SIPITANG: Kira-kira 600 penduduk di empat buah kampung kawasan Ulu Melamam meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula lokasi pelan tanah Komuniti Mendolong kerana ia terletak di kawasan tanah adat penduduk.
Jurucakap penduduk Angai Arau berkata, kawasan yang dicadang untuk diwartakan untuk Geran Komunal itu tidak masuk akal kerana ia dinamakan Tanah Komuniti Mendolong tetapi ia terletak di kawasan Ulu Melamam yang membabitkan Kg. Marau, Kg. Damai, Kg. Melagau dan Kg. Kuala Muaya.
Katanya, Kg. Mendolong terletak kira-kira tiga kilometer dari kawasan Ulu Melamam manakala empat kampung tersebut adalah paling hampir dengan kawasan berkenaan.
“Kawasan yang telah diwartakan untuk Geran Komunal itu sebahagiannya telah diterokai oleh penduduk kampung terbabit dengan tanaman getah dan sawit,” kata Angai.
Selain itu katanya, kawasan berkenaan juga adalah warisan tanah adat dari nenek moyang sejak dahulu lagi. “Buktinya masih terdapat tanah perkuburan nenek moyang dan pokok buah-buah yang telah ditanam berpuluh-puluh tahun dahulu di samping tanaman baru yang telah diusahakan oleh penduduk,” jelasnya.
Justeru itu katanya, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur perlu mengkaji semula pewartaan kawasan itu untuk Geran Komunal kerana selain warisan tanah adat ia juga telah dipohon oleh penduduk.
Angai berkata, penduduk empat kampung yang terbabit juga merasa kesal dengan tindakan Jabatan Tanah dan Ukur Daerah yang membatalkan permohonan tanah penduduk dengan alasan tanah yang dipohon terletak dalam kawasan Pelan Komuniti Mendolong.
Tuesday, December 4, 2012
600 Penduduk Rayu Kes Tanah Mondolong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
harap rayuan penduduk akan didengar.
ReplyDeleteGeran komunal juga di panggil sebagai geran komuniti yang mna penerima geran ini mestilah penduduk asli ditempat tersebut.
ReplyDeleteIanya telah lama diperkenalkan di banyak Negara seperti di Amerika , Australia, New Zealand dan termasuklah Malaysia.
ReplyDeleteCuba satu dahulu dan pastikan sama ada pelaksanaan geran komunal mencapai matlamat atau tidak, kata Bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun.
ReplyDeletepihak terlibat seharusnya menangguhkan dahulu pemberian geran komunal bagi memastikan ia benar-benar sesuai dilaksanakan.
ReplyDeleteNo harm to try, if it is work well, then only fully implement it.
ReplyDeleteAngai berkata, penduduk empat kampung yang terbabit juga merasa kesal dengan tindakan Jabatan Tanah dan Ukur Daerah yang membatalkan permohonan tanah penduduk dengan alasan tanah yang dipohon terletak dalam kawasan Pelan Komuniti Mendolong.
ReplyDeletePihak berkuasa harus memberi penjelasan membatalkan permohonan tersebut.
“Kawasan yang telah diwartakan untuk Geran Komunal itu sebahagiannya telah diterokai oleh penduduk kampung terbabit dengan tanaman getah dan sawit,”
ReplyDeleteTanah tersebut harus diusahakan untuk menjana pendapatan yang berterusan.
Isu tanah masih tiada cara penyelesaian yang baik dan berkesan.
ReplyDeleteKerajaan negeri harus memperjuangkan hak milik rakyat. Jangan membiarkan rakyat menjadi sasaran perampas tanah.
ReplyDelete
ReplyDeleteKalau boleh tangani masalah tanah adat ini sebaiknya. Jangan biarkan terus menghantui penduduk kampung.
ReplyDeleteKerajaan sememangnya telah mengkaji sesuatu yang terbaik bagi menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteWalapun ada jalan penyelesaian namun kajian sememangnya perlu diteruskan lagi.
ReplyDeleteGeran Komunal yang dilaksanakan adalah antara satu cara yang terbaik menyelesaikan masalah tanah adat ini.
ReplyDeleteGeran Komunal ini dilakukan berdasarkan pengagihan tanah-tanah kepada penduduk yang layak.
ReplyDeleteIni juga bagi mengelak berlaku penjualan tanah yang sekarang ini kerap berlaku. Ini akan merugikan diri mereka saja.
Kerajaan tidak akan lupa tanggungjawab mereka memberikan yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeleteSegera selesaikan masalah tanah, pasti penduduk risau akan kehilangan tanah mereka
ReplyDeleteJabatan tanah dan ukur perlu bertindak segera
ReplyDeleteSuruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan meneliti semula Akta SUHAKAM terutama berkaitan penyelesaian isu tanah agar dapat ditangani dengan lebih efektif dan penglibatan secara menyeluruh.
ReplyDeleteSUHAKAM mempunyai skop peranan yang terhad dalam penguatkuasaan berkaitan dengan isu tanah dan isu-isu lain melibatkan hak asasi manusia.
ReplyDeleteSUHAKAM akan mengemukakan cadangan berhubung pindaan akta tersebut memandangkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk meminda akta.
ReplyDeleteMereka (penduduk) yang telah mendiami kampung yang mereka warisi dari nenek moyang layak diberi geran komunal,
ReplyDeleteisu yang dibangkitkan oleh pihak tertentu yang memutar belitkan pemberian geran komunal akan menghakis tanah adat dan hak anak negeri.
ReplyDeletePemberian geran komunal kepada penduduk telah dirancang dan dipersetujui oleh kerajaan negeri di bawah Seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah dan syaratnya hanya anak negeri Sabah sahaja yang layak.
ReplyDeleteJangan terpedaya dengan tomahan-tomahan pihak pembangkang yang mengatakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dapat membela nasib rakyat.
ReplyDeleteIsu tanah masih dalam perkembangan. Semoga segala usaha memihak kepada rakyat.
ReplyDeleteTanah harus diusaha dan bukan ditukar milik untuk mendapat keuntungan jangka pendek sahaja.
ReplyDeleteSalah satu cara untuk merampas hak orang kampung. Takanlah kerajaan negeri tidak minta pandangan dari orang kampung dahulu? Dah tahu kawasan itu ada perkampungan janganlah masukkan kawasan itu. Orang kampung mau lari kemana lagi? Kalau pemilik tanah tu jual, itu haknya. Kalau nah wujudkan "Geran Komunal" nih perlukan tandatangan dan persetujuan dari orang kampung. Jangan terus sahaja wartakan menjadi "Geran Komunal".... mungkin ini ada tipu muslihat?
ReplyDeleteJabatan ukur tu tiada kena mengena. Jangan salahkan mereka, kerana mereka ikut arahan orang kuat di negeri ini. Salahkan orang-orang yang atas tulah.... merekalah yang mengatur semua ini? Wahai orang kampung lawan habis-habisan.... jangan sampai kehilangan hak peribumi...
ReplyDeleteRayuan penduduk harus didengari.
ReplyDeleteThere must be something left behind here
ReplyDeleteThis is serious case, the authorities should do something
ReplyDeleteINI KALI LAH..........
ReplyDeleteHarap masalah tanah dapat di selesaiakn dengan segera, dan semua pihak berpuas hati.
ReplyDeleteHarap isu tanah ini jangan di politikan cari jalan penyelesaian.
ReplyDeleteSuara rakyat harus di utamakan, agar sokongan dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan tidak hilang.
ReplyDelete