Saturday, December 15, 2012

Kajian: AES Terbukti Hanya Kaut Untung

Sebuah kajian bebas mendapati pelaksanaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bukan cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya tetapi hanya berfungsi sebagai suatu dasar untuk mengaut keuntungan.

Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) mengemukakan bukti kerajaan United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US), Perancis dan Australia mengambil kesempatan dengan memperoleh keuntungan berjuta dolar melalui pelaksanaan AES.

KPRU dalam kajiannya berkata, perkara ini kemudiannya mendapat tentangan hebat kerana kerajaan berkenaan melaksanakan AES secara senyap-senyap tanpa rundingan bersama rakyat dan pengguna jalan raya khususnya pada peringkat perancangan sehingga berjaya memaksa program itu ditutup.

“Pada tahun 2006 sebuah siasatan samaran di UK telah menemui kamera trafik sememangnya dilakukan untuk meraih keuntungan bagi kerajaan dan syarikat pembekal kamera trafik dan bukannya untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya.

“Malah menurut siasatan tersebut, kamera trafik sememangnya direka untuk mengaut keuntungan daripada pengguna jalan raya di mana saman yang bernilai berjuta-juta dolar akan disalurkan secara rahsia kepada kerajaan dan bukannya memberi semula wang tersebut untuk memperbaiki keselamatan jalan raya,” katanya.

KPRU turut mendapati penentangan terhadap syarikat pembekal kamera trafik mencapai tahap kritikal di mana terdapatnya laman sesawang yang menyenaraikan kegagalan syarikat-syarikat tersebut dalam memperbaiki keselamatan jalan raya.

“Pada tahun 2011, syarikat berkaitan telah kehilangan sebanyak USD$2.4 juta dalam kontrak berikutan permintaan ke atas kamera trafik yang kian menurun dan penentangan terhadap kamera-kamera trafik yang kian meningkat.

“Pada tahun 2012, nilai saham syarikat berkaitan di Amerika Syarikat pula menjunam daripada USD$2.10 kepada USD$1.76 (16 peratus) selepas syarikat berkaitan terlibat dengan amalan rasuah dengan pegawai majlis perbandaran untuk mendapatkan kontrak pemasangan kamera trafik.

Berbeza di Belanda dan Sweden pula, program AES dikatakan berjaya berbanding negara lain kerana kerajaan terbabit berusaha untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap dan komprehensif, lantas menjadikan usaha memperbaiki keselamatan jalan raya satu usaha yang menyeluruh.

Selain itu, negara terbabit juga mempunyai kecekapan sistem pengangkutan awam yang begitu tinggi sehinggakan majoriti rakyatnya amat bergantung kepada pengangkutan awam selain basikal.

Beban kepada pengguna


“Corak am yang melakarkan pelaksanaan program AES di Malaysia dan di negara lain adalah berteraskan usaha kerajaan atau pihak berkaitan untuk meraih keuntungan sementara para pengguna jalan raya dibebani dengan kadar saman yang tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, KPRU mencadangkan satu sistem pengangkutan yang komprehensif harus dilakukan jika kerajaan Malaysia serius mahu memperbaiki keselamatan pengguna jalan raya.

Ini termasuklah sistem pengangkutan awam yang cekap dan efektif, kempen kesedaran di semua lapisan masyarakat mengenai kepentingan keselamatan jalan raya, dan rangkaian jalan raya yang selamat dan berkesan.

“Di Malaysia – di mana kecacatan sistem pengangkutan awam dan amalan rasuah sering dibangkitkan – apakah pelaksanaan sistem AES dibantah sepenuhnya akan ditangguhkan oleh kerajaan hari ini? “Pendek kata, kita nakkan kerajaan yang dahulukan kepentingan kroni atau kepentingan rakyat terbanyak?,” soalnya. -FMT

5 comments:
Write comments
  1. Betul juga ada pendapat mngatakan KP JPJ jadi barua MOT dan dalam masa yg sama jd barua UMngok. Lepas KP kena paksa turning-over rakyat 1Malaysia, dimintanya Pengarah JPJ Neg tukang canang ke segenap daerah. Kami bukan pertikai uaha kerajaan utk mncegah kadar kemalangan djlnraya. kami pun tak suka samseng jalanraya. Tapi setiap RM300 saman dbayar,sebanyak RM15.00 sebagai komisyen kpd syarikat anak menteri tu, satu ATES Sdn Bhd dan 1 lagi Beta Tegap Sdn Bhd. Alasan kerajaan kata meeka tak ada wang utk bangunkan AES. Maka di oeffer pd swasta. Bila offer tu?? Kami rasa bukan ada tender trbuka..tapi projek anugerah. Masalahnya ialah yg dpt satu anak MCA dan satu anak UMNO. Kalau tak ada wang,jgn buat. Untong rakyat 1Malaysia yg punya KERAjaan HARAMjadah mcm ni.

    **Raja sulu'

    ReplyDelete
  2. ooooo komisen RM15.00!!! tingginya.... kalau tak ada wang buat apa bagi projek! Bangang lah aku dengan AES nih... ini satu penindasan. Syarikat tersebut mengaut untung dari rakyat...

    ReplyDelete
  3. Yeker.. ni salah satu cara kpemerintah melancarkan perang saraf...!! sebenarnya yg bayar tak ramai tapi dibesarkan utk memberi persepsi org ramai dan rakyat menyokong kemahuan UMNO utk mengkayakan kroni.. lagi kaya kroni.. lagi UMNO suka sebab kroni akan menyumbang dana utk kempen PRU13 UMNO Laknatullah..!!

    ReplyDelete
  4. Setuju dgn pendapat mengatakan, kita bukan halang usaha kerajaan utk atasi kadar kemalangan jlnraya yg trtinggi didunia. Kita hanya menentang PENGANUGERAHAN projek AES ini kpd sykt milik anak UMNO dan MCA. Itu shj.

    ReplyDelete
  5. Tak pasal2 KP JPJ tu jadi bongok. Kontrak sbg KP dsambung demi AES. Tau2 AES mcm nak mampuss atas arahan Peguam Negara. Pengarah JPJ negeri pulak mcm bangkai brnyawa. Itu la hakikat jabatan KERAjaan skrang yg dah jadi mcm lahabau angkara kerja biadap UMNO.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.