Friday, December 28, 2012

Ketua Bahagian UMNO Pandan Dihukum Penjara 8 Tahun

Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail (gambar), dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya.

Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi.

Mengikut rekod, pada 8 Feb 2011, ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan tersebut pengsan dalam kandang tertuduh.

Kemudiannya pada 28 Jun pula beliau telah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya.

16 comments:
Write comments
  1. Tak kan ketua pemuda pandan aje..YB Johan Adun semenyih berapa banyak pulak kontrak sisa yg masih pepejal, bukan sisa pepejal aje.Calon yg tewas di Dun Banggi , Datuk Fadil pon tokey sisa pepejal..kalau zaman BN perintah, tak ada satu zon pun diseluruh selangor bab2 kerja pejal memejal ni tidak lalu Ahli UMNO, dari yg sekecil2 hingga yg sebesar besarnya.sebab tu bila Kerajaan PR ambil balik dari alam flora kontrak sisa pepejal dan menjimatmatkan 80 juta setahun, puak ini jadi gila meroyan, hingga banjir pun disalahkan sampah, panas pun disalahkan sampah, Memang UMNO dah setaraf SAMPAH,..Rakyat pun dah ramai yg MENYAMPAH.

    ReplyDelete
  2. Bila aku cakap semua dalam UMNO dari Ketua kampung lantikan, Ketua cawangan hinggalah keperingkat tertinggi antara individu yg terkaya diMalaysia.. bersebab.... mungkin mereka tak kaya seperti Syed mokhtar dan Anandan Krishnan.. tapi merek lebih kaya dari rakyat marhein..!! rasuah adalah kemestian.. peluang utk terjebak dlm rasuah cukup besar malah terbuka seluasnya.. dari kuota kontkrator class C hinggalah dari imbuhan rumah kos rendah..!! mereka sapu semua...barah rasuah dlm UMNO sudah kronik.. malah rasuah semacam dihalalkan... mereka akan mencari ayat ayat Al Quran dan hadis utk menghalalkan amalan mereka.. pasal tu Amanat TGHA amat tepat dan sepatutnya dikeluarkan kebali bagi mengingatkan umat melayu dan islam bahawa UMNO itu sesat dan menyesatkan..

    ReplyDelete
  3. HARAP HARAP PM AKAN SINGKIR KAN PARA PEMIMPIN YG SEPERTI INI TAK KIRA SAPA JUGA ILOVE PM

    ReplyDelete
  4. Padan muka... ha ha pura2 pengsan lagi si mamat nih...selepas ini siapa lagi agaknya....

    ReplyDelete
  5. Jgn kita Suu Dzon ( sangka jahat) dgn mamat ni. Mngkin dia kena perangkap oleh Barack Obama kot.?

    ReplyDelete
  6. Siapa sebenarnya RAKYAT negara Malaysia ? Persoalan ini selalu menerjah fikiran tiapkali saya baca kenyataan politik kedua pihak BN dan Pakatan. BN kata mereka mewakili rakyat kerana BN menang secara majoriti jumlah pengundi DAN jumlah kerusi Parlimen. Pakatan pula dakwa mereka juga mewakili rakyat, walaupun mereka tidak mendapat majoriti. Apakah maksudnya Pakatan mewakili hanya pengundi yang mengundi mereka saja ?

    ReplyDelete
  7. Baguslah kalau begitu sekurangnya ada bukti yang mana yang merasuah pasti akan dikenakan tindakan undang-undang.

    ReplyDelete
  8. Harap jangan lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap SPRM.

    ReplyDelete
  9. Kalau kita lihat pun sekarang ini SPRM terus dan terus menunaikan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  10. Mereka tidak akan berat sebelah dalam tugasan mereka. Yang salah tetap salah mengikut undang-undang.

    ReplyDelete
  11. Percaya kepada SPRM dengan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

    ReplyDelete
  12. Hukuman itu cukup untuk mereka merenung dan persiapkan dri untuk tidak mengulang perkara yang sama lagi.

    ReplyDelete
  13. Jadikan ini sebagai pengajaran dan janganlah mengulangi kesalahan ini lagi.

    ReplyDelete
  14. SPRM nak tngkap bapak perasuah negara ? nak tngkap YB UMNO tu ? Jgn bodoh le pencacai KERAjaan.

    ReplyDelete
  15. Jika AMANAT HJ HADI diamalkan sehingga sekarang, aku parcaya ndak ada kejadian rasuah saparti yg barlaku pd Ketua UMNO ni,mba. Atau jika UMNO tu betul2 mau YB2 mareka betul barsih rasuah,ndak perlu siapa yg tolong tngkap..mba. PM sandiri akan tentukan sapa yg bagus jadi YB, itu siak.

    ReplyDelete
  16. Dah kaya raya baru kena... aparah....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.