Thursday, December 13, 2012

Deepak Dakwa Adik Najib Bayar Bala

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menamakan seorang adik perdana menteri Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.

Dakwanya lagi, beliau turut bertanggungjawab mempertemukan Datuk Nazim Razak dan Balasubramaniam, tetapi urusan pembayaran wang kepada Bala itu, dakwanya, dilakukan Nazim.

"Saya mengesahkan kenyataan saya sebelum ini bahawa Datuk Nazim menyertai pertemuan untuk memudahcara apa-apa yang perlu dilakukan.

"Penglibatan saya hanya untuk mempertemukan semua orang," dakwanya dalam wawancara dengan Malaysiakini.

Bala pada awalnya menandatangani satu akuan berkanun mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau kemudiannya menandatangani akuan berkanun kedua bagi menafikan akuan pertama yang dakwanya ditandatangani ketika keselamatan keluarganya menjadi taruhan.

Bala kemudian mendakwa dibayar tunai dan dijanjikan lebih banyak wang selepas bersetuju menandatangani akuan bersumpah kedua dan berpindah ke luar negara bersama keluarganya.

Deepak dalam wawancara semalam mendakwa wang yang diterima Bala datang daripada "Datuk Nazim dan sumber-sumbernya".

Pada tahun 2009, wartawan Malaysiakini cuba menghubungi Nazim berulang-ulang kali untuk mendapatkan penjelasannya tentang dakwaan tersebut.

Malaysiakini berkunjung ke pejabatnya dan menyerahkan senarai soalan untuk dijawab Nazim.

Malangnya, usaha tersebut tidak berhasil sehinggalah wartawan Malaysiakini bertembung dengan Nazim di Masjid Negara selepas solat Jumaat pada Disember 2009.

Beliau pada ketika itu baru selesai menziarahi pusara ayahnya, perdana menteri kedua Tun Abdul Razak. Sewaktu ditanya tentang dakwaan Bala pada ketika itu, beliau hanya menjawab "tiada apa-apa yang perlu diperkatakan".

Dalam wawancara semalam, Deepak berkata beliau tampil mendedahkan perkara di sebalik kontroversi pembunuhan itu kerana risau "roh Altantuya tidak bersemadi dengan tenang" sehingga beliau dihantui "sumpahan Altantuya". -mk

Deepak ‘mencari kemaafan’ dari Altantuya

Penjual permaidani Deepak Jaikishan mencari kemaafan dari Altantuya Shaariibuu atas peranannya dalam akuan bersumpah kedua oleh P Balasubramaniam pada Julai 2008.

Ahli perniagaan yang menyaman Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah kerana hal jual beli tanah, juga berkata beliau akan menerbitkan dua buah buku tentang kehidupannya dan perniagaannya.

Saya ke kuil untuk mencari kemaafan dari Altantuya,” katanya kepada The Malaysian Insider, dengan berkata insiden tersebut sebagai “kesilapan paling besar dalam hidupnya”.

Dia juga memberitahu tentang buku yang akan diterbitkan dan diedarkan secara persendirian.

“Saya menulis dua buku, yang pertama sangat pendek, sebanyak 26 muka surat dan akan keluar pada Isnin ini,” katanya lagi.

Buku kedua Deepak, yang lebih terperinci, katanya lagi, akan dilancarkan pada bulan Januari tahun hadapan.

Akuan bersumpah Balasubramaniam dikeluarkan sehari selepas beliau membuat akuan bersumpah pertamanya tentang kematian Altantuya pada tahun 2006, dimana dua polis komando elit didapati bersalah dan menghadapi hukuman bunuh.

Beliau menyaman ketua wanita Umno Selangor dan syarikatnya, Awan Megah Sdn Bhd kerana dakwaan menipu dalam pembelian tanah seluas 223.33 ekar di Bukit Raja.

Beliau menamakan Awan Megah bersama dengan Kementerian Pertahanan, Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd dan Cebur Megah Developement Sdn Bhd dalam dakwaan beliau mengenai tuduhan menipunya berjuta ringgit dalam perjanjian pembelian tanah itu.

Astacanggih Sdn Bhd, syarikat milik Deepak bersetuju membeli tiga keping tanah pada 2007 dengan berharga RM13 juta dan bon jaminan bank RM72 juta dari Raja Ropiaah, yang dianugerahkan kontrak RM100 juta untuk pembinaan pusat penyelidikan pertahanan yang dipanggil Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ketua Wanita Umno Selangor itu didakwa menjual sebidang tanah dengan harga RM2 juta tunai dan RM16 juta dalam bentuk overdraf dalam usahasama dengan Guppyunip Sdn Bhd, syarikat membuat plastik, dan menyebabkan peniaga permaidani itu membuat laporan polis pada Julai lalu. -TMI

2 comments:
Write comments
  1. Mampouss le Tok Jib nak jawab. Deepak dah start serang, Musa Hassan juga dah jadi 'striker', bos2 dlm sykt kroni UMNO pun bertalu2 masuk PAS. Susah nak jawab tu Tok Jib.

    ReplyDelete
  2. Anonymous said...December 13, 2012 11:26 PM
    Senang saja itu nanti Najib bersumpah laknatlah!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.