa bersalah menggunakan dana awam untuk membiayai kos guaman pemimpin2nya..

    ReplyDelete
  12. belum tentu lagi!!! wp pengundi melayu x ramai di perak & berpecah2 akibat perbezaan pendapat, rakyat perak faham dengan perilaku baginda sultan!

    ampun tuanku! patik sanggup bercerai jasad & nyawa

    ReplyDelete
  13. iye..kita semua faham dgn perilaku sultan!

    daulat tuanku..allahuakbar!

    ReplyDelete
  14. Prestasi Kewangan Negeri Sabah Kekal Cemerlang

    Selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan, sumber dan perbelanjaan kewangan negeri Sabah sentiasa diurus secara berhemat, berkesan dan efisien. Ketua Audit Negara telah mengiktiraf negeri Sabah sebagai salah sebuah negeri yang mempunyai rekod terbaik dalam pengurusan kewangan. Dengan kecemerlangan ini, bagi tahun 2011, negeri Sabah sekali lagi telah dianugerahkan “Sijil Tanpa Teguran” (Clean Bill) yang menjadikan penganugerahan ini mencatatkan rekod selama 12 tahun berturut-turut.

    Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Khazanah itu termasuklah bahan mineral, biodiversiti tanah pertanian dan warisan budaya yang merupakan asas atau tulang belakang terhadap pertumbuhan ekonomi negeri ini. Dengan mengambilkira kekayaan berkenaan serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut. Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.