Friday, December 7, 2012

Kota Kinabalu Syurga DVD Cetak Rompak

KAMI mendesak KPDNKK mengambil tindakan tegas dengan taukeh penjualan cetak rompak DVD yang berleluasa di semua kompleks membeli belah di Sabah terutama di Kota Kinabalu dan Keningau.

Semua kegiatan ini berlaku di hadapan mata dan seolah-olah pihak penguatkuasa tempatan telah menerima habuan bulanan daripada sindiket penjualan DVD cetak rompak.

Contoh paling ketara, cuba ke Komplex Wisma Merdeka di Tingkat bawa sebuah kedai bernama Best Buy 4 Enterprise dan Centre Point bernama Maxin dan Movie Station yang secara terang-terangan menjual DVD cetak rompak tanpa rasa takut kepada pihak penguatkuasa KPDNKK.

Mustahil pihak berkuasa seperti KPDNKK dan PDRM tidak tahu? Jika pihak berkuasa tidak menerima habuan bulanan, maka mereka harus mengambil tindakan segera sebelum saya membongkarkan siapa yang bersubahat dengan sindiket.

Salam hormat,

AH B GOR(sabahkini)

39 comments:
Write comments
  1. Baguslah kalau pendedahan dibuat. Ini akan membantu pihak berkuasa untuk menyelesaikan ini.

    ReplyDelete
  2. Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ini akan merugikan industri perfileman tanah air kita.

    ReplyDelete
  3. Bukan hanya di kedai2 atau kompleks beli belah malah di jalan2 sinsuran dan sekitar bandaraya KK, ramai yang menjual DVD/CD cetak rompak.

    ReplyDelete
  4. Lagi pun ini adalah satu kesalahan dalam undang-undang pencetakan. Harap tindakan akan dibuat.

    ReplyDelete
  5. Kenapa boleh mereka ini membuat jualan tanpa rasa takut. Kenapa? itu yang menjadi persoalan sekarang.

    ReplyDelete
  6. Kegiatan seperti ni bukan saja merugikan industri perfileman dan hiburan malah memberikan imej negatif kepada negeri.

    ReplyDelete
  7. Kemungkinan juga ada kebenaran bahawa pihak berkuasa salahguna kuasa mereka untuk keuntungan sendiri.

    ReplyDelete
  8. Warga asing yang ramai berjualan CD/DVD cetak rompak. mereka ni jual berjalan, xpremis.biasanya di lorong2 di gerai2 makan, tepi2 jalan..

    ReplyDelete
  9. undang2 kena dikuatkuasakan dengan ketat. jangan ada excuse untuk yang ada buat salah.

    ReplyDelete
  10. Sehinggakan boleh buka kedai besar lagi di Komplek terkenal di Kota Kinabalu ini.

    ReplyDelete
  11. Pihak berkuasa perlu tegas dalam pelaksanaan

    ReplyDelete
  12. Hapuskan cetak rompak.

    ReplyDelete
  13. Sokong la industri tanah air

    ReplyDelete
  14. Banyak permintaan pasti ada penawaran..heheee..apa2 pun beli la yang ori

    ReplyDelete
  15. apa2 namanya cetak rompak mmg salah.

    ReplyDelete
  16. buat serbuan di kedai2 tersebut.

    ReplyDelete
  17. sekarang ni download filem dari internet lagi mudah.

    ReplyDelete
  18. jgn biarkan penjualan cetak rompak berleluasa.

    ReplyDelete
  19. hapuskan cetak rompak.

    ReplyDelete
  20. Malaysia harus mencontohi Jepun dan Amerika Syarikat, yang mengharamkan terus kegiatan cetak rompak seterusnya membantu meningkatkan industri seni tempatan.

    ReplyDelete
  21. Dalam usaha kerajaan membanteras kegiatan lanun cetak rompak, masyarakat turut memainkan peranan penting bersama-sama membantu membunuh kegiatan ini.

    ReplyDelete
  22. Di Jepun sudah memerangi kegiatan haram ini sehingga hampir sifar. Malangnya, ia sukar dibendung di negara ini memandangkan sikap rakyat di negara ini lebih menyokong kegiatan tersebut.

    ReplyDelete
  23. Banyak syarikat di negara ini mempunyai lesen hak cipta eksklusif bagi menerbitkan dan mengedar bahan VCD dan DVD tulen hampir gulung tikar kerana masyarakat negara ini masih menyokong industri cetak rompak.

    ReplyDelete
  24. Perkara seperti ini bukan sahaja merugikan penerbit atau pengedar malah menjejaskan mutu pengeluaran filem industri seni tempatan yang turut menelan belanja jutaan ringgit untuk menerbitkan filem

    ReplyDelete
  25. Dalam era teknologi yang tinggi sekarang, selera penonton filem turut meningkat dengan penggunaan teknologi seperti 3D dan kesan khas atau special effect.

    ReplyDelete
  26. Selagi sokongan lanun cetak rompak ini berterusan, tidak ramai pengeluar filem yang mampu menerbitkan filem yang berkualiti tinggi kerana melibatkan kos tinggi dan pada masa sama pembeli terus menyokong bahan cetak rompak

    ReplyDelete
  27. Persatuan Video Filem Malaysia (VIFIM) yang turut dianggotai Innoform Media turut secara konsisten mengadakan perbincangan dengan kerajaan untuk membanteras kegiatan lanun cetak rompak di negara ini.

    ReplyDelete
  28. Sememangnya pihak kerajaan sentiasa membantu industri tempatan seperti membanteras kegiatan haram ini tetapi banyak lagi perkara-perkara yang boleh diperbaiki bagi membantu industri ini.

    ReplyDelete
  29. Dalam masa sama, kerajaan haruslah komited bagi memerangi lanun cetak rompak dan kerjasama ini boleh dilakukan bersama ejen penguat kuasa swasta yang sah

    ReplyDelete
  30. Menerusi pindaan akta hak cipta itu, kerajaan membela nasib penggiat seni untuk mendapatkan hak mereka yang sepatutnya. Ia bukan sahaja melindungi karya-karya mereka, tetapi juga melibatkan isu royalti dan gejala cetak rompak yang bagaikan tiada kesudahan hingga hari ini

    ReplyDelete
  31. inilah yg rakyat sabah banggakan dgn BN bukan saja VCD cetak rompak, malah rokok seludup, org pelipin jual kondom di kaki lima dan byk lagi semakin berleluas di sabah.

    memang BN boleh menang di sabah sbb PTI yg BN ternak sejak berpuluh tahun dulu sudahpun beranak pinak. ibu bapa ic merah, ic palsu tapi anak2 mereka sudah dapat ic yg ori. nahh..kalau generasi kita pupus di masa akan datang, inilah disebabkan kerja jahat UMNO BN. tapi malangnya rakyat sabah masih lagi mengundi BN.

    ini kali lah..

    ReplyDelete
  32. korang komen banyak2 tetapi adakah kamu sudah periksa siapa pembelinya?...mungkin juga anak2 anda, saudara2 anda, adik2 anda, sepupu2 anda dan mungkin ada sendiri....bagi saya kalau tak ada pembeli seperti yg saya maksudkan maka penjual pun tak ada...fikir2 kan...

    ReplyDelete
  33. Golongan artispun tak prihatin... mereka melaung2kan beli yang ORI... kenapa persatuan itu x buat pemantauan sendiri.... bangang... kalau rugi salahkan pengguna pula....

    ReplyDelete
  34. kenapa warga asing nih tak jual VCD cam rokok, kat jalanan ha? ... bodoh punya warga asing... rokok + VCD = kayaraya... ha ha

    ReplyDelete
  35. Siapa suruh kasi mahal harga VCD/DVD yang ori...

    ReplyDelete
  36. Bagus juga dengan adanya pendedahan seperti ini,harap tindakan segera di ambil.

    ReplyDelete
  37. Orang ramai juga memainkan peranan penting dalam membanteras masalah cetak rompak ini.

    ReplyDelete
  38. Cetak rompak merosakkn mutu filem negara.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.