Tuesday, December 25, 2012

Rampas 20 Kerusi, Mimpi Atau Realiti?

Barisan Nasional (BN) mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang, sekali gus meraih kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata beliau yakin BN dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta merampas lima daripada 23 kerusi PAS, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang dimenangi mereka sebelum ini.

“Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk bebas sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bakal menjadi faktor utama kemenangan BN.

“Rakyat telah menikmati pelbagai insentif dan keistimewaan yang diperkenalkan Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia serta program transformasi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata faktor calon boleh menang yang dimiliki BN akan turut membantu merampas kembali kerusi pembangkang.

Bagaimanapun, katanya kemenangan tersebut hanya akan dicapai sekiranya anggota BN tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' terhadap parti. — Bernama

10 comments:
Write comments
  1. tapi PR kena brhati2. Agen BN spt SPR,JPN dan SB giat melakukan kerja2 sial mereka utk kemenangan BN. Hati2.

    ReplyDelete
  2. mimpi siang hari ka ko mat maslan/cakap senang le.kalau berani biarkan pakatan rakyat berkempen di kawasan felda tampa halangan dan ganguan jgn pakai samseng jalanan

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya berbunyi begini, 'Pakatan mampu rampas kerusi bn, termasuk dinegeri2 kubu kuat bn'. Ahmad maslan, nak bercakap kena berdasarkan fakta & realiti, bukan auta. Krn fakta jelas menunjukkan, bukan sj bn bakal kehilangan byk kerusi dlm PRU13, tapi bakal kehilangan Putrajaya. How do I know? Tgk la sj penolakan rakyat yg semakin menjadi2 terhadap bn, ia terjadi tanpa henti. & dlm masa yg sama, peningkatan sokongan terhadap kem Pakatan, itu juga berlaku tanpa henti. Nak tgk bukti x susah, tgk sj brape ramai org yg menghadhiri samada ceramah ataupun himpunan kebangkitan rakyat tajaan PR. Puluhan ribu hadhirin ditiap negeri, termasuk negeri2 bn. Smentara ceramah bn pulak? Tang ni saya x payah cakap, semua pun tahu, ramai org ker kerusi. So, kot mana yg awk dok laung bn yakin rampas 20 kerusi pembangkang, & mendapatkan majoriti 2/3? Ini statement mengampu kot, sbb selama ini itulah yg dilakukan ahmad maslan. Fakta ntah kemana, merapu/mengampu memanjang....

    ReplyDelete
  4. Confident nampak..dah siap kot penipuan..rakyat yg bodoh je sokong BN..PR-PTPTN nak dihapus, harga minyak nak diturun, harga kereta diturun, tarif elektrik di kaji semula, royalti negeri 20%..kalau taknak maksudnya tahap kebodohan rakyat mlayasia lebih teruk dari zaman penjajah...Rakyat cerdik akan tgk prestasi PR satu penggal..PRU13-ABU

    ReplyDelete
  5. Datuk Ahmad Maslan hnya yakin apabila penipuan berjaya sedangkn rakyat semakin benci dg pimpinan UMNO/BN. Tak percayakah?... sedgkn sy bersama kerabat klrga semua dn kawan2 yg lain jd penyokong kuat dulu pd UMNO/BN skrg sudah haramkan UMNO/BN krn kezaliman, penipuan, pgkhianatan, salahgunakuasa,kroni, rasuah dn suka buat fitnah!!!! DSAI tdk bersalah tetapi dituduh meliwat dg perbuatn fitnah yg tdk masuk akal adalah sbb pemimpin UMNO/BN terutama Dr Mahathir dan yg lain2 takut pd Datk seri Anwar Ibrahim pemimpin yg sggup dipenjara krn kebenrn. ALLAH lbh tahu perbuatan kamu wahai pemimpin UMNO/BN yg ZALIMMMMMMM!!!! Knpa Najib TAKUT DEBAT dg Datk seri Anwar Ibrahim?..........Walaupun kamu cuba mncari helah dn menipu mahu menang dgcara yg Tuhan tdk izinkn tetapi rakyat skrg hampir semua telah menolak pimpinan UMNO/BN dan telah berubah mahu sokong PAKATAN.Percayalah PAKATAN akn menang Besar krn rakyat yg bijak dan tahu menilai akn beri sokongan menang besar kepada PAKATAN!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Tidk mgkin Bn akn mencapai kemenangan, faktanya:jumlah kerusi yg ditandingan umno dan pas, Pas telah menang undi melayu tp kalah pd undi cina dan india cina.Pas jg telah menang undi melayu, cina.india tp kalah bl undi pos bl dibuka.Jika dihitung berapa kerusi yg blh pas tambah kemenangan jk bnr undi cina, india masih menyokong PR, apa lg byk perubahan berlaku pas mendpt sokongan dr penoraka felda(bertambah) dan undi pos jg bertambah.Tiga janji yg dibt PR tdk blh dibt oleh BN>Myk turun, tdk ada tol dan pendidikan percuma, ketiga2 ini sgt mengikat rakyat ats pagar, malah ahli2 BN sendiri.Tdk mgkin PR berbohong sb jk tdk ditunaikan oleh PR tp rakyat tetap tdk akn membyar tol, tdk akn byr yuran pendidikan dan tdk akan byr myk dgn harga skg.Dianggarkan rm8,000 yuran pendidikan 1 thn(seorg), rm2,000 myk 1 kenderaa dan rm1,200 setahun(1 kenderaan) dan dianggarkan rm11,200 utk 1 org dan 1 kenderaan dpt dijimatkan setahun bg setiap isi rumah.Dgn penjimatan rm11,200 setahun byk perkara rakyat Malaysia blh lakukan sepeti tunai haji dan beli rumah, apa lg jk mempunyai ank lbh dr 1 org dan lbh dr 1 kenderaan.Bagaimana rakyat mahu menolak perkara ini.

    ReplyDelete
  7. BN telah banyak berjasa pada rakyat yang terbaru di Sabah dan Sarawak ialah BN bagi tangki air 1Malaysia suruh tadah air hujan supaya dapat air free!!!! Hehehe

    ReplyDelete
  8. memang banyak membantu di sabah buatkan my kad biru pada pati dan bagi tangki air free

    ReplyDelete
  9. Heboh nak tawan balik kerusi BN yg drampas oleh PR sebelum nih. Helo Maslan, dtg le ke Sabah ni cuba mandi air mineral brsama kami suma. Melalui saluran media alternatif,aku lihat ramai rakyat dah buka mata akan kejahatan UMNO, kau pulak brmimpi sianghari. Kalau ndak karena SPR tolong menangkan parti syaitan itu, 1Malaysia UMNO sudah padam dalam lipatan sajarah,bah.

    ReplyDelete
  10. Hnya org2 yg brkepntingn dan tdk guna otak masi terima UMNO/BN tetapi majority nya rakyat telah menolak UMNO/BN. Kali ini lah UMNO/BN akn lbh TEROK dn bnyk kehilgn kerusi!!! Skrg SABAH dan SARAWK bukn lg negeri deposit untk kemenagn UMNO/BN tetapi akn mnjd nisan untk kebumikn UMNO dan PEMIMPINnya yg rakus dn pgkhiant, penipu,rasuah, Zalim dn pemitna!!!!Datk Ahmad Mazln bercakp hnya untk sedp mulutnya mgampu pd pemimpin UMNO/BN yg jels sudh kehilgn mejority penyokong. Bnyak sbb rakyat sudh muak dn brtambh benci dg UMNO/BN lbh. Tiada pilihn lain melainkn mejority rakyt pilih PAKATAN untk perubahn.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.