Tuesday, December 25, 2012

DAP gesa BN benar perkataan ‘Allah’

Kerajaan Persekutuan digesa untuk membenarkan penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Bible berbahasa Melayu sepertimana yang dibenarkan di Malaysia Timur sejak 50 tahun lalu.

Dalam perutusan Krismas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini, gesaan itu dibuat berikutan kerajaan Barisan Nasional (BN) jelasnya sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi termasuk juga integriti.

“Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.

“Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini ... mereka taat kepada Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia,” katanya dalam perutusan tersebut.

Akhbar The Herald menerima masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalamg penerbitan bahasa Melayu Bible - Al Kitab - daripada menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian.

Mahkamah bagaimanapun pada 2009 memutuskan tindakan KDN itu bercanggah dengan sistem perundangan, dan penghakiman tersebut menyebabkan siri serangan ke atas beberapa gereja di negara ini.

Kerajaan Persekutuan berhujah penggunaan perkataan Allah adalah eksklusif untuk komuniti Islam sahaja. -TMI

11 comments:
Write comments
  1. WA MA KHALAQ TUL JINNS WAL INS ILLA LIYA'BUDUNN.." Dan tidak Aku cipta jin dan manusia selain utk beribadat/brabdi". Maknanya makhluk tu semua Allah yg ciptakan. Haruskah mereka(kaum bukan islam) dtegah menggunakan nama Allah?? Selagi pnggunaan tidak utk mensyirikkanNya atau menyalahtafsir Zat Allah yg Esa.

    ReplyDelete
  2. Waktu saya berada dalam Bridge Class hingga ke Form Three di alam persekolahan dulu saya bersekolah di sekolah mission sebab tidak ada sekolah menengah kerajaan berhampiran dengan kampung saya. Saya belejar mata pelajaran scripture ( mata pelajaran bible )hingga lulus 95% dalam subject tersebut. Kalau tak ambil mata pelajaran tersebut maka markah dalam mata pelajaran tersebut adalah 0%. Walaupun 4 tahun belajar dalam mata pelajaran scripture tersebut tidak pula menhakis pegangan saya terhadap agama saya Islam. Tidak pernah saya lalai menunaikan sembahyang lima waktu. Jadi apa tujuan bagi menghalang perkataan Allah itu digunakan oleh agama lain? Takut umat Islam terpseong? Akidah kita tidak akan terpesong jika kita orang beriman. Tapi kalau tiap hari kita disogok dengan hburan seperti tarian K pop dan seumpamanya itu yang mudah akidah kita dipesongkan.

    ReplyDelete
  3. Asal usul kristen dan yahudi tu, setaraf dgn Islam. Pmbawaan Nabi Musa, Daud, Isa serta nabi Muhammad SAW. Perihal agama itu banyak trtulis dlm suhuf2 Nabi trdahulu. Mereka2 tu jugak dgelar ahlil kitab/yahudi dan nasoro. Hanya mereka trgelincir tatkala kristen tu diubah mngikut selera pemerintah dan pendita/rahib bukan lagi pendakwah tetapi perosak agama mereka. Begitu juga yahudi,mnganggap agama lain tidak sah. Itu snario trkini. Berbalik kpd asal-usul tadi, kenapa penganut kristen tidak dbenarkan guna kalimah Allah? Walau tidak dbenarkan sekali pun, di Sabah telah lama trsergam indah kalimah Allah dsesetengah gereja katolik spt kalimah JESUS DOMBA ALLAH dan YANG KUDDUS. Tepat sekali gelaran YG KUDDUS tu kerana dalam Islam pun, itulah kalimah yg kita gunakan. Hanya jgn sampai pnggunaan utk mmutarbelit Sifat 20 yg mnggariskan mengenai Zat Allah yg Esa.

    ReplyDelete
  4. kalimah ALLAH hanya boleh digunapakai oleh mereka yang beragama islam sahaja.

    ReplyDelete
  5. Harus ada huraiannya kenapa kalimah Allah hanya utk org Islam aje. Bukan main terjah shj kerana ia tidak akan mnghuraikan segala kekusutan kerana cerdikpandai pun akui, dr segi ilmu dan budaya ianya TIDAK salah.
    Rujk TENTERA AKHIR ZAMAN di atas.

    ReplyDelete
  6. DAH TERANG DAN JELAS SEKALI HANYA PAS SAHAJA BERANI BERSUARA MEMPERTAHANKAN ISLAM DIMALAYSIA NI....PERKASAM DAN UMNO CUMA MEMPERGUNAKAN AGAMA UNTUK BERPOLITIK.

    ReplyDelete
  7. Wahai penganut KRISTIAN, tak perlu berkeras menentang penghakisan agama di negara ini, tak perlu gunakan kekuatan manusiawi untuk menentang mereka, jauh sekali mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina mereka, kerana itu hanya mengeruhkan lagi keadaan. Ingat Tuhan Yesus saat menghadapi sengesara sehingga wafat atas salib, dia tak pernah mengeluh malah berdoa bagi mereka yang menganiaya kerena sesungguhnya mereka tidak tahu apa yang mereka buat. Berdoalah dengan sepenuh iman kepada ALLAH, kerana kebenaran pasti berpihak kepada yang benar. AMEN...

    ReplyDelete
  8. SAYA SOKONG PAKATAN TETAPI TAKUT HUDUD, TAKUT PENARIKAN PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH SELURUH MALAYSIA, DAN PEKEDAI GUNTING RAMBUT AKAN GULUNG TIKAR....

    ReplyDelete
  9. Mari undi BN beramai-ramai...

    ReplyDelete
  10. DAP perlu belajar sembahyang cara kristian. Bukan di Sabah dan Sarawak sahaja Allah bekerja tetapi seluruh Malaysia malah dunia. Dan ingat Allah berkerja untuk umatnya, bukan umatnya yang menjadi polis bagi Allah. Kerana dia lebih berkuasa dari manusia. Bedrdoalah supaya Allah memberikan belaskasihan dan cintakasihnya. Dia akan memberikan namanya yang kudus yakni "ALLAH" kepada siapa yang dia berkenan. Amen...

    ReplyDelete
  11. Perlukan memohon kebenaran untuk menggunakan perkataan ALLAH, sedangkan semua manusia adalah milikNYA. Kenapa perlu menghalang sesama manusia untuk menggunakan perkataan ALLAH. Lihat sahaja diri sendiri bagaimana taatsetia dan cintakasih kita kepada ALLAH??? jangan lah menghakimi sesebuah agama itu adalah sesat atau songsang kerana lihat saja diri sendiri sama ada diri adalah seorang yang baik atau mulia. Kerana ALLAH itu penuh dengan CintaKasih dan KUDUS, kerana kita manusia adalah amat berharga di hadapan NYA.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.