Saturday, December 22, 2012

Himpunan 1 Juta Rakyat 12-01-13 Stadium Merdeka



Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka.

Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.

Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu.

"Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.

Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan.

"Permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal," katanya.

Ujar Mohamad juga, perhimpunan dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan.

"Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan.

"Kita akan berhimpun tanpa menyerahkan apa-apa memorandum kerana memorandum lapan tuntutan Bersih sudah diserahkan dalam perhimpunan sebelum ini," katanya.

Warna kuning mewakili Bersih, Merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, Hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Anak Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Antara NGO lain yang akan turut serta dalam perhimpunan ialah Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beberapa NGO lain.

Dalam sidang media sama, wakil-wakil NGO turut menyatakan komitmen menggerakkan seramai mungkin anggota ke himpunan tersebut.

"Mana-mana individu yang tak sertai mana-mana NGO pun mesti hadir bagi menyatakan kemarahan secara aman," kata Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais.

89 comments:
Write comments
  1. Perdana Menteri menegaskan bahawa masa depan negara ini adalah terlalu besar nilainya untuk diperjudikan dan adalah sesuatu yang disifatkan sebagai 'pantang' untuk menyerahkan negara ini kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Berucap kepada perwakilan Umno Johor, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mahu setiap anggota Umno menggembleng tenaga dan kekuatan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

    ReplyDelete
  3. "Kita tidak boleh menggadai masa depan, masa depan kita terlalu besar nilainya...Di sinilah (Johor) lahirnya Umno, banyaknya jasa kepada negara. Pantang kita serah negara ini kepada mereka (pembangkang).

    ReplyDelete
  4. "Allah S.W.T mencintai kita jikalau kita satu kesatuan dan InsyaAllah Allah akan memberikan kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional," katanya.

    ReplyDelete
  5. Kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak, termasuk pembangkang untuk mengadakan perhimpunan asalkan ia diadakan dalam keadaan aman dan di tempat yang sesuai.

    ReplyDelete
  6. Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan persidangan berkelompok empat bahagian Umno Negeri Johor di Persada Johor, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor. Bahagian-bahagian yang mengadakan persidangan hari ini ialah Johor Baharu, Kota Tinggi, Kulai dan Tanjong Piai.

    ReplyDelete
  7. Menyifatkan pembangkang sebagai 'kosong kredibiliti', Perdana Menteri berkata mereka tidak melakukan apa-apa untuk membangunkan negara ini, tetapi hanya tahu mengutuk, menghasut dan menjanjikan perkara yang 'karut-marut' yang tidak masuk akal.

    ReplyDelete
  8. Laporan dalam sebuah akhbar hari ini katanya, turut memetik pandangan penganalisis pro-pembangkang pada sebuah majlis yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya yang memuji langkah transformasi oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Malah kata Najib, pembangkang yang sering melaungkan slogan 'Jalan Ke Putrajaya', sehingga kini tidak mempunyai Kabinet Bayangan yang selaras dengan model demokrasi berparlimen.

    ReplyDelete
  10. Perdana Menteri berkata Barisan Nasional (BN) sebaliknya menjuarai perubahan dan transformasi yang berlaku di negara ini.Walaupun dalam sistem demokrasi berparlimen, kewujudan pembangkang dalam bilangan yang kecil adalah baik, mereka mestilah memainkan peranan dengan konstruktif dan bukan destruktif, katanya.

    ReplyDelete
  11. Beliau memberi contoh Felda dan projek minyak dan gas di Pengerang, yang cuba dinafikan pembangkang sebagai projek yang baik untuk rakyat semata-mata atas kepentingan politik.

    ReplyDelete
  12. Dalam isu Felda, Najib berkata pembangkang melemparkan pelbagai dakwaan terhadap Felda termasuk mengatakan ia bankrap, walaupun secara realitinya Felda berjaya disenarai di Bursa KL.

    ReplyDelete
  13. Jika Felda bankrap, bagaimana ia mampu memberi RM15,000 kepada peneroka, isteri dan anak peneroka," katanya sambil memberitahu bahawa pembangkang juga cuba 'pusing' usaha kerajaan membangunkan industri minyak dan gas di Pengerang.Najib berkata BN memberikan masa depan yang penuh dengan keyakinan kepada rakyat, sarat dengan peluang dan kehidupan yang lebih baik berbanding semalam.

    ReplyDelete
  14. "Sebahagian besar rakyat Malaysia inginkan masa depan yang baik, masa depan yang bukan sarat dengan ketidakpastian, bukan masa depan yang terlalu banyak risiko, tetapi masa depan yang penuh dengan keyakinan dan di bawah pimpinan BN, hari esok adalah sarat dengan keyakinan lebih baik daripada hari ini," katanya

    ReplyDelete
  15. Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat menolak parti-parti pembangkang kerana undi kepada golongan itu membawa maksud kerosakan akidah, perpecahan kaum dan penindasan kaum tertentu.

    ReplyDelete
  16. Perdana Menteri berkata hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berjuang untuk negara ini dan kemajuan bangsa Melayu serta bangsa lain.

    ReplyDelete
  17. “Yakin dan percayalah satu undi untuk PKR (Parti Keadilan Rakyat) bermaksud satu undi untuk kerosakan akidah dan kerosakan umat. Satu undi untuk Pas bermakna satu undi untuk perpecahan. Satu undi untuk DAP bermakna satu undi penindasan bangsa tercinta.

    ReplyDelete
  18. Satu undi untuk Umno dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang Islam. Satu undi untuk BN, satu undi untuk perpaduan dan kekuatan umat. Satu undi untuk BN, satu undi pembelaan bangsa Malaysia.-Najib

    ReplyDelete
  19. Katanya ada pihak melabelkan UMNO dan kerajaan BN yang menerajui Malaysia sebagai pihak yang zalim, tetapi hakikatnya kerajaan Malaysia mendapatkan pengiktirafan begitu tinggi di peringkat antarabangsa, terutama dari dunia Islam.

    ReplyDelete
  20. Najib berkata BN adalah kerajaan yang adil kerana sebarang bantuan hanya diberikan kepada semua orang dan bukan kepada penyokong BN dan UMNO.

    ReplyDelete
  21. habis duit KWSP diambil PM utk dsumbang kpd peneroka FELDA. kelabu kan mata peneroka semua.

    ReplyDelete
  22. Pakatan Rakyat telah membuktikan ujian pemerintahan mereka di Kelantan .Penang, Kedah dan Selangor...Melalui ujian ini mereka telah berjaya untuk mengambil alih Putrajaya pula..takde masalah.

    ReplyDelete
  23. Komen-komen di atas yang diambil dari perutusan PM mengambarkan seolah-olah undi kepada Pembangkang itu satu kesalahan besar. Sejak merdeka hingga sekarang Rakyat dan Kerajaan telah memilih Demokrasi dan itulah dilaung-laungkan selama ini. Jika tak boleh undi selain dari Kerajaan, tutuplah SPR, buang duit saja, dan tubuhkan Kerajaan Kuagiesi. Bagi Rakyat Biasa yang tiada kepentingan ratusan ribu, ratusan juta, bilion-bilion atas talian Pati politik, kita cuma lebih cendrong mengundi Parti yang memberi tawaran yang terbaik untuk seluruh Rakyat Malaysia. Soal mereka boleh tunai janji atau tidak kenapa pula Kerajaan yang jawab, boleh pakaikah kalau musuh politik yang jawab. Bila Rakyat berjaya instal Pakatan Rakyat jadi Kerajaan Persekutuan, barulah ada jawapan yang tepat secara praktikal samaada boleh tunai janji atau tidak.

    ReplyDelete
  24. kita tunggu saja benar atau tidak mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  25. ada penyokong PR di selangor mengatakan tujuan menyokong PR adalah untuk memastikan rasuah diselesaikan.

    ReplyDelete
  26. tapi semua itu silap..PR pun sama macam BN. Orang itu cakap.

    ReplyDelete
  27. Kalau tahu begini dia cakap bagus tidak payah pilih PR, sama saja. Bagus lagi BN.

    ReplyDelete
  28. Itulah luahan daripada penduduk selangor sendiri.

    ReplyDelete
  29. Kita respect komen Hului dan jika benar ada rasuah di Selangor, itu adalah kes terpencil dan bukan kehendak pimpinan pusat PR dan sepatutnya dilaporkan kepada SPRM. SPRM akan cepat bertindak lebih-lebih lagi kepada Pembangkang. Tapi kita masih yakin dasar Pemimpin atasan PR adalah untuk memerangi Rasuah dan akhirnya budaya yang baik akan diikuti pemimpin bawahan.

    ReplyDelete
  30. Sy yakin UMNO/BN sudah tak relevan lagi. Pemimpin UMNO/BN rasuah,zalim, Pgkhianat dan penipu serta Pemitnah!!! Knapa Datk Najib TAKUT DEBAT DG Datk seri Anwar Ibrahim?.....

    ReplyDelete
  31. Sayangnya.. Kononnya PR untuk memerangi Rasuah. Tapi semua itu tidak berjaya, kerana Azmin sendiri menawarkan memberikan projek kepada siapa yang membayar lebih kepada Azmin. ini dikatakan apa? Sedekahkah. ??

    ReplyDelete
  32. Tidak adalah Najib mahu takut orang seperti Anwar ini. Tapi rasanya tidak ada guna untuk buat semua itu sia-sia saja oo.. Bagus lagi fikir perkara lain daripada fikirkan kes anwar.

    ReplyDelete
  33. Jika Dr Mahathir dan Datuk Najib tidak fikirkan pasal DS Anuar, takkanlah dia dikurung 6 Tahun dalam penjara ISA atas sebab politik, 6 tahun bukan 6 hari. Dulu masa Dr. Mahathir, sekarang Datuk Najib masih lagi rasa terganggu dengan aktifnya politik DS Anuar lebih-lebih lagi Pakatan 3 Parti yang kuat PAS,PKR & DAP yang sekarang nampaknya semakin faham-memahami antara satu sama lain, adalah kadang-kadang perkara snsitif timbul, tapi itu perkara biasa sedangkan adik beradik lagi boleh bergaduh . Jika tidak difikirkan munkin sekarang sudah Bubar Parlimen.

    ReplyDelete
  34. Anonymous said...December 22, 2012 1:20 PM

    Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat menolak parti-parti pembangkang kerana undi kepada golongan itu membawa maksud kerosakan akidah,
    ( Undi BN akan memmartabatkan akidah dengan penganjuran tarian K POP oleh UMNO bukan begitukah saudara)

    ReplyDelete
  35. Anonymous said...
    December 22, 2012 1:23 PM

    Satu undi untuk Umno dan BN adalah satu undi untuk keselamatan akidah orang
    ( Salah itu satu undi untuk BN dan UMNo adalah satu undi untuk menternak lembu dalam kondo!)

    ReplyDelete
  36. UMNO memertabatkan akidah umat Islam dengan menayang video lucah dan kemudian disiarkan pula oleh media arus perdana UMNO. Inilah cara UMNO memertabatkan akidah umat Islam! Tahniah UMNO!

    ReplyDelete
  37. Himpunan 1juta ?? Baguih,baguih. Biaq pening sikit Umngok nun. Kembara Oren brtujuan selamatkan FELDA dr drosakkan oleh Najib tu, ada juga samseng dok serang. Kembara Oren tu bukan nak bakar mana2 pejabat kerajaan atau pej UMNO..hanya nak maklum kpd peneroka hak2 mereka shj. Yg pelik samseng pulak yg berlebih2 dan bukan peneroka sendiri. Haaa.. itu UMNGok namanya. Trbukti ramai org melayu berjaya di Ngokkkan oleh UMngok. Ciann yer. Negara dah hancuss gara2 UMNgok,ramai lagi melayu asyik pertahan kejahatan UMngok trhadap mereka sendiri.

    ReplyDelete
  38. Che' nak habaq sikit kat Abg Mat, tulong g habaq kat NGO ANAK tak payah brsusah dan mmbahayakan diri anggota NGO tu dok round seluroh felda. Cian mereka kena gasak dek samseng UMNO. Setakat kena herdik mngkin boleh tahan jgak. Ini sampai cedra parah. Kalau PM nak tipu peneroka, PR boleh buat ceramah perdana jer seluroh tempat dan memang dan brceramah pon. Kalau para peneroka masih nak terima UMNO atau masih suka dtipu UMNO...lantak pi la. Jgn sampai anggota kita cedra..len la kalu hang beghani balun mereka tu sampai mamposs pelesit UMNO tu. kalau setakat berarak lepas tu kena gasak,cedra lari. masuk lagi kena gasak cedera,lari. Baik tak payah le Abg Mat @ En Aliman. Kita faham kamu dlm misi nak sedarkan peneroka dr tipudaya Najib,tapi banyak kaedah boleh dguna pakai lagi selain berarak ke setiap FELDA. Dah tau bahaya mnanti dan dah tau budaya polis 1Msia,kan

    ReplyDelete
  39. Pengurusan kewangan negara memang merisaukan. Peruntukan teramat banyak yang seakan merisikokan negara ke arah muflis.

    ReplyDelete
  40. Rakyat harus membuat polihan yang tepat demi masa depan rakyat.

    ReplyDelete
  41. BN dan Pembangkang ada peluang yang sama. Saingan ini harus bersih dan demokrasi.

    ReplyDelete
  42. Teramat banyak rasuah dalam UMNO?

    ReplyDelete
  43. Perhimpunan yang tidak mengancam keselamatan tiada masalahnya.

    ReplyDelete
  44. Rasuah dlm UMNO bukan sekadar tramat sangat,tapi dah mmufliskan negara pulak. Hanya KWSP,LTH,Petronas sbg talian hayat BN utk tentukan Perbendaharaan Negara ada fuluss. Kalu tak,dah lama mampusss.

    **888

    ReplyDelete
  45. Hubungan di antara Sabah dan kerajaan persekutuan sentiasa 'ada badai' dan penuh dengan enigma walaupun ketika berada dalam suasana baik.

    ReplyDelete
  46. Rakyat Sabah berasa sedih dengan apa yang mereka lihat sebagai sikap acuh tak acuh terhadap aspirasi dan keperluan mereka selepas memberikan sejumlah besar kekayaan dari hasil minyak dan gas kepada kuasa autonomi di Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  47. Kerajaan pusat pula memandang mereka sebagai pembawa masalah 'enfants terribles' kerana bersikap parokial dan ego yang tidak senada dengan semangat bina negara.

    ReplyDelete
  48. Perbezaaan ini bagaikan hubungan kedua-dua pihak sedalam Laut China Selatan yang memisahkan Sabah daripada 11 lagi negeri di Semenanjung Malaysia.

    ReplyDelete
  49. Pusat kepada segala masalah yang menyebabkan rakyat Sabah tidak gembira ialah perkongsian tidak sama rata mereka dengan kekayaan negara, projek perniagaan, peluang pendidikan dan jawatan dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  50. Pada 1976, dalam sebuah akta parlimen, Sabah memberi kepada Kuala Lumpur haknya terhadap deposit minyak dan gas. Sebagai pulangan, Sabah mendapat 5 peratus royalti yang sama dengan jumlah purata RM351 juta setiap tahun. Pada 2000-2008, kerajaan persekutuan membayar RM2.8 bilion royalti minyak kepada Sabah.

    ReplyDelete
  51. Tahun lalu, Sabah menerima kira-kira RM720 juta yuran selepas bonanza minyak yang menyaksikan rekod harga mencapai AS$147 satu tong ($1=RM3.6).

    ReplyDelete
  52. Harga pada masa ini ialah kira-kira AS$73 satu tong dengan purata pengeluaran harian minyak Sabah sebanyak 200,000 tong menjadikan negeri ini memperolehi RM19 bilion tahun ini, jikalah semua hasil itu menjadi miliknya.

    ReplyDelete
  53. Menambahkan lagi rasa tidak senang hati penduduk Sabah ialah hakikat bahawa negeri yang kaya dengan pelbagai sumber ini adalah yang paling miskin di Malaysia.

    ReplyDelete
  54. Satu ketika dulu, Sabah adalah negeri kedua terkaya selepas Selangor. Kadar kemiskinan Sabah ialah 16 peratus dan ia hampir tiga kali ganda daripada kadar kebangsaan.

    ReplyDelete
  55. Hakikat bahawa kerajaan persekutuan memberi hampir RM19 bilion iaitu kira-kira empat kali ganda daripada nilai royalti minyak untuk menjana pembangunan ekonomi dan sosial di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), masih tidak berjaya menenangkan perasaan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  56. Mereka menganggapnya sebagai terlalu sedikit iaitu hanyalah lapan peratus daripada bajet kebangsaan, walaupun negeri ini masih ada RM8 bilion untuk dibelanja sebelum rancangan itu tamat tahun depan.

    ReplyDelete
  57. Kerajaan Persekutuan membiayai projek-projek negeri berjumlah berbilion-bilion ringgit sebagai pampasan kepada Sabah kerana kehilangan hasil minyak.

    ReplyDelete
  58. Namun, ini dilihat sebagai tidak signifikan kepada rakyat Sabah yang berasakan mereka rugi kerana hilang apa yang sepatutnya menjadi hak mereka.

    ReplyDelete
  59. Rakyat Sabah juga berasa tidak gembira kerana penduduk dari Semenanjung mengisi kebanyakan jawatan tinggi dalam jabatan persekutuan di negeri mereka dan mereka sedih dengan peluang perniagaan yang diambil syarikat-syarikat di Malaysia barat dalam projek yang dibiayai kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  60. Inilah yang menjadi kebimbangan mereka ketika gagasan pembentukan Malaysia pada 1963. Keadaan menjadi buruk apabila dua timbalan menteri persekutuan dari Sabah dalam parti UMNO menolak pelantikan baru selepas pilihan raya umum tahun lalu, sebagai memprotes cara layanan Kuala Lumpur terhadap negeri ini.

    ReplyDelete
  61. berhimpun di stadium tiada masalah, jgn saja di jalanan.

    ReplyDelete
  62. berhimpunlah dgn aman.

    ReplyDelete
  63. kemana perginya tamadun manusia, kalau bersikap agresive, bertindak lah secara propsional, kita bukan nya di zaman kuno, kalau tak puas hati buka gelangang perdebatan, baru lah dikatakan bijak, bukannya selinsing lengan tunjuk kekuatan, kita telah berada di zaman moden, x tahu lah kalau mereka-mereka itu masih menganggap belum merdeka lagi, itu lah sebabnya kena buat jelajah merdeka rakyat, kerana ada setengan nya masih rasa tidak merdeka, jelajah merdeka kan rakyat kena beri penerangan kepada mereka-mereka yang rasanya masih tidak merdeka lagi......

    ReplyDelete
  64. Hului said...
    December 24, 2012 7:59 AM

    biar saya sambung,,,,,bangun2 le hari dah petang ni kalau tak bangun bgil anjib bagi kamu C4 baru kamu takut,,, ha

    ReplyDelete
  65. Detiknya hampir tiba... apabila kemaraan PR bersatu dengan gelombang kebangkitan rakyat..apabila detik yang dinanti bisa mengubah nasib warga seluruhnya.Mari kita bersama-sama mengira detik kehancuran UBN ..mari kita bersama mengira detik kemenangan.Malaysia yang benar-benar merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.... Hidup Pakatan Rakyat! Jahanam Barisan Keparat!

    ReplyDelete
  66. 55 umno bn tahun memerintah:
    1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
    2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
    3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
    4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
    5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.
    6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM546 juta.
    7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
    8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.
    9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
    10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.
    11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.
    12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.
    13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.
    14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.
    15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.
    16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.
    17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.
    18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
    19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.
    20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.
    21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.
    22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.
    23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.
    24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)
    25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.
    26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).
    27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.
    28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
    29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?
    30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)
    31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
    32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.
    33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk PPSMI

    ReplyDelete
  67. Itu himpunan raptai Perhimpunan Kebangkita Rakyat pada 12 jan 2013...satu idea yan relevan dan tepat bagi memastikan himpunan pd 12 Jan. benar benar terjadi serta mencapai tujuannya...Himpunan 12 Jan. dijangka menjadi penutup segala perhimpunan sebelum in...Justeru, ia mesti unik. tersendiri dan maha hebat bagi menggeletarkan segala tulang sendi UMNO/BN...

    ReplyDelete
  68. RAKYAT dah FED UP WITH BARISAN NASIONAL dan UMNO
    Setiap hari dompet 'berkurusan'...harga barang keperluan asas melambung naik...sementara Pemimpin-Pemimpin BN diam diam menyeledup keluar DUIT RAKYAT dlm bentuk ASET ataupun CASH

    PERHIMPUNAN BERTUJUAN DAPAT PERUBAHAN BARU terpaksa di lancarkan sebab UMNO dan Kuncu Parti nya dah melakukan hal yg melampau

    WIKIPEDIA telah menyenaraikan Tun Seri Dr .MAHATHIR MOHAMED sbg bekas pemimpin negara yg Kedua Terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yg memiliki sejumlah ( US$ 70 bilion.)
    Mahathir sekarang bekas pemimpin kedua terkaya dgn harta sejumlah US$ 44 Bilion = RM 158 bilion

    Pasti ada implikasi buruk bagi Malaysia dan Mahathir
    Bagaimana seorang Perdana Menteri yg dipilih rakyat memperolehi begitu byk kekayaan tanpa melibatkan
    diri dlm aktiviti yang korup? MUSTAHIL.
    ...Pengetahuan ini hasil dari penyiasat HERCULE PAIROT dan Miss MARPLE
    (Sekumpulan pasukan terdiri dpd akauntan, para audit, pakar kewangan dan perbankan yg menyiasat Kewangan pemimpin- pemimpin Antarabangsa )

    ReplyDelete
  69. Nampaknya segelintir Pemimpin UMNO memiliki jumlah ASET dan CASH yg jauh lebih besar dpd apa yg SULTAN_SULTAN miliki...perkara ini TIDAK BOLEH LAGI mendukungkan KESABARAN RAKYAT
    Bilakah PARA RAMAI SULTAN mahu menyuarakan tindakan menyekat serta memberhentikan gejala aktiviti " Penyeludupan DUIT RAKYAT " yg di sindiketkan oleh Orang-orang UMNO Berpangkat Atasan?

    Sultan-Sultan bersama RAKYAT yg mereka sayangi harus bangkit menentang habis-habisan KETIDAKJUJURAN UMNO dan BARISAN NASIONAL

    ( Fahami kenapa ANWAR IBRAHIM jatuh ke dlm perangkap tuduhan dan di penjarakan selama 7 tahun...bila ANWAR terpaksa
    mendedahkan aktiviti dan cara MAHATHIR mengumpul kekayaannya ...." ada jenis ular bisa yg buru dan makan mangsa sejenisnya "...
    ANWAR masih bertag UMNO ketika itu )

    ReplyDelete
  70. Apa lagi modal kecuali inilah saja helah untuk menghangatkan suasana menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.

    ReplyDelete
  71. pembangkang akan menganjur pelbagai himpunan lain disamping 'Himpunan Kebangkitan Rakyat'itu.

    ReplyDelete
  72. Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) K Deepakaran memuji-muji Pas kerana Pas telah berjaya ditarbiah untuk mendengar dan mengikut arahan DAP dan PKR.

    ReplyDelete
  73. Sebenarnya Pas menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) adalah untuk menarik sokongan dari kaum cina dan India agar Pas mampu memerintah Malaysia sendirian tanpa DAP dan PKR.

    ReplyDelete
  74. Ternyata setelah dua tahun penubuhannya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) lebih banyak menghasut kaum Melayu agar menyokong parti Pas bukannya mengajak kaum Cina dan India untuk menyokong Pas.

    ReplyDelete
  75. Malah bukan itu sahaja Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mampu menjadikan Pas lebih liberalisasi berbanding dahulu dan kini Pas boleh menjadi balaci kepada DAP dan PKR dengan baik dengan kerja kuat Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

    ReplyDelete
  76. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Program Himpunan Sejuta Umat adalah satu program yang hanya membuang masa dan wang dan wang sahajarbanding dengan program Bersih pada 9 Julai yang lepas.

    ReplyDelete
  77. Kata Anwar lagi, Jika ada yang berniat baik untuk mengadakan program sebegini, perlulah dihadiri oleh kaum-kaum lain yang menganut pelbagai agama.

    ReplyDelete
  78. Anwar percaya jika penganjur tidak melibatkan semua kaum maka selagi itulah agama Islam diperlekehkan.

    ReplyDelete
  79. Anwar menyifatkan program Himpunan Sejuta Umat gagal.

    ReplyDelete
  80. Pastikan perhimpunan itu dijalankan dengan aman dan tenteram.

    ReplyDelete
  81. Jangan menjadikan budaya kita sebagai pencinta kekecohan.

    ReplyDelete
  82. Jika hendak mengadakan perhimpunan, kenalah mengikuti semua langkah dan menenuhi syarat yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  83. Kerjasama yang baik antara pihak polis dan para pendemo adalah penting untuk menjaga ketenteraman.

    ReplyDelete
  84. Pihak penganjur juga perlulah memastikan keselamatan orang ramai jika hendak menganjurkan perhimpunan.

    ReplyDelete
  85. Perhimpunan ini hanya akan membuat kecoh dan tidak akan memberi sebrang faedah kepada kita semua.

    ReplyDelete
  86. Walaupun ada perhimpunan seperti ini pasti tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang timbul.

    ReplyDelete
  87. Rakyat jangan terpengaruh dengan aktiviti seperti ini adalah lebih baik kita melakukan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada kita.

    ReplyDelete
  88. Kerajaan tidak mungkin akan melakukan sesuatu yang dapat memberi kebinasaan kepada rakyat kerana tanpa rakyat kerajaan tidak akan bertahan lama.

    ReplyDelete
  89. Semoga perhimpunan ini tidak menimbulkan sebarang kekecohan dan menyusahkan orang yang tidak terlibat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.