Pelancaran buku biografi, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menjadi antara topik paling popular di kalangan pengguna media sosial Twitter sejak semalam.
Dengan hashtags "#TajukBukuRosmah" atau "#RosmahBookTitle", masing-masing pengguna cuba memberi cadangan judul buku yang bakal diterbitkan pertengahan Januari depan itu.
Beribu cadangan tajuk dikemukakan termasuk ada yang bersifat sinis terhadap isteri Perdana Menteri itu yang boleh dikatakan sering mengundang kontroversi dalam politik Malaysia.
Antara cadangan sinikal yang dikemukan seperti dalam imej 'print screen' berikut:
Harakahdaily bagaimanapun mengkaburkan nama pengguna bagi mengelak kaitan perundangan.
Buku biografi Rosmah itu dilancarkan semalam dengan Penasihat Penerbitannya adalah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Buku itu didakwa "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.
Ianya akan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM). -HD
#50 dalil mengapa aku kahwin vip.......
ReplyDeleteKakaakahhh.. Kononya utk menjawab fitnah...tapi adakah jawaban boleh dijelaskan dlm biografi..? itu namanya mahu menyelamatkan diri...!! hehe rakyat bukan mahu dengar cerita Rosmah yg ditulis penuh molek dan bodek.. tapi cerita sebenar.. dari kematian misteri suadaranya diGemas, kenapa Rosmah tidak mengaku anaknya sendiri dan tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya dgn sorang selebriti, dan misteri yg menyelubungi Altantuya.. jgn harap ada ada dlm biografi itu.....
ReplyDeleteSempena hari lahir yang ke-61, Rosmah melancarkan buku Biografinya 164 muka surat. Rosmah lahir 10-12-1951 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pemegang Ijazah Antropologi & Sosiologi dari Universiti Malaya, 1971 – 1974 dan M.Sc Sosiologi & Agrikultur Lanjutan dari Lousiana State University USA, 1977 – 1978.
ReplyDeleteBerkenaan gambar di atas, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah serta Sultanah Kalsom berkenan menerima cendera mata dari Rosmah. Kebiasaannya penerima gambar akan menerima gambarnya sendiri tetapi kali ini penerima menerima gambar orang lain. Agak-agaknya di mana Sultan Pahang nak gantungkan gambar bodek Rosmah tersebut.
Apapun semepena hari lahir, semoga kak Mah dipanjangkan usia…semoga sempat tampil dengan gaya bertudung sepanjang masa contohnya, mudah-mudahan….
Read more: http://www.ekeleh.com/kak-mah-bodek-sult%ce%b1n-pahang-sempena-hari-lahir/#ixzz2EqSH0X00