Saturday, December 22, 2012

Umno Terdesak, Gagal Pecahkan Pakatan Rakyat

Jelas, Umno semakin buntu berdepan dengan Pakatan Rakyat biarpun baru selesai perhimpunan agong mereka yang dilihat sebagai tapak akhir melancarkan serangan habis-habisan terhadap Pakatan Rakyat.

Perhimpunan parti assobiyah Umno kuno itu yang merupakan tonggak pemerintahan negara ini, sepatutnya menjadi medan mengoreksi diri seterusnya membentangkan wawasan dan strategi untuk kecemerlangan negara dan rakyat di masa hadapan sebaliknya menjadi medan pemimpin mereka memaki hamun dan membelasah musuh politik.

Ia situasi yang begitu menggambarkan yang Umno sedang berada di dalam kelemasan kerana sudah di hujung usia.

Mereka mencipta momemtum semangat maki hamun musuh politik itu sebelum perhimpunan lagi sehingga seolah-olah lupa kebejatan yang mereka lakukan sepanjang lebih lima puluh tahun memerintah.

Sedangkan mereka melangkah ke perhimpunan itu dengan menggalas seribu macam skandal dan penyelewengan terutama rasuah dan pembunuhan.

Sememangnya perwakilan telah pun diberi amaran lebih awal agar tidak membangkitkan isu-isu yang boleh menelanjangkan kebejatan mereka itu.

Sehingga terlajak ucapan mereka bahawa akan berulang peristiwa 13 Mei menjelang PRU ke 13. Jelas difahami, merekalah yang akan membuat provokasi di saat rakyat akan memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya secara demokrasi aman.

Mereka sedang membayangkan provokasi dan huru-hara tersebut agar dapat meneruskan sisa-sisa kuasa yang ada demi menutup kebejatan yang meluap-luap.

Jelas, Umno tidak mahu berubah. Mereka seolah menganggap diri mereka maksum. Apalagi ulamak-ulamak yang ada disekeliling mereka hanya menjadi ulamak pembodek!

Demikianlah tabiat perwakilan Umno, hanya bersorak menyokong membabi-buta ucapan pemimpin mereka kerana kehadiran mereka ditaja sepenuhnya, dengan kemewahan makanan dan bersantai di hotel lima bintang. Apalagi lagi yang nak diperjuangkan!

Umno sebenarnya sudah letih dengan bebanan isu dan skandal mega yang didedahkan terus menerus oleh PKR sebagai pencetus gerakan politik massa. Pendedahan penyelewengan yang begitu dahsyat itu nampaknya tak mampu ditepis oleh Umno.

Strategi yang ada pada Umno sekarang hanyalah memecahbelahkan perpaduan erat yang wujud di dalam komponen Pakatan Rakyat sekarang dengan mengadu domba isu sensetif. Ini bermakna Umno sanggup melihat rakyat Malaysia berpecah-belah, biarpun mereka sering melaungkan perpaduan. Umno sanggup melakukan ini semua demi semata-mata survival politik mereka.

Berdepan pengundi Melayu, Umno akan mencanang isu aqidah dan perpaduan Melayu yang boleh menggambarkan merekalah juara membela Islam dan kepentingan Melayu.

Sehingga mereka mempertikaikan hubungan orang Islam dengan bukan Islam tanpa hujah dan ilmu yang sebenar.

Mereka mengadu-domba isu murtad. Sedangkan Umnolah yang berkuasa di dalam negara ini yang meluluskan segala dasar dan perancangan. Isu murtad adalah kegagalan Umno membela Islam walaupun lebih 50 tahun diberi kuasa.

Isu Melayu merempat di tanah air sendiri juga menggambarkan kegagalan Umno membela sosio-ekonomi Melayu kerana Umnolah yang memegang kuasa dan dasar dari pusat hinggalah ke kampong-kampong melalui JKKnya.

Tidak rasional menuding Pakatan Rakyat di dalam isu-isu kegagalan tersebut kerana belum lima tahun Pakatan Rakyat memerintah di tiga buah negeri kecuali Kelantan dengan serba keterbatasan. Namun gelombang kebangkitan Islam yang dipelopori oleh PAS dilihat seperti tsunami yang melanda di seluruh negara. Ini amat menggerunkan Umno.

Lalu keluarlah wajah pemimpin-pemimpin politik yang terlencong dari arah perjuangan terdahulu, jika dahulu begitu lantang bersama perjuangan sebenar rakyat , kini bersama Umno atas laungan kepura-puraan Islam dan Melayu.

Ditambah lagi dengan pemimpin-pemimpin berimej ulamak menjadi penasihat samada secara langsung atau tak langsung, setengahnya dangkal sepak terajang politik menyokong angin perubahan sementara parti assobiyah ini.

Mereka seolah-olah lupa dosa dan kemungkaran yang diterajui Umno selama lebih 50 tahun dan kini sedang nazak menerima balasannya. Tiba-tiba tampil ulamak yang tidak berjenis ini bersuara seperti suara mereka.

Mereka menutup mata biarpun di dalam negara sarat dengan segala kemungkaran dari gejala sosial, politik dan ekonomi kerana dasar Umno yang memisahkan kehidupan bernegara dengan ketuhanan.

Manakala berdepan pengundi bukan Melayu pula, khususnya kaum Cina, Umno akan berkata Cina dan India akan tertindas teruk apabila PAS melaksanakan peraturan-peraturan Islam sepenuhnya.

Umno boleh melakukan ini semua dengan penuh sistematik dan menyeluruh kerana mereka menguasai segala bentuk media dan ejensi pemerintahan dalam negara.

Inilah wajah sebenar Umno. Inilah ciri-ciri munafikun di dalam sejarah kebangkitan Islam. Di dalam sejarah moden kita mengenalinya sebagai pragmatism, secular dan amalan politik michelvelli. Tidak menghairankan kerana inilah ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah parti yang berteraskan kebangsaan. Di sinilah bezanya Umno dan PAS.

Oleh sebab itu pemimpin MCA berani mencabar dan menghina Islam kerana pemimpin Umno juga sebenarnya mempertikaikan perlaksanaan Islam yang sebenar.

Inilah dikatakan politik pecah dan perintah (devide and roll) yang diamalkan oleh seluruh penjajah di atas muka dunia ini yang semuanya didalangi oleh Yahudi Zionis. Jarum Zionis inilah yang mencetuskan pertumpahan darah sesama umat manusia. Inilah cita-cita Yahudi sebagai penakluk dunia. Hanya Islam yang boleh mencantumkan kembali hati-hati manusia dan memakmurkan bumi ini. Inilah janji Allah dan inilah yang diperjuangkan oleh PAS.

Kemenangan Islam adalah janji Allah pada hambaNya yang tidak pernah lumtur imannya. Justeru itu PAS tidak pernah tergelincir dari dasar perjuangannya memartabatkan Islam. Hanya orang yang menutup sebelah mata tersasar membuat perhitungan.

Kerancakan dan momentum PRU ke 13 sedang melanda negara. Ia memperlihatkan seolah-olah rakyat tidak sabar lagi untuk menukar teraju pemerintahan negara ini kerana telah sekian lama dibelengu oleh pemerintahan yang penuh dengan rasuah, kronism, ketirisan, skandal, ketidakadilan dan penyelewengan.

Mampukah Umno menepis atau menafikan 70 skandal penyelewengan yang dilakukan seperti yang disenaraikan oleh akhbar Harakah baru-baru ini. Itu adalah antara yang didedahkan bersama bukti dan kajian. Sedangkan rasuah dan penyelewengan telah berakar umbi sekian lama. Benarlah disebut oleh bekas pemimpin mereka, anggota Umno telah rosak dan busuk hingga ke usus!

Rakyat yang cerdik seharusnya menilai kebobrokkan Umno ini dan tidak sepatutnya menerima bulat-bulat apa yang dihidangkan oleh media-media tradisi mereka. Hendaklah menjadi warga negara yang bijak, yang berfikiran jauh dan matang demi survival anak cucu dan negara di masa hadapan.

Sudah tentulah terbentang di hadapan pelbagai pilihan yang lebih baik dan manasabah untuk kemaslahatan seluruh umat manusia khususnya di bumi Malaysia ini, tidak kira apa agama, bangsa dan keturunan.

Justeru penulis yang memantau perkembangan terkini biarpun media Umno berhempas pulas saban hari menyerang Pakatan Rakyat khususnya melagakan PAS dan DAP dengan pelbagai tohmahan dan provokasi atas dasar perkauman dan agama yang sempit, namun kelihatan Umno masih menggigit jari! Strateginya serba tidak menjadi.

Sebaliknya himpunan kebangkitan rakyat yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat di seluruh negeri terus dibanjiri puluhan ribu rakyat yang ingin menuntut perubahan. Tidak sikit pula individu dan kelompok termasuk bertaraf tinggi di dalam perkhidmatan awam, pemimpin politik, masyarakat dan penggiat seni menyertai PAS. Situasi yang dilihat begitu menceriakan parti Islam yang sentiasa dilanda kontroversi itu.

-DD

4 comments:
Write comments
  1. Kalau tak buntu,takkan sampai setiap bulan kena dtg Sabah. Tak cukop sorang,berdua dgn Rosmah. Tak cukop berdua ,bertiga dgn Muhyiddin pula.
    Muhyiddin kata dgn ibaratnya, " Tuan-tuan dah ada pemandu didepan dgn keretanya sekali untk memmbawa tuan2 kearah negara maju, sanggup ka tuan-tuan cari pemandu lain...." Bodoh punya ibarat. Kalau aku ada depan dia hari tu,aku jawap "Kami sanggup tukar pemandu kerana pemandu yg dsediakan seorg drebar samseng jalanraya.Kami takut dan hormati undang2 jlnraya." Amacam? Apa agak2 Muhyiddin nak jawap.

    ReplyDelete
  2. Bagus le PR. Dtg le bantu kami samua nih dari penipuan UMNO ke atas KM kami samua. Sudah lah hasil negeri dikaut MUSA dan UMNO, kami samua tarhalang paluang2 yg ada oleh PATI samua. Tipu,bah itu RCI.

    ReplyDelete
  3. Memang trdesak sampai guna khidmat samseng utk gagalkan usaha mana2 NGO atau parti utk sampaikan maklumat kpd rakyat. Contohnya, Jelajah Merdeka Rakyat anjuran PR dan trbaru Kembara Oren melalu NGO ANAK utk penerangankpd warga felda. Haa..itu maknanya trdesak le tu. Nak harap org UMNO kat kampung tu mngkin dah tinggal sorang dua. Trpaksa diusug pemuda samseng utk gagalkan rancangan pembangkang.

    ReplyDelete
  4. "Tuan-tuan dah ada pemandu didepan dgn keretanya sekali untk memmbawa tuan2 kearah negara maju, sanggup ka tuan-tuan cari pemandu lain, Jabatan-Jabatan perseketuan di Sabah kami isikan dengan kakitangan dari semananjung hingga guru-guru Jqaf di Sabah semua kami isikan dengan guru-guru dari semananjung kerana kami anggap budak-budak Sabah belum ada yang layak mengisi kekosongan guru-guru Jqaf tersebut, budak-budak Sabah buat sementera waktu jadilah dulu tukang sapu, tukang cuci tandas," patutnya begini ucapan muhyidin baru ngam.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.