Friday, April 13, 2012

RM144 juta rasuah Scorpene kepada Razak Baginda?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9OVPQpy3FzoJfyrbOVYbZm0RJPC3C7J4CF4maJwkj8PWUFi0zody6chTug3xbwPQksDM_TSbTb5QTuN6QxvCIo8wEvBWXs13IPP5XnK9HyVhJ81toGfxiWD5YtonP0GBnlCDraCYwUcQ/s1600/Scorpene.bmpAngkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menarik perhatian massa ke atas satu artikel nukilan John Berthesen, "Gun Begins Smoke in Malaysian Sub Scandal" seperti yang disiarkan di laman web Asia Sentinel pada 5 April 2012.

Artikel tersebut yang turut mengupas mengenai peranan mendiang Altantuya Shariibuu dalam transaksi berkenaan sehingga membawa kepada pembunuhan beliau, turut mendedahkan beberapa fakta kontrovesial di sebalik transaksi pembelian kapal selam Scorpene.

Antara lain artikel tersebut turut melontarkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan penyelewengan yang ketara dalam transaksi berkenaan. Ini sekaligus memalitkan imej Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

Dalam transaksi yang bernilai US$1.2 bilion tersebut, fakta didedahkan melalui proses penyiasatan percaya bahawa sekurang-kurangnya sejumlah €36 juta (RM144 juta) yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong, Terasasi (HK) Ltd yang dikendalikan oleh orang kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda, berakhir di 'poket Najib'.

Syarikat Terasasi ini yang bertempat di daerah Wan Chai, Hong Kong turut dikendalikan oleh bapa kepada Razak Baginda iaitu Abdul Malim Baginda.

Pendedahan ini jelas menggemparkan, di saat fakta-fakta seumpama ini digelapkan di dalam media Malaysia dan hanya diperoleh melalui siasatan media antarabangsa yang mempunyai akses siasatan yang kredibel.

Ditambah dengan pengakuan bapa kepada mendiang Altantuya, Dr. Shaaribuu Setev bahawa beliau pernah melihat gambar di antara mendiang Altantuya, Razak Baginda dan Najib, seolah-olah menggambarkan bahawa keterlibatan Najib di dalam skandal ini sudah tidak boleh diragui lagi.

Malah, AMK melihat ini merupakan satu tamparan kepada Najib dalam keadaan beliau telahpun bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu pada Ogos 2008 sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh sedang dijalankan.

Fakta-fakta yang diperincikan oleh Asia Sentinel ini mempunyai kredibiliti dan harus dinafikan oleh Najib secara berfakta untuk membersihkan nama beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.

Justeru, AMK mencabar Najib untuk membuat penafian terbuka secara spesifik dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata.

Sebarang dolak dalih yang bakal beliau berikan bersabit hal ini, hanya memburukkan lagi imej beliau di sebalik penafian dan sumpah yang telah beliau lakukan sebelum ini. Dan adalah malang bagi Malaysia untuk dipimpin oleh pemimpin yang hanya mampu membuat penafian tanpa sebarang susulan fakta.

Oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin

11 comments:
Write comments
  1. Rasuah kapal selam?? betulkah.. Rugi saja rasuah ini maka itu tidak akan berlaku.

    ReplyDelete
  2. Makin banyak isu yang dipermainkan oleh pihak lawan untuk menjatuhkan kerajaan BN.

    ReplyDelete
  3. Sumpah ni jangan dipermain-mainkan. kelak memakan diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. kalau isu melibatkan pembangkang, segala jenis polis, SPRM, hakim-hakim bertungkus lumus siang malam berkerja untuk menyiasat org yg terlibat tetapi, bila isu rasuah melibatkan pemimpin BN atau org BN, segala jenis polis, SPRM, hakim-hakim buat2 mcm pekak badak saja. bila ditanya, saling tuduh menuduh tak mau siasat. rupanya sangat teruk kerajaan 1Malaysia najib.

    inikah jenis kerajaan yg perlu rakyat pertahankan?

    ReplyDelete
  5. haji logiut najib bersumpah x kenal/jumpa altantuya...gambar dgn c cantik itu tipu? pastinya c najis bersumpah laknat dgn bersaksikan lubang pantat saiful bukhari!!!

    ReplyDelete
  6. korek jangan tak korek, korek dalam2, sampai pusat bumi. sapa2 pemimpin yang kurop, rasuah, pa2 ja la yang hanya mementingkan survival sendiri korek ja, biar rakyat malaysia tahu, biar dunia tahu.

    ReplyDelete
  7. Mudah2an boleh tahu la kebenaran

    ReplyDelete
  8. selagi belum terbukti, tak perlu nak percaya sgt.

    ReplyDelete
  9. Kes ini masih belum selesai kerana tidak ada bukti yang kukuh mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  10. agaknya bapa mendiang Altantuya, Dr. Shaaribuu Setev nampak gambar Najib, anaknya dan Razak baginda di internet.. gambar superimpose yang duduk semeja..

    ReplyDelete
  11. dari tahun lepas lagi kononnya mahkamah perancis akan mendedahkan skandal ini yang melibatkan Najib.. sampai sekarang tidak ada cerita..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.