Calon Barisan Nasional (BN) yang melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan merupakan kaedah tepat untuk pilih calon bersih di samping memberi imej lebih baik kepada parti.
Pemimpin parti, pemerhati dan penganalisis politik berpendapat langkah itu akan dapat membantu BN mencari calon yang benar-benar layak untuk menerajui perjuangan parti.
Pemerhati politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata kaedah itu akan membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN membuat pilihan tepat dengan memilih calon yang bersih daripada sebarang tuduhan dan sangkaan negatif.
"Rekod yang baik perlu ada sebagai ciri-ciri seorang calon 'winnable candidate' bagi memenuhi janji Najib mencari calon yang benar-benar layak untuk menerajui perjuangan BN," kata Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN) itu kepada Bernama.
Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaafar mencadangkan agar kerajaan mewajibkan parti politik mengemukakan senarai calon mereka kepada SPRM terlebih dahulu untuk ditapis bagi memastikanmereka 'bersih' selain mengelak sebarang tohmahan.
"Tapisan SPRM ini sebagai langkah awal membuktikan kepada rakyat bahawakerajaan amat teliti dalam memilih calon yang akan membela rakyat selain memberijaminan bahawa calon yang dipilih sememangnya boleh diharap," kata Dr Zainal.
Beliau berkata BN perlu meletakkan syarat yang tinggi bagi seseorang calon untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada Umno dan BN untuk terus memerintah negara ini.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata calon yang melepasi tapisan SPRM akan memberikan gambaran positif kepada rakyat.
Langkah itu bertepatan kerana semua orang akan cuba menonjolkan diri untuk menjadi 'calon boleh menang' tetapi apabila keputusan tapisan dikeluarkan SPRM, mereka perlu akur, kata pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia itu.
Bagaimanapun, beliau yakin kebanyakan calon sememangnya layak tetapi tapisan itu akan menonjolkan lagi kredibiliti seseorang calon yang dipilih.
Umno dan BN katanya memerlukan calon boleh menang serta layak untuk terus berjuang setelah pemimpin terdahulu berjaya mencapai kemajuan sejak merdeka hasil kebijaksanaan mereka mentadbir negara untuk kesejahteraan rakyat.
Sementara itu, Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkataproses tapisan itu dapat membuktikan bahawa seseorang calon benar-benar telusdan layak untuk bertanding.
"Ia adalah satu langkah yang baik agar dapat mengelak masalah lebih besarserta menyusahkan rakyat jika calon tersebut bermasalah dan terbabit rasuahselepas pilihan raya berlangsung," katanya dalam satu kenyataan.
Rosnah berkata penapisan berkenaan juga akan menambah lagi keyakinan rakyatterhadap calon tersebut.
Di KUCHING, Anggota Parlimen Batang Lupar Datuk Rohani Abdul Karim berkataproses tapisan itu akan membantu menaikkan imej BN.
"Kita tidak mahu calon yang mempunyai perlakuan tersembunyi," katanya. BERNAMA
Sunday, December 23, 2012
Tapisan SPRM, Kaedah Tepat Pilih Calon Bersih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tapis sekali rosmah mansor
ReplyDeleteBiar lah yg memilih juga tidak di ragui kebersihan nya....
ReplyDeleteAuta je lahh poonn. Tengok YB dari PR...ada rekod jenayah rasuah?? Tak buat ikut laluan SPRM poonn. Yg penting calon tu sendiri seorang yg berdedikaksi dan bersih rasuah. Mind setting tak pernah trfikir akan rasuah. Itu yg utama.
ReplyDeleteBeberapa tahun lalu Datuk Johan Jaafar menjadi Perantara rancangan berbentuk Forum diantara Panel Kerajaan dan Pembangkang di TV1. Ahli Panel jemputan pihak Pembangkang Dr. Hassan Ali yang biasanya petah bercakap sentiasa dipintas oleh Pengacara Datu Johan Jaafar sehingga tidak kesampaian apa yang hendak dicakap. Disini nyata tiada keadilan. Inikan pula sekiranya dijadikan Ketua Penapis, dalam UMNO/BN sendiri pun ada puak orang si Anu A atau B inikan pula jika melibatkan penapisan untuk pihak Pembangkang.
ReplyDeleteKalau PM benar2 perlu kpd YB mereka yg bersih dan jujur, itu semua dari beliau,mbah. Ndak perlu kapada SPRM atau agensi lain utk tentukannya. Tepuk dada tanya salera,mbah.
ReplyDeletesekiranya kaedah ini di guna pakai Musa tidak akan aman dalam pru13 nanti...
ReplyDeleteHarus diketahui bahwa dlm UMNO,perebutan ke jawatan Ketua Bahagian memang hebat. Tambahan pulak,yg mngidam ke jawatan itu ramai tapi ada satu je dan setiap negeri plak baru brapa bahagian. Harus diketahui jugak, jawatan itu adalah Batu Loncatan utk capai segalanya kemudian hari. Kenapa? Kan majoriti YB Menteri UMNo asalnya Ketua Bahagian UMNO. Kan nak dpt hasil negara melalui jawatan YB Menteri. Tengok contoh Shahrizat jalil dgn RM250 juta. Tengok contoh Nazri Aziz, sampai anaknya jadi 'ketua samseng' serta jaga ayam-ayam tambatan di Bukit Bintang. Itu baru dua nama,belum serangkap nama lagi dan dlm UMNO bukan serangkap nama malah satu buku pun tidak akan habis nama2 itu.
ReplyDelete**Bokeh UMNO Sri Monanti
haji logiut najib; SPRM itu sendiri adalah badan bebas @ hanya 'robot' jenama UMNgOk???
ReplyDelete