Sunday, December 30, 2012

Upah Pelajar RM20 Untuk Maki Peserta Himpunan Oren



Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu, ‘diangkut’ Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini .

Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang.

Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa.

“Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi,” katanya ditemani rakan-rakan sebaya.

Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun.

“Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini,” katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka.

Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya.

Selain pelajar ‘dipaksa’ menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok.

Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah.

Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima bintang

Segelintir peneroka Felda yang ‘dipaksa’ berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang.

Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty.

Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda.

“Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana,” katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ.

Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN.

Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda.

“Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka,” katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar. -KD

25 comments:
Write comments
  1. Itulah talian hayat UMNO!

    ReplyDelete
  2. dpt la isi minyak moto dgn nasi bukus

    ReplyDelete
  3. org n9 memang dah lama buang isa... tapi org felda sayang benor ngan isa... bangunlah....

    ReplyDelete
  4. Tembelang dah terdedah.... buatlah laporan kepada polis...

    ReplyDelete
  5. Kesian kat budak2 tuh. Dperbodoh oleh Umngok. puka yg nak pertahankan Felda diangkut dkalangan bebudk mntah. Cian UMngok tu yer?

    ReplyDelete
  6. Sesungguhnya sejuta kebaikan yang diperolehi tidak mampu mengubah persepsi orang dengan fitnah-fitnah jahat.

    ReplyDelete
  7. Semua dari kita sedar bahawa warga peneroka Felda termasuklah anak-anak peneroka dan cucu-cucu peneroka merupakan golongan paling beruntung di dunia kerana menerima nikmat ALLAH melalui jasa-jasa FELDA sejak dulu lagi.

    ReplyDelete
  8. Namun malangnya, sejak akhir-akhir ini iaitu apabila hampir pilihanraya maka berteraburanlah FITNAH ke atas organisasi yg paling banyak berjasa kepada masyarakat FELDA ini.

    ReplyDelete
  9. Mereka ini tidak pernah menampakkan muka membela masyarakat FELDA sebelum ini dan hanya keluar mencari publisiti murahan apabila menjelang pilihanraya.

    ReplyDelete
  10. Hari ini, geng-geng pembawa FITNAH ini cuba masuk ke dalam FELDA di Terengganu.

    ReplyDelete
  11. Namun, aktiviti jahat mereka dapat dihidu oleh masyarakat FELDA dan masyarakat FELDA bangun dan bangkit menyatakan perasaan marah mereka kerana pembawa-pembawa FITNAH ini cuba memporak peranda kerukunan, kenikmatan dan kedamaian yang diperelohi warga Felda selama ini.

    ReplyDelete
  12. Dia orang masuk ke kawasan Felda untuk mencari sokongan dengan membawa "kaki putar alam.". Namun ketika Peneroka Felda berpusu-pusu ke masjid utk menunaikan solat jumaat dan imam baca quran di masjid Felda Jerangau pun mereka masih berceramah dengan fitnah-fitnah yang tiada asasnya. Akhirnya warga FELDA yang ditemui menyatakan perasaan marah dan benci dengan gelagat kurang ajar mereka.

    ReplyDelete
  13. Menurut pecacai Pakatan Rakyat, orang kampung tidak berhak membawa bendera UMNO dan Barisan Nasional serta menghalang mana-mana kumpulan Pakatan Rakyat masuk ke kampung atau FELDA. Kata mereka lagi, jalan raya bukanlah tempat berkumpul dan berdemonstrasi serta membuat halangan.

    ReplyDelete
  14. betul ke ni? baik siasat.

    ReplyDelete
  15. Dari mana lagi ini info orang oren ini dapat ini.

    ReplyDelete
  16. Mulalah bila sudah ditolak pelbagai isu mula dikatakan.

    ReplyDelete
  17. Janganlah asyik memberikan perkara yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  18. Upah tidak upah tidak penting apa yang penting perhimpunan ini menganggu ketenteraman awam.

    ReplyDelete
  19. Perhimpunan seperti ini tidak akan kemana.

    ReplyDelete
  20. mana orang dewasa wargafelda utk dkutip melawan Kembara Oren ? Atau kenapa PM harus takut dgn pendedahan atau Kembara Oren ? Jika tiada apa maslah dlm FELDA,apa harus dtakuti. Jgn2 Felda dah trgadai pd GENTING BHD ( tempat kasino hebat dAsia). Pakcik makcik peneroka mana tau dan kerja Kembara Oren le nak sedarkn benda2 nih. Eloknya peneroka tu dengar dulu penerangan Kembara Oren.Bukan terus pukul mcm samseng kpd peserta yg takda salah apa2.Pelik kan UMNO sekarang? Tun Razak ilhamkan FELDA utk bangsa Melayu tetapi Najib Razak hancurkan FELDA tipu Melayu.

    ReplyDelete
  21. Kadang2 Najib tak salah. Kak Ros yg banyak putr kepala Najib tu, sian.

    ReplyDelete
  22. "Upah Pelajar RM20 Untuk Maki Peserta Himpunan Oren"

    atau "Upah Pelajar RM20 Untuk Burukkan Kerajaan" ??

    ReplyDelete
  23. Buang masa saja mahu tunjuk perasaan.

    ReplyDelete
  24. Orang giler mana tnjuk perasan. Dia tidur dikaki lima pun,selamba je. Tapi kalu org waras, pantang tercuit hak2 individu, mereka lantas akan brdemostrasi. Itu hanya perumpamaan,jgn mareee.

    ReplyDelete
  25. Inilah bodohnya orang sekarang, wang caruman mereka dalam KWSP digunakan untuk menyelamatkan saham Felda masih pertahankan tindakan UMNO menghancurkan FELDA!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.