Pemuda Umno bahagian Jempol mendakwa, insiden kekecohan yang berlaku pada Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda’ di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi pihak berkenaan.
Ketuanya, Mohd Nizam Aman berkata, tidak timbul isu pemuda Barisan Nasional (BN) bersama penduduk bertindak agresif semasa kejadian seperti didakwa.
“Keadaan mula tegang ketika konvoi jelajah terbabit sampai ke persimpangan Felda Bukit Rokan Utara yang dicetuskan oleh kumpulan itu.
“Saya tidak berada di lokasi kerana mengadakan sekatan di Felda Bukit Rokan Barat. Tapi saya diberitahu penduduk yang juga terdiri daripada pemuda BN telah menghalang perjalanan mereka kerana sejak awal lagi kami semua tidak setuju kumpulan itu masuk ke Felda,” katanya.
Menurutnya, mereka sememangnya sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan di sana sebaik sahaja mengetahui kehadiran konvoi jelajah berkenaan.
Bagaimanapun katanya, tujuan sekatan bukan untuk mencetuskan huru-hara tetapi hanya untuk menghalang konvoi itu terus diadakan.
“Kami generasi kedua Felda menolak kehadiran mereka. Tiada sesiapa pun mengalu-alukannya.
“Tiada apa yang perlu diselamatkan kerana nasib peneroka semakin baik di bawah Felda. Lagipun selama ini tidak pernah mana-mana parti politik selain Barisan Nasional (BN) yang membantu peneroka,” katanya.
Mohd Nizam berkata, dia bagaimanapun kesal dengan insiden yang berlaku kerana dua pemuda BN juga turut mengalami cedera ringan.
Sementara itu, penganjur konvoi tersebut menyifatkan ia kejadian terburuk dan terhebat di Negeri Sembilan berbanding di negeri lain.
Pengarah Program Kembara Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli berkata, kekecohan yang tidak disangka-sangka itu turut memberi kesan kepada peserta konvoi apabila dua daripada mereka cedera.
Katanya, kejadian berlaku apabila rombongan konvoi itu tiba berdekatan persimpangan Felda Bukit Rokan Utara dan kemudiannya dihalang oleh beberapa individu.
“Semasa perbincangan sedang dijalankan, secara tiba-tiba kumpulan yang menghalang konvoi Oren ini bertindak agresif, dengan memukul kenderaan pacuan empat roda kami dan secara meluru ke arah Ketua Penerangan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Noraza Muda.
“Pada waktu yang sama, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Anak, Razali Rashad turut dipukul, sehingga mendatangkan kecederaan di kening, manakala Noraza cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu.
“Melihatkan keadaan Noraza dalam keadaan separuh sedar, kami memberinya rawatan ringan sebelum pasukan polis membantu menghantarnya ke Hospital Jempol untuk mendapatkan rawatan pesakit luar,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas 2 berkata, keadaan Noraza bagaimanapun kini stabil. -SH
Thursday, December 27, 2012
Konvoi Oren Disekat, Patutkah Polis Berdiam Diri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Datang tidak dijemput dan sudah tahu apa yg menanti...sendiri carik pasal la. ehhh bagus juga untuk meraih undi simpati bila dipukul dan diikat.tq.
ReplyDeletemelayu Felda yang menghalang konvoi ini tidak bertamadun,macam mana malaysia mahu maju kalau asyik bercakap HIDUP MELAYU macam lah dimalaysia ini hanya bangsa melayu saja mahu hidup,sedangkan binatang pun mahu hidup dimuka bumi ini apa lagi bangsa lain,kami cukup terhina bila setiap persidangan UMNO,mereka teriak HIDUP MELAYU,cuba lah berfikiran positif sikit,kalau hidup di bawah tempurung ini lah jadinya
ReplyDeleteFelda tu kepunyaan Pemuda UMNO ke ??Bukan kata Kembara Oren, Kembara Kelabu pun kalu nak masuk,masukle. Buka balik Perlembagaan Persekutuan, banyak seksyen/peruntukkan yg mbenarkan perkara ini. Masalahnya,ramai barua UMNO yg taraf pencacai angkat najis najib.
ReplyDeleteBetul mega dgn anjing melayu UMNOLAKNAT tak perlu bersabar dan berhujah, kalau anjing2 ni nak tunjuk hero puak2 oren pun kena tunjuk hero juga peduli apa tempat org, ini bukan zaman nabi kena berlembut biar org pukul kita jgn balas tu semua stetment2 bodoh dr pemimpin oren, patutnya puak2 oren kena sediakan kayu 2x3 atau pun batang besi atau cota ke, kita jgn mula dulu tunggu dia mula kita balas balik ni x dia ugut dgn kayu dan senjata kita dgn air liur je dgn anjing2 melayu UMNOLAKNAT jgn ada belas kesihan kalau dia belasah kita , kita belasah dia balik biar masuk lokap asal jgn jadi bacul biar kepala diketuk tanpa balas.....skrang bukan zaman berlembut lagi ganas kena balas dgn ganas juga....baru anjing2 melayu UMNOLAKNAT ni faham...
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteDecember 27, 2012 10:49 AM
oiii... fitnah ke memang betul yg didakwa oren??? org felda tak bg masuk sbb malaysia ne atau felda ne umnok bn punya ka?? lu comment kasi fikir sikit.. dah tua besar hotak mcm budak tadika?? org umno buat sekatan ingat jln malaysia ne bapak dia punya ka?? kalau takde rakyat malaysia.. ingat felda pun takde tau.. bangsat punya umno.. gengster ramai2 boleh la..
Kata Najib "Debat bukan budaya kita" tapi pukul-memukul adalah budaya tradisi UMNO yg tak boleh diubah sejak dulu...hehehe
ReplyDeleteSekolah Menengah seluruh Malaysia selalu dianjurkan Debat, maknanya dibudayakan, tak kan seorang Perdana Menteri tak tahu. Cuma biasanya satu pasukan di pihak yang benar dan satu lagi dipihak yang tidak betul tetapi terpaksa mencari hujah yang sengaja menegakkan benang yang basah. Lebih kurang samalah juga dengan politik Negara kita sekarang.
ReplyDeleteANGKATAN OREN atau Rombongan ANAK gagal memasuki banyak FELDA untuk membuat tohmahan dan fitnah terhadap FELDA dan Kerajaan UMNO-BN.
ReplyDeleteItu yang membuatkan PAS dan Pakatan Rakyat meroyan sakan selain menggembar-gemburkan kononnya, peneroka-peneroka FELDA tidak berpuas hati kerana mereka tidak dapat mendengar ceramah Mazlan Aliman dan ANAK.
ReplyDeleteCubaann oren membawa orang luar memasuki beberapa buah FELDA di Negeri Sembilan berakhir dengan kekecewaan.
ReplyDeleteOren cuba berkokok kononnya, angkatannya telah diserang dan dikasari selain diikat dan dicabul kehormatan oleh penduduk setempat.
ReplyDeleteMalah, yang paling menarik ialah apabila gambar Ketua Penerangan ANAK, Noraza Mudadasar diikat menjadi ikon baru untuk meraih simpati dan perhatian daripada orang ramai, khususnya peneroka-peneroka FELDA.
ReplyDeleteApa yang berlaku sebenarnya dan mengapa ANGKATAN OREN mendapat halangan daripada penduduk dan para peserta FELDA sendiri,kononnya UMNO yang menghasut para peneroka FELDA agar tidak membenarkan mereka masuk
ReplyDeleteBenarkah UMNO yang menjadi dalangnya atau sebenarnya para peneroka FELDA sendiri yang sudah muak dengan perangai Mazlan Aliman dan ANAK yang tidak sudah-sudah menagih darah daripada peneroka FELDA dengan menimbulkan pelbagai isu, tetapi akhirnya yang mendapat keuntungan besar adalah Mazlan Aliman dan barisan peguam yang dilantik oleh ANAK, sedangkan para peneroka FELDA yang kononnya dibantu pula, sekadar menggigit jari dan melihat sahaja usaha mereka beralih tangan kepada Mazlan Aliman dan konco-konconya?
ReplyDeleteANAK memekak lagi dan cuba membuat fitnah kononnya, UMNO dan Barisan Nasional telah menghantar samseng-samseng untuk menghalang rombongan mereka di Jalan Dangi-Jelai yang menghubungkan beberapa buah FELDA seperti FELDA Jelai, FELDA Jelai, FELDA Bukit Rokan, FELDA Rokan Utara, FELDA Rokan Barat dan FELDA Kepis.
ReplyDeleteKononnya, 'serangan' tersebut telah mengakibatkan seorang ahli rombongan ANGKATAN OREN mengalami luka di kepala dan cermin kereta telah dipecahkan sedangkan tujuan mereka hanyalah untuk berceramah tentang KOPERASI FELDA.
ReplyDeleteNamun daripada keterangan saksi serta bukti-bukti yang ada di tempat kejadian, para peneroka yang mengetahui tujuan sebenar kedatangan ANAK ke kawasan mereka, telah melakukan sekatan jalan dan tidak membenarkan rombongan Mazlan Aliman daripada memasuki kawasan mereka. Bagaimanapun, ANAK dan Mazlan Aliman yang perasan kononnya mereka boleh masuk ke mana-mana sahaja hatta ke dalam kelambu dan di atas katil para peneroka FELDA, berdegil dan cuba melakukan kekerasan terlebih dahulu.
ReplyDeleteMengapa agaknya, para pecacai PAS dan Pakatan Rakyat, langsung tidak berani menyebut atau mendedahkan perilaku serta gelagat kurang ajar, biadap serta tidak bertamadun daripada ANGKATAN OREN yang cuba membunuh penduduk tempatan yang menghalang mereka?
ReplyDeleteSudah kena tolak oleh Felda jadi tidak perlulah buat kecoh.
ReplyDeletePihak Oren itulah yang perlu disalahkan sebenarnya.
ReplyDeleteTerlalu mendesak dan menimbulkan kekecohan dikawasan tersebut.
ReplyDeleteApa pun tidak patu juga salahkan BN dalam hal ini. Belajarlah terima kenyataan jika sudah ditolak.
ReplyDeleteBiarkan pihak polis sendiri membuat siasatan akan perkara ini. Kita tunggu saja.
ReplyDeletebuat apa jg buat konvoi, menyusahkan orang saja.
ReplyDeleteKalau mereka buat salah hukuman harus dikenakan.
ReplyDeleteJika mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, tidap perlu dipedulikan.
ReplyDeletePenerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan tindakan penganjur Perhimpunan Oren melibatkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dalam semua banner dan bahan promosi kempennya merupakan satu pembohongan dan satu usaha jahat pembangkang, sedangkan kedua-kedua pemimpin ini tidak tahu menahu pun tentang perhimpunan tersebut.
ReplyDelete“Tiada kaitan langsung dalam hal tersebut. Alangkah mereka buat begitu pun tak dapat sokongan, kita amat kesal kerana perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab kerana mereka (Pak Lah dan Ku Li) tidak pernah pun mengatakan tidak setuju tentang segala kebaikan Felda dan melalui wakil-wakil mereka telah menafikan penglibatan mereka dalam Perhimpunan Oren tersebut.
ReplyDelete“Itu satu kaedah yang amat tidak bertanggungjawab dan orang yang buat kerja tak betul ini akhirnya akan dapat perkara yang tidak betul. Apa yang tak betul, akhirnya perhimpunan tersebut tidak mendapat sokongan pun,” ujarnya
ReplyDeleteDalam masa yang sama, beliau turut menyifatkan perhimpunan tersebut satu perhimpunan yang gagal kerana yang datang berhimpun hanya sekitar 2,000 lebih sedangkan mereka mewar-warkan lebih 20,000 akan turut serta.
ReplyDelete“Malah yang datang pun bukanlah peneroka Felda, ini merupakan kumpulan pembangkang yang datang entah dari mana. Mereka tak tahu pun apa-apa isu Felda. Malah, pemimpin-pemimpin utama mereka sendiri pun tidak datang. Nampak sangat mereka tidak sepakat tentang isu penyenaraian FGV yang baik itu.
ReplyDelete“Malah provokasi mereka dalam perhimpunan tersebut juga tidak menjadi, mungkin mereka mahukan keganasan, peserta mereka dipukul polis tetapi perkara tersebut tidak jadi. Tahniah kepada pihak berkuasa terutamanya pihak polis kerana berjaya mengawal perhimpunan tersebut,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional.
ReplyDeleteTambahnya, segalanya Felda sudah lakukan, oleh kerana itu perhimpunan tersebut tidak diterima oleh peneroka Felda dan penyokongnya sendiri.
ReplyDeleteBuang masa saja nak berhimpun bagai
ReplyDelete