Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 memang berwarna-warni. Bukan hanya nampak garang dengan warna merah menyala pakaian perwakilan dan pemerhati, tetapi juga lagak-aksi pemimpin serta pembahas.
Ada tangisan, gelak ketawa, sorakan dan yang juga paling sukar dilupakan apabila Presidennya, Najib Razak kelihatan suka sangat menjerit, menengking, menjerkah dan "meneran".
Saya kira, berakhirnya PAU 2012, corong televisyen tidak bingit lagi dengan gema suara tinggi Najib melaung dan mengherdik. Saya salah. Pengerusi BN itu rupanya masih gian menguji suaranya, mungkin mahu menyaingi lantunan bicara Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS.
Malam Isnin, 2 Disember lalu, sekitar jam 8 malam, sewaktu saya mula mengedit buku (yang tertangguh lebih empat tahun) mengenai kematian puteri saya, Nurul Syafiqah, dari ruang depan, suara bising Buletin Utama TV3 cukup mengejutkan.
Segera saya meluru bergegas mencari kepastian. Siapa pula mengacau ketenangan hari minggu ini? Nampak urat leher Najib yang tegang. Presiden Umno itu "meneran" lagi. Butir perkataannya tidak begitu jelas. Cuma saya dapat menangkap dia mempertegaskan dirinya sebagai perdana menteri yang prihatin dengan kebajikan dan kepentingan rakyat.
Biasalah ayat-ayat klise, terutama untuk mendapatkan mandat dalam PRU13 ... tetapi kenapa perlu menjerkah dan menjerit, dengan nada yang menjengkelkan, yang tidak selayaknya dilafazkan oleh seorang negarawan. Saya tidak pasti apakah Najib -- di depan M Keyveas dan ahli-ahli PPP yang semuanya merangkap pemimpin -- mengulangi perisytiharan perangnya lagi. Ya, memerangi rakyat yang ghairah menuntut perubahan dan pertukaran kuasa di Putrajaya!
Rupanya Najib masih berdiri di PWTC, tempat berlangsungnya PAU 2012 yang melabuhkan tirainya sehari sebelum itu (maghrib Sabtu), tetapi kini berucap merasmikan mesyuarat agung ke-59 Parti Progresif Penduduk.
Lensa TV menyorot wajah mentornya, Dr Mahathir Mohamad. Dalam hati terdetik, "hebat orang tua ini." Sebelum itu berhari-hari dia berkampung bersama ahli-ahli Umno sehingga Najib merakamkan penghargaan tinggi buat bekas Perdana Menteri itu semasa ucapan penangguhannya. Dr Mahathir bagaikan penceramah Umno paling aktif sekarang.
Saya menahan diri daripada memandang rendah, apatah lagi memperleceh, keupayaan Umno dan gabungannya dalam BN, untuk mempertahankan sisa-sisa kuasa. Masing-masing parti sudah sewajarnya cuba mempamerkan kekuatan dan berlagak penuh yakin merekalah bakal pemenang dalam PRU13 nanti.
Namun, sesiapa sahaja yang mengikuti PAU Ke-66, walaupun sekadar menonton TV dan membaca akhbar, akan terkesan bahawa Najib serta sekutunya nampak gelabah dan tidak dapat menyembunyikan kegelisahan mereka.
Jeritan dan pekikan, serta sesekali ketawa besar dengan jenaka tanpa isi itu, sebenarnya cuba menyembunyikan gelodak rasa takut amat sangat akan kehilangan kuasa. Umno tanpa kuasa -- seperti sering diulang Najib dan Dr Mahathir -- tidak lebih daripada sampah.
Bukan saja Najib, yang pastinya bersungguh-sungguh dengan apa jua cara memastikan bahtera yang dinakhodainya tidak bocor dan tenggelam, malah Dr Mahathir juga bagaikan cacing kepanasan dan tidak betah duduk diam.
Masakan tidak, bagi pemimpin Umno, hilang Putrajaya bukan hanya bermakna peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat, tetapi mimpi ngeri buat para pemimpin dan kroni suku-sakat yang korup, merompak wang rakyat, menyeleweng dan hidup penuh kecurangan.
Petang 1 Disember lalu, di depan lebih 2,700 perwakilan, Najib memaklumkan bahawa Dr Mahathir secara sukarela bertemu dengan pemimpin akar umbi Umno untuk meraih sokongan untuk parti itu menjelang PRU13, walaupun tanpa diminta untuk berbuat demikian.
Anwar Ibrahim, yang cukup masak dengan perangai bekas bos yang telah memecat dan mengaibnya itu, dalam sidang media 3 Disember, segera menyanggah: "Kita tahu hakikatnya bahawa Dr Mahathir secara sendiri telah memanggil pemimpin Umno dan pemimpin negeri. Najib memaparkan keberanian yang sangat sedikit sebagai seorang pemimpin. Dia tidak mampu menangani Shahrizat (dalam skandal NFC), jadi saya tidak boleh bayangkan bagaimana dia mampu berurusan dengan Dr Mahathir."
Anwar turut memperlekehkan Umno yang dikatakan memperoleh keyakinan semula pengundi dengan menyifatkan pemimpinnya tidak mampu mendapat sokongan akar umbi dengan hanya "menginap di hotel 5 bintang, menghabiskan masa di lobi dan menghisap curut mahal ... Hal ini jelas terpisah antara kaya, pemimpin jutawan Umno dan rakyat di bawah."
Meskipun cuba mempertegaskan Umno sebagai organisasi massa yang berakar bersama rakyat, namun sebahagian besar pemimpinnya "tetap elit dan eksklusif". Desakan perubahan selepas kalah lima negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen langsung tidak membekas kepada gaya kehidupan mereka.
Rasuah yang membarah langsung tidak diberi penekanan oleh Najib, dan pendedahan sensasi Deepak (termasuk berkaitan pembunuhan Altantuya Shariibuu) juga tidak cuba dijawab. Naib Presiden parti dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi yang rapat dengan Najib sejak zaman Pemuda, gagal menunaikan janjinya kepada media, untuk menjawab serangan terhadap keluarga bosnya itu semasa ucapan penggulungan, sebaliknya "melambung" Presiden Umno setinggi langit.
Penganalisis politik terkemuka, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dalam Facebook sempat membidas: "Saya tidak mengikuti PAU dari dekat tahun ini. Tapi dari berita yang saya baca, dari video Youtube yang saya tonton dan dengar, saya dapati gaya perdebatan perwakilan gagal untuk meletakkan agenda Umno ke depan. Ucapan banyak diisi dengan jenaka, puji memuji pemimpin, semangat kepartian yang tidak ada substance dan retorik basi. Ucapan penggulungan pemimpin juga lemah dan tidak meyakinkan. Jika ini mahu diambil sebagai gambaran tahap persediaan Umno untuk menghadapi PRU13, ini menakutkan!"
Saya tidak pasti apa maksud "menakutkan" bagi Dr Agus. Tidak mungkin beliau "takut" Umno akan hilang kuasa. Atau ia membayangkan bagaimana seorang sarjana dan pemikir seperti Dr Agus sudah merasakan babak Umno-BN menguasai pemerintahan akan berakhir tidak lama lagi.
Friday, December 7, 2012
Prof Agus : Persediaan PRU13 Umno menakutkan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNO pasti mampu melakukan yang terbaik untuk mempertahankan semua itu.
ReplyDeleteTeruskan memberikan yang terbaik kepada rakyat.
ReplyDeleteSebaiknya semua ahli dalam UMNO dapat memberikan yang terbaik untuk semua.
ReplyDeleteKepentingan rakyat yang perlu menjadi keutamaan sebenarnya.
ReplyDeletejangan kita bertikam lidah antara satu sama lain. Musuh politik BN adalah pihak pembangkang.
ReplyDeleteBarisan Nasional akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteAda pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai ‘deposit tetap’ BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain.-Muhyiddin
ReplyDeleteKetua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mahu semua jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) khususnya Umno, bergerak pada kelajuan ‘gear lima’ bagi menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.
ReplyDeleteAhmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut meminta anggota Umno dan BN agar menjelaskan kepada rakyat akan pentingnya BN diberi mandat memerintah negara pada pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteKatanya hanya dengan cara ini sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh meneruskan usaha melaksanakan pelbagai program transformasi yang dirancang kerajaan.
ReplyDeleteJangan biarkan rakyat terpengaruh dengan janji pembangkang yang jelas hanya janji kosong kerana gagal dilaksanakan di negeri yang ditadbir mereka, kata Ahmad.
ReplyDeleteApa pun korang tulis di atas,
ReplyDeletePRU 13 PR yang punya...........
HIDUP PKR
Barisan Nasional akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang supaya gelaran Negeri termsikin di Malaysia serta syurga PATI dapat dikekalkan!
ReplyDeleteAgenda pakatan merampas Malaysia dari barisan kerap kali kedengaran sejak dua menjak ini lagi-lagi kita sekarang sedang berada dalam zon kehangatan pilihanraya yang bakal berlangsung tidak tahu bila
ReplyDeleteMungkin ada yang telah mengetahui tentang strategi kotor pakatan dalam berpolitik. Mungkin juga masih ada yang tertipu dan terpinga-pinga dengan matlamat sebenar pakatan untuk memerintah Malaysia.
ReplyDeletePakatan merasa mental dan tergugat dengan setiap pendedahan dari Noh Omar yang telah banyak membuka mata dan minda rakyat Selangor. Pendedahan Noh Omar juga telah menjerut Pakatan dengan wayang tinggi production SELCAT.
ReplyDeleteAgenda memusnahkan kepercayaan rakyat keatas kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO terus diperhebatkan oleh pakatan pembangkang terutama melalui Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim. Serangan hebat akan berterusan menjelang PRU 13 yang semakin terasa bahangnya.
ReplyDeletePakatan pembangkang seringkali menyatakan UMNO Korupsi dan Rasuah walhalkan jika kita lihat setakat penggal ini selepas PRU12 Kepimpinan pakatan lah yang banyak mengamalkan Korupsi dan Rasuah dalam pembahagian tender, Kontrak dan sebagainya. Sampaikan Tender Kontrak Sampah pun mereka kaut sehingga menyebabkan rakyat Selangor mendapat kesan hasil sampah yang tidak dikutip
ReplyDeleteUMNO pasti dah membuat persediaa bagi menghadapi PRU.
ReplyDeleteUMNO kini pasti makin kukuh dan kuat.
ReplyDeletebukan mudah untuk pembangkang mengalahkan UMNO-BN.
ReplyDeletepembangkang pasti akan sekarang dalam dilema dan terdesak dalam menjadi jalan nak mengalahkan BN.
ReplyDeleteSelamat menghadapi PRU13. Saya undi parti yang saya tahu dan faham akan perjuangannya demi kepentingan masa hadapan rakyat Sabah.
ReplyDeletePR sahaja yg dapat merealisasikan dan mendengar apa kehendak rakyat sabah. 55 tahun BN memerintah apa yg mereka buat, apa gunanya pembangunan yg tidak setabil, di bandar besar bangunan mencakar langit, di luar bandar kemudahan spt jalan raya, jambatan ect... sungguh daif. sepatutnya sabah maju kerana hasil bumi yg kaya. ini kalilah.
ReplyDeleteBekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada negara yang tidak dapat melaksanakan pemerintahan secara demokratik kerana rakyat taksub kepada pemimpin.
ReplyDeleteKeadaan itu, katanya berlaku kerana rakyat mengundi semata-mata berdasarkan perasaan tanpa menggunakan pemikiran sehingga negara menuju kehancuran.
ReplyDelete“Sebagaimana penyokong parti Pas, walaupun pemimpin mereka jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan agama, tetapi kerana Pas parti dia, dia sokong kerana emosi dan taksub,” katanya
ReplyDeleteDr Mahathir berkata parti pembangkang di negara ini tidak mempunyai haluan dalam gabungan mereka berbanding Barisan Nasional yang bersepakat dan mempunyai organisasi serta matlamat dalam membentuk kerajaan.
ReplyDeleteBeliau berkata pakatan tiga parti iaitu Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada satu haluan dan kesepakatan, misalnya Pas yang mahu melaksanakan kerajaan Islam dan PKR yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
ReplyDeleteKetika ditanya sama ada kini adalah waktu yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum, beliau berkata ia bergantung kepada penilaian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDelete“Saya nampak semangat baik sekarang ini, kita perlu rapatkan barisan kita supaya kita dirikan sebuah kerajaan yang kuat dengan majoriti dua pertiga,” katanya.
ReplyDeleteMaksud 'menakutkan' oleh Prof Agus adalah subjektif.
ReplyDeleteKetua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yakin golongan muda sudah kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) susulan usaha agresif parti dan kerajaan selama ini.
ReplyDeletePembangkang juara bercakap sahaja...
ReplyDeletesori la macai2 meno, mod sekarang bukan pada bn tapi pr. itulah hakikatnya. ini kali lah
ReplyDeleteTahun 2004 dulu aku beli RM12/- satu tin (minuman harian)- dua, tiga tahun lepas itu naik jadi RM16/- ,hampir semua barangan naik, petrol juga naik. TV1 tayang jalanraya, jambatan nampak cantik di tempat lain, tapi kampung aku tiada siapa peduli, jauh ketinggalan. Inilah masaalah yang Parti Pembangkang tidak payah kempen, sebab Rakyat boleh rasa secara langsung. Dulu Pakatan rakyat hanya dibenarkan kempen dari rumah ke rumah sehinggalah baru-baru ini Parlimen meluluskan kebenaran berhimpun. Maknanya kempen rumah ke rumah pun PR boleh dapat undi 49.5% seluruh Negara. Ini kesedaran rakyat dan sekarang ini Sabah dan Sarawak juga nampak bergerak ke arah yang sama iaitu Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteTan Sri Musa Hassan 'telah' istihar masuk PAS ( Parti Islam ). Sejajar dgn kedudukan ayanhda beliau yg merupakan Guru Alqur'an terkenal t/air. Mamapuss haiih,UMngokk kali nih. Lepas sorang sorang yg cerdik masuk PAS. Sebelum beliau , 3 org professional istihar masuk PAS dJohor trmasuk bekas CEO MRCB serta penjawat awam gred Utama yg pencen je masuk parti PAS. Takbir 3x.
ReplyDeleteKhairy Jamaluddin berasa yakin golongan muda dah beralih kpd BN.Ek eleh, AMENO mampus dbberapa DUN/MP jugak kerana beliau, ini nak beri statement kelakar pulakk. Ka kah kah..
ReplyDeletecybertroopers BN ni dah sasau ! Ramai yg mengigau ! Harap bila keputusan PU 13 nanti kluar bila BN tumbang mereka ni berani mcm askar jepun buat harakiri kalau masih ada maruah!
ReplyDeleteUMNO pasti akan menang pada PRU ini, rakyat masih yakin dengan pemerintahan mereka.
ReplyDeletePembangkang masing-masing ada agenda sendiri, macamana mau bersatu.
ReplyDeleteSentiasa memberi yang terbaik kepada rakyat.
ReplyDelete