Saturday, December 15, 2012

Populariti PM hanya naik 1 peratus lepas belanjawan



Satu tinjauan yang dijalankan selepas pengumuman Belanjawan 2013 menunjukkan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya meningkat sedikit ke takah 65 peratus pada November berbanding 64 peratus pada Jun tahun ini.

Belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 itu, yang perlu diadakan sebelum Jun 2013m dilihat sebagai 'belanjawan pilihan raya' yang mencadangkan antara lainnya bayaran tunai kepada isirumah berpendapatan rendah dan golongan muda.

Tinjauan itu dijalankan pusat kajian Merdeka Center di antara 22 Oktober hingga 20 November, sebelum perhimpunan agung Umno, untuk menilai persepsi pengundi ke atas perkembangan semasa di dalam negara. -MK

8 comments:
Write comments
  1. Populariti PM yg naik 1 % selepas bajet x membawa apa2 makna, krn sokongan terhadap umno/bn kian jatuh & merudum tanpa henti. Fenomena ini telah, sedang & akan terus berlaku sehingga mana PRU13 diadakan. Ini adalah fakta yg x dpt disanggah oleh sesiapa. Kejatuhan sokongan terhadap umno/bn membawa makna, sokongan bertambah terhadap kem Pakatan. Go on Pakatan, PRU13 insyaAllah milikmu & rakyat malaysia...

    ReplyDelete
  2. NAIK 1% PUN TAK GUNA KALAU DAH MASUK ICU...DAH TENAT DAH...

    ReplyDelete
  3. belanjawan najib adalah belanjawan memperbodohkan rakyat malaysia saja. najib bagi brim brom bram tapi kenapa sebelum ini tidak pula bagi? ternyata brim brom najib adalah belanja najib untuk cuba dapatkan undi rakyat mesya tapi najib tak sedar pemberian one off itu adalah umpama rasuah menjelang pru13. umno telah hidup lebih 55 tahun tapi tak pernah beri brom brim ini cuma bila dah sesak nafas di akhir akhir usia, barulah bagi itu ini.

    sudahlah najib,..undi kami jauh lebih bernilai berbanding nilai brim brom yg kau beri tu. rm500 tak cukup untuk hidup kami 5 tahun lagi.

    5 tahun = 60 bulan. 500 / 60 = RM8.30(sebulan)cukup untuk beli 2 pek maggie saja.

    RM500 tu sememangnya milik rakyat yg patut diberi sejak dari dulu lagi sbb itu, kalau nak beri, kami ambil tapi undi kami tetap pada PR.

    ReplyDelete
  4. RM500 x cukup rakyat mahu at least RM5000 sbb yb adun dapat RM500 ribu yb mp dpt RM1 juta menteri2 dpt RMberjuta2 dan PM dpt RMratus2 juta

    ReplyDelete
  5. woi najib mungkin BN boleh menang PRU13 tapi menang tipis saja. maknanya, nyawa ko sebagai PM dah berakhir sbb mat yidin sudahpun bersiap siaga mengganti tempat. ini bukan cobaan tapi betul2 bukan mcm cerita p ramlee tu. cerita kedai kopi pun kadang2 ada betulnya juga. sedialah turun takhta.

    ReplyDelete
  6. Kalau populariti naik bubar parlimen cepat!

    ReplyDelete
  7. Tu la duduk lagi bawah ketiak bini

    ReplyDelete
  8. menjelang pru 12..pak lah mendapat kurang lebih 80% populariti berdasar tinjauan..selepas pru..umno hilang 2/3..dan 5 negeri..dan sekarang, najib ada 65% populariti berdasar tinjauan..selepas pru 13....? korang jawab sendiri....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.