Akibat menonjol melebihi suaminya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terbaru, isteri Datuk Seri Najib Razak itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan ‘menjawab secara telus’ isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.
Mahathir dilapor berkata, isteri PM itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.
Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri PM sebelum ini.
“Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya,” kata Mahathir dipetik.
Mengulas isu ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, kenyataan Mahathir yang memberikan ‘lampu hijau’ untuk Rosmah menonjol semahunya adalah sindiran jelas dan peringatan kepada Najib.
“Mahathir sebenarnya mahu ingatkan Najib bahawa tidak ada isteri PM yang lebih menonjol daripada Rosmah,” kata Aisyah ketika dihubungi.
“Semua rakyat tahu kedudukan Rosmah seperti PM. Tapi perkara ini dipandang sepi oleh Umno. Sebab itu Mahathir ‘membenarkan’ Rosmah ke depan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan Rosmah supaya sedar siapa dirinya sebelum rakyat menghukum kesombongannya.
“Kalau ikutkan, Rosmah baru sahaja beberapa tahun jadi isteri PM. Isteri Mahathir, (Tun) Siti Hasmah (Mohd Ali) pun tidak sepertinya yang lebih lama menjadi isteri PM.
“Akibat keangkuhan itu, rakyat akan hukum Najib yang akhirnya kalah pada pilihan raya akan datang,” ujar Aisyah. -KD
Saturday, December 15, 2012
Mahathir Sindir Rosmah, Ingatkan Kedudukan Najib
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apa juga salahnya..idea rosmah bagus cth permata pintar, berbanding CM Sabah walaupun ada 40 juta
ReplyDeleteApa kejadahnye yg Rosmah [ hanya isteri PM ] yg hadir merasmikan kapal TLDM ?? Bangang like hell dah TLDM skrang. Bagi aku PM sendiri tak layak sebab TLDM tu kan ada Kol YDP iaitu Sultan Selangor. Jika tiada kehadiran Sultan, MINDAE kan dbawah YB Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi. Paloii paloii.
ReplyDeleteBagi Rosmah penghormatan rasmi kapal selam scorpen plak...
ReplyDeleteMenteri pertahanan nya kemana? apakah Rosmah akan menjadi pertahnn selepas ini
ReplyDeleteSaya pun nak jemput Rosmah rasmi Tandas awam di kampung saya.
ReplyDeleteApa dah jadi dgn MINDEF tu ?? General-general dan laksamana2 yg ada tu 'mayat hidup' ke semua ?
ReplyDeletekekadang aku keliru..sapa jugak PM Malaysia ne..Najib ker @ Rosmah???
ReplyDeletekali nie aku setuju dgn pandangan c arafat walaupun aku akan pangkah BN pru13 nnti..rosmah o0o0 rosmah..
ReplyDelete