Kedudukan Parti SAPP Parlimen Batu Sapi terus goyah apabila salah seorang pemimpinnya bertindak keluar dari parti itu setelah hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti dari segi semua aspek.
Pengerusi Perhubungannya di kawasan Sekong, Haji Abdul Rashid Haji Mutalib mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai Umno bersama-sama dengan ahli jawatankuasa CLC dan penyokong-penyokong seramai 150 orang.
Tindakan Haji Abdul Rashid yang merupakan pemimpin masyarakat itu dibuat dihadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam satu majlis bersama rakyat di Kampung Lupak Meluas, dekat sini, baru-baru ini.
Turut menyaksikan kemasukan mereka secara beramai-ramai ini adalah Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman dan beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) dari seluruh negeri Sabah.
“Saya meninggalkan parti SAPP disebabkan kerana wadah perjuangannya tidak selari dengan perjuangan saya. Sebab itu, saya telah berfikir panjang untuk membuat keputusan yang terbaik dengan bertindak keluar kerana sudah hilang kepercayaan dengan perjuangan parti ini.
“Saya tidak didesak atau ada orang yang menyuruh .. keputusan ini adalah atas kerelaan yang turut dibuat bersama-sama penyokong. Kami berpendapat bahawa hanya parti Umno yang bertunjangkan kerajaan BN saja mampu membela nasib rakyat jelata.
“Apalagi kepimpinan Umno yang sangat prihatin di bawah teraju Mohd Najib dan Musa selain wakil rakyat yang ada sekarang telah membawa banyak perubahan kepada kawasan Batu Sapi,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat terutamanya di kawasan terbabit agar memberikan sokongan yang lebih padu bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Beliau meramalkan lebih ramai lagi ahli-ahli SAPP khususnya di kawasan ini akan mengikut jejak langkahnya untuk menyertai Umno kerana kepercayaan mereka terhadap parti tersebut semakin pudar.
-Sabahkini
Saturday, December 22, 2012
SAPP Batu Sapi Goyah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee adalah seorang yang semakin terdesak yang sanggup memutar belit fakta semata-mata kerana hendak mendapat sokongan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteBeliau berkata Yong Teck Lee tidak boleh dipercayai mahupun diharapkan untuk menjadi seorang wakil rakyat, kerana dia hanya mementingkan agenda diri tanpa mengira kepentingan lain.
ReplyDeletePada awal bulan Jun, ahli-ahli dan pemimpin parti SAPP telah pergi ke Kg. Pinorat di Kawasan N.2 Tg Kapor. Apa yang jelas ialah kedatangan mereka kelihatan seperti rombongan sahaja.
ReplyDeleteRombongan apa tidak tahu....nak kata rombongan meminang, tidak juga tetapi siap dengan lambang parti SAPP. Rupa-rupanya rombongan mahu meracuni pemikiran penduduk kampung.
ReplyDeleteApa yang lucu ialah kehadiran mereka tidak mendapat sokongan daripada penduduk kg. Pinorat. Kehadiran rombongan SAPP yang juga bergabung dengan PKR ke kampung berkenaan seolah-olah SYOK SENDIRI.
ReplyDeleteMereka seolah-olah hilang akal walaupun dua parti pembangkang tersebut bergabung untuk mempengaruhi penduduk kampung tetapi tidak mendapat sambutan.
ReplyDeletePersoalan yang muncul di sini ialah kenapa parti SAPP seolah-olah mengadai maruahnya dengan meminta belas kasihan dan ehsan daripada PKR untuk bergabung dalam menjalankan aktiviti di kampung tersebut.
ReplyDeleteApa SAPP kurang menyengat kah atau masyarakat kampung sudah tahu SAPP hanya Parti mementingan diri sendiri tetapi bukan mementingkan rakyat??
ReplyDeleteApa yang pasti ialah...penduduk kg. Pinorat memang menolak apa-apa aktiviti parti pembangkang yang cuba untuk mempengaruhi pemikiran penduduk kampung yang sudah tahu menilai janji-janji kosong SAPP dan PKR.
ReplyDeleteDatuk Seri Anwar Ibrahim, when he was Deputy Prime Minister once slammed the table and threw files to demand the Sabah government approve a licence for a four-digit lottery to a company he had an interest in, said Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeleteThe Deputy Prime Minister said the incident happened when Datuk Yong Teck Lee was Chief Minister of Sabah.
ReplyDelete"He (Anwar) wanted the licence because his elder brother was the chairman of the company concerned," Najib said when campaigning for the Barisan Nasional in the run up to the Permatang Pauh by-election in Simpang Empat, Seberang Jaya here
ReplyDeleteYong Teck Lee was appointed Chief Minister of Sabah from 1996 to May 1998 while Anwar was deputy prime minister from 1993 until he was sacked from Umno in September 1998.
ReplyDeleteNajib said he was proud of the action of the Sabah government in upholding its principles to deny the unprincipled Anwar the licence.
ReplyDelete"Now he is talking about forming a society of high moral values but before, demanded for a gambling licence to be approved," he said.
ReplyDeleteTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan pelakon politik lama yang berubah nada setelah menyertai pembangkang.
ReplyDeleteSambil menyifatkan golongan itu sebagai lidah bercabang, beliau berkata mereka yang bersikap sedemikian tidak harus diberi tempat kerana agendanya jelas hanya untuk kepentingan diri dan survival politik semata-mata.
ReplyDeleteSalleh yang juga Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Kota Belud berkata Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah daripada parti komponen BN akan mempertahankan kerusi DUN Kadamaian dan BN Kota Belud tiada halangan jika penyandangnya (Herbert) dipilih semula sebagai calon dalam PRU-13 nanti.
ReplyDelete“Ini kerana beliau (Herbert) telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat Kadamaian dan saya yakin tidak ada masalah besar untuk mencapai kemenangan,” katanya, sambil mengajak rakyat supaya memberi sokongan padu kepada BN demi kestabilan, sekali gus membolehkan kelangsungan agenda pembangunan yang dirancangkan.
ReplyDeleteBeliau berkata rakyat perlu bersatu dan berdiri teguh bersama pimpinan BN yang telah membuktikan keupayaan dan kemampuan membawa kemajuan serta kemakmuran untuk rakyat dan negra ini.
ReplyDeleteKatanya, setiap rakyat perlu melihat ke hadapan dan jangan sesekali bersikap emosi atau terikut-ikut rentak pembangkang.
ReplyDeleteKalau SAPP tak betul kenapa harus diistihar semasa Najib dtg ?? Jgn2 ad FULUS masyukk.
ReplyDeleteSatu berita yang kita perlu tahu. SAPP memang tidak layak untuk menjadi pemerintah.
ReplyDeletePendekatan kempen Parti Maju Sabah (SAPP) yang memperjuangkan konsep Sabah untuk Sabah dan autonomi perlu ditolak kerana ia sudah ketinggalan zaman dan tidak selari dengan aspirasi negara.
ReplyDeleteKetua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pada masa ini, semua rakyat termasuk di Sabah hidup aman, damai dan harmoni di Malaysia.
ReplyDeleteItu cerita lama. Kita sudah tidak pakai lagi.
ReplyDeleteKita sudah diterima sebagai rakyat Malaysia di Sabah dan kita mesti bercakap sebagai seorang warganegara Malaysia.
ReplyDeleteJangan terlalu bersikap kenegerian seperti SAPP ini.
ReplyDeleteMusa yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Sapi mengulas pendekatan kempen SAPP yang akan menggunakan konsep Sabah untuk Sabah serta janji memberikan autonomi kepada negeri ini jika berkuasa kelak.
ReplyDeleteSAPP meletakkan Presidennya, Datuk Yong Teck Lee sebagai calon parti itu menentang calon BN, Datin Linda Tsen Thau Lin dan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah.
ReplyDeleteMengulas proses penamaan calon hari ini, Musa berkata, ia berjalan lancar hasil daripada kematangan penduduk di sini berpolitik.
ReplyDeleteN akan meningkatkan gerakan jentera pilihan raya bermula dari sekarang bagi memastikan kerusi tersebut kekal menjadi milik BN.
ReplyDeleteDewan Undangan Negeri (DUN) Sabah menolak usul yang meminta kerajaan negeri menyediakan kertas putih berkaitan punca kejatuhan nilai Saham Amanah Sabah (SAS) pada tahun 1997 dan 1998, selepas dibahaskan pada sidang DUN di sini kelmarin.
ReplyDeleteSpeaker DUN Datuk Juhar Mahiruddin mengumumkan ke- putusan itu selepas majoriti anggota dewan menyokong supaya usul yang dikemukakan oleh Datuk Liew Teck Chan (SAPP- Likas) itu ditolak.
ReplyDeleteLiew, dalam usulnya, berkata, kertas putih itu penting bagi menjelaskan kedudukan sebenar kemerosotan dan kejatuhan saham SAS pada tahun 1997 dan 1998.
ReplyDeleteBeliau berkata, ini kerana isu itu dipertikaikan oleh Parti Bersatu Sabah (PBS), sama ada semasa menjadi parti pembangkang sebelum ini dan sebagai parti komponen dalam kera- jaan Barisan Nasional (BN) pada masa ini.
ReplyDeleteMenurutnya, para pemimpin PBS berkali-kali menuduh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee seolah-olah menyebabkan kejatuhan SAS pada tahun 1997 dan 1998 akibat unsur-unsur penyelewengan dan kesalahan.
ReplyDeleteNilai saham pada tempoh itu dikatakan merosot daripada RM1 seunit kepada kurang daripada RM0.20 sen.
ReplyDeleteLiew berkata, kertas putih itu akan menjadi asas bagi pihak yang berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya wujud penyelewengan, dan siapa yang terlibat mengendalikan SAS sejak ia diwujudkan.
ReplyDeleteUsul itu disokong Melanie Chia Chui Ket (SAPP- Luyang).
ReplyDeleteKetika membahaskan usul itu, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri yang juga Adun Api-Api, Datuk Dr Yee Moh Chai, Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Raymond Tan dan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Herbert Timbun Lagadan, yang turut mengambil bahagian dalam perbahasan itu, berkata, tidak ada keperluan untuk menyediakan kertas putih berhubung isu itu.
ReplyDeleteMenurut mereka kerajaan negeri boleh memberi penjelasan tanpa menyediakan kertas putih, malah menyarankan Yong sebagai Ketua Menteri pada ketika itu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kejatuhan nilai SAS.
ReplyDeleteSementara itu, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Taufik Abu Bakar Titingan berkata, nilai aset bersih SAS telah meningkat sebanyak RM92.61 juta daripada RM271.85 juta pada September 2008 kepada RM364.46 juta setakat 28 Julai tahun ini.
ReplyDeleteTENOM: Laluan perjuangan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk kawasan Melalap mungkin akan mengalami kesukaran apabila beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian parti itu mengumumkan keluar meletakkan jawatan kerana tidak yakin dengan kepimpinan bahagian parti itu beberapa hari berlalu.
ReplyDeleteBulan lalu dua Jawatankuasa Bahagiannya Julian Kayug dan Robert Samih mengumumkan keluar parti SAPP dan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika mesyuarat agung tahunan parti itu dekat sini yang dirasmikan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
ReplyDeleteTerbaru, pada Rabu, seorang lagi Jawatankuasa bahagian parti itu Jamikir Ibrahim turut meninggalkan perjuangan parti itu bersama dengan seorang jawatankuasa cawangan Majiadih O.T Matalih menjadikan kedudukan Pengerusi CLC Melalap Jimmy Jawatah yang juga Naib Presiden SAPP pusat semakin tergugat.
ReplyDeleteDalam pada itu, Majiadih O.T Matalih ketika ditemui menjelaskan bahawa beliau bertindak sedemikian disebabkan kepimpinan pengerusi bahagian parti itu lemah dan tidak memperlihatkan halatuju perjuangannya kepada rakyat dengan jelas malah tidak menerima suara akar umbi untuk membaiki kelemahan parti itu.
ReplyDelete“ Halatuju perjuangan parti itu sudah terlalu menyimpang jauh daripada landasan asalnya dimana ianya tidak layak diangkat dan dimartabatkan sebagai seorang pemimpin yang boleh diyakini untuk membawa kemajuan dikawasan disini sekiranya SAPP berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13 kelak.
ReplyDelete“ Saya bertindak keluar meletakkan keahlian dalam parti itu kerana tidak yakin lagi dengan misi dan visi perjuangan parti itu dibawah kepimpinan Pengerusinya Jimmy Jawatah,” tegasnya.
ReplyDeleteSehubungan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi yang juga merupakan Naib Ketua CLC Melalap ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung senario politik yang melanda parti itu disini selain berkata, ia adalah perkara biasa dan boleh diselesaikan secara kekeluargaan.
ReplyDeleteJimmy Jawatah bekas calon PKR Dun Melalap pada PRU12 (Tahun 2008) tewas kepada Datuk Radin Malleh dari PBS dan kemudiannya melompat ke SAPP selepas parti itu meninggalkan gagasan BN atas pelawaan Datuk Frankie Chong dan dilantik sebagai Naib Presiden.
ReplyDeleteDifahamkan ramai ahli ahli parti itu diperingkat akar umbi mendesak pucuk pimpinan SAPP supaya meletakkan pemimpin muda dan lebih berwibawa sebagai calon parti itu dikawasan Dun Melalap pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini tetapi mendapat tentangan daripada Jimmy Jawatah.
ReplyDeleteHakikatnya, jika didasarkan kepada maklumat itu dan senario yang melanda SAPP setakat ini, tidak mungkin laluan SAPP begitu mudah untuk menawan kawasan Dun Melalap pada PRU-13 kecuali mereka sedia berkompromi untuk menumpukan kemenangan parti itu sebelum PRU-13.
ReplyDeleteJumlah pengundi kawasan Dun Melalap kira kira hampir 11,000 dimana 70 peratus daripadanya adalah pengundi KDM, pengundi Cina ditempat kedua manakala Bumiputra Islam ditempat kedua.
ReplyDeleteMemang Sapp sekarang ini sangat bermasalah sebenarnya.
ReplyDeleteKerajaan BN adalah tetap yang terbaik untuk Sabah. Lihat saja sendiri akan pembangunan dilakukan oleh Kerajaan BN.
ReplyDeleteYg pentingnya PATI suda brmaharajalela di Sabah. Ntah2 dah jadi pegawai besar negeri suda. Rakyat pribumi hanya kerja angkat najis la. Walau ada yg cerdik tapi peluang nggak ada. Aku parcaya rakyat Sabah nggak susah untok ditipu UMNO. Kalau jalan yg dibuat nggak sampai 1 km tapi ongkosnya sampai belasan juta, tanda rakyat Sabah masi bodoh lagi,bah. Ndak sama dgn pemikiran orang2 samananjung,bah.
ReplyDeleteSAPP tidak boleh berdiri sendiri tanpa sukungan Pakatan khususnya DAP dan PKR dan APS. Kalau Frankie Chong, peluangnya besar, kalau Jimmy Jawatan, sorilah. BN (PBS dan UMNO) boleh kalah kalau Pakatan dan SAPP serta STAR bersatu hati one to one menghadapi PBS dan UMNO. Org Tenom sudah bosan dgn janji2 BN. Sudah hampir 20 tahun Tenom di bawah UMNO apa habuk pun teda. Kalau sekadar 1 atau 2 org SAPP lompat ndak ada hal ba, cari makan tetapi undi sapa tau. Kawan saya pun ada projek dari UMNO tetapi sembunyi2 dia memang org Pembangkang, kantoilah BN kena tipu.
ReplyDeletesetahu saya amno dan pemimpin2 nya kuat makan duit rakyat ( malaysia )...dia punya rasuah sangat kuat...sabah terus ketinggalan di bawah bee end....kami tolak bee end...kami undi pakatan rakyat sebab pakatan rakyat yang punya....lu p mampus la bee end...barang naik
ReplyDeleteorg2 sabah jgn bangga sangat dgn umno. ingatlah kemana genarasi korang berada pada masa hadapan. sebagaimana kita tahu umno telah merekrut dan memberi ic kepada PTI sebagai penyokong parti dan sudah tentu PTI ini akan menuntut sesuatu yg lebih besar dari negeri sabah suatu hari nanti. korang menyokong umno tetapi korang tak sedar bahawa anda sedang menghancurkan masa depan generasi anda sendiri.
ReplyDeletefikirkan sesuatu demi masa depan generasi kita.
Melihat kpd komen2 OMNO yg diutarakan diruangan ni, mnggambarkan kecetekan ilmu politik rakyat Sabah. Sebab itu OMNO masih dSabah.
ReplyDeleteKalau keluar Parti bukan dekat Pilihanraya orang akan respect. Kalau masa ini semua ada udang disebalik mee!
ReplyDeleteSAPP sudah ditolak di Sabah?
ReplyDeleteYTL akan menjadi liabiliti kepada SAPP.
ReplyDeleteSiapakah dalang membawa masuk begitu ramai PATI?
ReplyDeleteSaingan BN dan pembangkang semakin hebat.
ReplyDeleteSAPP dalam pimpinan Yong memang tiada perubahan. darah baru di parti amat diperlukan.
ReplyDeleteDemi masa depan generasi akan datang, rakyat harus pilih dengan berhati-hati.
ReplyDeleteSAPP akan menghadapi cabaran kuat dari saingan pembangkang juga.
ReplyDeletePembangkang pecah belah, ini akan memberi peluang lebih tinggi untuk BN terus mentadbir.
ReplyDeleteBeliau meramalkan lebih ramai lagi ahli-ahli SAPP khususnya di kawasan ini akan mengikut jejak langkahnya untuk menyertai Umno kerana kepercayaan mereka terhadap parti tersebut semakin pudar.
ReplyDeleteAdakah ini benar? Nampaknya cabaran SAPP di PRU semakin tidak kelihatan.
Rakyat juga kehilangan keyakinan terhadap Yong.
ReplyDeletePRU semakibn dekat, lompat parti sering berlaku.
ReplyDeleteKes rasuah semakin serius di Malaysia. SPRM masih gagal mencegah rasuah?
ReplyDeleteSAPP tiada peluang di Sabah lagi. Rakyat juga hilang keyakinan.
ReplyDeleteKeluar parti pun boleh dilaksanakan dengan berhemah tinggi.
ReplyDelete“Saya meninggalkan parti SAPP disebabkan kerana wadah perjuangannya tidak selari dengan perjuangan saya"
ReplyDeleteDah lah berlainan misi perjuangan, buat keputusan keluar parti adalah bijak sebenarnya.
SAPP harus kerjasama dengan PKR.
ReplyDeletePendekatan kempen Parti Maju Sabah (SAPP) yang memperjuangkan konsep Sabah untuk Sabah dan autonomi perlu ditolak kerana ia sudah ketinggalan zaman dan tidak selari dengan aspirasi negara.
ReplyDeleteKetua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pada masa ini, semua rakyat termasuk di Sabah hidup aman, damai dan harmoni di Malaysia.
ReplyDeleteKita sudah diterima sebagai rakyat Malaysia di Sabah dan kita mesti bercakap sebagai seorang warganegara Malaysia. Jangan terlalu bersikap kenegerian.
ReplyDeleteSAPP takkan dpt menang di Batu Sapi. begitu jg dikawasan lain.
ReplyDeleterakyat takkan sokong SAPP lagi.
ReplyDeletemany things have been said in the media but that he didn't wish to respond because the people would not understand the complexity of the problems.
ReplyDeleteHe, nevertheless, stressed that continuous funding from the Government is very important for the project.
ReplyDeleteAs a matter of fact, Global Upline is still waiting for funding from the Government, he said.
ReplyDelete"But we are not delayedÉit is on time. As you know, Global Upline is always ahead of time," he assured.
ReplyDeleteAccording to him, the Tanjung Aru flyover project is already 79 per cent completed.
ReplyDeleteAs for the proposed flyover in Putatan that will go straight to Terminal One of the Kota Kinabalu International Airport, he said it was planned about three years ago but that until now there is still no funding for it.
ReplyDeleteSememangnya SAPP sudah tidak relavan lagi pada masa ini..
ReplyDeleteBanyak yang berlaku melibatkan SAPP dan semuanya melibatkan imej yang tidak baik.
ReplyDeleteOleh itu ramai yang tidak menyokong SAPP pada hari ini kerana sikap mereka yang sering membuat complain dan tidak berusaha untuk memberi yang terbaik kepada rakyat.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Tun Razak's visit to three districts in Sabah over the weekend is poised to further strengthen the Barisan Nasional (BN) in the State ahead of the next general election.
ReplyDeleteA political analyst said the Prime Minister's assertion in Penampang on Saturday that the Federal Government never seized Sabah's rights has somewhat diluted the opposition's trump card - playing up or harping on that issue to win the hearts and minds of the people.
ReplyDeleteIn what is seen as a plus point for the BN, Najib had aptly assured the local people during a walkabout in Kundasang town that the Federal Government had big plans for Sabah "if the BN is given the mandate once again".
ReplyDeleteAs a prelude to this, Najib, the architect of the 1Malaysia concept, announced on his visit to Kudat on Sunday that he agreed in principle to build a coastal road linking Tuaran, Kota Marudu and Kudat as well as the setting up of a Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) centre in Kudat in the northern part of Sabah.
ReplyDeletePolitical analyst Salman Nurillah sees the Prime Minister's visit to Sabah as a timely boost for the BN as it sought to reassert its dominance following the recent departure of several State BN leaders to the opposition camp.
ReplyDeleteAlthough Sabah BN might face a strong challenge from the opposition in the urban and suburban areas, he predicted that Sabah would remain a stronghold of the BN, helmed by Najib and, at the state level, by Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeleteIn the last election, in 2008, Sabah BN almost made a clean sweep of all the 25 parliamentary and 60 state seats. The only seats that fell to the opposition, namely the DAP, were the Kota Kinabalu parliamentary and Sri Tanjung (Tawau) state seats.
ReplyDeleteSalman, a former civil servant with a law degree from Universiti Malaya and a Master's degree from UiTM, said the big turnout for the Prime Minister's programmes in Penampang, Kundasang and Kudat "where thousands of people were so eager to see him face to face and listen to his speech, actually sent a strong signal or message to the opposition, especially local parties like Star and SAPP, that the people still have trust and confidence in the BN to deliver".
ReplyDelete"While the local parties are trying to show that they are fighting for the rights of Sabah, the big plan for Sabah for the year 2013, with a huge allocation, was actually complementing the struggle and showing that our PM really cares for the welfare of the people of Sabah," he said.
ReplyDeleteSalman said: "While I don't deny that we are left behind in certain parts of physical development, the allocation of RM2.98 billion for 2013 shows that our PM means business as far as the further development of Sabah is concerned, particularly in the north of Sabah."
ReplyDeleteHe also cited several programmes or projects in the north that would eventually benefit the people of Sabah as a whole.
ReplyDeleteSalman said these included the 1Malaysia People's Housing Programme (PRIMA), a fish-rearing project by Ko-Nelayan which has identified 400 hectares of land in Kudat and was expected to produce 28,000 tonnes of fish with good prices in China and Hong Kong, and an agro-based project with 3,600 hectares of land for rubber estates in Bengkoka.
ReplyDeleteOther government programmes are standardising the prices of essential goods in Sabah with a RM386-million allocation in the 2013 budget, expansion of the 1Malaysia Clinic concept for the people of Sabah and the 1Malaysia People's Aid (BR1M) to benefit nearly 500,000 middle- and low-income people.
ReplyDeleteConstruction of a new Community College and upgrading the Teaching College in Tuaran, improving water supply, which is one of the basic needs for Sabahans that still needs proper attention from the Federal Government, and improvement of water and electricity supply and housing for the people, he added.
ReplyDeleteSalman believed that these programmes or projects would help strengthen the people's support towards the BN, thus spearheading the country to achieving developed nation status by the year 2020.
ReplyDelete"In fact, a senior citizen in Kundasang (as reported in newspapers) prayed and wished that our beloved Prime Minister will have a long life so that he would be able to lead us for many more years to come," said Salman, adding that Najib's 1Malaysia concept of 'People First, Performance Now' was bearing fruit and was well-liked by the people.
ReplyDeleteBermula sudah kempen pilihanraya di Galas dan Batu Sapi. Biarpun di Batu Sapi, pertembungan tiga penjuru antara PKR, SAPP dan BN lebih menarik, pertembungan antara Dr.Zulkefli Mohamad dan Abdul Aziz Yusof di Galas juga tidak kurang menarik.
ReplyDeleteKempen-kempen menarik undi, sokongan dan pengaruh telah lama bermula di Galas terutama selepas beberapa bulan ADUN Galas yang terdahulu, Chek Hashim Sulaima berfungsi sebagai wakil rakyat.
ReplyDeleteKempen di kalangan PAS sebenarnya mula dilakukan apabila Chek Hashim Sulaima tidak menampakkan tanda-tanda akan selamat daripada kanser usus yang dihidapinya.
ReplyDeleteBeberapa pihak cuba menonjolkan nama dan diri mereka, terutama untuk perhatian daripada pihak atasan PAS agar mencalonkan mereka sekiranya Chek Hashim Sulaima gagal meneruskan hidup.
ReplyDeletePemilihan Dr.Zulkefli Mohamad sebagai calon sebenarnya telah 'menyakitkan hati' beberapa pihak yang lain terutama di kalangan PAS Galas. Meskipun PAS sudah lama mengamalkan budaya mengimport pemimpin terutama di Kelantan, Dr.Zulkefli mempunyai 'sisi-sisi' yang dilihat tidak memihak kepada PAS sekiranya dipilih sebagai calon untuk DUN itu, terutama setelah dua kali gagal menentang Tengku Razaleigh Hamzah di Parlimen Gua Musang.
ReplyDeleteGerakan halus tetapi terancang telah disusun oleh pihak-pihak tertentu. Dr.Zulkefli bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan jentera pilihanraya Barisan Nasional lebih tepat lagi, UMNO tetapi juga terpaksa bertarung dengan pihak yang tidak menyukainya di dalam PAS
ReplyDeleteTarafnya selaku anak bekas wakil rakyat Guchil tidak akan menjamin kemenangannya di Galas.
ReplyDeleteDan sebaik-baik sahaja khabar angin bertiup bahawa dia yang dipilih mengatasi calon yang lebih layak dan lebih dekat dengan Galas, cerita tentang kisah silamnya pun muncul... hanya sanya, nama pasangan pula yang terkeliru dengan nama ibunya. Beberapa cerita yang lain terutama tentang peribadinya, turut berlegar.... dan ianya datang dari dalam kem PAS, bukannya UMNO.
ReplyDeleteKaedah memburuk-burukkan Abdul Aziz Yusof, calon Barisan Nasional yang dilakukan oleh jentera pilihanraya Zulkefli, tidak mampu menutup kemelut Zulkefli sendiri meskipun mereka cuba melakukan 'reversed psychology' iaitu kaedah yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim... lebih mudah lagi, gunakan sahaja pengalaman dan perbuatan sendiri untuk diletakkan kepada lawan!!!
ReplyDeleteDek kerana itulah, heboh jentera pilihanraya PAS bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak berada bersama-sama Abdul Aziz Yusof sewaktu penamaan calon, walhal Berita Edisi 7 pukul 1.00 tengah hari tadi, Tengku Razaleigh Hamzah yang berkemeja lengan pendek cerah, JELAS DAN KETARA mengiringi Abdul Aziz Yusof untuk penamaan. Satu bantahan yang dilakukan oleh PAS terhadap pencalonan Abdul Aziz Yusof pula ditolak oleh SPR kerana Abdul Aziz Yusof telah pun meletakkan jawatannya di dalam KESEDAR.
ReplyDeleteTerdesak... itulah yang boleh digambarkan kepada keadaan PAS, terutama dengan isu tanah KESEDAR yang cuba dikong-kali-kong oleh Kerajaan Negeri yang diterajui oleh PAS, selain perampasan 3,000 hektar Tanah Adat Orang Asli yang telah diserahkan kepada taukeh-taukeh luar terutama dari Singapura, perampasan tanah yang diusahakan oleh rakyat untuk Ladang Rakyat yang hanya mampu memberikan pulangan DI BAWAH PARAS KEMISKINAN kepada para peserta, perampasan tanah oleh ADUN Galas terdahulu, Chek Hashim Sulaima, perobohan gereja Orang Asli Temiar dan kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan dalam menjaga masyarakat Orang Asli sekalipun ketika hampir pilihanraya, telah menghadiahkan dua buah pacuan empat roda kepada salah seorang wakil mereka yang menemui Nik Abdul Aziz di Kota Bharu serta pembalakan haram di Lojing yang menyaksikan penggondolan bukit dengan dahsyat dan rakus selain kerosakan alam sekitar yang terlalu melampau.
ReplyDeleteBaguslah kalau ahli SAPP keluar parti ramai-ramai.
ReplyDeleteSAPP tidak lagi releven untuk Sabah.
ReplyDeleteSelagi Yong Teck Lee masih presidennya, beliau akan menjadi liabiliti.
ReplyDeleteSAPP akan tenggelam jika mereka masih mengekalkan Yong sebagai ketua mereka.
ReplyDeleteLebih banyak ahli akan keluar parti selepas ini.
ReplyDeleteSAPP’s intentions are obvious and evil. said DAP.
ReplyDeleteIt shows that Sabahans shouldn't put their trust on SAPP.
ReplyDeleteSAPP is slandering Pakatan, citing Pakatan is a Malaya party while on the other hand, it keeps fishing for opposition votes by claiming they are working with Pakatan.
ReplyDeleteSAPP is also a hypocrite and only cares for their own interests. Or they are just confused about their own purpose.
ReplyDeleteObserving the movements of SAPP throughout the years has helped us come to one conclusion.
ReplyDeleteSAPP should come to its sense that what it has been doing won’t help get them anywhere.
ReplyDeleteSAPP would not be doing Malaysian voters any favour ahead of this crucial GE13.
ReplyDeleteIn fact, SAPP is indirectly helping BN as their actions would seemingly cause votes to be split.
ReplyDeleteA 3 cornered fight will be good to Sabah BN. SAPP should keep playing the hypocrite when it comes to Pakatan.
ReplyDelete