Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri bakal membongkar penyelewengan dan penipuan Umno BN terhadap projek hospital kerajaan, khususnya mengenai peruntukan katil buat pesakit dan hospital baru yang gagal dibina untuk setiap negeri. Gambar hiasan
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya menyediakan peruntukan 60,000 katil hospital untuk lebih 28 juta rakyat, tetapi perjanjian itu dilanggar apabila jumlah yang disediakan tidak mencukupi.
“Apa yang berlaku sekarang, hanya ada 30,000 katil di setiap hospital seluruh negara, iaitu separuh daripada yang diperuntukkan,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Bagaimanapun, kata Yahya, butiran lanjut mengenai penyelewengan tersebut akan didedahkan beliau pada sidang media 2 Januari.
Ketua Cabang Tanjung Karang itu turut mempertikai pengumuman kerajaan untuk membina hospital di setiap negeri, tetapi hingga sekarang proses pembinaan masih tidak berjalan.
“Konon beriya-beriya umum, buat acara pecah tanah dan sebagainya. Tapi pembinaan tak ada.
Itu yang saya nak persoalkan nanti, dan saya ada jawapan untuk kedua-dua isu ini,” katanya.
“Ia juga bagi menunjukkan janji kerajaan untuk menyediakan khidmat kesihatan yang cemerlang kepada rakyat tidak ditunaikan,” sambung beliau.
Sebelum ini, Yahya mendedahkan seorang bekas pegawai tertinggi polis memiliki aset berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.
Kemudian, beliau mempersoal isu pemberhentian 37 pekerja kilang kelapa sawit (KKS) Bukit Talang, yang dimiliki anak syarikat perladangan konglomerat Sime Darby berusia 60 tahun.
Yahya turut membongkar isu air mineral yang diedar BN Selangor dalam kempen politik dikesan melanggar pelbagai peraturan, malah status halalnya diragui.
“Seperti yang saya beritahu sebelum ini, setiap minggu akan ada penyelewengan Umno BN yang akan saya dedahkan sehinggalah Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.
Wednesday, December 26, 2012
Peruntukan Katil Hospital Pun Kena Kebas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kami bersetuju sangat dgn pendedahan sebegini.....kerana sbagai rakyat biasa kami perlu tahu benda2 yg tak baik berlaku pada kami sebagai rakyat dan pengundi pada PRU13 nanti.
ReplyDeleteNak begitau sikit,bukan kata isu katil hospital. Kain sajadah masjid serta masjid sendiri pun jadi bahan komersil,kalau dah UMNO tu. Turun ke ceruk kg yg jauh..risik merisik acapkali,anda akan jumpa perkara ini. Bukan semua kg tapi anda akan jumpa jugak.
ReplyDeletesaya ini bukan lah bergaul sangat dengan puak-puak BN,tapi ada satu cerita disabah lah kan,kalau ibarat masak nasi lah kan bukan saja Nasi habis di balun oleh puak-puak BN tapi karak nasi pun mereka balun,contoh senang lah project buat tandas pun dengan kos 2 -3 ribu pun mereka balun apa lagi kalau yang puluhan dan ratusan ribu,sudah lah itu manhole pun tidak sampai 7 kaki dalam ,baru 2 bulan pakai sudah melimpah air najis di permukaan,memang inda boleh lah BN ini di bagi undi lagi
ReplyDeleteChina adalah satu kuasa ekonomi di dunia yang sedang memintas Jepun di tempat kedua. Tidak lama lagi, India pula akan memintas Jepun di tempat ketiga.
ReplyDeleteBagaimanapun, dalam suasana ekonomi yang sedang menegak, ternyata warga marhein tidak menikmatinya.
Di Malaysia, keadaan pula sebaliknya. Dengan jumlah komposisi penduduk yang tidaklah sepadat mana, rakyat Malaysia ditawarkan perkhidmatan hospital yang sangat banyak. Bagi golongan yang ada duit seperti Anwar Ibrahim, mereka bolehlah 'berehat' di hospital-hospital lima bintang, manakala yang tidak berduit pula di hospital-hospital kerajaan yang turut menawarkan perkhidmatan setaraf dengan hospital swasta.
Namun, berapa ramai daripada kalangan kita yang sebenarnya bersyukur dengan apa yang kita ada di negara ini selain merungut, kita susah! susah! dan susah!!! tanpa kita sebenarnya mengalami kesusahan seperti yang kita bayangkan dan seperti yang dihadapi oleh orang lain di dunia ini, terutama sekali di negara maju? China, orang ramai bersesak-sesak untuk mendapatkan rawatan..
ReplyDeleteLim Guan Eng, si penipu yang kemudiannya dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, barangkali sekarang ini sedang berbincang dengan peguam-peguamnya untuk menyaman mana-mana pihak yang masih lagi memperkatakan tentang sebidang tanah di Taman Manggis yang telah dijualkannya kepada sebuah syarikat hospital swasta.
ReplyDeleteTanah seluas 0.45 hektar itu telah diperuntukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini untuk pembinaan rumah murah dan penempatan masyarakat miskin. Bagaimanapun, apabila DAP mengambilalih pentadbiran negeri, mereka telah MENCURI DAN MERAMPAS tanah berkenaan sebelum dijual kepada Kuala Lumpur International Dental Centre Bhd (KLIDC) pada harga RM11,494,176 atau RM232 sekaki persegi.
ReplyDeleteApabila dipersoalkan kewajaran Kerajaan Negeri menjual tanah tersebut kepada sebuah syarikat swasta berbanding membina blok perumahan untuk rakyat termiskin, Lim Guan Eng memperolok-olokkan pertanyaan berkenaan dengan katanya, Barisan Nasional tidak prihatin dan mempertikaikan pembinaan sebuah kompleks hospital yang akan memberikan khidmat kepada penduduk.
ReplyDeleteYang tidak disebutkan oleh Lim Guan Eng adalah hospital yang dimaksudkannya itu adalah sebuah hospital swasta yang sudah tentu tidak akan didatangi oleh penduduk atau rakyat yang tidak mempunyai wang!
ReplyDeleteSetelah tidak mampu menjawab mengapa tanah yang diperuntukkan kepada rakyat termiskin dijual kepada syarikat swasta yang akan membina hospital mahal, Lim Guan Eng kemudian menyatakan persetujuan untuk menjual tanah berkenaan kepada Barisan Nasional Pulau Pinang bagi tujuan pembinaan rumah murah.
ReplyDeleteHarga yang ditawarkan oleh Guan Eng adalah RM22.4 juta atau RM450 sekaki persegi atau dua kali ganda daripada harga yang diberikan kepada KLIDC. Katanya, Kerajaan Negeri boleh menyerahkan tanah tersebut untuk dibangunkan oleh Barisan Nasional Pulau Pinang memandangkan tanah berkenaan belum lagi dipindahmilikkan kepada KLIDC.
ReplyDeleteBagaimanapun, bukti yang didedahkan oleh Ketua Pemuda BN Negeri, Oh Tong Keong pada minggu lepas menunjukkan tanah tersebut telah digadai oleh KLIDC kepada sebuah bank tahun lepas bagi mendapatkan pinjaman penuh pembelian tanah berkenaan.
ReplyDeleteSekaligus menunjukkan tanah tersebut telah dipindahmilikkan kepada KLIDC, bertentangan dengan dakwaan Lim Guan Eng sebelum ini.
ReplyDeleteNampak sangat yang mana Pembangkang ini seperti kekurangan isu sudah.
ReplyDeleteKalau kita lihat pun sebenarnya isu ini hanya isu yang tidak pasti lagi. Jika benar apa yang dikatakan cuba dedahkan kebenaran.
ReplyDeleteMasalah di Negeri PR sendiri tidak selesai ini pula mahu menganggu orang lain.
ReplyDeleteBarisan Nasional sekarang ini memilih slogan ‘Menepati Janji’ sebagai agenda utama kami dan kami begitu prihatin dengan masalah rakyat sehingga menyebabkan hati ramai rakyat Malaysia seperti anda, anda semua tersentuh tanpa mengira umur, jantina, agama dan taraf hidup melalui usaha berterusan demi kebaikan semua.
ReplyDeleteKerajaan BN begitu mengutamakan kebajikan rakyat, tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha yang dilakukan oleh kerajaan ini.
ReplyDeletesediakan bukti kukuhm jgn main dakwa saja.
ReplyDeleteKenapa berlaku kes seperti ini, harap siasatan dapat dilakukan dengan segera.
ReplyDeleteCuba fikir jika kita yang sakit dan tidak ada katil disediakan, sangat2 menyedihkan.
ReplyDeleteJangan ambil kesempatan dalam kesempitan
ReplyDeletePegang amanah yang diberikan!
ReplyDelete