Wednesday, April 11, 2012

Teori konspirasi "The Illuminati" dunia

Ada di antara kita tidak tahu apakah teori konspirasi. Salah satu teori konspirasi terbesar adalah "The Illuminati". Bagi anda yang tidak tahu tentang hal ini, Illuminati ialah nama kepada sebuah kerajaan rahsia yang diasaskan sejak 1 Mei 1776. Mereka mengikut ajaran agama yang dikenali sebagai Kabbala dan juga penyembah syaitan. Mereka percaya bahawa anti-Christ akan datang ke bumi dan akan memerintah untuk selama-lamanya. Musuh-musuh mereka yang paling besar adalah orang Islam kerana ia ditulis di dalam al-Quran bahawa anti-Christ akan dikalahkan oleh IMAM MAHDI.

Yang telah disenaraikan dibawah ini adalah antara senarai 10 matlamat yang dilakukan oleh Illuminati. Mereka mahu untuk menguasai seluruh dunia sebelum anti-Christ datang ke dunia ini. Semua senarai yang disebut di bawah adalah di antara teori konspirasi dan ianya bukan rekaan.

Salah satu objektif utama dan terbesar mereka adalah untuk mengawal sistem perbankan seluruh dunia dan kini kita lihat sendiri objektif mereka ini telah tercapai. Dikatakan bahawa semua sistem perbankan di dunia dijalankan oleh Illuminati sekarang. Kita lihat sekarang, kebanyakan bank-bank di dunia ini melakukan riba untuk mendapatkan keuntungan yang cepat. Mereka mewujudkan bank riba ke atas umat islam untuk mengahancurkan umat islam secara halus. Kebanyakan di antara kita ingin mencari keuntungan cepat, tanpa mengira halal haramnya, tapi sedarlah azab Allah itu ternyata pedih dan amat berat. Kecaman Allah ini amat berat, sehingga pengambil riba dikategorikan sebagai penghuni neraka dan kekal selamanya.

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. [TMQ Al Baqarah(2) : 275]

Setiap mereka yang berurusan dengan riba atau mengamalkannya akan berada jauh dari rahmat Allah Subahanahu Wata'ala sebagaimana hadith Rasulullah Sallahu Alahi Wasalam maksudnya:

"Dari Jabir Radiallahu Anhu katanya: Rasulullah Sallahu Alaihi Wasalam melaknat orang yang makan riba dan orang yang memberi wakil pada riba dan penulisnya dan dua saksi. Sabda baginda: Mereka itu semuanya sama pada hukum mengambil riba" (Riwayat Al-Imam Muslim).

Sedarlah keharaman riba adalah amat jelas, namun riba inilah yang menjadi asas struktur ekonomi kapitalis dan zionis. Apalah gunanya jikalau keuntungan yang diperoleh itu, bakal menghumbankan diri ke dalam neraka Allah kelak.

Muzik merupakan salah satu elemen penting untuk menyampaikan mesej mereka. Hampir semua orang di atas muka bumi ini mendengar muzik moden supaya manusia menjadi lalai, terutama orang-orang islam. Apabila mendengar muzik-muzik mereka, seolah-olah rasa terpukau dengan fatamorgana dunia sehingga orang islam melanggar segala perintah Allah dan Rasul pesuruhNya.Mereka asyik dengan hiburan dunia. Kita lihat sahaja di kaca TV, hampir kesemua rancangannya hiburan yang melalaikan semata-mata.Mereka ingin membunuh jiwa-jiwa anak muda islam agar sentiasa lalai dan menjadikan artis-artis mereka sebagai idola.Kalau zaman nabi dahulu, berhala adalah patung, tapi di akhir zaman ni berhalanya adalah manusia yakni artis-artis hiburan yang menjadi idola dan pemujaaan anak-anak muda.

Kartun merupakan salah satu cara mesej yang ingin disampaikan oleh Illuminati terhadap kanak-kanak.Semua kanak-kanak di dunia ini menonton rancangan kartun.Kebanyakan kanak-kanak terpengaruh apabila menonton kartun sehingga nak disuruh pun malas kerana mereka begitu asyik dengan rancangan kartun, seolah-olah dipukau. Kita perlu sedar Tv ni seolah-olah dajal mata satu yang memusnahkan jiwa-jiwa orang islam dari peringkat kanak-kanak lagi. Objektif Kartun ini diwujudkan adalah untuk memusnahkan jiwa kanak-kanak islam dari peringkat kecil lagi. Bila umat islam telah dihancurkan dari kecil lagi, maka mudahlah mereka untuk menghapuskan umat islam seterusnya.

SELANJUTNYA SILA KE http://www.halimislam.com"

16 comments:
Write comments
  1. Tembirang la... Bank Rakyat sendiri sebagai mengaku bank ala islam adalah raja Riba pun... apa daaa....

    ReplyDelete
  2. Bank Islam lagi tambirang. Nama saja Bank Islam tapi tidak Islamik.

    Hamba Allah

    ReplyDelete
  3. sepatutnya BN patut semak sistem perbankan di malaysia sejak dahulu lagi, jgn sampai nama saja islamic tapi perlaksanaan tak selari.

    ReplyDelete
  4. siapa la tu anti Christ?

    ReplyDelete
  5. The most valuable secret of the Illuminati was their own moral system of authority, which was already practiced inside the order, but was now supposed to be applied on the outside world.

    ReplyDelete
  6. The deceit and patronizing of the lower-positioned members soon provoked disagreements within the order.

    ReplyDelete
  7. This was caused by Weishaupt's aim to perfect the individual by encouraging it to practice more self-discipline and covert leadership.

    ReplyDelete
  8. He assumed that for the improvement of the individual the first necessary step was to know its secrets.

    ReplyDelete
  9. Probably, he adopted this concept from his arch-enemy, the Jesuits, which were known for their slavish obedience and their gentle but still effective leadership by means of confession.

    ReplyDelete
  10. Actually, according to Illuminati-expert Agethen, the order stayed in a dialectic entanglement with its opponents: they used Jesuit methods of investigating the conscience in order to emancipate the individual from the intellectual and spiritual domination of the church; they also used a ranking system and mystical fuss, similar to the enthusiastic irrationality of the Rosicrucians, to further the success of Enlightenment and rationality.

    ReplyDelete
  11. They subjected their members to an utterly totalitarian monitoring and psychological techniques in order to ultimately free mankind of the despotism of princes and kings.

    ReplyDelete
  12. In addition to the supposed shadowy and secret organization, several modern fraternal groups claim to be the "heirs" of the Bavarian Illuminati and have openly used the name "Illuminati" in founding their own rites.

    ReplyDelete
  13. Some, such as the multiple groups that call themselves by some variation on "The Illuminati Order", use the name directly in the name of their organization, while others, such as the Ordo Templi Orientis, use the name as a grade of initiation within their organization.

    ReplyDelete
  14. Mereka ini sebenarnya adalah orang yang sedar dengan apa yang ada dalam Al-Quran dan cuba untuk menghalangnya takdir.

    ReplyDelete
  15. logo parti politik mana yang sama dengan logo diatas?? logo PKR kan?? ba hati2 la dengan PKR..

    ReplyDelete
  16. Banyak sekali pengaruh illuminati di malaysia, dari segi ugama, institusi kewangan dan segala bentuk industri, parti politik dan media massa...buka hati dan fikiran untuk memahaminya supaya bersedia untuk kiamat bila nabi mahdi muncul untuk menyelamatkan dunia dari kuasa dajjal yang mengguna illuminati sebagai agennya untuk melaksanankan kerjanya menentang Allah swt

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.