Friday, April 6, 2012

TERAS & GMI Turut Sokong BERSiH 3.0

Rakyat di negara ini tidak mempunyai pilihan selain menyertai BERSIH 3.0 sebagai suatu suara sepadu rakyat selain memberi tekanan kepada kerajaan supaya di adakan pilihanraya yang adil dan bersih.

Selama ini peranan yang telah diberikan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk mewujudkan pilihanraya yang adil telah gagal dilaksanakan kerana terdapat banyak campurtangan politik di pihak kerajaan Umno-BN.

Pengerusi Teras Keupayaan Melayu (TERAS), Azmi Hamid berkata, Perhimpunan Bersih 3.0 ini amat relevan dilaksanakan kerana Malaysia adalah negara demokrasi dan rakyat menuntut suatu sistem pilihanraya yang adil dan bersih daripada segala penyelewengan.

“Malaysia telah dalam proses untuk menjadi sebuah negara yang demokrasi dan sudah tentunya mahukan sistem yang terbaik dalam pilihanraya kerana pilihanraya adalah satu rukun dalam konsep demokrasi,” ujar Azmi ketika di hubungi MediaSelangor.

Selain itu katanya, Bersih 3.0 diharap memberi kesan yang diharapkan dan diambil perhatian yang serius oleh Kerajaan Pusat dan SPR kerana sudah banyak hal-hal membuktikan adanya perkara yang tidak lancar dan penyelewengan yang akan mencacatkan pilihanraya akan datang.

Pada 28 April ini BERSIH 3.0 akan di adakan di Dataran Merdeka yang bermotokan “Duduk dan Bantah” yang akan diketuai Sastrawan Negera, A Samad Said.

Berhubung himpunan BERSIH 3.0, Azmi berkata kerajaan dan SPR seharusnya lebih peka dengan tuntutan dan kehendak rakyat dan bukannya menghukum rakyat yang mahukan perubahan dan ketelusan dalam pilihanraya.

“Pengundi muda yang mempunyai akses maklumat yang lebih terperinci akan menjadi tunjang BERSIH 3.0 kerana mereka mahukan undi mereka dihormati dan bersih dari segala penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

“Kita mendapat maklumbalas dari pengundi-pengundi muda yang mahukan suatu sistem pilihanraya yang adil dan bersih kerana terdapat banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan oleh SPR,” jelas Azmi.

BERSIH 3.0 dilancarkan ekoran kegagalan laporan jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk menambahbaik pilihan raya yang didakwa tidak menunjukkan komitmen untuk melaksanakan pilihan raya yang bersih seperti mana yang dituntut BERSIH 2.0 sebelum ini.

BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu menuntut lapan perkara. Antaranya: membersihkan sistem pilihan raya, pembaharuan pengundian pos, penggunaan dakwat kekal, akses media yang adil, 21 hari tempoh berkempen, pengukuhan institusi awam, hentikan rasuah politik, dan hentikan politik kotor. -selangorku

8 comments:
Write comments
  1. Kenapa tiba tiba Nazri berubah....Padahal awalnya BN tak setuju, Itulah Pasal hebatnya BERSIH 03 yang telah dilancarkan, biar dunia tahu betapa tempangnya Pilihan raya di Malaysia sekarang bahkani dulu lagi, semarakkan BERSIH 03, keluarkan arahan tertip tertip berhimpun Duduk dan bantah, supaya perserta perserta himpun ikut aturan dengan tertip, kita bukan mahu keganasan, kita bukan mahu memberontak, kita mahu keadilan, kita mahu membuang yang kotor kotor, dan kita mahu suarakan yang kita hendakan pilihan raya yang BERSIH dan adil.

    ReplyDelete
  2. klu pilihanraya telus n adil, sudah lama UMNgOk masuk coffin!!!

    ReplyDelete
  3. perhimpunan bersih tidak patut diadakan.

    ReplyDelete
  4. Perhimpunan aman yang tidak mendapat kelulusan untuk berhimpun adalah salah di sisi undang2.

    ReplyDelete
  5. important young voters to choose wisely in the next general election, the country needs a proven administration to deal with domestic, regional and global issues. Don't give the country away to the wrong hands because you will be in trouble. Govt had worked through many domestic, regional and global issues and these translated into social and economic development for the country.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya Bersih yang akan diadakan pada 28 April ini seperti mendapat sambutan dari pelbagai NGO.

    ReplyDelete
  7. macam mana adil dan bersih yang mereka mahu.. dalam PSC turut dianggotai oleh wakil2 dari pembangkang.. jika masih ada pihak yang tidak bersetuju dengan cadangan2 PSC, maknanya mereka juga tidak bersetuju bahawa pembangkang akan mampu membersihkan sistem pilihanraya negara jika ditakdirkan berjaya merampas tampuk pemerintahan negara kelak..

    ReplyDelete
  8. bagi saya bukan rakyat yang tidak ada pilihan, sebaliknya penganjur2 Bersih yang tidak ada pilihan selain mengadakan perhimpunan Bersih kerana dana asing sudah masuk ke poket mereka..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.