Sunday, December 30, 2012

Amanat Hadi : 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'

PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu ‘Amanat Haji Hadi’ dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu ‘Amanat’ yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.

“Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara ‘live’, bukan rakaman.

“Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak ‘amanat’ itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu,” tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa ‘Amanat’ pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.

Menurutnya, ruang masa siaran secara langsung selama satu jam itu sudah memadai bagi menjelaskan kekeliruan kepada rakyat berhubung isu tersebut.

“Saya minta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim beri saya satu jam masa secara ‘live’ pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Satu jam sudah memadai, saya bersedia tapi jangan pukul 3.00 pagi sudah, biar waktu siaran (biasa) di TV1, TV2 atau TV3,” ujarnya kepada wartawan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan isu ‘amanat’ tersebut sering kali dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) setiap kali menjelang pilihan raya.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, sebuah kitab ‘Mustika Hadis’ keluaran Jabatan Perdana Menteri lebih 'teruk' dari ucapannya yang dinamakan ‘amanat’ tersebut.

Hadir sama pada sidang media itu Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali. -HD

25 comments:
Write comments
  1. 'Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno dari sudut akidah.'
    Klau jakim itu jabatan kerajaan, agaknya dia akan kata amanat haji hadi itu ok ke x? & agak2nya dia akan diperkudakan atau x? Rakyat dah boleh agak apa yg jakim akan kata. Mufti pulak, ada ramai yg pro umno. So, boleh pakai ker kenyataan dia org? x payah bagi la depa nak komen apa2. Bagi jer TGHA cakap dlm tv secara langsung (bukan rakaman), lepas tu bagi rakyat nilai sendiri. Rakyat malaysia dah cukup cerdik utk menilai, x payah JAKIM ker mufti ker nak memandai komen bagai...

    ReplyDelete
  2. anonymous said dec 30/12 11.02am. I fully agree with your statement :-)

    ReplyDelete
  3. Madey hina sunnah nabi Muhammad s.a.w., hina hudud, tak de pulak Jakim nak bertindak! Mat Said MB Trengganu kata Pas parti ajaran sesat, tak pulak Jakim pi tangkap siasat! Umno memperlekeh huduh, tak pulak Jakim bertindak! Dr Mashitah kata melacur dibolehkan kalau dharurat, tak pulak Jakim bertindak! Jakim jangan jadi talibarut umno/APCO!!! UMNO NAZAK TINGGAL NYAWA2 IKAN!!!! ABU!!!!

    ReplyDelete
  4. Fatwa Maddey Kutty... :-

    1. Tujuan menutup Aurat kerana dizaman Nabi , Arab Jahiliyah mempunyai nafsu yg kuat. 3 Sept 1997 PAU
    2. Dia bukan ada Gillete. Zaman Nabi ada Gillete ke.? tak dak.. Pisau cukur pun tak dak masa tu...1997 Majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan..
    3.Apabila huku rejam dan potong tangan dilaksanakan pada penzina dan pencuri, nescaya ramailah umat Islam akan mati dlm keadaan kudung tangan.. 14 Julai 1992.. pada wartawan..
    4.Al Quran perlu ditafsirkan semula mengikut peredaran masakini.. 14 Orog 1994 diPasir Mas... dan beratus lagi Fatwa dan Amanat dari Maddey dan pemimpin UMNO yg lain yg jelas cukup bertentangan dgn Islam...!!

    ReplyDelete
  5. Penyokong dan pemimpin UMNO/BN memang suka cri dan buat DOSA! contohnya menfitnah dan suka menayangkn perkara lucah yg hnya menimbulkn kekeliruan dan salah faham kpd umat manusia. Ustaz2 didalm UMNO/BN bukan tak menegar pemimpin UMNO/BN yg salah tetapi lgsung tdk berfungsi krn tdk dilayan atau takut kena pectjawatan! contohnya knpa kbnyakan isteri2 pemimpin UMNO/BN tdk tutup aurat?......Bagaimana dg isteri PM?...sudahlah guna rmbut palsu,muka mcm puaka pontianak tdk tutup rambut....bginikah rakyat yg sokong PM UMNO?...laayak kah PM jd contoh kpd rakyat bini sendiri tak dpt pimpin?.......Layakkah rakyt menerima nasihat PM?....Bolehkah Najib djdkn contoh yg baik?...bolehkah Najib berkhutbah dimasjid dan beranikah rakyat ikt najib jd imam dlm sembahyg?....Apa nnti yg najib boleh bc dalm mgimamkn?....Siapa yg lbh layk jd PM antra Najib dg Datk seri AnwarIbrahim?.....

    ReplyDelete
  6. jakim ni pun satu hal jgn berat sebelah tidak takut hukum ALLAH ka yang benar kita benarkan yang salah kita salahkan tak kira siapa juga/ko ingat haji hadi ni yak tahu agama kah/ko pegi siasatlah kehidupan para remaja yang bergelumbang dengan maksiat di kelab kelab malam

    ReplyDelete
  7. Bernama TV di Astro setiap minggu ada rancangan Helo Malaysia secara langsung. Terbaru Ahli Pemikir JASA dan Pemimpin MIC dijemput, tiada wakil pembangkang. Biasalah puji BN dan hentam Pembangkang. Ada Pemanggil telefon live dari KK Sabah, Joseph namanya, dia kata yang Benar tetap Benar dan yang Salah tetap Salah. Saya setuju dengan komen beliau.

    ReplyDelete
  8. Eloklah Isa Samad berbuat begitu. Setidak-tidaknya Isa Samad boleh tahu siapakah di kalangan pegawai-pegawai FELDA setempat yang sebenarnya menjadi musuh kaum peneroka dan penyelewengan kuasa yang berlaku. Mendengar sendiri keluhan daripada kaum peneroka jauh lebih baik berbanding mempercayai laporan-laporan positif yang diberikan oleh pegawai-pegawai setempat yang kerap kali menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan warga FELDA.

    ReplyDelete
  9. Cadangan Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar Abdul Hadi Awang menarik balik ucapannya yang dijadikan sebagai amanat atas alasan untuk memberi pencerahan dan menghentikan isu itu, saya rasa ia kurang wajar dan langkah itu tidak akan menghentikan isu itu daripada dijadikan isu politik murahan.

    ReplyDelete
  10. Kalaupun Abdul Hadi menarik balik ia tidak menjamin isu itu tidak akan diungkit lagi. Umno dalam keadaan kehabisan modal dan tertekan akan menggunakan perkara itu dan juga perkara-perkara lain yang sudah lama ditutup selagi ia ada keuntungan politik.

    ReplyDelete
  11. Seperti isu 13 Mei ia telah lama ditutup dan menjadi kenangan sejarah, tetapi ia masih juga dibuka dari masa ke semasa mengikut keadaan. Begitu juga dengan 'pensedekahan' Temasik kepada Lee Kuan Yew adalah perkara lama yang sudah diketahui oleh dunia, tetapi pada masa-masa tertentu juga dibangkitkan

    ReplyDelete
  12. Sekiranya Asri mengharap isu itu tidak akan dibangkit ia adalah satu harapan yang sia-sia. Selagi ada politik di negara ini dan didukung oleh dua kumpulan serumpun dan berbeza ideologi politik ia akan berlaku. Bukan saja dari pihak Umno di pihak lain juga.

    ReplyDelete
  13. Asri sendiri sudah faham bahawa isu (amanat) itu tidak berbangkit lagi. Beliau menerima Abdul Hadi mengucapkan kenyataan itu semasa darahnya masih mendidik tentulah berbeza dengan waktu ini. Hari ini Abdul Hadi sendiri menerima yang amanat itu sudah tidak relevan. Pas juga jauh lebih progresif dan terbuka dan lebih realistik.

    ReplyDelete
  14. Seperti tanggapan Asri persepakatan Pas dengan DAP membuktikan yang politik Pas berbeza dan realistik. Persepakatan itu menunjukkan Pas dan Abdul Hadi sendiri tidak berpegang kepada kata-katanya tahun 1981 itu.

    ReplyDelete
  15. Atas sifat politik apa saja isu ia boleh dipusing 360 darjah mengikut kesesuaiaan iklim semasa dan juga atas perubahan dalaman manusia itu sendiri. Jadi saranan Asri itu hendaklah diabaikan saja dan biarlah Umno terus memutarbelitkan isu itu semahu mana yang dikehendakinya

    ReplyDelete
  16. Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka. Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno

    ReplyDelete
  17. kerajaan pasti akan beri ruang.

    ReplyDelete
  18. Kita tunggu apa yang akan dikatakan oleh Hadi dalam tv nanti.

    ReplyDelete
  19. Janganlah memecah belahkan umat islam hanya demi kepentingan politik semata-mata.

    ReplyDelete
  20. Jika kita lihat sekarang ini pun perpecahan berlaku dalam Negara kita ini.

    ReplyDelete
  21. Buat mcm Indonesia, Thailand, Philipine, dan Myanmar.. semua parti bertanding dibenarkan keluarkan iklan dan berucap di TV.. lagi bagus buat national debate mcm kat US tu.. kita pakai hujah dan fakta bg penerangan pada rakyat, xpyh ugut dan pakai samseng mcm org xbertamadun..

    ReplyDelete
  22. BN dah tersepit..nak bagi keluar berucap di TV takut nanti rakyat saki baki penyokong BN yg tinggal dapat penjelasan sebenar dan berubah arah...bila tak bagi nampak sangatlah tidak adil...mcm orang tersepit zip, nak kedepan sakit, nak kebelakang pun sakit...last2 potong terus la...ya itulah yang bakal jadi kat BN...insyaallah...

    ReplyDelete
  23. Aku nak tanya sikit. Bila amanat Hj Hadi tu keluar? Apa tahun 1978 dulu? Apa yg bodohnya mufti atau Majlis Agama Islam setiap negeri. Amanat tu aku rasa ciptaan UMNO pun. Ntah2 Hj Hadi tak kata amanat beliau pun. Sebab itu puak2 parti syaitan ni brkokok jauh2 melalui Ulama Usu' (jahat) mereka. Bagi aku yg jahil ni, senang je nak selesaikan. Kita amik Qur'an & Hadis Nabi letak dtengah. Kita brbahas secara ilmu islam dan jika dtemui mana satu yg brjalan spt kehendak Islam, sama2 kita berbai'ah. Senang kan.

    ReplyDelete
  24. Jangan harap dapat muncul live di tv..

    ReplyDelete
  25. Amanat atau tidak, semua lakonan politik semata-mata

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.