Thursday, December 13, 2012

Tulisan Biadab Bekas Menteri Burukkan Hubungan Malaysia-Indonesia

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) melihat ketidakupayaan Barisan Nasional sebagai peneraju negara semakin terserlah apabila dengan sengaja mencetuskan perbalahan moral dengan negara serumpun iaitu Indonesia melalui satu penulisan ‘sampah’ yang ditulis oleh Zainuddin Maidin, mantan Menteri Penerangan dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi.

AIC melihat penulisan Zainuddin atau lebih dikenali sebagai ZAM ini sebagai penuh rasa sombong dan marah, serta tidak menggunapakai etika penulisan yang sebenar dan malas untuk menggali data-data sebenar bagi menerangkan keadaan.Ini turut menggambarkan Barisan Nasional sebagai betul-betul panik menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan datang.

Zainuddin Maidin sebagai seorang ahli politik veteran dan pengalaman sebagai bekas editor Kumpulan Utusan tidak menulis artikel itu semata-mata sebagai kolum bacaan biasa, tetapi lebih tertumpu sebagai menipiskan upaya politik dan peluang Dato Seri Anwar Ibrahim dan kekuatan Pakatan Rakyat.

Malah tiada permohonan maaf serta sikap berdiam diri Barisan Nasional menggambarkan artikel itu adalah seolah-olah adalah pendirian rasmi regim Malaysia itu, dan tidak menggambarkan langsung usaha Datuk Seri Najib Razak yang berpendidikan terbuka di Britain, untuk membawa satu pembaharuan dalam “tranformasi’ yang dilaungkan, dengan cara rendah mengekang pembangkang dalam pilihanraya.

Sebagai bekas Presiden Republik Indonesia, Prof. Dr. Ing BJ Habibie pastinya salah seorang tokoh yang membawa imej negara republik itu ke mana-mana sahaja negara yang beliau kunjungi, dan menjadi satu imej terhormat di dalam dunia yang terbuka ini untuk beliau rapat dengan sesiapa sahaja yang beliau inginkan tanpa ada sifat prejudis.

Menghina BJ Habibie adalah laksana menghina bangsa Indonesia itu sendiri secara keseluruhannya, meski semasa era pentadbiran beliau tetap menerima kritikan dan perbalahan isu dalam negara, tetapi beliau tetap dihormati sebagai bekas Presiden yang membawa Indonesia melalui zaman reformasi dengan begitu baik, adil dan saksama.

Ternyata Barisan Nasional sebagai pemerintah gagal memainkan peranan diplomatik yang diperlukan sebagai sebuah kerajaan berdaulat. Mencipta konfrontasi dengan negara luar apatah lagi di saat banyak isu dua hala yang tidak selesai, menggambarkan kerajaan Najib Razak sudah begitu lemah dan pura-pura bertenaga untuk memimpin lima tahun ke hadapan.

AIC bertegas bahawa penulisan dan etika Zainuddin Maidin itu sama sekali tidak boleh diterima, dan hanya mewakili pandangan individu dan parti komponen Barisan Nasional sahaja, jauh sekali menggambarkan pendirian rakyat Malaysia secara menyeluruh. Rakyat Malaysia menjunjung hubungan baik dengan Republik Indonesia sebagai sahabat terdekat, yang sentiasa bersama-sama negara ini dalam suka dan duka sepanjang penubuhannya sejak dulu.

Justeru, penulisan Zainuddin Maidin harus dipandang sepi, sebagai satu interpertasi seorang penulis, dan bekas Menteri yang akhirnya telah bertukar menjadi satu penulisan yang cukup bodoh dan kurang ajar, berniat mencemarkan hubungan dua hala semata-mata mencuba untuk memburuk-burukkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Malaysia yang sebenar diterima oleh pimpinan dunia terutama di Asean.

Saifuddin Shafi Muhammad
Presiden AIC Malaysia

11 comments:
Write comments
  1. Kalau tak biadap (tapi sebenarnya bodoh) takkan dia ni kalah bulat2 pd PR dlm PRU ke 12 dulu. Org dlm BN pun rasanya malu dgn adanya YB bodoh mcm dia tu. Hanya brguna utk serang pembangkang tapi meeka silap sebab kebodohan yg ada pd Zam ni hanya mnjelaskan yg BN tu bengap jer.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  2. He he . . Penulis ini encik saiffuddin shafi Muhammad orang yang paling BODOH, Bahlul, Bangang dan Bebal, boleh dapat gred 4B sahaja. Kebodohan Saiffuddin terkeluar dan jelas dari apa yang dia pamirkan dalam tulisanya sendiri . . betul-betul BODOH.. dia ini jika sudah jadi bapak kita boleh panggil KEPALA BAPAK BODOH.

    ReplyDelete
  3. annalmu 4. dis ..pgamput mamaknya..

    ReplyDelete
  4. HEI . . PRESIDEN AIC MALAYSIA PADAN MUKA KAMU, INI LAH PRESIDEN BIADAP TUAN SAIFFUDDIN SHAFI MUHAMMAD......

    ReplyDelete
  5. Zainuddin tu mamak pengampu. Naik jadi YB Menteripun semua terkejut. Sama juga dgn kesah mamak bendahara Melaka zaman dulu. Kerana mamak ini lah ,Melaka dijajah oleh bangsa asing ( Portugis,Belanda dan Inggeris). Secara kesluruhan, Zainuddin memang tak layak pun jadi Menteri.

    ReplyDelete
  6. Si Zam ni.. dari dulu begitu tebal UMNOnya.. bermula dari wartawan diUtusan Melayu dan Malaysia dan meningkat naik.. jiwanya telah menerima UMNO sebagai pegangan hidupnya, amalannya dan kepercayaannya... kerosakan dari segi mental dan fizikal sudah tidak boleh diubati lagi... jadi apabila ada pemimpin professional seperti BJ Habibie yang menerima perbezaan pandangan dan pendapat, dia menjadi sakit.. ibarat penagih dadah yg sanggup berbuat apa saja utk mendapat fix mereka.. manusia seperti ini sudah tidak dapat dirawati lagi....UMNO mesti dipertanggungjawabkan atas kebaculan siZam ini..!!

    ReplyDelete
  7. nak layan zainudin maidin??...apa taraf pendidikan dia??dapat naik pun sbb kuat bodek....takda kelas langshong!

    ReplyDelete
  8. Zainuddin madin ini adalah perosak bagi hubungan antara malaysia/indonesia yg telah sedia muram. Klau pun x setuju dgn kunjungan Bj Habibie mantan presiden indonesia atas jemputan Pakatan, jgn lah buat kje bodoh! Apapun, atas apa yg berlaku, menyerlahkan betapa egonya umno/bn, sehingga x boleh menerima langsung hubungan antara bekas pimpinan indonesia yg berwibawa dgn Pakatan Rakyat. Yelah, klau kita berperangai baik, lojiknya sukalah org berkawan dgn kita. Tapi klau kita berperangai mcm syaitan dikenali, org nak ker bersahabat dgn kita? U got the answer...

    ReplyDelete
  9. Aku dah cakkap...Zam ni dungu mcm jugak dulu2an. Ndak barubah bodo.

    ReplyDelete
  10. Bila lembu dan lembu berdiskusi.. tidak ada apa yg manusia boleh harapkan dari diskusi itu...pasal tu BERNAMA sanggup menjadi anjing belaan UMNO..!! Mereka langsung tak sedar pandanan rakyat dan pandangan masyarakat dunia pada kedunguan dan kebebalan tahap Uno mereka. org lain semua salah.. UMNO saja yg betul... dan itulah sikap yg bakal menjamin terkubur terus UMNO diPRU13 nanti..

    ReplyDelete
  11. Utusan Pro Umno.... A.B.U...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.