"BOLEHKAH saya pinjam mata Pengarah Pendaftaran supaya saya dapat bikin IC?," tanya Yusof Apalal, 53, seorang penghuni Rumah Orang Buta di Taman Cahaya Sandakan, yang tidak mendapat sebarang bantuan kerana beliau dan enam anaknya tidak memiliki kad pengenalan.
Yusof adalah antara penghuni awal Rumah Orang Buta di Taman Cahaya yang diabaikan oleh Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan kerakyatan Malaysia kerana 'Buta' dan Sindrom 'Orang Buta' tidak perlukan kad pengenalan; jika tidak, sudah tentu lebih 20 orang buta berketurunan Dusun di Taman Cahaya sudah mendapat kad pengenalan.
Memang amat malang bagi Yusof dan enam anaknya kerana Jabatan Pendaftaran sering menggunakan Dasar 'Telur dan Ayam'; sedangkan hakikatnya tidak mungkin bagi seorang kanak-kanak buta mengheret ibu bapanya ke Jabatan pendaftaran Negara; sedangkan JPN merupakan penyimpanan data peribadi rakyat Malaysia.
Jika JPN boleh memberikan kad pengenalan melalui jalan songsang kepada lebih 3.2 juta Warga Asing Indonesia, Filipina, Pakistan, India, China dan sebagainya; kenapa tidak dapat meluluskan kad pengenalan bagi seorang buta demi kejayaan enam orang anaknya yang digantung tidak bertali, 'Warganegara Belum Ditentukan'.
Mungkin Yusof sudah putus asa dan terlalu geram dengan penghinaan masyarakat dan sindiran tajam Pegawai Pendaftaran yang meminta 'dokumen' yang beliau tidak ada; apatah lagi setelah Akta DNA diluluskan Parlimen kini menjadi hiasan dan lelucon untuk kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.
Menurut Yusof kedua ibubapanya memiliki kad pengenalan dan merupakan anak jati Sabah daripada keturunan Suluk, tetapi akibat buta beliau disisih di Taman Cahaya ketika berusia 19 tahun sehingga kini.
Di Taman Cahaya beliau bertemu jodoh dengan gadis buta berketurunan Bajau, Rugayah Bte Nujan sehingga mendapat enam cahaya mata yang kesemuanya di lahirkan di Hospital Duchess of Kent.
Nasib malang Yusof dan isterinya diwarisi anak-anaknya kerana walaupun kesemuanya mempunyai Sijil Kelahiran, namun masih menjadi 'Warga Kayangan' kerana kerakyatan yang 'Belum Ditentukan' menyebabkan hidup mereka diambang kemiskinan yang merantai; bukan sahaja tidak dapat melanjutkan pelajaran, malah tidak dapat mencari pekerjaan.
Kematian isteri Yusof menyebabkan bebannya membesarkan anak semakin sukar kerana beliau tidak layak menerima Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan terpaksa mengharap ehsan Taman Cahaya untuk menghulurkan makanan dan barang keperluan.
"Mujur juga anak sulung saya, Zaki dan adiknya King Birthday mendapat kerja sebagai buruh kontrak untuk menampung kehidupan kami sekeluarga," ujar Yusof yang kesal kerana dua anaknya, Mohd Noor dan Gabie ditamatkan persekolahan disebabkan tidak mempunyai kad pengenalan.
Kata Yusof, beliau semakin bimbang kerana masa hadapan anaknya akan terumbang ambing jika beliau sudah meninggal dunia kerana selama ini hanya mengharap ehsan Taman Cahaya; yang bukan sahaja tidak mempunyai dana, malah turut mengharapkan ehsan orang ramai.
"Saya pernah diberi resit kad pengenalan ini (menunjukkan satu resit laporan kehilangan kad pengenalan bernombor H0597226 bertarikh 13 Ogos 1990) tetapi dia orang bilang ini tidak benar," kata Yusof tidak dapat mengingat nombor kad pengenalannya.
Sepanjang hayatnya, kata Yusof, beliau hanya memiliki resit report kehilangan kad pengenalan mengikut Peraturan Pendaftaran Negara 972; tetapi tidak menggunakannya kerana Pegawai Pendaftaran memberitahunya sebagai palsu, namun mereka tidak berusaha untuk membantu Yusof dan keluarganya.
Sejak daripada itu, saban tahun Yusof mengunjungi Jabatan pendaftaran Sandakan tetapi tidak pernah berhasil melepasi saringan kerana kedua ibu bapanya telah meninggal dunia dan beliau telah terputus hubungan dengan saudara masa sejak dimasukkan ke Rumah Orang Buta (Taman Cahaya) di Rancangan Sungai Manila, Sandakan.
Dalam pada itu, anak sulungnya, Zaki Bin Yusof yang dilahirkan pada 26 November 1991 dan diberi nombor pendaftaran 10213/91 di Hospital Duchess of Kent turut melahirkan rasa kesal kerana beliau dan keluarganya adalah Anak Jati Sabah berketurunan Suluk, sama seperti Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, tetapi dilayan sebagai warga kelas kambing kerana diberikan kerakyatan 'Belum Ditentukan'.
"Trauma dengan keadaan ini sejak kecil, saya dan adik-adik saya tidak mahu belajar atau mewarisi bahasa Suluk kerana kami dianggap sebagai pendatang. Tapi bolehkah Pendatang jadi TYT?" tanya Zaki yang memberikan satu sindiran tajam.
Disebabkan kerakyatannya 'Belum Ditentukan', maka Zaki terpaksa bekerja sementara dengan beberapa sub-kontraktor untuk meringankan beban bapanya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Zaki dan adik-adiknya, King Birthday, Muhammad Abdullah, Mohammad Ilham, Gabie dan Mohd Noor turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Penyelia Taman Cahaya, Haji Ibrahim Haji Hamid kerana begitu prihatin terhadap nasib keluarga mereka dan tidak jemu-jemu menghantar mereka sekeluarga saban tahun ke Jabatan Pendaftaran Negara Sandakan untuk memohon kad pengenalan sekalipun ditolak.
Dalam pada itu, Haji Ibrahim yang telah bertugas dengan Taman Cahaya sejak 1978, kenal benar dengan ibu bapa Yusof, tetapi kurangnya kerjasama mereka menyebabkan usaha untuk mendapatkan kad pengenalan bagi Yusof dan anak-anaknya gagal sehinggalah kedua ibu bapa Yusof meninggal dunia.
"Saya harap Pengarah JPN Sabah, atas nama kemanusiaan, berilah kelonggaran kepada Yusof dan keluarganya mengikut peruntukan Perlembagaan dan hak mereka sebagai warganegara," kata Haji Ibrahim lagi.
Tegas Haji Ibrahim, polisi JPN tidak pernah mengecualikan orang buta kerana mereka juga memerlukan kad pengenalan untuk berurusan; malah ramai orang buta di Taman Cahaya tidak memiliki kad pengenalan.
"Taman Cahaya adalah 'Syurga' bagi Orang Buta yang selama ini disisihkan masyarakat. Kita ambil mereka dari segenap pelusuk kampung, kita latih mereka sehingga boleh berdikari dan bukan meminta-minta," kata Haji Ibrahim yang mengakui dua pertiga daripada penghuni Taman Cahaya menghadapi masalah identiti.
Kata Haji Ibrahim, pihaknya hanya mengambil pelatih daripada kalangan rakyat Malaysia dan bukannya PATI. Ketiadaan dokumen peribadi katanya, bukanlah penentu mutlak kerakyatan kerana sikap keluarga yang menganggap orang buta tidak perlu MyKad sudah begitu lama bersemadi di Malaysia.
"Persoalannya, sampai bilakah kita akan membiarkan kezaliman ini berlaku," tanya Haji Ibrahim yang menyifatkan birokrasi JPN telah menyebabkan masa hadapan penghuni Taman Cahaya terus gelap kerana tidak ada sebarang cahaya di hujung terowong JPN.
Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)
Thursday, December 27, 2012
Boleh Pinjam Mata Pengarah JPN?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menurut Yusof kedua ibubapanya memiliki kad pengenalan dan merupakan anak jati Sabah daripada keturunan Suluk, tetapi akibat buta beliau disisih di Taman Cahaya ketika berusia 19 tahun sehingga kini.........SEKARANG MAU SALAHKAN JPN, MEMANGLA MEREKA AKAN MINTA PELBAGAI DOKUMEN SEBAB DARI UMUR 19 TAHUN MASIH TIADA LAGI DOKUMEN SURAT BERANAK DLL...SALAHKAN IBUBAPA DAHULU SEBAB MERAKA LALAI DALAM T/JAWAB MENDAFTAR ANAK. JPN BUKAN MAU PANTAU KAU SEORANG SAHAJA DI BUMI MSIA INI.NAHH SKRG KASIAN LA SAMA KAU PUNYA CUCU-CUCU. INI PERINGATAN KEPADA YANG LAIN, LEPAS LAHIR SAHAJA DLM MASA 2 MINGGU URUSKANLAH PENDAFTARAN ANAK WALAU SESIBUK MANA PUN.SEKIAN.
ReplyDeleteKes2 ibubapa cuai dan lalai dlm hal2 sebegini memang masih ramai lagi dan sekarangpun. Contoh di atas ni yg trjadi dulu. Masalahnya...anak2 tu nanti yg hadapi. Bukan kata cuai dan lalai, tetapi seolah2 diambilmudah perkara penting sebegini. Cuma kes diatas tu spt mngambil kesempatan dlm isu PATI. Warganegara susa dpt ic tapi PATI,sanang bah itu.
ReplyDeleteBukankah boleh guna sijil lahir untuk pendaftaran sekolah? Cuma ingin tahu. Apa pun masalah begini perlulah ditangani.
ReplyDeleteMasalah sebegini sememangnya perlulah diselesaikan oleh JPN. Kerana ini akan memberi beban kepada keluarga ini dan masa hadapan mereka.
ReplyDeleteCari dimana silap dalam masalah yang dihadapi oleh keluarga ini. Perbetulkan kesilapan yang berlaku.
ReplyDeleteJPN perlulah tampil dan memberikan penjelasan mengenai sebab perkara ini berlaku. Apa pun siasat kebenaran dalam hal ini.
ReplyDeleteBiarkan JPN yang sendiri mencari penyelesaian mengenai perkara ini. Harap JPN akan dapat memperbetulkan kelemahan dalam pentadbiran yang mereka lakukan.
ReplyDeletedia cakap dia dapat reset IC bermula dengan no H0597226 dan dikeluarkan pada tahun 1990,memang sah itu IC palsu,itu lah terlmapau ikut nafsu serakah ingin menumbang kan PBS pada masa itu,nah sekarang BN maha mahu pedulikan kamu lagi.
ReplyDeletepembangkang akan guna kesempatan untuk meraih undi.
ReplyDeleteIbu bapa ada dokumen, dia tiada dokumen. sudah tentu meragukan
ReplyDeletePakatan Rakyat menentang sekeras-kerasnya penggunaan sistem biometrik, sebaliknya MENGARAHKAN SPR agar menggunakan dakwat kekal yang kini hanya digunakan oleh segelintir negara mundur di dunia sebagai usaha mengelakkan penipuan pengundian.
ReplyDeleteSudah ada yang menggunakan klip video dari program Mythbuster yang menunjukkan pemalsuan cap jari yang berjaya menipu mesin biometrik yang menurut mereka membuktikan sistem biometrik kelak akan menjadikan penipuan pilihanraya lebih hebat dilakukan.
ReplyDeleteMenariknya, puak-puak berkenaan tidak pula membicarakan tentang proses pengesahan masih tetap menggunakan kad pengenalan yang dihubungkan secara terus dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan selain pengesahan mata oleh wakil SPR terhadap orang yang mengesahkan pendaftaran mereka selain wajah mereka mestilah sama dengan yang tertera pada MyKad dan gambar yang disalurkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
ReplyDeleteAtau dengan kata lain, sistem biometrik yang bakal digunapakai oleh SPR nanti, akan lebih mengetatkan proses mengundi, sekaligus menafikan hujah-hujah Pakatan Rakyat tentang pengundi hantu.
ReplyDeleteApa sebab yang Pakatan Rakyat takut sangat dengan biometrik?
ReplyDeleteAda sahabat dari sebelah sana yang secara melawak berkata, Pakatan Rakyat memang gentar dengan sistem biometrik sebab pendaftaran pengundi-pengundi baru, banyak dilakukan oleh Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP.
Mengklon MyKad, mungkin boleh dilakukan dengan mudah dan murah. Bagaimanapun, untuk mengklonkan cap jari dan wajah yang terdapat dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara, adalah sesuatu yang sangat mustahil.
ReplyDeleteSebab itulah, kata sahabat berkenaan, Pakatan Rakyat sangat gusar seandainya sistem biometrik dibuat, usaha-usaha bersungguh DAP mengumpul seramai mungkin bakal-bakal pengundi dari kalangan kaum mereka, akan menjadi sia-sia.
ReplyDeleteKata sahabat itu lagi, faham-fahamlah apa maksud sebenarnya... kalau di Pulau Pinang, masa buat bancian hari tu pun jadi kecoh sebab sebahagian besar kaum berkenaan enggan dimasukkan dalam bancian, maka penggunaan sistem biometrik akan membenarkan teori yang mengatakan, terdapat ramai pendatang dari China yang sedang berada di negara ini dan menjadi penyokong kuat DAP dengan harapan, kalau DAP atau Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya, maka mereka pun akan mudah menjadi pemastautin tetap atau rakyat negara ini!
ReplyDeleteMyKad is an identity to people.
ReplyDeleteNever mine, we all know what happen.
ReplyDeleteApa yang penting sekarang ialah kita harus mengenal pasti punca masalah.
ReplyDeleteWhat is happening?
ReplyDeleteKENAPA BEGINI NI?
ReplyDeletemereka ini asalnya PTI jadi tak heran masalah ni timbul. kalau betul ibubapa warganegara, mesti ada rekod di JPN so, benda ni ada dua kemungkinan samada mereka ini betul2 warganegara atau memang PTI. mana RCI? rasanya kalau siasat betul2, bukan hanya rakyat sabah yg ramai asal PTI yg dapat IC haram tetapi ada beberapa pemimpin di sabah yg memang diragui asal usul atau cara mereka dapat kerakyatan.
ReplyDeletemasalah berat di sabah ialah ada sesetangah pemimpin yang cuma dapat kerakyatan malaysia tetapi jadi orang besar pula dan mempunyai kuasa yang sangat besar sedangkan rakyat asal/tempatan hanya jadi kuli2 atau jadi org suruhan.
inilah masalah yg berlaku dizaman pemerintahan BN. pemimpin BN tak kisah latar belakang pemimpin mereka yg penting dapat kuasa. ingat semua' kalau orang itu berasal dari seberang dan kemudian mendapat kedudukan dalam masyarakat, sudah pasti org itu akan berbuat sesuatu dengan bangsa sendiri.
kaum pendatang tidak pernah berputus asa mereka rela mati di sabah daripada balik ke nergi asal. mereka ini beranak ramai seberapa ramai yang boleh kerana inilah strategi mereka. ibu bapa ada ic merah dsb tetapi anak2 mereka pastinya dapat IC malaysia.
jadi, berhati hatilah dgn PTI. mereka ini umpama bom jangka untuk rakyat dan negeri sabah khasnya.
Pembangkang tidak ada isu dan mereka akan mencari perkara-perkara yang boleh dijadikan bahan untuk mengelirukan rakyat kerana mereka mahu meraih undi.
ReplyDeleteInsiden baru-baru ini di mana pembangkang membuat cerita kononnya 300,000 orang India tidak mempunyai kad pengenalan dan sijil kelahiran yang sah sedangkan kerajaan telah menyediakan program bahawa sesiapa saja yang tidak mempunyai dokumen terbabit boleh membuat laporan atau memaklumkan kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
ReplyDeleteHasil laporan sebenar hanyalah 9,000 orang shaja. Inilah masalah mereka ini yang membuat pembohongan, membuat janji dan akhirnya janji mereka tidak ditepati sebagaimana Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.
ReplyDeleteTohmahan dan fitnah pembangkang juga turut dilemparkan kepada isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor apabila buku berkaitan biografi beliau dilancarkan.
ReplyDeleteMereka sudah mula mecemuh dan mengata sedangkan biografi ini menjawab segala tohmahan-tohmahan yang dibuat.
ReplyDeleteMereka ini akan mencari bermacam-macam helah untuk meraih sokongan dan saya berkeyakinan bahawa macam-macam lagi tuduhan yang akan keluar yang mana ia tak masuk dek akal pun.
ReplyDeletePuak-puak berkenaan menuduh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terlibat dalam kematian model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan memaparkan gambar Perdana Menteri makan semeja dengannya tetapi akhirnya Naib Presiden PKR, Tian Chua sendiri telah mengaku bahawa ia terhasil daripada teknik superimpose.
ReplyDeleteMereka sanggup berbuat demikian untuk memperlihatkan bahawa ia adalah benar sedangkan keadaan tersebut tidak pernah berlaku. Inilah masalah yang akan mereka bangkitkan dan akan terus dilaksanakan sedemikian iaitu melemparkan fitnah.
ReplyDeleteTingkahlaku pembangkang yang memasang bendera dimerata-rata tempat, dari tahun 2004, 2008, ketika kita masih berkerajaan di negeri-negeri tadbiran mereka sekarang pun kita tidak pernah membuat kerenah atau melempar onar namun apabila kita menaikkan bendera parti kita maka mereka turunkan bendera kita sesuka hati.
ReplyDeleteKerajaan akan sentiasa memastikan penyediaan dan pelaksanaan pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen dapat dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan semua kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan sewajarnya, tanpa mengira agama, bangsa dan lokasi.
ReplyDeleteTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bagi menangkis tohmahan masyarakat antarabangsa terhadap negara ini yang menyatakan Malaysia tidak memberi pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-kanak.
ReplyDeleteSehingga kini, Kementerian Pelajaran sudah mewujudkan beberapa perkongsian pintar seperti bersama Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk program pendidikan 3M KAFA; Angkatan Tentera Malaysia melalui Program Jiwa Murni di Pulau Berhala, Sandakan dan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan UNICEF.
ReplyDeletePerkongsian pintar ini akan diperluaskan dan amat ediharapkan supaya agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat untuk bersama-sama berganding bahu melaksanakan program pendidikan bagi kanak-kanak tanpa dokumen ini.
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteDecember 27, 2012 3:43 PM
KAO PUNG TERKEJUT YE !!! TAPI PENCACAI UMNO-BN AKAN BUAT TAK TAU DENGAN BERITE BEGINI...BUKAN PELIK TAPI BODOH NAK MAMPOS KERANA TAK RETI-RETI NAK GUNA OTAK MASING-MASING !
cuba kalo PATI...laju jer dpt i.c.
ReplyDeleteharap JPN akan selesaikan masalah dihadapi mereka.
ReplyDeleteDecember 27, 2012 11:35 AM :
ReplyDeleteapa yg mustahil klu JPN adalah anjing govt n bukannya badan bebas???
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjawat awam perlu sentiasa mengambil sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian.
ReplyDeleteBeliau berkata sikap ini pula perlu disokong dengan satu lagi akronim – PCI- ‘Productivity, Creativity an Inovation’, supaya perkhidmatan awam tidak dilihat bagai sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian, atau selesa dengan “business as usual”.
ReplyDeleteKatanya, sektor perkhidmatan awam perlu terus berusaha gigih secara terancanguntuk meningkatkan prestasi supaya rakyat berasakan kerajaan dan perkhidmatan awamnya sentiasa dapat memberi kepuasan yang kian meningkat kepada masyarakat.
ReplyDelete“Dua akronim ini mencerminkan proses pembaharuan yang perlu kita lakukan, yang lebih inovatif, yang kita inginkan sebagai sebuah perkidmatan kerajaan yang sentiasa mencari idea-idea baru yang lebih bernas untuk rakyat,” katanya semasa berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, di sini
ReplyDeleteDalam memberi contoh kejayaan PCI ini, Najib merujuk kepada kejayaan kerajaan mewujudkan ‘Urban Transformation Centre’ di Melaka baru-baru ini, yang menurutnya dapat dibangun dengan pantas sekali.
ReplyDeleteBeliau berkata, ia merupakan satu pembaharuan yang ketara apabila badan-badankerajaan pusat dan juga negeri dapat dihimpun di bawah satu bumbung bagimemudahkan orang ramai berurusan.
ReplyDeleteKatanya, menerusi usaha itu, orang ramai boleh membuat pelbagai urusan, seperti membayar zakat, cukai, tukar MyKad, urusan pasport, bayar saman dan sebagainya di satu kawasan sahaja.
ReplyDelete“Tempoh waktu pejabat ialah antara 8.30 pagi dan 10 malam tiap hari. Ini satu pembaharuan mungkin tidak ada negara lain di dunia yang ada perkhidmatan sebegini, yang mampu kita sediakan untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada rakyat,” katanya
ReplyDeletePerdana Menteri yang memang dikenali ramai sebagai ‘peminat bola’ seterusnya memberi contoh kejayaan Sepanyol menjuarai Euro 2012 menumpaskan Itali 4-0 awal pagi ini, yang menurutnya dicapai apabila pasukan itu menampilkan pendekatan baharu dengan beraksi tanpa pemain penyerang, sebaliknya bergantung kepada enam pemain tengah untuk menjaringkan gol.
ReplyDelete“Ia adalah satu bentuk formation yang ‘unconventional’, ‘untested’, tapiakhirnya berjaya menjadikan dia (Sepanyol) sebagai juara Eropah. Sebagai sebuahkerajaan juga kita sentiasa mencari idea-idea yang ada kelainan,’ katanya.
ReplyDeleteNajib turut mengucapkan tahniah kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri atas kejayaan mendapat pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), apabila badan dunia itu memberikan anugerah ‘United Nations Public Service Awards’ (UNPSA) 2012, kepada usaha ICU dalam membasmi kemiskinan.
ReplyDeleteBeliau berkata, anugerah itu pengiktirafan ke atas inisiatif ICU membangunkan sistem e-Kasih, yang diberikan di bawah kategori ‘Advancing Knowledge Managementin Government’.
ReplyDeleteMenurutnya, anugerah itu merupakan satu kebanggaan kepada perkhidmatan awam dan kerajaan, walaupun semasa ada pihak-pihak tertentu yang cuba menafikan apa jua kejayaan yang dicapai, semata-mata kerana tujuan politik.
ReplyDelete“Kita mesti yakin dengan usaha kita, dengan niat yang baik kita boleh capai kejayaan dan dapat pengiktirafan di peringkat nasional, kita akan teruskan usaha bagi mencapai kejayaan demi kejayaan,” katanya.
ReplyDeletePerdana Menteri seterusnya memberi contoh penyenaraian Felda Global Ventures, yang peringkat awalnya berhadapan dengan pelbagai usaha pihak tertentu yang cuba menggagalkannya, namun apabila disenaraikan ia mencapai kejayaan yang amat memberangsangkan.
ReplyDeleteSistem e-Kasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional dan ia boleh diakses serta diguna oleh semua agensi kerajaan dan pihak-pihak lain yang berkaitan bagi tujuan perancangan, koordinasi dan memantau program membasmi kemiskinan di Malaysia, dan unit ICU mendapat anugerah berkenaan daripada PBB pada 25 Jun lepas.
ReplyDeleteJPN harus membaiki kelemahan yang sering memberi banyak masalah kepada rakyat.
ReplyDelete“Tempoh waktu pejabat ialah antara 8.30 pagi dan 10 malam tiap hari. Ini satu pembaharuan mungkin tidak ada negara lain di dunia yang ada perkhidmatan sebegini, yang mampu kita sediakan untuk memberi kepuasan dan keselesaan kepada rakyat,” katanya
ReplyDeleteKualiti kerja harus dipeliharakan.
Sikap penjawat awam sering kena komplan dimana tidak menlaksanakan tanggung jawab dengan baik. Harus juga memantau sikap dan kualiti kerja masing-masing.
ReplyDeleteIsu kerakyatan sering menjadi isu yang besar di Sabah. Banyak warga tulen tidak dapat kewarganegaraan tetapi PATI dapat.
ReplyDeleteJPN harus memberi penjelasan dan menanggani isu ini secepat mungkin. Sebab isu ini akan membawa masalah dan beban kepada generasi muda.
ReplyDeleteIsu lagi dengan JPN.
ReplyDeleteJPN harus membaiki lagi kelemahan yang sering diragui tidak bertanggung jawab.
ReplyDeleteJangan salahkan JPN sahaja, perlu cari apa masalah sehingga tidak dapat buat ic ini.
ReplyDeleteDi harapkan masalah mereka ini akan di beri perhatian.
ReplyDeleteKadang-kadang kes sebegini berlaku di sebabkan kecuaian ibubapa juga yang tidak mendaftar anak dengan lebih awal lagi.
ReplyDeletePembangkang tidak ada isu lagi, cuba batu api lagi.
ReplyDeleteHarap ada pihak tertentu yang dapat membantu keluarga ini, jangan biarkan pembangkang mengambil kesempatan untuk memanaskan isu ini.
ReplyDeleteThe Sabah Society for the Blind was established in 1966. However, work for blind in the state started way back in 1962 with the setting up of the first training centre for the blind based in Tuaran known as the Wallace Training Centre for the blind.
ReplyDelete
ReplyDeleteThis was initiated by both the North Borneo Red Cross Society and the Jesselton Rotary Club.
In 1971 the training activities at the Wallace Training Centre was shifted to Sungai Manila in Sandakan which is now known as the Taman Cahaya Training Centre for the Blind.
ReplyDeleteThe Wallace Training Centre in Tuaran was subsequently converted to a sheltered workshop. The Training Centre in Tuaran continues to function as a Sheltered Workshop to cater for the needs of blind persons who have been trained in various specific fields but is pending to obtain employment OR unable to secure jobs in open employment.
ReplyDeleteIt also provides as temporary accommodation to those employed blind persons but are unable to obtain their own accommodation elsewhere.
ReplyDeleteIn October 1990, the Sandakan branch was established. The Keningau branch was started in March 1997, whilst the Tawau branch opened in March 2001.
ReplyDeleteSabah continued to record strong economic growth, with the services sector remaining the biggest contributor to its gross domestic product (GDP), according to the data gathered by the National Statistics Department (NSD).
ReplyDelete
ReplyDeleteThe latest statistics published by the department showed the sector contributed about 50.4 per cent to Sabah’s overall GDP, followed by agriculture at 22.9 per cent, mining and quarrying 16.9 per cent, manufacturing 7.9 per cent and construction 1.4 per cent.
A census conducted by the department among 22,119 business entities in Sabah last year found 18,047 of them or 81.6 per cent were in the services sector.
ReplyDelete
ReplyDeleteNSD head Dr Abdul Rahman Hasan said this was in tandem with the country’s effort towards achieving a developed nation status, by emphasising on the shift to service-driven economy.
Based on the statistics, the country is heading in the right direction as underlined in the Economic Transformation Programme that aims to grow the services sector from 58 per cent in 2009 to 65 per cent by 2020.
ReplyDelete
ReplyDeleteA handout containing key statistics at the function showed Sabah recorded a steady increase in exports and trade balance over the last three years.
Last year, the state’s export value stood at RM49.4 billion with trade surplus of RM16.6 billion, a significant increase from RM37.2 billion exports and RM11.2 billion trade surplus recorded in 2009.
ReplyDelete
ReplyDeletePalm oil represented the biggest chunk of Sabah’s exports in 2011 at 38.8 per cent, followed by crude petroleum at 32.88 per cent.
China was Sabah’s biggest export destination, importing RM10.9 billion worth of products or 22.1 per cent of the state’s exports last year, while Peninsular Malaysia remained the biggest exporter to Sabah accounting for RM15.75 billion or 48.1 per cent of the total imports.
ReplyDelete
ReplyDeleteOther positive indicator of Sabah’s economic health was the relatively low unemployment rate of 5.2 per cent that had remained stagnant despite increase in population.
ReplyDeleteThe principal statistics on employment for last year showed that there were over 1.64 million people in the labour force in Sabah, a visible increase from almost 1.59 million in 2010 and 1.35 in 2009.
According to the statistics, there were only about 85,200 unemployed citizens in Sabah last year, a slight increase from the estimated 82,100 and 74,600 in 2010 and 2009 respectively.
ReplyDelete
ReplyDeleteMeanwhile, Sabah Statistics Department director, Norezan Wahid, when delivering a talk at the event, said Sabah recorded the biggest gross output in agriculture compared to other states in the country.
ReplyDeleteHe said Sabah produced RM13.21 billion or 24.7 per cent of the total of RM53.45 billion agricultural output in Malaysia last year.In the manufacturing sector, Sabah contributed RM34.1 billion or 4.1 per cent to the country’s total output, not including RM4.6 billion or 2.7 per cent in value-added products.
ReplyDeleteIn the construction sector, the state recorded RM7.4 billion, equivalent to 8.1 per cent and the fifth highest in the country.About 6.5 per cent of 591,137 organizations and business entities under the sub-sector category were also operating in Sabah.