Friday, December 7, 2012

Musa: Tak lama jadi k'jaan jika biar politik ganas



Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran bahawa kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa mengundang risiko digulingkan melalui cara yang sama.

Katanya, beliau berkata demikian atas perhatiannya bahawa situasi politik pada masa ini "mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng".

"Kalau awak (kerajaan) menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.

"Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng.

"Ini saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku," katanya dalam satu forum di Shah Alam hari ini.

Menurut pemerhatiannya lagi, ini berbeza dengan keadaan politik semasa pilihan raya sebelum ini.

"Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta semua keluar bersama-sama.

"Pihak pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan tak ada masalah. Sekarang tak boleh," katanya.

Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.

"Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti sekalipun, bina negara ini sama-sama," katanya.

Ingatan itu disampaikan Musa pada forum "Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita" yang berlangsung di Auditorium Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Shah Alam petang tadi.

Pemimpin kena kawal diri

Turut memberi pandangan ialah MP Hulu Selangor, P Kamalanathan yang menggesa pemimpin politik agar mengawal diri terlebih dahulu sebagai teladan yang baik buat pengikut-pengikut mereka.

"Sebelum kawal penyokong, kita kena kawal diri kita dahulu.

"Kita tak boleh jadi pencetus masalah. Kita kena jadi pemimpin untuk selesaikan masalah," katanya.

Seorang lagi pembicara forum, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Muhamed Hanipa Maidin meningkah pendapat Kamalanathan.

"Masalahnya di Malaysia ini, (sesetengah) pemimpin itu (sendiri) adalah masalahnya.

"Jadi, cara untuk masalah ini adalah dengan membuang pemimpin itu sendiri," katanya tanpa memperincikan siapa pemimpin yang dimaksudkan.

Beliau mentakrifkan "politik samseng" yang menjadi fokus perbincangan mereka sebagai: "keadaan apabila mereka yang terlibat dalam kesamsengan ini berpunca daripada kegagalan menerima kepelbagaian pandangan dalam politik".

Forum petang tadi dimudahcara oleh penganalisis politik Universiti Malaya, Datuk Mohamad Abu Bakar turut disertai presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh. -MK

5 comments:
Write comments
  1. Datuk Fauzi Saari dah declare masuk PAS. Datuk Ramli Yussof,bekas CPO sabah yg dprangkap oleh umNO tapi menang kes,jugak katanya berjinak2 dgn PAS. Maka ada baiknya kalau TS Musa Hassan jugak istihar brsama PAS. Kapal UMNO dah hampir karam nun. Pegawai polis brtaraf OCPD serta Pengarah2 JSJ Negeri pun ada yg dah masuk PAS. So, mantap dan tegap le PAS jika kemasukan golongan pro spt ini.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  2. Aku nampak dah budaya keganasan mula merebak ibarat api yg marak...UMNO pihak yg tidak bertanggung jawab menjadi penyebab mengalakkan politik kebencian dan perkauman.. mereka menyerang DAP sebagai parti perkauman..sedangkan UMNO itu sendiri adalah BAPAK perkauman.. mereka menuduh PAS mengunakan Islam utk meraih undi.. sedangkan perjuangan PAS bermula kerana UMNO itu senditi tidak mahu menerima Islam ketika diawal penubuhannya.. mereka menyerang PKR sebagai parti subversif dan menjalinkan kerjasama dgn pihak luar utk memusnahkan negara... tapi UMNO sendiri menjual rahsia keselamatan negara pada syarikat luar malah melantik syarikat yahudi sebagai perunding dan konsultant bagi Najib dan UMNO.....jadi memang UMNO tak layak utk menuduh PR tapi tuduhan itu sebenarnya mengambarkan UMNO itu sendiri..

    ReplyDelete
  3. Budaya politik ganas ini sengaja dicetuskan oleh UMNO yg diketuai oleh PM Najib..Itulah tujuan Najib Terpekik dan Terlolong dlm PAU tempoh hari, supaya puak2nya semangat utk mengganas dan jadi tukang pukul..bak kata pepatah "Guru kencing berdiri , murid kencing berlari"..

    ReplyDelete
  4. Sayang sekali. Kehebatan UMNO melalui keganasan ini salah tempatnya. Sepatutnya guna kehebatan itu utk benteras Awang Hitam di Nilai nun. Yg telah lama merosakkan keharmonian masyarakat setempat. Ada berani anak mahaguru silatlincah tu nak hentam Mat Negro tu ?? Dgn pemuda PAS yg bukan kaki samseng bole la. Silap2 bukan kata anak mahaguru silat lincah tu...arwah bapak dia pun kalu ada mngkin kena 3 org baru bole lawan Mat Negro tu. Walhasilnya,aku selak kain je lah pd anak mahaguru silat lincah tu. PVTM ke, PERKOSA ke senyap. Mcm dah malu sendiri kot dgn bayang2.

    ReplyDelete
  5. Yang hairannya kenapa tiada pihak dalam kerajaan yang bersuara hentikan keganasan terhadap PKR ini... Hari ini kita selalu mendengar dimana-mana Anwr berucap disitulah samseng ini muncul... Bukankah ini sudah dirancang... Malah menuduh pula PKR yang memulakannya... Sedarlah wahai anak Malaysia.... politik kebencian ini nanti akan menghancurkan negara....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.