Tuesday, December 4, 2012

Bumburing Belum Ada Niat Bersara

"Saya belum sedia bersara. Banyak perkara perlu diperbetulkan. Perjuangan harus diteruskan." Demikianlah sebahagian kandungan ucapan Ahli Parlimen Malaysia (Bebas-Tuaran) Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing sempena hari jadi beliau yang jatuh pada tanggal 2 Disember 2012.

Menurut beliau, sasaran menjelajah semua kawasan KadazandusunMurut (KDM) untuk menyampaikan inti perjuangan Angkatan Perubahan Sabah (APS) berjaya dijalankan selaras dengan jadual yang ditetap bermula dari 29 Julai 2012, titik bersejarah ketika beliau bersama rakan-rakan lain mengambil keputusan keluar dari BN dan menyertai gabungan pakatan pembangkang melalui APS.

"Kebanyakan orang yang sudah mencapai umur yang sama dengan saya hari ini akan mengambil keputusan untuk bersara, namun melihat kepada kemelut yang dihadapi oleh setiap masyarakat orang asal di Sabah maka saya merasa bahawa masa untuk bersara belum tiba lagi," ujar Bumburing.

Beliau seterusnya berikrar untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat Malaysia di Sabah melalui gagasan pakatan pembangkang dengan matlamat membantu Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Antara matlamat utama yang digariskan oleh beliau ialah membentuk satu unit khas dalam APS untuk menyediakan bahan-bahan bukti yang akan dikemukakan kepada RCI nanti dalam usaha menyiasat kehadiran PATI yang jumlahnya diluar jangkaan dan seterusnya menghalang peningkatan jumah PATI di masa akan datang.

Sehubungan dengan ini, perjuangan juga akan ditumpukan kepada memulihkan maruah dan kedaulatan kaum bumiputra di Sabah yang kini terancam akibat kehadiran PATI yang sebilangan besar dipercayai telah memiliki MyKad melalui proses yang mencurigakan.

Beliau juga menjelaskan bahawa isu berkaitan dengan hak asasi orang asal ke atas tanah adat (NCR) juga akan diperkasakan dengan tujuan melindungi hak-hak orang asli ke atas tanah adat yang mereka telah duduki sekian lama.

"Perjuangan kita adalah mewujudkan satu suasana di mana permuafakatan berdasarkan kesaksamaan dan kesetaraan di antara semua kaum dijadikan sebagai satu landasan untuk mentadbir dan memajukan negara ini sehingga semua kaum mendapat faedah yang setara serta menikmati kemakmran yang seimbang" kata Bumburing.

Oleh : LESAYA LOPOG SORUDIM.(sabahkini)

30 comments:
Write comments
  1. lebih baik Bumburing bersara.

    ReplyDelete
  2. Bumburing tak relevan lagi, baik bersara saja. tak perlulah nak brpolitik lagi.

    ReplyDelete
  3. selama ini apa sumbangan Bumburing pada rakyat?

    ReplyDelete
  4. Bumburing berjuang untuk kepentingan diri.

    ReplyDelete
  5. Mana2 sajalah Bumburing..

    ReplyDelete
  6. Kalau kalah dalam PRU13, faham2 sajalah mesej yang ingin disampaikan oleh pengundi

    ReplyDelete
  7. Lebih baik bersara daripada diundurkan oleh rakyat

    ReplyDelete
  8. Kedudukan APS pun masih samar2..

    ReplyDelete
  9. Bumburing besar kemungkinan kalah dalam PRU13

    ReplyDelete
  10. YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak mempunyai masa sehingga April 2013 untuk membuang segala parasit yang masih ada dalam UMNO.

    ReplyDelete
  11. Pada kitalah, alasan mereka ini hanyalah mengada-ngada aje disebabkan sifat tamak haloba mereka.. Mereka hanya mencari alasan mudah untuk menyalahkan parti apabila mereka gagal memberikan khidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing..

    ReplyDelete
  12. Sebagai pemimpin , sudah tentulah mereka menjadi harapan pada rakyat.. Jika ini sifat pemimpin , apa lagi harapan yang ada pada rakyat?

    ReplyDelete
  13. Ketika tarikh PRU-13 semakin hampir, kita tidak nampak apa keperluan untuk seseorang pemimpin itu merasa kecewa dengan parti yang diwakilinya.. Cukup sekadar mengatakan, "If you are not PERFORMED as PROMISED, just GO!"

    ReplyDelete
  14. sebaliknya UMNO/BN patut bersyukur kerana para pemimpin parasit sebegini keluar pada ketika ini.. Sekurang-kurangnya UMNO/BN tidak disabotaj seperti mana yang berlaku pada PRU12 dulu.

    ReplyDelete
  15. Serahkan kepada bumbering untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  16. Pemimpin yang mementingkan agenda diri akan mendapat sambutan negatif dari golongan awam.

    ReplyDelete
  17. matlamat utama yang digariskan oleh beliau ialah membentuk satu unit khas dalam APS untuk menyediakan bahan-bahan bukti yang akan dikemukakan kepada RCI nanti

    Jika benar, ini adalah khabar angin yang terbaik untuk rakyat untuk menanggani isu PATI bersama.

    ReplyDelete
  18. Let see how Bumbering achieve in coming PRu13.

    ReplyDelete
  19. Jika Bumbering masih giat dan ikhlas memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat, pasti beliau mendapat sokongan juga.

    ReplyDelete
  20. Bagus juga jika Bumberign masih aktif memperjuangkan terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  21. Bumbering masih mendapat sokongan ramai, beliau adalah pemimpin yang berpengalaman.

    ReplyDelete
  22. Jika Bumbering nak bersara, pasti beliau akan buat pengumuman.

    ReplyDelete
  23. Biarlah Bumbering menentukan sama ada bersara atau tidak.

    ReplyDelete
  24. Bumbering akan brjuang untuk pembangkang kali ini, beragu juga macam mana pencapaian beliau.

    ReplyDelete
  25. Bumburing akan terus berdiri disamping rakyat Sabah. Rakyat sabah perlukan pemimpin seperti ini. Kami mendoakan kesihatan dan kejayaan Bumburing. Teruskan perjuangan demi kepentingan rakyat. Bumburing akan menang dalam PRU 13...

    ReplyDelete
  26. bumburing akan menang pada pru13? belum tentu dia akan bertanding...kalau bertanding pun atas tiket parti mana? PKR? bumburing bukan ahli PKR...kalau tiket sendiri, alamat hilang depositlah...

    ReplyDelete
  27. mungkin bumburing seronok sendiri yang mana menganggap diri sendiri masih relevan...APS ni pun saya tengok2 tidak lama..2, 3 tahun, hilang ni APS ditelan masa...

    ReplyDelete
  28. ada baiknya juga jika bumburing bersara...jadi pemerhati luar saja...luang masa untuk keluarga...

    ReplyDelete
  29. mengapa perlu bumburing tubuhkan APS dan bukannya menyertai PKR atau parti2 pembangkang lain di sabah? jika dilihat, perjuangan APS sama dengan apa yang diperjuangkan oleh pembangkang2 tempatan...

    ReplyDelete
  30. atau sebenarnya bumburing kecewa kerana beliau tidak akan dicalonkan semula pada pru13 nanti? maka merajuk dan bertindak keluar dari parti UPKO dan BN...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.