Saturday, December 22, 2012

Susilo bangkitkan isu kenyataan Zam pada Najib

Dakwaan kontroversi bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa bekas presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

NONESusilo (kanan dalam foto) menyentuh perkara itu semasa
lawatannya ke Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian terhadap bekas presiden Indonesia dalam akhbar tempatan.

"Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku," kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur.

Perdana menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.

Najib memberitahu presiden Indonesia itu bahawa ia adalah musim pilihan raya di Malaysia dan banyak isu telah menjadi sensitif.

Susilo memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab untuk menghina bekas presiden Indonesia itu.

"NONEBagi saya, sama ada akan ada pilihan raya atau tidak, semua
orang saling harus melindungi satu sama lain dan tidak perlu memburukkan ketua negara atau bekas ketua negara lain," katanya.

Zainuddin (kanan) telah dipanggil Habibie pengkhianat kepada negara yang tunduk kepada tekanan Barat untuk mengeluarkan satu referendum yang membenarkan Timor Timur keluar daripada republik itu, demikian menurut petikan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.
Zainuddin memanggil Habibie dan bekas timbalan perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "anjing imperialisme".

- The Jakarta Globe

2 comments:
Write comments
  1. Sala satu benda yg takde faedah langsung oleh Si Mamak kutty nih. Dulu masa Portugis masuk Melaka pun,gara2 mamak keling jugak le yg jadi barua Portugis akhirnya jatuh Melaka ke tangan Peringghi tu. Datuk Mendelliar tu dah le kerja pecahbelahka istana raja ( sehingga tiada raja dMelaka hingga sekarang)..lepas tu sanggup jadi petualang negeri kpd pihak luar. Akhirnya terjajah Melaka dari Portugis-Belanda-Ingriss

    ReplyDelete
  2. Kita tdk perlu trasa apapun dg kebiadapn mamak kutty ni krn dia habis modal dn tdk yakin sudh dg UMNO/BN kehilgn pgruh dn rakyat yg ada fikirn tetap tolak UMNO/BN. Pemimpin UMNO/BN TAKUT!! Najib tdk berani debat dg Datk seri Anwar Ibrahim dn pasti dia sudh dibg th oleh pensiht sulitnya lbh baik diam jk tdk akn kecundang dn mndpt KEMALUAN BESAR!!!! Sabry cik mulut dah berbui tk sedr nanti pula Najib jadi Demam dn keluar ingus trlonde tnpa sedar!!!! PM UMNO tak tau malu mcm mana pd penyokongnya?.....sokong mmbabi buta je. Semua penyokg UMNO/BN otak mcm Saiful krn wang sggup jd LAKNATULLAH!!!!!!.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.