Thursday, December 6, 2012

Insiden Gombak : Siapa Yang Samseng?

Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi.

Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN.

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini.

Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah.

Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu.

“Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!” katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan.

“Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak,” katanya dengan nada tegas.

Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan.

“Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka.Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan” katanya. -KD


Insiden Gombak Bayangan 13 Mei

Serangan samseng Umno terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) cedera berdarah membuktikan peristiwa 13 Mei akan diulangi Umno, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau merujuk ucapan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada Perhimpuann Agung Umno (PAU) tempohari yang menyatakan peristiwa 13 Mei bakal berulang jika Pakatan memerintah.

“Baru saja Shahrizat mengingatkan kononnya jika Umno tidak lagi memerintah, suasana tegang akan bermula dan peristiwa 13 Mei akan berulang,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu ketika dihubungi.

“Inilah bukti kebenaran kata-kata beliau bahawa peristiwa itu memang akan berulang kerana dicetuskan samseng Umno yang mengamalkan politik ganas,” tempelak Shamsul.

SMS Tersebar

“SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah,” jelasnya.

Berikut SMS tersebut:



1. Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut.

2. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak)
.











6 comments:
Write comments
  1. Pemuda2 dr parti syaitan yg dkenali tu seru kaumnya ramai2 keluar halang kdtgan Ketua Pambangkng utk ceramah umum. Mereka marah sebab GOMBAK tu maruah mereka,katanya. Maruah apa?? Atau mngkin dekat Batu Caves tu ada dewa Murugan trcegak. Kawan dia le tu kot.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  2. ini lah syaaitn-syaitan dalam UMNO

    ReplyDelete
  3. sesungguh nya segala perbuatan mereka ini akan *menyumbang* kepada *kebencian* rakyat.

    ReplyDelete
  4. Macam biasalah PM tak komen apa-apa. Menteri dalam Negeri pun diam seribu bahasa. Kalau buka mulut pun dia Akan kata tak dapat menjamin keselamatan rakyat yang menyokong pembangkang. Seolah2 penyokong pembangkang bukan rakyat Dan bukan warga negara Malaysia

    ReplyDelete
  5. Pakatan Rakyat bukan DSAI seorang. Kami menyokong Pakatan Rakyat untuk menyuburkan demokrasi yang matang di negara kita. Supaya ada check and balance. Bukan taksub membuta tuli menyokong UBN yang korup, salahguna kuasa, merompak khazanah negara untuk mengkayakan kroni. Tun M sendiri mengaku UBN sudah busuk sampai ke ususnya, Tun M juga kata hanya orang bodoh yang masih menyokong UMNO, Tun M juga kata UBN adalah parti syaitan yang dikenal. Masih nak sokong UBN lagi ke? Bertaubatlah. Tumbangkan UBN dalam PRU 13.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.