Tuesday, December 4, 2012

Siapa Luluskan Permit GRO Labuan?

PADA 7 Oktober 2012, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop telah memberitahu Dewan Rakyat Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengeluarkan pas pekerjaan untuk wanita pekerja asing di Pusat Hiburan dan Rumah Urut melainkan pekerja dalam kategori SPA.

Manakala 25 November 2012, Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Mohammad Mentek berkata permit wanita warga asing untuk bidang SPA dan Refleksologi akan dibekukan pada awal tahun 2013 setelah mengambil kira pelbagai masalah sosial yang menglibatkan pekerja warga tersebut.
Pihak berkuasa kerajaan negeri telah bersetuju dengan keputusan itu memandangkan banyak aduan yang diterima menglibatkan perkhidmatan tidak bermoral yang ditawarkan, termasuk khidmat seks di rumah urut.

Kami mengucap "SYABAS" kepada Pengarah Imigresen Sabah membekukan permit warga asing bekerja di rumah urut dan SPA.

Di sini, kami penduduk Labuan ingin bertanya apa tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa seperti imigresen. Polis dan KDN bahagian pengurusan pekerja asing setelah Timbalan Menteri KDN telah mengatakan imigresen tidak mengeluarkan pas kerja untuk wanita asing bekerja di pusat hiburan di Malaysia.

Di Labuan kini sebuah pusat hiburan ada 10 hingga 60 GROs atau lebih dikenali sebagai Pelacur Berlesen.

Persoalannya, penduduk Labuan ingin bertanya kepada pihak berkuasa berkenaan:

Jika Imigresen tidak mengeluarkan Pas wanita asing untuk bekerja di karaoke dan rumah urut, jadi permit apa yang digunapakai untuk menjamin beratus wanita Filipina yang bekerja di karaoke dan pub di Labuan?

Tahukah pihak imigresen dan polis, Pusat hiburan di Labuan menjalankan kegiatan maksiat? Anda hanya bayar RM250 hingga RM350 boleh terus bawa keluar GRO ke hotel. Di Kuala Lumpur, jabatan penguatkuasa (JAWI) aktif dan tapi di Labuan macam tidur sahaja.

Kalau permit pelayan yang digunakan oleh taukeh pusat hiburan mengapa pelayan mereka tidak guna 'Uniform Dengan Tag Nama' dan juga mesti ada jadual tugas. Kedua, kenapa sebuah pusat hiburan perlu 10 sehingga 60 pelayan sedangkan 'Coffee House' hotel 5 bintang hanya 3-5 orang untuk bekerja 8 jam. Kita tahu pelayan di Coffee House hotel semua orang tempatan dan juga pakai uniform dan tag nama.

Tiada sesiapa yang boleh menafikan pusat hiburan di Labuan tidak menjalankan kegiatan maksiat. Kita akan bongkarkan di surat yang akan datang siapakah pegawai yang melindungi taukeh Pusat Hiburan menjalankan kegiatan maksiat; siapa tauke pelacuran dan bapa ayam; mana satu karaoke atau pub yang paling ramai pelacur berlesen.

Sebelum kami membongkarkan isu ini, harap pihak berkuasa tersebut di atas akan bertindak segera dan batal semua permit pelayan yang disalahgunakan oleh taukeh pusat hiburan di Labuan.

Wahai semua penduduk di Labuan, sebelum PRU13 jika tiada sebarang tindakan diambil membatalkan permit pelacuran berlesen di Labuan, maka walaupun selama ini rakyat Labuan sayang dan taat pada kerajaan BN; terpaksa memberi peluang kepada Parti Pembangkang, sekurang-kurangnya 5 tahun kerana mahu mengubati luka di hati para isteri warga tempatan yang selama ini menderita kerana ditinggalkan suami atau diceraikan semata-mata kerana GRO.

Insaflah wahai pihak berkuasa yang bersekongkol dengan pusat hiburan selama ini. Jangan sampai tauke pusat hiburan memberi duit wanita yang menjual 'lendir' atau 'daging mentah' kepada kamu dan bawa balik untuk makan anak dan bini. Bukan sahaja tidak halal, malah anak kamu akan jadi bodoh.

Salam hormat,

KUMPULAN PENCARI KEBENARAN LABUAN

36 comments:
Write comments
  1. labuan dah digelar pusat maksiat. patut hal ini dibanteras.

    ReplyDelete
  2. jgn cemarkan nama Labuan dgn skandal ini.

    ReplyDelete
  3. kerja sebagai GRO harus diharamkan. ia bukan krja yang baik.

    ReplyDelete
  4. pihak bekrkuasa Labuan harus banteras kegiatan maksiat yang berleluasa di Labuan.

    ReplyDelete
  5. Kegiatan haram harus dibanteraskan.

    ReplyDelete
  6. Pihak berkuasa harus memantau dan memastikan kemasukan pendatang asing yang berganda jumlahnya.

    ReplyDelete
  7. Tiada sesiapa yang boleh menafikan pusat hiburan di Labuan tidak menjalankan kegiatan maksiat.

    Segera menghentikan aktiviti ini yang merosakkan keharmonian dan imej baik negara.

    ReplyDelete
  8. Tahukah pihak imigresen dan polis, Pusat hiburan di Labuan menjalankan kegiatan maksiat? Anda hanya bayar RM250 hingga RM350 boleh terus bawa keluar GRO ke hotel. Di Kuala Lumpur, jabatan penguatkuasa (JAWI) aktif dan tapi di Labuan macam tidur sahaja.

    Pihak polis tidak bertindak dan membiarkan kegiatan ini berleluasa?

    ReplyDelete
  9. Aktiviti ini cuma merosakkan imej baik sahaja.

    ReplyDelete
  10. Pasti ada pihak yang menyelahgunakan kuasa untuk meluluskan GRO ini.

    ReplyDelete
  11. Kemasukan PATI yang menggalak aktiviti ini berkembang.

    ReplyDelete
  12. Aktiivit GRO adalah haramkan?

    ReplyDelete
  13. Pihak polis harus bertindak.

    ReplyDelete
  14. Jika mengikut undang-undang, mustahil GRO boleh diluluskan.

    ReplyDelete
  15. Penduduk labuan tidak perlu takut dan risau mengenai GRO di tempat hiburan, kerana mereka ne tdk akan membawa masalah kepada penduduk tempatan, kerana menteri jabatan perdana menteri nazri aziz sendiri menyatakan PTI tdk memberi masalah kepada penduduk tempatan, lagi pula bekas perdana menteri Tun mahathir juga mahukan PTI yang boleh bertutur bahasa melayu harus di jadikan warga malaysia. Kesimpulannya, penduduk labuan tdk harus merasa risau mengenai GRO di labuan, kerana kerajaan sendiri terutamanya umnobn memberi jaminan PTI tdk memberi masalah. Bukan saya yang kata tetapi menteri yang kata.

    ReplyDelete
  16. Ada sindiket ba tu di Labuan sebab tu ramai GRO

    ReplyDelete
  17. dalang kepada GRO dan segala gejala sosial perlu ditangkap

    ReplyDelete


  18. Kalau begitu cuba siasat bagaimana boleh ada permit GRO ini berlaku.

    ReplyDelete


  19. Mungkin juga permit yang ada cuba disalahgunakan berbanding apa yang didaftarkan.

    ReplyDelete


  20. Dapat juga Anwar dan Azmin rasa juga bukan.

    ReplyDelete


  21. Baguslah kalau permit dibekukan untuk SPA.

    ReplyDelete


  22. Ini kebanyakan adalah permit dan visa yang disalah gunakan. Lain dalam pas lain pula yang mereka lakukan. Jadi perlu disiasat dengan sebaiknya akan perkara ini.

    ReplyDelete
  23. Rakyat tempatan juga yang bantu para pekerja asing haram masuk negara Malaysia.

    ReplyDelete
  24. Permintaan buruh tidak mahir yang tinggi merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara.

    ReplyDelete
  25. Kestabilan ekonomi Negara juga merupakan salah satu faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara.

    ReplyDelete
  26. kadar upah yang tinggi di Malaysia juga merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Di Negara asal pekerja asing, penawaran buruh melebihi permintaan. Keadaan ini menyebabkan upah yang lebih rendah.

    ReplyDelete
  27. Faktor lain ialah dasar kerajaan terhadap pekerja asing juga merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Kerajaan turut membenarkan kemasukan sesetengah pekerja asing ke Malaysia untuk bekerja dalam bidang-bidang tertentu.

    ReplyDelete
  28. sikap majikan dan pengusaha juga merupakan faktor tarikan kemasukan buruh asing dalam negara. Golongan ini kebanyakannya lebih berminat mengupah buruh asing yang lebih murah dari Indonesia, Filipina dan Thailand. Majikan tidak perlu mengeluarkan wang untuk membayar KWSP dan insurans, ganti rugi atau pampasan kerana pekerja asing tidak diperuntukkan di bawah Akta Buruh.

    ReplyDelete
  29. Masalahnya tiada pengawasan yang ketat dan berkesan.... jangan salahkan GRO dan taukeh pusat hiburan kerana mereka tu mahu untung ma... persoalannya ke manakah imigresen, polis dan penguatkuasaan? Lu fikirlah sendiri....

    ReplyDelete
  30. The authorities should be alert on this.

    ReplyDelete
  31. apapun yg bersalah adalah pemimpin. apa mereka buat? atau memang mereka tidak mendengar rintihan rakyat. jadi kuburkan pemerintah sekarang!!! tanam mereka dalam-dalam. pilih pemerintah baru. pilihan ditangan anda dan allah menentukan dengan izinnya.

    ReplyDelete
  32. Buat lagi free duty pastu yg free nya benda2 yang xde faedah mcm rokok dan arak

    ReplyDelete
  33. Itu lah, pantau kemasukan mereka ini, jangan biarkan nama Labuan buruk.

    ReplyDelete
  34. Kalau tanya pencacai angkat najis BeEnd..mereka akan kata ni semua kerja Nik aziz ada syer dgn pub tu atau kerja Anwar Ibrahim. Mereka ndak tau yg UMNO mau suma itu.

    Tetuan Wales & Petruss

    ReplyDelete
  35. Majikan juga perlu prihatin jangan terlalu mementingkan keuntungan.

    ReplyDelete
  36. Kadang-kadang pekerja GRO yang salah menggunakan permit mereka.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.