PASUKAN Thailand mara ke final Piala AFF Suzuki selepas menang 2-0 ke atas Malaysia pada aksi pusingan separuh akhir kedua di Bangkok, Khamis.
Thailand mara dengan agregat 3-1 apabila turut meraih satu jaringan ketika aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lalu.
Dengan beraksi 10 orang pemain, selepas Fadli Shaas dilayangkan kad merah pada minit ke-43, skuad Harimau Malaya gagal mengekang aksi pihak lawan.
Bersambung ke babak skuad perlawanan, skuad Thailand yang dikendalikan oleh jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer melakukan serangan pantas ke kubu lawan untuk mencari gol perlawanan bagi memastikan bekalan selesa sebelum ke final.
Pada minit ke-60 gol pertama perlawanan berjaya dicipta oleh Teerasil Dangda selepas melepasi dua pemain negara, Amar Rohidan dan Mohd Aidil Zafuan di luar kotak penalti sebelum menggelecek masuk ke gol menewaskan penjaga gol negara, Farizal Marlias.
Enam minit selepas itu, Stadium Supachalasai sekali lagi bergegar dengan sorakan penyokong-penyokong tuan rumah selepas Theerathon Butmathan menambah gol kedua perlawanan.
Keputusan berakhir dengan berpihak kepada Thailand sekaligus memberi kekecewaan kepada skuad negara yang gagal mempertahanan kejuaraan yang dijulang dua tahun lalu.
Thailand bakal berdepan dengan Singapura pada aksi final nanti selepas pasukan itu turut menewaskan Filipina pada Rabu. -Mstar
Thursday, December 13, 2012
AFF Suzuki : Thailand Ke Final, Tewaskan Malaysia 2-0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INI TANDA TANDA KEKALAHAN KITA
ReplyDeleteMalaysia main x sebaik Thailand.Pemain Msia agak gugup,hantaran x kemas,pemain mcm x bersungguh2 main.
ReplyDeleteKekurangan seorg pmain bukan alasan utk mpamerkn permainn yg kemas.Pemain Msia x CERGAS pada hal hari-hari sepak bola.Lihat sja team EPL wpun kkurangn pemain namun smua pemain berlari setiap pejuru.Ronney contohnya wpun dia seorg striker tpi bila musuh menyerang dia bersama2 dng benteng bertahanan...bukannya hanya berdiri di garisan tengah untuk meminta bola....
ReplyDeleteHantaran tak kemas, penyerang tidak mampu membolosi pertahanan thailand, dan yang nampak pincang ialah kekuatan fizikal malaysia dgn thailand jauh berbeza. Malaysia mengharapkan pengadil dari korea akan meniup wisel utk mendapat simpati jika terjatuh, tetapi pengadil tdk melihat semuanya itu. Walaupun stadium thailand tdk pun penuh oleh penonton tempatan namun thailand punyai kekuatan. Jika malaysia kalah disebabkan sama kuat dan hebat peminat boleh menerima, tetapi dari awal permainan sehingga akhir nampak malaysia diasak oleh thailand.
ReplyDeleteTiada yang mau dicakap lagi kawan kawan sudah ulas,memang betul bahagian serangan tumpul,saudara Gopal tinggok tinggok dibahagian serangan,cari penyarang yang bagus. Sumpitan.
ReplyDelete