Thursday, December 6, 2012

Kenapa Najib, Rosmah tak nafi dakwaan Deepak?

Naib presiden PKR N Surendran mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansoh masih belum menafikan dakwaan yang dibuat ke atas mereka oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Katanya, Najib dah Rosmah perlu menjawab dakwaan yang ditimbulkan Deepak itu.

"Mereka tidak seharusnya mengada-adakan pembohongan mengenai penglibatan kami dalam soal ini," katanya kepada Malaysiakini.

Surendran berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari dalam laporan New Straits Times hari ini bahawa ketua pembangkang itu memainkan peranan dalam dakwaan Deepak.

Menurut laporan New Straits Times, Anuar mendakwa bahawa "Anwa berjanji untuk menyelesaikan masalah kewangan Deepak sebagai balasa untuk fitnahnya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak".

Surendran dan MP Subang R Sivarasa merupakan peguam Deepak dalam saman yang difailkan syarikat usahawan tersebut Astana Canggih Sdn Bhd ke atas Awan Megah Sdn Bhd.

Dalam pendengaran minggu lalu, Deepak memberi keterangan bahawa Najib memberi persetujuan ke atas pemindahan milik tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada Awan Megah kepada sebuah syarikat penama milik Deepak. -MK

3 comments:
Write comments
  1. klu bersuara, lagi banyak "ulat" akan keluar, takut nanti pasangan ini x cukup stok adult pamphers!!!

    ReplyDelete
  2. Kau ni pencacai ameno ke pemberi maklumat pada rakyat? Bodoh punya orang . Kepada pembaca malaysia kau orang boleh tengok sendiri Video yang papagoma buat editing. agar tak tertipu. Kau orang boleh lihat kat you tube ataupun lihat kat sinipun boleh

    http://amenoworld.blogspot.com/2012/12/video-pengakuan-deepak-mengenai.html

    ReplyDelete
  3. Tak trsangka oleh Tok Jib dn gerombolan AMENO world. Mereka serang PR dalam PAU dPWTC baru2 nih, tiba2 mereka dserang pulak oleh Deepak dan Musa Hassan. Siapa sangka cempedak dah jadi nangka...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.