Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri mendedahkan, air mineral yang diedar BN Selangor semasa program-programnya menyalahi peraturan air mineral, malah logo halal yang dilekat di botol itu diragui kesahihannya.
Beliau berkata, pembekalan air mineral percuma berjenama ‘Nurani Rakyat’ dalam kempen Sayangi Selangor itu tidak pernah disahkan kualitinya mengikut piawaian yang ditentukan kerajaan.
Katanya, ia melanggari Akta Makanan 1983, Akta Perihal Dagangan 2011, dan Sijil Perakuan Halal Jakim.
“Sebab itu kita minta Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) siasat dan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.
Yahya membandingkan air mineral berbotol yang dikeluarkan syarikat komersil mematuhi sepenuhnya piawaian, sedangkan pembekalan produk yang dibuat syarikat BN langsung tidak tertera dibiar melanggari undang-undang.
“Sepatutnya pada botol ini tertulis jenis punca air dan lokasi diperolehi, kandungannya dan nama syarikat yang membotolkan, tapi langsung tak dinyatakan,” kata Yahya.
Beliau turut mempersoal kesahihan logo halal Jakim yang dipapar pada produk berkenaan.
Manakala jenis penutup botol air mineral itu berwarna biru, tanda kepada jenis air galian bawah tanah, namun diragui sumbernya.
“Bagaimana kalau saya katakan air ini berpunca dari air paip Syabas? (Syarikat Bekalan Air Selangor)” soal Yahya.
“Sendiri jadi menteri sendiri buat peraturan, sendiri yang langgar. BN tipu rakyat di program anjurannya. Ini penyalahgunaan logo yang jelas. Kita yakin dalam masa kempen pilihan raya, air ini akan dibekalkan secara meluas di program anjuran mereka,” katanya.
Menurut Yahya, melalui pemerhatiannya, pengeluaran produk tersebut menyalahi semua peraturan berkenaan.
“Bagi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, syarikat atau institusi yang melakukan kesalahan boleh didenda sebanyak RM10 juta, manakala RM2 juta bagi kesalahan individu,” kata Yahya.
Manakala penyalahgunaan sijil dan logo halal Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri boleh didenda maksimum RM5 juta kerana kesalahan memperdaya atau mengelirukan pengguna. -KD
Tuesday, December 25, 2012
Air Mineral BN Selangor Tidak Patuh Piawaian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ndak apa2 ,bah. Kasi itu air mineral sama urang kampuang di Tenom atau sewaktu dengannyah,bah. Mareka bule guna untok mandi2an. Ndak ada air bah sana ituh.
ReplyDeletepancing umpan murah..
ReplyDeleteair mineral ke air minuman ke asal je label umno atau bn kalau jual mmg tak laku jadi bagi free je la...itulah selangor kaya punca air sampai org boleh ambil air selangor banyak-banyak tapis buat air mineral dan kasi free jadi fitnah kata air di selangor kurang terawat atau kurang punca air tdk betullah selama ini? Bagus MB Khalid urus air selangor...aku nk undi PKR terus memerintah selangor slps pru13
ReplyDeleteUMNO kan mengamalkan dasar penipu tiap hari menipu dan memfitnah melalui akhbarnya Utusan itulah sebabnya tiap kali dibawa ke mahkamah asyik kalah! Alahai UMNO tak habis-habis mefitnah ajaran kitab UMNO!
ReplyDelete