Tuesday, December 25, 2012

Bekas Pengerusi SPR Gesa Suruhanjaya Diraja Kaji Sistem Pilihanraya

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah gagal dalam mengemukakan tuntutan-tuntutan menyeluruh untuk membawa pembaharuan signifikan ke atas sistem pilihan raya, kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Sehubungan itu kata beliau, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk jika rakyat mahukan sistem yang sedia ada dikaji semula dan kemudian diadakan satu referendum bagi mendapatkan pendirian rakyat.

Katanya, sistem pilihan raya yang ada sekarang memerlukan perubahan struktur, bukannya pembaharuan yang disifatkan sebagai "quick fix."

"Saya lebih hendak setuju dengan Bersih dalam satu hal iaitu tubuh satu suruhanjaya diraja untuk mengkaji (sistem pilihan raya), yang terdiri daripada orang-orang tertinggi.

"Sekarang PSC (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) sudah selesai, jadi suruhanjaya masih perlu? Perlu!

"PSC ini hanya sementara. Dia punya terma dan syarat pun kecil. Ia tidak boleh bergerak di luar terma dan syaratnya. PSC selesai tugasnya. Bagus! Tapi ini orang Parlimen, mereka ahli politik.

"Mereka tahu apa yang berlaku, tetapi mereka tidak sentuh. Enjin, mereka tukar, plug mereka tukar, minyak hitam ditukar. Itu sahaja," kata beliau dalam satu temu bual bersama Sinar Harian Online minggu lalu.

Abdul Rashid yang menjadi Pengerusi SPR selama 10 tahun berkata, "kalau negara mahu, kalau negara setuju, kalau tuntutan-tuntutan ini hendak dilayan, tubuhkan suruhanjaya untuk mengkaji semula dan mengadakan sistem (baru), kalau negara bersetuju."

Beliau bersara daripada jawatan itu selepas Pilihan Raya Umum 2008. Sambil melihat Bersih 2.0 bukan sebagai pertubuhan pembangkang, kata Abdul Rashid, ia satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang hendak menuntut supaya ditingkatkan sistem demokrasi di negara ini, bukan sahaja dalam pilihan raya tetapi perkara lain.

"Tetapi Bersih (2.0) ini khusus untuk kita buat perubahan pada sistem pilihan raya dan mereka tidak berapa mengerti agaknya, tuntutan-tuntutan itu nampaknya tidak menyeluruh.

"Saya kaji juga tuntutan-tuntutan ini dan mereka tidak mendesak dilakukan suatu perubahan yang menyentuh struktur," kata beliau.

Tambah beliau, "maknanya seluruh undang-undang itu dikaji. Bukan satu dua tempat. Ini macam kita tukar bateri, tukar ‘spark plug’, tukar minyak hitam, 'quick fix’ ini (sebenarnya) boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. Yang dasarnya tidak berubah."

Bersih 2.0 mengemukakan lapan tuntutan pada awal tahun lalu. Ia kemudian mengadakan perhimpunan pada awal Julai 2011 dan sebulan kemudian kerajaan menubuhkan PSC bagi mengkaji pembaharuan sistem pilihan raya.

Menjawab soalan sama ada tuntutan Bersih itu lebih kepada ‘quick fix’ semata-mata?, Abdul Rashid yang pernah menjadi Setiausaha SPR berkata, "saya pun terkejut juga Bersih ini, yang terdiri daripada peguam yang besar-besar (ternama).

" "Tuntutan-tuntutan itu nampaknya.... apabila anda buat tuntutan itu, kerajaan respons, itulah yang dibuat menerusi PSC, itu yang dibuat. Jadi tuntutan mereka telah dipenuhi.

"Tapi kita tahu, Bersih hendak lebih daripada itu. Mereka tidak mahu PSC. Mereka mahu suruhanjaya yang betul-betul bebas dan adil," katanya.

Jelas Abdul Rashid, bagi beliau Bersih 2.0 telah gagal mengetengahkan isu yang sebenar walaupun mereka tahu apa yang mereka mahu.

".... sebab mereka tidak kemukakan apa yang mereka mahu. Mereka hendak undi pos dikaji, ini semua kecil.

"Bagi saya, ia tidak membantu untuk memperkuatkan amalan demokrasi.

Ia hanya merubah sedikit tatacara atau pun prosedur," katanya lagi.

Selepas PSC mengemukakan laporan penuh 22 perkara kepada Parlimen awal tahun, Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan akhir April lalu. -SH

7 comments:
Write comments
  1. Setahu saya kakitangan SPR dilantik secara sambilan dari kakitangan kerajaan. Sebagai rakyat mereka juga ada pendirian politik sokong kerajaan atau pembangkang. Kes berlaku kepada keluarga saya sendiri, nama dan tempat mengundi terpindah jauh beratus kilometer dari tempat biasa mengundi. Samada ini satu kesilapan atau disengajakkan itu yang menjadi tanda tanya?

    ReplyDelete
  2. Kan aku dah kata, kalau kat Thailand nun,dah lama SPR mcm sial ni kena hadap ke Mahkamah. Nasib baik jugak melayusial kita pun dungu,tak boleh pikir apa yg UMNO zalimi rakyat. UMNO( Shahrizat ) bedal duit negara, DS Anwar jugak yg dikatakan yahudi. kan bahalol punya otak melayu.

    ReplyDelete
  3. Kita harap Rakyat Malaysia terutama sekali rakyat Sabah dan Sarawak sedar dg perbuatan pemimpin UMNO/BN jelas menipu dan zalim pd rkyat. Kali inilah rakyat perlu buat perubahan dan kuburkan UMNO/BN bersama pemimpinnya yg rasuah,pgkhianat, salahguna kuasa, suka buat fitnah dan ggal membw kesejahteraan rakyat!! Barang2 keprluan harian terus naik tanpa peduli rakyat dikg2 miskin dan susah dalm kehidupn mereka terus menipu dan berbohong. Knapa Najib TAKUT DEBAT dg Datuk seri Anwar Ibrahim?.......Aku bersama klrga dn kwan2 yg lain dulu penyokong kuat UMNO/BN tetapi krn tipu helah pimpinan yg zalim dn penipu KAMI telah haramkan UMNO/BN. Demi kebaikan RAKYAT dan NEGARA kita perlu sokong PAKATAN.

    ReplyDelete
  4. Bagus la rakyat Sabah/Srwak kalu dah sedar akan tipu daya UMNgok ni. Anda mampu merubah senario plitik 1Borneo agar coba mmilih kerajaan baru bagi kedaulatan serta hak2 1Borneo tepat pada sasaran asal. Dlm Islam pun telah trbukti oleh sunnah Rasulullah iaitu HIJRAH. Kalau Islam tidak berjaya di Mekah, baginda brhijrah ke Madinah dan trbukti berhijrah baginda mmbawa kemenangan Islam, hingga sekarang pun. Brbalik pd isu politik, kalau brhijrah ( brpindah ) dr parti UMNO/Bn ke PR, apa masalahnya. Ndak betul salapas itu, kita tiau itu PR kaw-kaw. Kalau betul bertkar kerajaan tu baik utk kita selepas ini,apa macam ? Itu guna brhijrah.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  5. Kalau bekas Pengerusi SPR,twist serang dasar UMNO. Bekas KPN,jugak buat yg sama. Bekas2 peg kerajaan kategori JUSA masuk PAS,jgn cakap le. Bekas2 Menteri UMNO sendiri pun dahhh masuk PAS, confirm PM dan gerombolan mereka,tak lena tidur. Sebab tu kita lihat,taktik UMNO ni guna khidmat samseng pulak. Kan budaya samseng ni hasutan syaitan,walau ia kita kenali,tapi syaitan tetap syaitan yg mnjuruskan kita kneraka.

    ReplyDelete
  6. selalu sembayang lah itu,hati sudah tenang lah kan dan nampak sudah yang mana intan dan kaca

    ReplyDelete
  7. 8 item [TOR] utk RCI PATI di sabah ada taring @ umpan GE13 shj???

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.