Thursday, December 13, 2012

"Najib Penipu!" Jeritan Peserta Tuntut Kerakyatan

Sekumpulan hampir 300 orang peserta “Himpunan Duduk Bantah” yang menuntut kad pengenalan biru dan hak kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia berhimpun di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Putrajaya pagi ini.

Kumpulan tersebut datang dengan lebih 10 buah persiaran daripada seluruh negara mula berkumpul di lapangan tempat letak kereta berhampiran seawal jam 9 pagi sebelum bergerak ke JPN pada pukul 11 pagi.

Sebelum bermula perarakan ke JPN, beberapa pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya adalah masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan merah.

Penganjur perhimpunan Naib Presiden PKR N Surendran dalam ucapannya sebelum berarak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menipu semasa ucapannya pada perhimpunan agung MIC lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung minggu lalu yang mengatakan hanya 9 ribu orang sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN.

“Najib kata 9,000, beliau menipu!

“Sebenarnya ia lebih daripada angka itu, ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara,” kata Surendran.

Sepanjang perarakan kumpulan tersebut ke JPN, para peserta bersorak “Najib tipu”, “Hishammuddin tipu”, “JPN tipu” dan “hidup rakyat”, serta membawa sepanduk dan replika kad pengenalan merah bergambar Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Naib presiden PKR tersebut kemudiaan mengecam pentadbiran Najib yang memberikan kerakyatan kepada warga asing tetapi tidak lihat kepada rakyat Malaysia yang lahir dan membesar disini.

“Beliau (Najib) boleh bagi kepada warga asing kad pengenalan biru, tapi kepada rakyat sendiri sangat susah nak beri.

“Mereka ini lahir disini, bercakap bahasa Melayu dan membesar disini tapi tidak diberikan kad pengenalan,” tambah beliau.

Selepas selesai ucapan, beberapa ahli parlimen (MP) PR turut memberikan ucapan antaranya MP Subang (PKR) R. Sivarasa, MP Kapar (PKR) S.

Manickasavagam dan bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng.

Selain itu, turut bersama-sama dalam perhimpunan hari ini MP PAS iaitu Khalid Samad dan Dr Dzulkefly Samad.

Tepat jam 11 pagi, semua peserta perhimpunan bergerak ke pejabat JPN dengan kawalan lalu lintas dipantau oleh beberapa sukarelawan daripada Unit Amal PAS serta polis trafik.

Setengah jam kemudiaan, para peserta tiba di perkarangan hadapan pejabat JPN yang dikawal oleh sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan polis bantuan, tetapi pegawai JPN menutup pintu bagi menghalang peserta daripada masuk.

Surendran, Dzulkefly dan Chua kemudiaan berunding dengan salah seorang pegawai JPN diperkarangan pejabat dan kemudiaan membenarkan mereka masuk bertemu dengan ketua pengarah JPN, Datuk Jariah binti Mohd Said.

Selepas perbincangan itu, pemimpin PR keluar dengan sejumlah borang untuk diedarkan kepada orang ramai dan JPN membuka kaunter pendaftaran diluar pejabat untuk memproses permohonan peserta yang datang hari ini.

Surendran jangkakan 300 permohonan akan dibuat pada hari ini sambil tidak menolak akan ke JPN sekali lagi jika Najib tidak menyelesaikan masalah kerakyatan ini dengan segera.

“Saya jangkakan hari ini kita akan buat 300 permohonan dan akan lebih banyak lagi selepas ini.

“Kalau JPN tidak selesaikan masalah ini, saya tidak tolak akan ada satu lagi perhimpunan seperti ini,” tambah beliau.

Isu kerakyatan dibangkitkan oleh pemimpin PKR tersebut yang mendakwa terdapat seramai 300 ribu masyarakat India tidak memiliki kewarganegaraan pada minggu lalu.

Namun Najib membidas kenyataan tersebut dalam perhimpunan agung MIC hujung minggu lalu apabila mengatakan tuduhan pembangkang sebagai menipu dan bertujuan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Najib juga berkata berdasarkan perbincangannya dengan menteri sumber manusia Datuk Dr S. Subramaniam, hanya seramai 9,000 sahaja kaum India yang membuat permohonan untuk mendapatkan kerakyatan dan bukannya 300,000 sepertimana yang didakwa oleh pihak pembangkang.

“Saya diberitahu Subramaniam bahawa hanya 9,000 orang sahaja yang memohon untuk mendapatkan kerakyatan.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,000 sudah diberikan kad pengenalan dan sijil kelahiran manakala selebihnya masih lagi dalam proses,” terang Najib lagi. -TMI










42 comments:
Write comments
  1. Isu kerakyatan memang merisaukan.

    ReplyDelete
  2. Kerajaan tidak harus membiarkan golongan PATI mendapat kerakyatan melalui pintu belakang.

    ReplyDelete
  3. RCI harus bertindak dan mencari punca kemasukan PATI yang berganda jumlahnya.

    ReplyDelete
  4. JPN harus lebih berhati-hati meluluskan permohonan mykad.

    ReplyDelete
  5. Golongan yang salah menggunakan kuasa harus dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  6. UMNO yang komited memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Bumiputera tidak pernah meminggirkan kaum lain malah agenda pembangunan turut merangkumi semua kaum, termasuk kaum minoriti di Sabah dan Sarawak, kata pemimpin parti komponen BN.

    ReplyDelete
  7. UMNO yang menjadi parti tunjang BN sentiasa memastikan segalaprogram bantuan dan pertolongan yang dilaksana kerajaan turut dinikmati semuakaum di negara ini.

    ReplyDelete
  8. Naib Pengerusi MCA Datuk Donald Lim Siang Chai berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja berusaha menggerakkan transformasi ekonomi semua kaum tetapi juga menjaga kebajikan dan kepentingan tanpa mengira kaum.

    ReplyDelete
  9. Ini termasuk pemberian pelbagai inisiatif kepada golongan berpendapatan rendah seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucar buku kepada penuntut institusi pengajian tinggi untuk meringankan beban mereka.

    ReplyDelete
  10. Anggota Parlimen Kapit, Sarawak Datuk Alexandar Nanta Linggi berkata walaupun di Sarawak tiada UMNO, BN di bawah kepimpinan Najib memberi peruntukan dan menyediakan pelbagai kemudahan dan infrastruktur untuk dinikmati penduduk Sarawak termasuk di kawasan luar bandar.

    ReplyDelete
  11. Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas pula berkata UMNO,walaupun sebuah parti yang ditubuh untuk memperjuangkan orang Melayu, ia tidakpernah meminggir atau mengabaikan nasib kaum lain.

    ReplyDelete
  12. Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusof berkata masyarakat di Sarawak menikmat perubahan dan transformasi yang dibawa perdana menteri.

    ReplyDelete
  13. Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng berkata perdana menteri telah melaksanakan apa yang dijanjikan beliau dalam menjaga kepentingan semua masyarakat pelbagai kaum terutama dalam membasmi kemiskinan di negara ini.

    ReplyDelete
  14. Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim pula menyifatkan UMNO sebagai sebuah parti yang terkehadapan dalam memperjuangkan kaum lain berbanding parti lain termasuk DAP dan Pas.

    ReplyDelete
  15. Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata UMNO lebih inklusif dalam pelaksanaan agenda pembangunan negara.

    ReplyDelete
  16. Peruntukan RM180 juta untuk program PKS masyarakat India yang diumumkan Jun lalu menunjukkan Perdana Menteri pemimpin yang sangat prihatin.

    ReplyDelete
  17. Masyarakat India di negara ini perlu meletakkan kepercayaan mereka dalam Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke-13 bagi memastikan masa depan yang baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  18. Sejak empat tahun lepas, Barisan (Nasional) telah memberi perhatian kepada masyarakat India dan ini membantu memenangi kembali kepercayaan mereka.

    ReplyDelete
  19. Peruntukan RM540 juta untuk sekolah rendah Tamil sejak 2009 sebagai contoh Kerajaan menjadi lebih prihatin terhadap keperluan masyarakat.

    ReplyDelete
  20. Najib, yang juga Pengerusi BN, memberi amaran kepada masyarakat India mengenai janji kosong pembangkang untuk mendapatkan sokongan mereka pada pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  21. Rakyat sendiri harus membezakan baik dan buruk.

    ReplyDelete
  22. BN parti yang bijak melaksanakan tanggung jawab dan janji terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  23. Saluran mana golongan ini mendapat mykad?

    ReplyDelete
  24. Pembangunan luar bandar harus menjadi tumpuan.

    ReplyDelete
  25. Najib seluruh rakyat harus dipertahankan.

    ReplyDelete
  26. Bila Pakatan Pembangkang, khasnya PKR, menghina kakitangan awam dengan mengatakan bahawa pegawai dan kakitangan awam keras kepala

    ReplyDelete
  27. Penghinaan ini pula timbul di saat-saat Pakatan Pembangkang menghitung hari untuk PRU13 diadakan

    ReplyDelete
  28. Nampaknya kebongkakan pakatan pembangkang semakin menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  29. Pakatan pembangkang sudah berpuas hati dengan hanya undi dari Mat sabu dan Ambiga.

    ReplyDelete
  30. Manakala undi dari Pasukan Polis , pejuang kemerdekaan dan keluarga mereka serta undi kaki tangan awam dan keluarga mereka bolehlah diketepikan oleh Pakatan pembangkang

    ReplyDelete
  31. haji logiut najib; BATALKAN segera IC warganegara palsu di sabah!!!

    ReplyDelete
  32. Anonymous said...December 13, 2012 11:34 AM

    UMNO yang menjadi parti tunjang BN sentiasa memastikan Sabah terus menjadi syurga PATI dan negeri termiskin di Malaysia.

    ReplyDelete
  33. PATI adalah pengundi tetap UMNO Sabah yang bakal mendapat kad pengenalan projek dari Jabatan pendaftaran atas arahan pemimpin UMNO..

    ReplyDelete
  34. Kemanangan Umno/Bn diSabah harus mantap kerana ada golongan Politik king bila sudah berkuasa.Ini sudah terjadi dalam 1985:1994,jadi Umno/Bn harus turun padang jangan mengharap PKR dan Jkkk saja merika inilah penybab rakyat tidak keruan,YB harus turun padang kerana tanpa pemantawan disetiap adunnya,semuanya janji tidak ditepati dan tidak lupa juga YB yang berjanji dalam telipon nemun abukpun tak sampai dari itu,YB/adun harus tinggok tinggok bila rakyat buat aduan.Lain Kali Lah...pemerintah yang ada pada hari ini harus membuang penyakit pulus bawah meja dan dengar rintihan tangis rakyat.

    ReplyDelete
  35. Dakwaan kononnya terdapat 300,000 masyarakat India yang tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia adalah satu lagi pembohongan pembangkang untuk mempengaruhi rakyat membenci kerajaan.

    ReplyDelete
  36. Mendedahkan demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selepas diperiksa, didapati dakwaan itu tidak benar kerana hanya terdapat 9,000 kes dengan 50 peratus kes telah selesai dan diberi status kerakyatan.

    ReplyDelete
  37. Pembangkang dilaporkan mendakwa terdapat 300,000 kes masyarakat India tidak mempunyai pengenalan diri atau tidak mendapat status kerakyatan di negara ini.

    ReplyDelete
  38. Najib berkata melalui angka itu bermakna pembangkang akan menyelesaikan 10,000 kes dalam masa sehari selain mencari 10,000 orang untuk tujuan memproses dan meluluskan borang mereka.

    ReplyDelete
  39. Najib berkata, jika benar dakwaan itu, Barisan Nasional (BN) pastinya gembira dan berbesar hati untuk memberikan pengenalan diri atau kerakyatan demi menambah peti simpanan mereka untuk pilihan raya kelak.

    ReplyDelete
  40. “You can fool some other people some other time but not all the people all the time. Don’t fool the Indians forever. (Kamu boleh perbodoh sesetengah orang lain beberapa ketika lain tetapi bukan semua orang pada sepanjang masa. Jangan perbodoh masyarakat India selamanya).

    ReplyDelete
  41. “Janji kita adalah kita ceritakan kebenaran. Kita tidak bohong, merekacipta cerita. Hanya BN boleh ubah masa depan masyarakat India,” katanya.

    ReplyDelete
  42. satu lagi perhimpunan di taja pembangkang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.