Friday, December 28, 2012

Deepak ikrar akan terus buat pendedahan

Kecewa dipaksa untuk mengurangkan kerugian dalam apa yang sepatutnya menjadi urusniaga tanah yang lumayan, ahli perniagaan Deepak Jaikishan berikrar untuk terus membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.

"Saya akan meneruskan pendedahan saya dan satu lagi (pendedahan) besar ialah pada Hari Tahun Baru," katanya dalam mesej teks hari ini, sambil menambah bukunya mengenai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bertajuk 'Black Rose' akan dilancarkan pada hari yang sama.

Beliau juga mengugut untuk mendedahkan bukti mengenai dakwaan pembayaran kepada penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mengaitkan perdana menteri untuk warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Katanya, semua dokumen yang menunjukkan 'siapa' yang membuat bayaran kepada Balasubramaniam akan disediakan.

Saya dipaksa jual syarikat saya


Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengakui bahawa dia telah menjual syarikatnya - Astacanggih - untuk RM30 juta kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan, dengan mendakwa dia dipaksa berbuat demikian.

Katanya, penjualan syarikat tersebut hanya untuk menampung wang yang telah dibelanjakannya dalam urusniaga tanah dengan Awan Megah Sdn Bhd yang tidak menjadi.

"Ianya benar bahawa saya dan pemegang saham saya telah menjual saham kami dalam Astacanggih untuk RM30 juta yang merupakan harga kos sebenar kami RM13 juta untuk Raja Ropiaah, RM8 juta untuk sumbangan politik, RM7 juta kos kewangan dan RM2 juta untuk kos guaman dan pelbagai kos.

"Ini adalah kata dua yang telah dipaksa ke atas kami," katanya dalam satu mesej teks hari ini.

-MK

17 comments:
Write comments
  1. Deepak janganlah bah buat pendedahan kesian Najib dan kak Ros tak dapat tidur nyenyak!

    ReplyDelete
  2. Cubaan buat kali terakhir oleh Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri dengan menfitnah Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor sebelum PRU13, nampaknya bukan sahaja jauh daripada mencapai kejayaan, sebaliknya mendedahkan perangai jahatnya kepada umum.

    ReplyDelete
  3. Dengan menggunakan individu-individu yang bermasalah seperti Deepak Jaikishan, Anwar Ibrahim tidak sahaja terpaksa memikul beban masalah mereka, sebaliknya dia sendiri tidak dapat keluar daripada kepompong dan kemelut yang melingkari dirinya sendiri.

    ReplyDelete
  4. Umpama orang lemas di tengah sungai yang akan menggapai apa-apa sahaja, hatta seketul tahi agar kekal bernafas, Anwar terpaksa menggunakan apa-apa sahaja yang ada di sekelilingnya dan mempromosinya sebagai kejayaan, sepertimana kemasukan bekas pegawai kerajaan ke dalam PAS dan PKR biarpun Anwar Ibrahim tahu, kesemua mereka hanya menambahkan bebannya.

    ReplyDelete
  5. Barangkali Anwar Ibrahim tidak menyangka sama sekali bahawa Deepak akan dilondehkan sedemikian rupa, terutama sekali melibatkan hutang-hutangnya yang berjumlah ratusan juta ringgit dengan Kuwait Finance House.

    ReplyDelete
  6. Boleh jadi, Anwar ingat hanya puak-puak yang pro-Pakatan sahaja yang boleh membuat londehan biarpun kebanyakan londehan lebih kepada fitnah dan tohmahan sepertimana yang mereka lakukan terhadap Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

    ReplyDelete
  7. Anwar juga perlu menjelaskan tentang hubung kait antara Deepak dengan Ravi Dharan, memandangkan Ravi Dharan adalah proksinya yang banyak mendapat banyak peluang perniagaan ketika dia menjadi Menteri Kewangan dahulu?

    ReplyDelete
  8. Berapakah pembiayaan yang dibuat oleh Ravi Dharan untuk membantu Anwar Ibrahim mendapatkan khidmat Deepak? Dan berapa pula kos yang diberikan kepada Sivarasa Rasaiah yang menyediakan segala skrip untuk dibacakan dan dituturkan oleh Deepak dalam usaha hendak mengenakan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor.

    ReplyDelete
  9. Seronok dan beraya sakan sungguh AMK membuat laporan polis berdasarkan kepada 'KETERANGAN PRE-PAID' Deepak Jaikishan sambil berkata, polis dan SPRM perlu menyiasat kekayaan dan aktiviti Rosmah Mansor.

    ReplyDelete
  10. AMK yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin atau lebih dikenali sebagai Sam Ketot membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bersama konco-konconya.

    ReplyDelete
  11. Deepak kenapa sekarang dan bukan dahulu lagi?

    ReplyDelete
  12. Terus terang saja kalau sudah diarah oleh bos sendiri.

    ReplyDelete
  13. Macam-macam isu dikaitkan dengan Datuk Najib. Tapi kita lihat sendiri Datuk Najib relaks saja menjawab semua persoalan tersebut.

    ReplyDelete
  14. Memang hebat PM kita sekarang ini. Yang pasti 1 Malaysia untuk Semua rakyat.

    ReplyDelete
  15. Teruskan menyokong Kerajaan BN untuk masa hadapan kita.

    ReplyDelete
  16. Pendedahan demi pendedahan, kita tunggu dan lihat bagaimana ini akan berakhir.

    ReplyDelete
  17. Namun selagi tidak ada hukuman dijatuhkan pastikan sokongan anda tidak berbelah bagi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.