Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa siasatan majistret Perancis mendapati AS$1.2 bilion (RM3.7 bilion) jualan kapal selam kepada Kementerian Pertahanan Malaysia mensasarkan, antara lain, syarikat berpangkalan di Hong Kong bergelar Terasasi (Hong Kong) Ltd, dengan pegawai pentingnya Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Laporan itu juga menyebut bahawa siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia.
Blog ini yakin bahawa perkembangan kes ini di Perancis cukup merimaskan Perdana Menteri, Ah Jib Gor dan sudah pasti akan ada kesannya kepada BN jika pembubaran parlimen dilakukan dalam masa terdekat. Lebih parah lagi jika Ah Jib Gor dipanggil untuk menjadi saksi dalam perbicaraan tersebut. Sudah tentu Ah Jib Gor tidak dapat mengelak jika beliau disapina oleh mahkamah Perancis. Ini mahkamah Perancis bukan Mahkamah Malaysia di mana Ah Jib Gor boleh berdegil untuk tidak hadir ke mahkamah.
Kita pasti pasukan 'Think Tank' Ah Jib Gor sekarang sedang bertungkus lumus siang dan malam mencari jalan penyelesaian terbaik untuk memastikan Ah Jib Gor selamat dan tidak terjejas dengan perkembangan terbaru ini.
Mungkin segala 'Consultant' hebat di dunia diupah untuk memerah otak membantu Ah Jib Gor kerana silap haribulan karier politik Ah Jib Gor akan bungkus dengan isu ini jika mahkamah mendapati Ah Jib Gor terlibat.
Kemungkinan besar PRU 13 terpaksa ditangguhkan demi 'survival' BN. Namun begitu Ah Jib Gor tidak dapat lagi menangguhkan PRU 13 selepas Mei 2013 kerana edahnya sudah habis.
Menurut laporan itu lagi gergasi DCN, kemudiannya dikenali sebagai DCNS, dan Thales kemudian menubuhkan syarikat bersama yang dinamakan Armaris untuk mengilang kapal selam pada 2002.
Dua Scorpene Armaris, dinamakan sempena perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman dan bapa Najib, Tun Abdul Razak, sekarag digunakan untuk tugasan di perairan Malaysia.
Razak Baginda - bekas pemimpin kumpulan pemikir Malaysia yagn menjadi pusat perhatian pada 2006 apabila ketika disiasat dalam kes penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu - disenaraikan sebagai salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu, yang pada mulanya diperbadankan pada 28 Jun 2002 sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut pendaftar pertubuhan Hong Kong.
Seorang lagi pengarah merupakan bapa Razak Baginda, Abdul Malim Baginda.
Pejabat Terasasi bertempat di tingkat 19, Lockhart Road, dalam daerah Wan Chai, Hong Kong.
-MK / Mutaligat
Saturday, April 7, 2012
Perbiacaraan Scorpene : Najib Terpaksa Tangguh PRU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah itu adil percayalah!
ReplyDeleteNajib tidak ada hubungan apa-apa dengan Altantuya, itu katanya dalam sumpah laknatnya.
ReplyDeleteKita semua dah nampak. Masalahnya orang umno dan komponen BN buat bodoh ajer. Kenapa agaknya dia orang ni susah nak buka mata? Yang rakyat dok sokong BN buat ape? Projek tak dapat pun. Paling kuat pun duit upah jadi samseng RM 20. Yang kaya dan akan tambah kaya PM, Menteri kabinet, anak beranak dan kroni-kroni ajer. Rakyat tetp macam tu dan ditekan dengan kenaikan harga barang. Bodoh punya penyokong BN
ReplyDelete"Siasatan percaya sekurang-kurangnya sejumlah wang daripada 36 juta euro (RM144 juta) disalurkan melalui Terasasi berakhir ke poket Najib, yang juga menteri pertahanan dan timbalan perdana menteri ketika dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International atau Thint Asia."
ReplyDeleteKalau sharizat dipaksa oleh rahyat untuk meletak jawatan kerana skandal NFC sebanyak 250 juta yg dalam siasatan, najib razak juga haruslah meletak jawatan sebagai PM kerana skandal kapal selam dan ianya dalam siasatan.
Mana ketua UMNO cheras Datuk Syed Ali AlHabshee yg lantang desak shrizat berundur tu?????? Takde bezanya kes sharizat dgn kes najib ni. Desak le najib berundur. Berani dengan sharizat aje ke?? dengan kes najib ni diam macam tikus nampak kucing, takut periuk nasik terjejas
80% Ahli UMNO sayang PM, 80,% Rakyat Malay tak suka ambil rasuah,salah guna kuasa,pembunuh Altantunya,Pengkhianat Negara,Buat Fitnah guna TV 1,2,3 harta kerajaan(Rakyat)..........
ReplyDeleteNajib tak kenal Altantuya lah!
ReplyDeletehaji logiut najib; 'perahu' scorpene mau kena hantar balik peranchis ka? yg kita order submarine bah kan???
ReplyDeletekes Altantuya tak perlu nak dikaitkan dgn Najib.
ReplyDeleteNajib bersih macam malaikatkah law?
ReplyDeleteNobody can escape from law.
ReplyDeleteKita tunggu kes ini seterusnya.
ReplyDeleteaik,, bukan keputusan mahkamah perancis sudah keluar ka?? kalau ikut kenyataan pembangkang, keputusan itu keluar tahun lepas.. tapi sampai sekarang tidak ada apa2 tindakan dikenakan terhadap Najib.. takkan recycle balik isu ni untuk digunakan tahun ini pula?? nanti keluar lagi dakwaan pembangkang kononnya keputusan mahkamah perancis akan keluar hujung tahun.. pehh!!
ReplyDelete