Friday, December 7, 2012

Kes Polis Rogol Amah: Lagi Demo Anti-Malaysia Di Jakarta

Laskar Merah Putih membuat demonstrasi sekali lagi di depan pejabat kedutaan besar Malaysia. di Jalan HR Rasuna Said, Jakarta Selatan hari ini.

Bagaimanapun, ratusan polis yang berjaga berjaya mengawal keadaan.

Mereka mahu bertemu dengan pihak kedutaan besar Malaysia.

“Niat kami berbicara baik, jangan sampai kami terus teriak menghina ka,” kata anggota Laskar Merah Putih menggunakan pembesar suara .

Tapi keinginan mereka ditolak.

“Mereka nggak (tidak) mahu bertemu pendemo,” ujar ketua polis sektor Setiabudi, AKBP Lalu Muhammad Iwan Mahardan.

Namun pendemo tetap menginginkan perwakilannya masuk ke pejabat kedutaan besar. Pendemo mengancam akan mengerahkan puluhan ribu anggota Laskar Merah Putih untuk mengepung kedutaan.

“Dalam dua bulan ke depan kalau kedutaan besar Malaysia tidak mahu menerima kita, 50 ribu orang akan kita turunkan, apapun risikonya. Panglima-panglima di wilayah rapatkan barisan, kita akan datang ke sini,”
teriak pendemo.

Mereka menuntut proses undang-undang terhadap tiga polis Diraja Malaysia atas kes pemerkosaan TKW.

“Kami menuntut mahkamah Malaysia juga memulangkan kembali wang jaminan 3 polis dan hukum setimpal-timpalnya,” ujar pendemo.






3 comments:
Write comments
  1. Mana PERKASA, PVTM, Pemuda UMNO Msia atau Rais Anak Yatim ? Tolong jelaskan pd kami,apa isu nya?? Atau pergi le jmpa TYT Duta negara trbabit,beri penjelasan sebenar. Atau biar UTUSEX siarkan berita, beribu2 perempuan Indon dtg sini khawain bangla,nepal, jd pelacur, kahwin atas kahwin (suami masih ada di Indon ). Mainkan isu ni agar mereka sedar. Kita bukn sokong kes2 rogol melibatkan mana2 pihak, tapi mereka juga harus disedarkan akan fakta sebenar.

    Tetuan Wales & Petruss

    ReplyDelete
  2. Inilah baru manusia bertanggong jawab bukan nya menafikan lepas tu gunakan pengaruh, kuasa dan ugutan ke atas pihak pihak tertentu kalau tidak nanti di tukarkan ,di tahan kenaikan pangkat,gaji di peti sejukkan.Maka anak bini penjawat makan duit bersekingkol dengan kejahatan ketua atau orang atasan.

    ReplyDelete
  3. Aku percaya 100 % ini si Rais punya angkara. Sesama pemimpin boleh le si Rais anak yatim tu pusing kepala. Tapi rakyat Indon,semangat mereka bukan mcm Melayu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.