Wednesday, April 11, 2012

Task Force IC : Pegawai kerajaan jangan sembelih diri

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan tindakan Umno menubuhkan 'task force' untuk mendaftar pengundi warga asing satu tindakan mencabul konsep perlembagaan yang amalkan demokrasi sebenar.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pegawai kerajaan jangan terpengaruh dengan pemberian duit dan pangkat dari Umno kerana ia hanya menyembelih diri sendiri.

"Jangan jadi umpan untuk pegawai kerajaan dapat duit dan pangkat kerana ia hanya sembelih mereka sendiri.

"Bila bersara nanti, tidak dihormati masyarakat, bila mati akan dikutuk oleh masyarakat, itu nasihat saya lah," kata Abdul Hadi mengulas penubuhan 'task force' khas oleh Umno untuk mendaftar warga asing menjadi pengundi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini mendedahkan penglibatan beberapa orang termasuk pegawai kerajaan dalam 'task force' untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.

Bagi Abdul Hadi, yang lebih malang lagi adalah orang Melayu yang terpengaruh dengan hujah kononnya tindakan ini dibuat untuk menjaga kepentingan politik Melayu.

"Malangnya yang paling tertipu adalah orang Melayu yang beragama Islam kerana mereka percaya dengan alasan inilah cara untuk pertahankan Melayu dan Islam.

"Pertahankan Melayu dan Islam bukan cara tipu, kena guna jati diri Islam. Yang hakis Melayu adalah kerana kerja-kerja penyelewengan yang dibuat Umno sebelum, semasa dan selepas pilihan raya," kata Abdul Hadi dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Bagi beliau, kerja menipu melalui Mykad dan daftar pemilih bukan saja menghasilkan kemenangan yang rapuh untuk BN tetapi ia bakal menjadi sebab kejatuhan BN

Beliau juga kesal dengan tindakan ini kerana tindakan untuk mempertahankan kuasa, mereka sanggup memanggil sendiri penjajah datang untuk menjajah negara.

"Sangat malang politik negara ditentukan oleh orang luar, orang asing yang kita panggil untuk jajah diri sendiri.

"Ini tindakan yang sangat salah dan sangat silap," kata Abdul Hadi.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada Umno agar belajar dari negara barat.

"Kita kena belajar dengan barat yang kalah pilihan raya dan jatuh belajar dari kesilapan untuk naik balik," kata beliau.

Beliau juga memaklumkan, PAS mempunyai maklumat BN menggunakan duit dan pegawai kerajaan dan pasukan keselamatqn untuk kawal tempat menyediakan Mykad untuk warga asing.

"Ini kita tahu semua," kata beliau kesal. -HD

11 comments:
Write comments
  1. Sial betul menjual negara dan genarasi kita,ayoo kita tumbangkan BN di PRU 13

    ReplyDelete
  2. Perbuatan menjual negara dengan mendaftar orang asing sebagai pengundi adalah orang yang berotakkan di lutut. Mereka sanggup menggadai masa depan anak dan cucu mereka kerana wang. Moga Allah turunkan bala untuk orang-orang ini.

    ReplyDelete
  3. Dapatkan kuasa dengan cara yg betul.bukannya melalui politik kotor.

    ReplyDelete
  4. Warga asing sepatutnya tidak diberikan status kewarganegaraan dengan mudah.

    ReplyDelete
  5. warga asing tidak layak menjadi pengundi.

    ReplyDelete
  6. dulu-dulu, di sabah yang hangat dgn isu PTI ni. sekarang sudah berjangkit di semenanjung. inilah gara-gara kalau mau menang pilihanraya. BN sanggup buat apa saja untuk menang termasuk untuk menjual negara kepada PTI. jahat sungguh kerja BN. mudah mudahan Tuhan akan melaknat mereka dan menghukum mereka di dunia. aku rasa BN susah mau tumbang di sabah sbb sokongan daripada PTI yang diberi IC haram sangat kuat. daerah2 seperti sandakan, tawau, lahad datu, semporna, kunak adalah pengeluar PTI yang utama untuk mengundi BN. jadi, amat mustahil BN kalah di kawasan itu. apapun, di harap rakyat sabah akan sedar dan terbuka hati dan menolak BN pada PRU nanti.

    aku rakyat sabah cukup malu dgn gelaran Fix Deposit BN. org semenanjung yang dikatakan miskin tegar masih mampu miliki motorsikal tetapi di sabah, kalau dah miskin, memang sangat daif. bangganya musa dengan prestasinya sebagai KM. khak tuiii.. kalau benar kau telus dan jujur terhadap rakyat sabah, semoga Allah akan melimpahkan rahmat ke atas mu di dunia dan akhirat. tetapi kalau kau terlibat dengan rasuah dan tidak telus sebagai pemimpin, semoga kau dilaknat Allah dengan segera.

    ReplyDelete
  7. UMNO Untuk Merampas Negeri Orang sanggup memberi IC kepada PATI. Inilah perjuangan UMNO Penipu rakyat. Aku cukup hairan orang yang mengundi UMNO yang menghancurkan masa depan anak-anak dan cucu bangsa sendiri hanya kerana kuasa! Laknat kau UMNO.

    ReplyDelete
  8. amanah dalam menjalankan tanggungjawab

    ReplyDelete
  9. Semoga masalah ini tidak akan terjadi. Kita percaya yang mana kerajaan akan melakukan tanggungjawab dengan baik sebagai kerajaan terpilih.

    ReplyDelete
  10. kalau ada bukti, dedahkan la.. jangan main cakap saja.. apa kurangnya PAS? bercakap2 di media buat tuduhan kononnya ada bukti, tapi besok2 tidak juga didedahkan..

    ReplyDelete
  11. sejak Hadi menghina penduduk asli Sarawak hanya kerana tidak menggundi calon PAS, sejak itu saya benci tengok muka si Hadi.. apa yang keluar dari mulut dia, tidak boleh percaya langsung..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.