Sunday, December 23, 2012

SBY: Jangan ulangi penghinaan terhadap Habibie

Indonesia mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengulang kembali insiden penghinaan terhadap mantan Presiden BJ Habibie yang dilakukan bekas Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Permintaan itu disampaikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono atau lebih dikenali dengan panggilan SBY kepada Najib dalam pertemuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Saya sampaikan kepada Pak Najib (PM Malaysia Najib Razak) marilah kita cegah hal begini terus terjadi,” kata Presiden Indonesia itu kepada wartawan di Jakarta hari in seperti dilaporkan Repbulika Onlinei.

Menurut Susilo, Najib memberitahu bahwa tulisan tersebut tidak mewakili suara pemerintah ataupun Umno yang sedang berkuasa.

“Memang diberitahu kepada saya, …itu pandangan seseorang yang katanya disampaikan menyusul pertemuan Bapak Habibie dengan salah satu tokoh politik di Malaysia,” katanya.

Susilo memahami jika Malaysia saat ini sedang menghadapi pilihan raya umum sehingga banyak isu yang menjadi sensitif .

Namun beliau menilai tulisan mantan menteri Malaysia tentang Presiden Habibie itu tidak baik bagi hubungan persahabatan, kerja sama dan hubungan dagang.

“Sungguhpun demikian bagi saya pilihan raya umum atau tidak tentunya harus saling menjaga, apalagi kalau merendahkan ketua negara atau mantan ketuaa negara-negara lain,” katanya.

5 comments:
Write comments
  1. bagus jugak ada mamak maidin tu. Sekurang2nya dia tolong zahirkan yg betapa ramai YB atau ex Yb Bahalol dlm UMNO/kat Mesia nih. Dah lah statement bodoh2 dan dtuju pd pemimpin agung negara2 jiran. Kah kah kah kalau dserang DAP atau PKR tu...lain le. Aku selalu jumpa si mamak Maidin tu kat Presitn 8, Putrajaya tapi usahkan aku nak senyum, pandang muka nya dah menyampah. Hanya tak nampak mcm wajah syaitan jer walau beliau aku kenali.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  2. Maidin ini memang macam lalang, dulu penyukung tegar Mahatai, selepas Mahatai lawan Bodowi beliau pula cakap Mahatai itu keturunan Yahudi, agen Zionis lah, macam2 kata2 busuk dan menyakitkan di tuju pd Mahatai.. Sekarang apabila Bodowi teda kuasa beliau pula tiap2 hari kulup2 dan hisap2 org yg dulunya beliau hina dan cerca. Inilah kualitas org2 UMNO.

    ReplyDelete
  3. Ingatkan maidin tu tua-tua padi..makin tua/tunduk makin berisi. Rupanya tua2 lembu,makin tua makin murah sebab kurus dan daging keras.

    ReplyDelete
  4. Konon nak save face lah tu.. kalau benar dakwaan dia dah lama SPR siasat.. sebarang pembelian utk kerajaan mesti mendapat kelulusan dari perbendaharaan keraa mereka yg membuat mengeluarkan Waran Peruntukan berdasarkan dari apa yg diminta oleh kementerian pertahanan.. jadi Mydin kena tanya Najib tuya bukan Sdr. Anwar..!!

    ReplyDelete
  5. sya pun hairan napa zainudin ni asik nak timbulkan masalah dngan negara jiran indonesia.....sya fikir tentu ada sesuatu yg dia mahu bb tu dia sangat lantang menentang indonesia....hal dlm negara kita lebih baik kita bincang dlm negara kita ja...takyala kaitkan dngan negara luar....apa rasanya lau negara luar juga memburukkan nama negara kita .....tentu kita juga akan marah....jd adalah disarankan agar krjaan mengambil tindakan terhadap zainudin bb lau tdk dia adalah org yg akan merosakkan hubungan baik negara kita dngan negara luar.....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.