Friday, December 7, 2012

Lajim Sabotaj PPR Selagon, Beaufort

KEPRIHATINAN Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Azizah Mohd Dun kepada mangsa banjir, tanah runtuh dan setinggan bandar telah mendorong Kerajaan Persekutuan melancarkan Projek PPR (Disewa) pada Disember 2007; telah dikhianati penggantinya, Datuk Lajim Haji Okin kerana gagal memastikan projek berkenaan siap mengikut jadual.

Projek 'Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan 300 Unit Rumah Teres 2 Tingkat Dan Kerja-Kerja Yang Berkaitan Dengannya Bagi Program Perumahan Rakyat (PPR)-Disewa) Di Kg Selagon Beaufort Merupakan Projek Jabatan Perumahan Negara yang dikendalikan oleh Bahagian Pelaksanaan dan penyelenggaraan projek KKTP dan diselia oleh Perunding Bina Daya Sdn Bhd (Awam C&S) dan Power Projek (M&E); telah dilaksanakan oleh Optimum Bonus Sdn.Bhd yang mula memiliki tapak pada 17 Disember 2007 dan dijadualkan siap pada 13 Disember 2009.

Namun sehingga lawatan pada 6 Disember, projek tersebut telah GAGAL kerana 'DiCapati' Lajim semasa beliau dilantik menggantikan jawatan yang dipegang Azizah; bukan lagi sebagai Projek Kebanggaan BN, sebaliknya menjadi 'Padang Jarak Padang Tekukur'.

Ceracak yang menongkat kegagalan Kerajaan BN menyemakkan mata pengundi sewajarnya menjadi 'lambang' Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dipimpinnya, sejajar dengan peribadi Lajim sebagai pemimpin yang bernafsu besar tetapi bertenaga kurang.

Desas-desus bahawa projek berkenaan gagal kerana sudah menjadi lumrah Lajim meminta 'habuan' daripada kontraktor bukan menjadi rahsia lagi, malah telah menjadi bualan di sana sini; namun oleh kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada jauh di Putrajaya, maka kerakusan Lajim hanya menjadi buah mulut kontraktor dan subkontraktor.

Bagi menampung kerugian dan kos luar jangka, kontraktor telah mencuri pasir di tanah yang dirizabkan sebagai Padang Ragut sehingga merosakkan alam sekitar bagi menimbus tapak tanah projek berkenaan, kesan daripada peningkatan aras tanah tapak projek.

Walaupun terpaksa menjadi pencuri tanah dan pasir, projek berkenaan turut gagal kerana kebocoran dana dan dijadikan seperti sepah tebu yang dibuang setelah airnya diperah Lajim dan kuncu-kuncunya.

Ramai rakyat Beaufort, terutama mangsa alam sekitar yang nama mereka disenaraikan sebagai salah seorang penyewa PPR berkenaan menganggap Lajim sebagai 'pengkhianat negara' dan 'pecah amanah'; maka wajarlah beliau dipecat daripada jawatannya oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

Dalam pada itu, ketika berucap di Majlis Perasmian Pecah Tanah PPR berkenaan pada 3 Februari 2008, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman berkata projek tersebut membuktikan komitmen kerajaan untuk membela nasib rakyat yang berpendapatan rendah di negeri ini; terutama untuk menempatkan golongan setinggan dan menyediakan kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah, termasuk mereka yang kurang berkemampuan.

Kata Musa lagi, pelaksanaan projek secara 'fast-track' dengan membenarkan beberapa kelonggaran peraturan bagi tujuan mempercepatkan pelaksanaan projek, manakala kos projek adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan di kawasan seluas 20 ekar.

Oleh itu tidak hairan jika pada 8 Februari 2011, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Azizah Mohd Dun menyeru kerajaan persekutuan agar menyegerakan pembinaan Projek Perumahan Rumah (PPR) Selagon, yang terletak 7.5 kilometer dari Beaufort dan terbengkalai sejak tahun 2007.

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

189 comments:
Write comments
  1. ATAS alasan apa sekalipun tindakan Lajim Ukin yang meninggalkan UMNO adalah tindakan paling kotor dan inilah tindakan yang paling tidak bermaruah serta beradab dalam sejarah politik tanahair.

    ReplyDelete
  2. Apa yang dipamerkan oleh beliau sekailgus membuktikan bahawa beliaulah pembeot parti yang paling hina kalau mahu dibandingkan dengan beberapa nama sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. Sikap berpaling tadah Lajim Ukin di saat beliau masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagia Beufort membuktikan bahawa beliau meletakkan kepentingan peribadi lebih utama.

    ReplyDelete
  4. Sungguh tidak disangka bukan tindakan lajim ini yang ikutkan keinginan sendiri dengan janji Anwar daripada mempertahankan maruah UMNO serta Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  5. Lajim yang mengaku pejuang tetapi takut kalah dan sebelum kalah akan mengumumkan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.

    ReplyDelete
  6. Beliau begitu yakin BN akan tumbang dan ibarat kata pepatah,dahan belum patah cuma baru bergoyang,Lajim sudah menjadi seperti beruk melompat mencari dahan lain.

    ReplyDelete
  7. Apa guna semangat berpasukan parti dalam BN ini kalau ahli tidak yakin seperti Lajim ini. Memang perlu diubah sikap ini. Belum cuba belum tahu. Jangan mudah mengalah.

    ReplyDelete
  8. Kali ini Lajim sudah tidak berteka teki lagi apabila segala ugutan dan tekanan diberikan kepada Perdana Menteri tidak dipedulikan kerana beliau akan keluar UMNO untuk menyertai pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Biarpun Lajim ada sejarah lompatnya namun lompatan di saat UMNO dan BN sedang bersiap sedia untuk mendepani PRU13 cukup jahat serta paling tidak bermoral dilakukan oleh ahli politik veteran seperti beliau.

    ReplyDelete
  10. Kerana dalam saat mahu berperang Lajim menukar kem dan menggunakan senjata yang diberikan UMNO dan BN untuk membunuh rakan-rakan beliau dalam UMNO dan BN.

    ReplyDelete
  11. Lajim juga boleh kita sifatkan sebagai pemimpin penipu kerana sebelum ini apabila ditanya adakah beliau akan menyertai PKR menolak kenyataan tersebut.

    ReplyDelete
  12. Tetapi rupa-rupanya beliau menggunakan kedudukannya sebagai MT UMNO,Timbalan Menteri dan MP Beufort adalah untuk mengugut kepimpinan pusat serta negeri supaya tunduk kepada segala desakannya.

    ReplyDelete
  13. Tindakan Lajim ini juga dikatakan berpunca daripada keyakinan beliau bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan kalah dalam PRU13 nanti bukan sahaja di Sabah tetapi diseluruh Malaysia. Ini memang tidak layak untuk dipilih kerana takut kerana kalah sedangkan kawan-kawan lain akan terus berjuang.

    ReplyDelete
  14. bagaimana kalau status dalam peperangan sebenar? Bukankah ini tindakan yang tidak patut. Kawan-kawan beruasaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan negara tapi lajim lari dan menyertai musuh pula. Pengkhianatkah kita panggil orang sebegini?

    ReplyDelete
  15. Semua maklumat dan pelbagai info ada pada Lajim jadi semua itu diserahkan kepada pihak musuh untuk menjatuhkan kawan sendiri.

    ReplyDelete
  16. Sebagai persiapan awal, untuk meneruskan survival politik beliau,beliau akhirnya memilih untuk meninggalkan rakan-rakan yang lain dalam UMNO dan Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  17. Apa alasan lajim? Cuba lihat sendiri, untuk menyelamatkan dirinya sendiri dan faktor kononnya perjuangan beliau adalah untuk rakyat Sabah hanyalah rekaan politiknya semata-mata.

    ReplyDelete
  18. Betulkah perjuangan beliau ini untuk rakyat? fikrikan sendiri. Rakyat atau kepentingan sendiri. Kalau benar takut kenapa tidak sokong parti tempatan dan kenapa perlu menyertai PR?

    ReplyDelete
  19. Malah Lajim juga bertindak sedemikian kerana termakan dengan janji-janji Anwar Ibrahim yang akan melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya pembangkang berjaya menumbangkan BN dalam PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  20. Tidak cukup dengan itu Lajim juga dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Anwar (besar sungguh cita-cita politik Lajim ini).

    ReplyDelete
  21. Elok jugalah Lajim diperbodohkan oleh Anwar,dulu di Sarawak pun Baru Bian dijanjikan Ketua Menteri Sarawak tapi akhirnya Baru Bian angkat sumpah di depan gambar Anwar sahaja.

    ReplyDelete
  22. Lajim yang selama ini kita anggap bijak bermain politik tetapi sejak menukar buah pinggangnya,beliau jadi terlalu mudah untuk diperbodohkan.

    ReplyDelete
  23. UMNO serta BN diyakini tidak akan meratap hiba dengan kehilangan parasit seperti Lajim ini dan lebih memudahkan UMNO dan BN membuat pembersihan dalam parti.

    ReplyDelete
  24. Pastikan yang terbaik untuk parti UMNO/BN. Lagi bagus kalau ada parasit sebegini tarik diri awal. Sekurangnya tidak akan menjejaskan parti BN pada akan datang.

    ReplyDelete
  25. Untuk PRU13,PM dan Musa Aman harus mengenalpasti pemimpin yang setia pada parti dan tidak meninggalkan medan perjuangan walau dengan apa cara sekalipun untukk dipilih sebagai wakil BN ataupun UMNO dalam PRU nanti.

    ReplyDelete
  26. Busuknya lagi permainan politik Lajim ini walaupun dalam masa beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri,beliau masih mampu menebalkan muka menjaja jawatannya termasuklah bertemu dengan Nik Aziz di Kelantan baru-baru lalu.

    ReplyDelete
  27. Kalau betullah dia bermaruah serta berwibawa sejurus selepas meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian Beufort dia mengosongkan pejabatnya.

    ReplyDelete
  28. Tetapi beliau masih menggunakan taktik ugut dan mendesak Perdana Menteri untuk tunduk kepada 21 desakannya termasuklah mahu Musa Aman mengosong kerusi Ketua Menteri Sabah dalam masa 15 hari.

    ReplyDelete
  29. Lucu juga bukan tindakan Lajim ini mahukan Datuk Musa mengosongkan kerusi Ketua Menteri. Apa kuasa Lajim berbuat begitu yang hanya bertujuan untuk kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  30. Kita percaya dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Lajim terhadap parti dan kerajaan ketika ini,maka akan pecah berderailah segala kerakusan Lajim dan tidak pelik kalau dilihat sikap rakus dan tamaknya mengejar jawatan Ketua Menteri.

    ReplyDelete
  31. Beliau juga rakus menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Persekutuan ataupun sebelum ini pernah menjadi Menteri di beberapa Kementerian dalam kerajaan Negeri Sabah serta Ketua Merinyu Projek di Jabatan Ketua Menteri Sabah sewaktu menyandang ADUN Klias.

    ReplyDelete
  32. Malah ada yang mendakwa Lajim Ukin lebih korupsi daripada semua pemimpin dari Sabah. Bayangkan sendiri..

    ReplyDelete
  33. Pemerhati politik tidak hairan apabila laporan daripada SabahKini.Net yang mendedahkan hubungan kontrak serta projek dengan Shafie Afdal telah dibuat antara mereka berdua ini.

    ReplyDelete
  34. Apa pula hubungan Shafie dengan Lajim ini?Untuk peringkat ini biar kita kaburkan dulu kisah kedua-dua mereka ini namun kalau benar beberapa projek di Sabah telah diberikan kepada Lajim melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

    ReplyDelete
  35. Lajim membuktikan juga dalam masa beliau berhasrat untuk meninggalkan parti,beliau terus berusaha untuk `menyamun’segala projek-projek kerajaan.

    ReplyDelete
  36. Shafie dituduh ada kaitan dengan tindakan Lajim ini terutama membabitkan projek Pembangunan Luar Bandar bernilai RM150 juta, Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta namun Lajim memekak kononnya kedudukan beliau sebagai MP Beufort tidak dibantu oleh Kerajaan Pusat.

    ReplyDelete
  37. Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah kerana difahamkan sebagai 'Projek Top-Up' sekalipun dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar(JLB) oleh KKLW

    ReplyDelete
  38. Tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer sedangkan kos pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2 hingga RM3 juta (kos naiktaraf hanya RM1 juta).

    ReplyDelete
  39. Projek HQ.191/2011(F) bagi kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011 dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.

    ReplyDelete
  40. Semua projek Kerajaan Persekutuan ini dikaitkan dengan Lajim dan belum terdedah lagi beberapa penyelewengan sewaktu Lajim menjawat Menteri Pertanian Sabah satu ketika dulu dan mereka ini semua sedang menunggu pengistiharan rasmi Lajim keluar dari UMNO.

    ReplyDelete
  41. Dipercayai Sabah terutama sekali di Beufort akan bergegar kisah Lajim Ukin,pembelot serta pengkhianat yang mencipta sejarah ini.

    ReplyDelete
  42. Kita tidak tahu apa hubungan antara Lajim dan Shafie dan kita amat berharap semua itu fitnah apabila Shafie dikatakan menjadi perancang utama untuk mengkacaubilaukan politik Sabah menjelang PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  43. Dan kita harap pemberian projek oleh Kementerian Shafie kepada suku sakat ataupun Lajim sendiri bukanlah umpan untuk memalukan Najib serta Datuk Musa Aman tetapi adalah kerana kemampuan syarikat itu sendiri.

    ReplyDelete
  44. Kita juga berharap siasatan SPRM tidak menemukan keterlibatan Lajim dalam kes rasuah termasuklah projek Sisa Pepejal di Kementerian Lajim sebelum ini. Kerana ini memalukan dan menjejaskan BN disebabkan parasit seperti Lajim ini.

    ReplyDelete
  45. Secara sedar atau tidak, tindakan Lajim Ukin sebelum ini juga turut memalukan Ketua Pembangkang itu sebenarnya.

    Bagi mereka, sudah mencukupi untuk Lajim Ukin itu bertindak meletakkan jawatan dalam UMNO dan Barisan Nasional tanpa melihat impak sebenarnya.

    ReplyDelete
  46. Persoalan dikalangan rakyat sekarang ialah ke mana arah tuju Lajim seterusnya dan bagaimana pula dengan masa depan bidang Politiknya selepas ini. Dari apa yang dijelaskan melalui perbualan beliau dengan Lajim, Ahli Parlimen Beufort itu berkali - kali menyatakan yang dia akan masuk PKR.

    ReplyDelete
  47. Tetapi, perkembangan terkini menyatakan yang dia tak masuk pun parti Anwar. Sebaliknya dia buat parti baru yang dinamakan sebagai Parti Reformasi Sabah (PRS).

    Soalnya, kenapa dia tak masuk PKR? Adakah dia tidak yakin dengan kepimpinan serta arah tuju dan dasar perjuangan parti Anwar?

    ReplyDelete
  48. Untuk apa lagi dia nak buat parti baru sedangkan PKR memang sudah ada di Sabah? Jawapannya, sebab dia nak kuasa. Itu sahaja. Senang saja dapat jawatan. Kerana Lajim ingin menguasai Negeri Sabah ini tanpa ada pihak kedua.

    ReplyDelete
  49. Dengan tindakan Lajim itu juga berjaya menjawab persoalan kenapa Ketua - Ketua Cabang PKR dikawasan Beufort serta ahli - ahlinya meletakkan jawatan dan keluar parti.

    ReplyDelete
  50. Itu tanda protes yang dilakukan kerana mereka sendiri sedar, Lajim pasti akan merampas kuasa dikawasan mereka. Dan memang itu tujuan dia.

    Mungkin perkara itu telah pun dibangkitkan kepada kepimpinan PKR Pusat. Tapi, kita pun tahu yang PKR Pusat ni bukan peduli sangat apa kata orang lain. Diorang bukan pernah ambik berat pun dengan suara dikalangan ahli - ahli mereka sendiri. Semuanya diorang anggap macam nyamuk dimalam hari. Bising tak tentu arah.

    ReplyDelete
  51. Sebagai ‘Raja Katak’ sejak 1994, Lajim diketahui sebagai seorang pemimpin yang tamak dan dalam masa yang sama ‘penakut’ untuk bertindak sendirian sekalipun diangkat sebagai ‘Janang Gayuh’ oleh Masyarakat Bisaya di Beaufort.

    ReplyDelete
  52. DATUK LAJIM UKIN yang terkenal sebagai "Raja Katak" telah menukarkan wataknya sekali lagi. Kali ini Lajim telah bertukar menjadi "Ayam" yang boleh melompat, berkokok, mencakar, berak di mana-mana sahaja, dan terbang....malangnya terbang rendah sahaja.

    ReplyDelete
  53. Walau bagaimanapun, title "Ayam" yang dibawa Lajim kali ini berbeza sedikit daripada ayam sebenar. Lajim boleh dicopkan sebagai "Ayam Tua Reject" yang ingin mendapat perhatian dalam gelanggang bahawa dialah "Ayam Sabung" yang masih kuat untuk bersabung di gelanggang politik.

    ReplyDelete
  54. Dalam usaha untuk mengiktiraf bahawa dia adalah "Ayam Sabung" yang masih kuat dan masih diminati oleh rakyat kononnya....pelbagai usaha telah dibuatnya.

    ReplyDelete
  55. ni termasuklah dengan mengapi-apikan rakyat supaya menyokong perjuangannya, menuduh kerajaan menzaliminya, membanggakan diri bahawa dia telah membawa pembangunan pesat di Beaufort, mengisytiharkan dirinya sebagai pembela masyarakat bisaya dan sebagainya.

    ReplyDelete
  56. Merujuk kepada title "Ayam Tua Reject" yang dimiliki oleh Lajim itu, dia merasakan bahawa dia layak untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seperti yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  57. tetapi sebenarnya Lajim telah masuk perangkap musang Anwar Ibrahim. Macam-macam usaha telah dilakukan oleh Lajim demi mencapai cita-citanya itu untuk menjadi Ketua Menteri Sabah termasuk melawan Datuk Musa Aman.

    ReplyDelete
  58. Perundingan sulit beliau bersama Anwar selama ini telah memperbodohkan rakyat yang masih menyokongnya.

    ReplyDelete
  59. Kesempatan itu telah menyebabkan Lajim mempergunakan pengundi-pengundi di Parlimen Beaufort untuk menyokong perjuangannya. Lajim mengatakan kepada pengundi di Parlimen Beaufort bahawa dia berbuat begitu atas "arahan" kerajaan TETAPI sebenarnya ia hanyalah sandiwara politik Lajim bersama Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  60. Lajim tidak menyedari bahawa kalau sudah di"reject" umpama "Ayam Tua Reject", sepatutnya dia harus sedar bahawa khidmatnya tidak diperlukan lagi

    ReplyDelete
  61. sebagai seorang veteran dalam politik, sepatutnya Lajim harus memberi laluan dengan pelapis baru dalam politik. Tetapi malangnya masih juga mahu bersabung dan ingin menunjukkan kekuasaannya. Aiyaaaa........patutla title "Ayam Tua Reject" tu sinonim dengan Lajim.

    ReplyDelete
  62. Lajim menganggap bahawa seluruh rakyat Sabah menyokong perjuangannya, maka dengan itu lah juga dia menubuhkan "Parti Baru" iaitu Pakatan Perubahan Sabah (PPS.

    ReplyDelete
  63. tetapi PPS tu sebenarnya merujuk kepada "Parasit Perosak Sabah" (PPS).

    ReplyDelete
  64. Jangan ingat seluruh Sabah menyokong perjuangan mu. Pengundi di Parlimen Beaufort pun tidak tahu lagi sama ada semua menyokongmu ataupun tidak.

    ReplyDelete
  65. Jangan lah masyarakat bisaya Beaufort taksub dengan perjuangan Lajim itu kerana ia akan memudaratkan kawasan Beaufort.

    ReplyDelete
  66. kalanga ahli-ahli BN ketika ini lebih kepada menghembuskan nafas kelegaan. Lega kerana satu episod lambaian "bye-bye" politik yang terlalu lama dan yang penuh dengan babak-babak dramatik dan retorik yang memenatkan telah berakhir

    ReplyDelete
  67. kekecewaan tidak mendapat apa yang dihajati di dalam BN kepada janji yang diumpan oleh pihak sebelah kepada tuduahan bahawa BN gagal mentadbir negara.

    ReplyDelete
  68. Malaysia adalah negara demokrasi dan sesiapa pun berhak untuk menggunakan landasan yang disukai dalam perjuangan politik mereka

    ReplyDelete
  69. pembangkang mendakwa Lajim mempunyai pengaruh di Beaufort dan perletakan jawatannya dalam UMNO akan memberi tamparan hebat kepada BN. konon saja la. belum tentu lagi tu.

    ReplyDelete
  70. Pengaruh beliau di situ bukan semata-mata kerana populariti beliau sendiri tetapi kerana kekuatan parti UMNO yang menjadi pilihan kepada rakyat di Beaufort.

    ReplyDelete
  71. Majoriti rakyat Beaufort terutamanya pengundi Islam mempunyai pandangan jauh. Mereka mengundi parti bukan indidvidu. Sekadar seorang individu tidak akan dapat menjamin kepentingan mereka terjamin.

    ReplyDelete
  72. ramai yang menjangkakan akan berlaku pergolakan di dalam Pakatan Rakyat Sabah dalam masa yang terdekat ini.

    ReplyDelete
  73. Lajim, sudah tentu akan menuntut tampuk kepimpinan Pakatan Rakyat jika beliau mahu menjadi Ketua Menteri Sabah

    ReplyDelete
  74. Ada juga yang mengatakan bahawa Lajim mahu senarai calonnya digunakan untuk memastikan calon-calon pilihan beliau menjadi calon Pakatan. Tujuannya ialah untuk memastikan tidak ada tentangan dari dalaman bila beliau mahu menjadi Ketua Menteri nanti.

    ReplyDelete
  75. UMNO ditubuhkan atas dasar perjuangan bukan kerana individu. Maknanya, ahli UMNO mendokong UMNO kerana dasar perjuangannya.

    ReplyDelete
  76. UMNO masuk Sabah atas usaha Lajim Ukin. Sabenarnya ndak ada nama UMNO dlm persda pentas politik Sabah. Walau bg aku,Lajim tu katak lompat juga karakternya, tapi tentukan PR memerintah negara selapas ini. Ok bah kalau kkau. Kalau Lajim mcm katak lompat,jgn jadi kitak saparti katak bawah tampurong. Nampak,tapi ndak bole lompat. Nampak kebaikan ddunia luar, tapi otak tumpul sebab 55 thn kena kurongan OMNO,bah.

    Tetuan Wales & Petruss

    ReplyDelete
  77. PPR Selagon sebenarnya tidak wujud. Biasalah dekat PRU12 banyak pecah tanah supaya jadi politik sabun, lepas menang cuci pakai sabun. Tapi belum terlambat lakukan sekarang "janji di tepati' Jangan salah orang jika projek itu tidak wujud. PRU13 dekat sudah, saya percaya banyak projek pecah tanah lagi, jangan kamu hairan. Sepert di Nabawan dah 2 PRU 9 pecah tanah projek Hospital PRU12 pecah tanah lagi projek Hospital di Nabawan, sampai sekarang tidak wujud. Tidak lama lagi di hantarlah Hitachi korek2, selepas PRU hilang Hitachi, jangan hairan. Seperti di Kota Belud di Kadamaian, lori hantar tiang2 letrik tapi selepas PRU tiang2 tersebut diangkat lagi kakaakakaaa politik. Tapi sekarang rakyat dah tau ini, tidak lagi terpadayah, fikiran dah terbuka.

    ReplyDelete
  78. mana-mana pemimpin dengan apa-apa jawatan sekalipun, harus berundur secara baik jika sudah tidak yakin dengan parti dan kerajaan yang mereka wakili.

    ReplyDelete
  79. mana-mana pemimpin dengan apa-apa jawatan sekalipun, harus berundur secara baik jika sudah tidak yakin dengan parti dan kerajaan yang mereka wakili.

    ReplyDelete
  80. pemimpin itu perlu berundur secara sukarela dan terhormat tanpa perlu diberhentikan daripada jawatan yang disandang.

    ReplyDelete
  81. Di dalam parti dan kerajaan, kita ada peraturan dan etika. Kalau seseorang pemimpin itu, atau menteri itu, atau timbalan menteri itu, tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan parti, atau terhadap kerajaan yang mereka wakili, maka mereka harus berundur secara baik.

    ReplyDelete
  82. "Jangan perlu (tunggu) sampai diberhentikan. Sebagai 'gentleman' kita berhenti,"

    ReplyDelete
  83. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkuatkuasa serta-merta.

    ReplyDelete
  84. Sehubungan itu, beliau berkata tindakan kerajaan Malaysia yang diterajui Barisan Nasional (BN) adalah wajar.

    ReplyDelete
  85. Pengerusi BN Sabah itu menasihatkan semua kepimpinan Umno dan BN di negeri ini agar tidak terikut-ikut atau membuang masa dengan isu Lajim kerana apa yang lebih penting ialah bekerja keras untuk membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  86. Musa juga berkata, kepimpinan Umno dan BN perlu terus memperkukuh perpaduan dan kerjasama selain terus bekerja kuat kerana mereka memikul amanah serta mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  87. "Kita tidak perlu gentar, kita tidak perlu takut, kerana kita mempunyai kerajaan yang terbaik, pemimpin yang terbaik. Kita ada trek rekod yang terbaik.

    ReplyDelete
  88. Jadi, apa yang (perlu) kita malukan, apa yang (perlu) kita gentarkan, apa yang perlu kita susahkan. Kita berani kerana benar, takut kerana salah. Kita berada di landasan yang benar. Ini yang saya katakan kepada rakyat negeri Sabah, dan mereka mengerti. Orang Sabah matang berpolitik. Mereka tahu mana kerajaan yang mereka mahu pilih dan mana kerajaan yang mereka mahu sokong.

    ReplyDelete
  89. Musa meminta semua pemimpin Umno dan BN di Sabah mengutamakan keikhlasan kepada kerajaan, parti serta pemimpin, bukan kepentingan peribadi, kerana hanya melalui cara itu, kerajaan dan rakyat akan terus hidup sejahtera.

    ReplyDelete
  90. Berbeza dengan pemimpin 'songsang' atau pembangkang, Musa berkata mereka ini pura-pura buta dan pekak terhadap perubahan serta pembangunan yang berlaku di Sabah, namun rakyat mampu menilai mana yang buruk dan baik untuk mereka.

    ReplyDelete
  91. Sikap berpaling tadah Lajim Ukin di saat beliau masih memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan serta meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagia Beufort membuktikan bahawa beliau meletakkan kepentingan peribadi lebih utama daripada mempertahankan maruah UMNO serta Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  92. Lajim yang mengaku pejuang tetapi takut kalah dan sebelum kalah 29 haribulan Julai nanti beliau akan mengumumkan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.Beliau begitu yakin BN akan tumbang dan ibarat kata pepatah,dahan belum patah cuma baru bergoyang,Lajim sudah menjadi seperti beruk melompat mencari dahan lain.

    ReplyDelete
  93. Lajim yang mengaku pejuang tetapi takut kalah dan sebelum kalah 29 haribulan Julai nanti beliau akan mengumumkan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat.Beliau begitu yakin BN akan tumbang dan ibarat kata pepatah,dahan belum patah cuma baru bergoyang,Lajim sudah menjadi seperti beruk melompat mencari dahan lain.

    ReplyDelete
  94. Lajim Ukin sudah pun menghantar jemputan kepada rakan-rakan beliau untuk hadir di majlis Berbuka Puasa di rumahnya di Beufort dan turut dihadiri oleh Hadi Awang,Lim Kita Siang serta Anwar Ibrahim pada 29 Julai 2012 nanti.Kali ini Lajim sudah tidak berteka teki lagi apabila segala ugutan dan tekanan diberikan kepada Perdana Menteri tidak dipedulikan kerana pada tarikh itu jugalah beliau akan mengistiharkan keluar UMNO untuk menyertai pembangkang.

    ReplyDelete
  95. Biarpun Lajim ada sejarah lompatnya namun lompatan di saat UMNO dan BN sedang bersiap sedia untuk mendepani PRU13 cukup jahat serta paling tidak bermoral dilakukan oleh ahli politik veteran seperti beliau kerana dalam saat mahu berperang Lajim menukar kem dan menggunakan senjata yang diberikan UMNO dan BN untuk membunuh rakan-rakan beliau dalam UMNO dan BN.

    ReplyDelete
  96. Lajim juga boleh kita sifatkan sebagai pemimpin penipu kerana sebelum ini apabila ditanya adakah beliau akan menyertai PKR menolak kenyataan tersebut tetapi rupa-rupanya beliau menggunakan kedudukannya sebagai MT UMNO,Timbalan Menteri dan MP Beufort adalah untuk mengugut kepimpinan pusat serta negeri supaya tunduk kepada segala desakannya.

    ReplyDelete
  97. Tindakan Lajim ini juga dikatakan berpunca daripada keyakinan beliau bahawa UMNO dan Barisan Nasional akan kalah dalam PRU13 nanti bukan sahaja di Sabah tetapi diseluruh Malaysia dan sebagai persiapan awal, untuk meneruskan survival politik beliau,beliau akhirnya memilih untuk meninggalkan rakan-rakan yang lain dalam UMNO dan Barisan Nasional untuk menyelamatkan dirinya sendiri dan faktor kononnya perjuangan beliau adalah untuk rakyat Sabah hanyalah rekaan politiknya semata-mata.

    ReplyDelete
  98. Malah Lajim juga bertindak sedemikian kerana termakan dengan janji-janji Anwar Ibrahim yang akan melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya pembangkang berjaya menumbangkan BN dalam PRU13 nanti dan tidak cukup dengan itu Lajim juga dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Anwar

    ReplyDelete
  99. Elok jugalah Lajim diperbodohkan oleh Anwar,dulu di Sarawak pun Baru Bian dijanjikan Ketua Menteri Sarawak tapi akhirnya Baru Bian angkat sumpah di depan gambar Anwar sahaja.

    ReplyDelete
  100. Lajim yang selama ini kita anggap bijak bermain politik tetapi sejak menukar buah pinggangnya,beliau jadi terlalu mudah untuk diperbodohkan dan UMNO serta BN diyakini tidak akan meratap hiba dengan kehilangan parasit seperti Lajim ini dan lebih memudahkan UMNO dan BN membuat pembersihan dalam parti.

    ReplyDelete
  101. Untuk PRU13,PM dan Musa Aman harus mengenalpasti pemimpin yang setia pada parti dan tidak meninggalkan medan perjuangan walau dengan apa cara sekalipun untukk dipilih sebagai wakil BN ataupun UMNO dalam PRU nanti.

    ReplyDelete
  102. Huduh dan busuknya lagi permainan politik Lajim ini walaupun dalam masa beliau menyandang jawatan Timbalan Menteri,beliau masih mampu menebalkan muka menjaja jawatannya termasuklah bertemu dengan Nik Aziz di Kelantan baru-baru lalu dan kalau betullah dia bermaruah serta berwibawa sejurus selepas meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian Beufort,dia mengosongkan pejabatnya tetapi beliau masih menggunakan taktik ugut dan mendesak Perdana Menteri untuk tunduk kepada 21 desakannya termasuklah mahu Musa Aman mengosong kerusi Ketua Menteri Sabah dalam masa 15 hari.

    ReplyDelete
  103. ada yang mendakwa Lajim Ukin lebih korupsi daripada semua pemimpin dari Sabah dan pemerhati politik tidak hairan apabila laporan daripada SabahKini.Net yang mendedahkan hubungan kontrak serta projek dengan Shafie Afdal.Apa pula hubungan Shafie dengan Lajim ini?Untuk peringkat ini biar kita kaburkan dulu kisah kedua-dua mereka ini namun kalau benar beberapa projek di Sabah telah diberikan kepada Lajim melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Lajim membuktikan juga dalam masa beliau berhasrat untuk meninggalkan parti,beliau terus berusaha untuk `menyamun’segala projek-projek kerajaan.

    ReplyDelete
  104. Shafie dituduh ada kaitan dengan tindakan Lajim ini terutama membabitkan projek Pembangunan Luar Bandar bernilai RM150 juta, Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta namun Lajim memekak kononnya kedudukan beliau sebagai MP Beufort tidak dibantu oleh Kerajaan Pusat.

    ReplyDelete
  105. Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah kerana difahamkan sebagai 'Projek Top-Up' sekalipun dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar(JLB) oleh KKLW; tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer sedangkan kos pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2 hingga RM3 juta (kos naiktaraf hanya RM1 juta).

    ReplyDelete
  106. Projek HQ.191/2011(F) bagi kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011 dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.

    ReplyDelete
  107. Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin Bacho, Faridah Ang Mei Ling dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah melaksanakan Projek Pembinaan Kem Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota, Tawau, Sabah pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan Projek Naiktaraf Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada 30 Julai 2007 dengan kos RM 18,585,154.87.

    ReplyDelete
  108. Semua projek Kerajaan Persekutuan ini dikaitkan dengan Lajim dan belum terdedah lagi beberapa penyelewengan sewaktu Lajim menjawat Menteri Pertanian Sabah satu ketika dulu dan mereka ini semua sedang menunggu pengistiharan rasmi Lajim keluar dari UMNO dan dipercayai Sabah terutama sekali di Beufort akan bergegar kisah Lajim Ukin,pembelot serta pengkhianat yang mencipta sejarah ini.

    ReplyDelete
  109. Sepatutnya rakyat Sabah ramai2 kutuk tindakan KM yg rampas tanah penduduk kg di DUN Sukau,Kinabatangan. Memang mereka ndak ada geran tapi dah 30 tahun mereka usahakan. Dah bersih tanah2 itu, senang2 KM bawakan jentolak melalui sykt kroni utk sodok keluar hasil pertanian penduduk yg dh brpuloh tahun ushakan. Jugak spatutnya rakyat Sabah brjuang,kenapa suku kaum Sungei yg brjumlah ratusan org telah lama dibanjiri / dlitupi oleh pndatang asing brjumlah hampir 200 ribu org, jugak dKinabatangan. Itu dua isu besar yg harus dperjuangkan oleh rakyat Sabah. Ndak perlu la kata mngata pd Ljim , Wilfred, Anwar atau mana individu yg tiada kaitan dgn isu2 besar yg kelak mmbahayakan masa depan pribumi Sabah jugak. Bagaimana UMNO/BN berjaya mmecahkan suara kaum Kadazandusun di Sabah kpd 2 group. Itu juga harus dilihat.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  110. Mengapa sekarang baru tau Lajim itu jahat? Kenapa dulu dipuji?SErupa juga pemimpin2 lain sekarang yg menyokong UMNO. kalau berpaling tadah dikata pengkhianat dan rasuah? Biasalah.Rakyat tidak bodohlah. Pengampu dan pembodek ni bising dan meyalak bukan apa kerana dibayar!Kalau Lajim itu seperti yg mereka tuduh lebih baik dia duduk tempat dia dulu jadi menetri sehingga Pilihanraya 13. Ada berani kah nak tuduh kalau dia masih mentri? Pembodek dan penjilat ini semua rendah IQ!Ingat orang awam ni bodoh mcm mereka ke?

    ReplyDelete
  111. Permulaan UMNO/BN memerintah Sabah dulu hinggalah sekarang adalah hasil Lompatan Datuk Lajim dan rakan-rakan YB lainnya ke dalam UMNO/BN, masa itu. Jadi kalau mau hina orang sebagai tidak bermoral pun berpada-padalah. Lebih kurang sama macam di Perak belum berapa lama ini. Bila menguntungkan UMNO tidak pula dihina sebagai tidak bermoral. Jiwa UMNO yang berakar umbi di Semenanjung boleh melompat ke PKR jadi Pemimpin dan Ahli PKR, inikan pula Sabah, Jiwa UMNO bukan berasal dari Sabah. Ahli yang menyertai Parti ini samalah macam PBS, PBRS, dulunya BERJAYA bila-bila masa orang boleh Lompat sebab Jiwa tidak meresap dalam Parti. Itulah Lompat dalam politik Sabah adalah perkara biasa dari dulu hingga sekarang.

    ReplyDelete
  112. psssstttt!! tunggu saja PRU13... penentuannya..

    ReplyDelete
  113. LOmpat untuk berkhidmat kepada rakyat apa salahnya! Jangan lompat mengenyang perut sendiri ,saudara mara dan kroni. Ini yg berlaku kepada pemimpin UMNO dan BN !

    ReplyDelete
  114. Datuk Lajim Haji Okin perlulah mengambil tanggungjawab kerana gagal memastikan projek berkenaan siap mengikut jadual.

    ReplyDelete
  115. PPR adalah program yang baik kepada rakyat tapi Lajim Ukin gagal melaksanakannya dengan berkesan.

    ReplyDelete
  116. Rakyat tidak mendapat manfaat daripada program ini disebabkan kecuaian Lajim Ukin.

    ReplyDelete
  117. Keprihatinan Datuk Azizah Mohd Dun kepada mangsa banjir haruslah dipuji.

    ReplyDelete
  118. Datuk Azizh sentiasa memberi perhatian kepada mereka yang memerlukan bantuan.

    ReplyDelete
  119. Semangat kebajikan Datuk Azizah Dun haruslah dicontohi.

    ReplyDelete
  120. Lajim adalah ahli politik yang pentingkan diri, beliau boleh sabotaj BN, beliau juga boleh sabotaj PR juga.

    ReplyDelete
  121. Kini PR dijadikan pelampung sementara menunggu parti sendiri diluluskan.

    ReplyDelete
  122. Lajim langsung tidak boleh diharap kerana beliau pasti akan keluar parti bila parti sendiri ditubuhkan.

    ReplyDelete
  123. Hanya Anwar Ibrahim yang percaya denganya dan memberikan beliau kuasa tinggi dalam parti PKR.

    ReplyDelete
  124. Ahli PKR Sabah sudah rasa tidak puas dengan keputusan Anwar untuk membenarkan Lajim melantik calon untuk PRU-13.

    ReplyDelete
  125. Anwar pasti akan kesal memberikan kuasa dan kepentingan dalam partinya nanti.

    ReplyDelete
  126. Patutlah rakyat Beaufort juga tidak mahu menyokong beliau lagi.

    ReplyDelete
  127. Terutamanya kaum Bisaya yang menyatakan bahawa mereka tidak menyokong Lajim lagi semasa Lajim baru keluar dari parti.

    ReplyDelete
  128. Rupanya mereka memang sudah kecewa dengan Lajim dari awal lagi.

    ReplyDelete
  129. Lajim sudah tiada kaitan dengan UMNO lagi.

    ReplyDelete
  130. Selepas Lajim keluar part, inilah terjadinya semakin banyak komen dan anggapan negatif terhadapnya.

    ReplyDelete
  131. Jika Lajim masih ikhlas dan sanggup berusaha demi rakyat, pasti mendapat sokongan yang berterusan.

    ReplyDelete
  132. Lajim ada misi sendiri dicapai, itulah beliau keluar parti.

    ReplyDelete
  133. Ada yang kecewa dan ada yang amat syabas dengan usaha Lajim. Masing-masing ada penilaian sendiri.

    ReplyDelete
  134. mangsa alam sekitar yang nama mereka disenaraikan sebagai salah seorang penyewa PPR berkenaan menganggap Lajim sebagai 'pengkhianat negara' dan 'pecah amanah';

    Beliau harus bertanggung jawab atas kesilapannya.

    ReplyDelete
  135. Banyak ke penyelewengan disebabkan Lajim?

    ReplyDelete
  136. SIAPA YG BERKUASA LAJIM KE MUSA? KAMU PI TANYA MUSA, MANA PERUNTUKAN UTK BAUFORT?

    SAYA TAHU HANYA SEORG JE YG BUAT KOMEN BANYAK-BANYAK NAK BURUKKAN DATUK LAJIM.

    RAKYAT SABAH BANGUNLAH DAN SEDARLAH DATUK LAJIM BUAT SEMUA INI DEMI RAKYAT, NAK KEMBALIKAN HAK RAKYAT SABAH YG TELAH DIRAMPAS BN. BN TELAH MENJADIKAN PEMIMPIN BN SABAH BUTA DAN LUPA TENTANG KEBAJIKAN RAKYAT TERUTAMANYA RAKYAT PEDALAMAN.

    ReplyDelete
  137. Alasan Lajim untuk keluar UMNO alasan lapuk, sedangkan semua tau yang beliau bercita-cita besar mau jadi KM.

    ReplyDelete
  138. Lajim seorang yang pentingkan diri sendiri, ada agenda sendiri.

    ReplyDelete
  139. UMNO Beaufort mampu mempertahankan kerusi parlimen kawasan berkenaan walaupun Ahli Parlimennya yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Barisan Nasional untuk menyertai pembangkang.

    ReplyDelete
  140. Pemangku Ketua Bahagian, Isni Aliasnih menyatakan beliau bersama-sama jawatankuasa yang masih bersama UMNO dan Barisan Nasional akan tetap memastikan kerusi Parlimen serta DUN terus menjadi milik Barisan Nasional pada pilihan raya nanti.

    ReplyDelete
  141. “Kami yang ditinggalkan akan sentiasa dapat mengemudikan perahu yang ditinggalkan, saya bersama dengan jawatankuasa yang ditinggalkan dapat mengolah dan melaksanakan amanah yang dipiluk dan diberikan kepada kami.

    ReplyDelete
  142. “Kami ingin memberi tahu bahawa kami tidak akan goyang, kerana yang pergi tidak ramai dan sokongan yang kami terima adalah bukti kami lebih kuat daripada mereka,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

    ReplyDelete
  143. Sementara itu, Ketua Wanita Bahagian Beaufort, , Datuk Azizah Mohd Dun menyatakan walaupun berlaku permasalahan yang membabitkan bekas ketua bahagian , beliau menyatakan keyakinan bahawa Beuafort tetap akan menjadi milik kepada Barisan Nasiona

    ReplyDelete
  144. “Walaupun ada sedikit gelombang, yang terpaksa kami lalui namun begitui gelombang itu akan dapat kami atasi, kerana kapal yang kami naiki ini adalah kapal yang besar dan bersama kepada rakyat dan negara ini,” katanya lagi.

    ReplyDelete
  145. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi jaminan kepada penduduk Beaufort bahawa kawasan itu akan terus diberi pembelaan yang sewajarnya meskipun kini menghadapi gelombang politik.

    ReplyDelete
  146. Musa, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata Parlimen Beaufort perlu terus diwakili oleh BN dalam pilihan raya umum akan datang demi masa depan yang lebih cerah.

    ReplyDelete
  147. Oleh itu, beliau mengajak rakyat Beaufort supaya terus memberi sokongan padu kepada kerajaan sedia ada, sekali gus memastikan Parlimen Beaufort dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Klias serta Kuala Penyu kekal sebagai kubu kuat BN.

    ReplyDelete
  148. “Tentu sekali Beaufort khususnya DUN Klias dan Kuala Penyu tidak akan ketinggalan (dalam arus perdana pembangunan). Ini janji kita dan usaha kita. Sebagai pemimpin ada yang datang dan pergi. Kita tidak akan memegang jawatan selama-lamanya.

    ReplyDelete
  149. “Apa yang penting apabila ada yang pergi ada yang datang. Kata orang, yang patah tumbuh, hilang berganti. Jangan kecewa atau merasa cemas dan jangan merasa gundah-gulana… kita ada pengganti,” katanya

    ReplyDelete
  150. Musa berkata kerajaan BN akan terus bekerja dan berusaha bagi memastikan kepentingan rakyat Beaufort terus terbela. Parlimen Beaufort kini disandang bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Lajim Ukin yang baru-baru ini, menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.

    ReplyDelete
  151. “Walaupun ada gelombang tapi itu perkara biasa dalam politik. Apa yang penting rakyat membuat keputusan yang bijak dan baik yang membawa kebaikan dan kemakmuran rakyat termasuk di Beaufort,” katanya.

    ReplyDelete
  152. “Kita bekerja bukan untuk diri sendiri dan kepentingan peribadi. Kita seharusnya mengutamakan kepentingan umum terutama masa depan anak-anak cucu kita,” katanya

    ReplyDelete
  153. Mogunsamang saja si Lajim ni

    ReplyDelete
  154. The Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA) is calling on smallholders and idle land owners in Sabah to rent or jointly develop their land with the agency to cater for the growing demand for rubber seedlings in the State.

    ReplyDelete
  155. Its director general, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad, said the agency was looking to set up additional seedling nurseries as it currently struggled just to meet the annual demand from local planters.

    ReplyDelete
  156. “At the moment, Sabah needs no less than two million seedlings a year and we can push production at the existing nurseries to 60,000 seedlings a month.

    ReplyDelete
  157. “We can still meet the demand, but only in stages,” he said when met at the Ministry of Rural and Regional Development’s booth at the Jelajah Janji Ditepati Sabah here yesterday.

    ReplyDelete
  158. Mohamad Zuki disclosed that Sabah currently has 20 fully operational nurseries, including those jointly developed by land owners and Risda through contract farming agreement.

    ReplyDelete
  159. However, with rubber tree seedlings needing at least eight months to mature before they can be transferred to farms, and demand expected to continue to grow as more smallholders start to plant rubber, new nurseries are urgently needed, he pointed out.

    ReplyDelete
  160. The director general said ideally every district should have at least two local seedling producers, to ensure supply security in every area and for the whole State.

    ReplyDelete
  161. “The best way is for the nurseries to supply planters in the same area, because it is not ideal to transport the seedlings over a long journey as we fear it may affect their quality.

    ReplyDelete
  162. “Plannings are being made and I believe we will be able to meet future demand. In fact, we have started since early this year, not just in Sabah but the whole nation, to ensure there will be more seedling nurseries,” he said.

    ReplyDelete
  163. According to Mohamad Zuki, the best land to be developed as rubber seedling nurseries are those located near to a river or other source of clean water, as the operation involves a lot of watering and fertilizing.

    ReplyDelete
  164. The land preferably is 50 acres (about 20 hectares) and above, he added.

    He said the rent rate would be discussed individually with the land owner and those who developed the land themselves through contract farming were currently paid RM4 to RM5 per matured seedling, inclusive of transportation or delivery cost.

    ReplyDelete
  165. He noted Risda has this year allocated RM300,000 for renting nurseries.

    On a related development, the director general said Risda Sabah was in the process of collecting 18 metric tonnes of unplanted rubber seeds for its stock pile, and would pay planters and individuals RM3 for every kilogram of seed they provided.

    ReplyDelete
  166. He said October to December is the best time to collect rubber seeds, adding that Risda had allocated RM1 million for purchasing the item nationwide.

    ReplyDelete
  167. Meanwhile, Wan Mohamad Zuki said the response to Risda programmes in Sabah had been overwhelming, with applications from interested participants exceeding available capacity. “We will try to live up to this encouraging demand, including by providing more high quality seedlings.

    ReplyDelete
  168. Namun ramai di Malaysia Timur bertepuk tangan apabila Anifah Aman, penggubal undang-undang Sabah yang lantang bersuara, dilantik sebagai menteri luar dalam rombakan kabinet selepas Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri pada 3 April lalu.

    ReplyDelete
  169. Tahun lalu, Anifah membidas kerajaan persekutuan kerana tidak menawarkan jawatan kanan kepada penduduk Sabah yang layak. Katanya, penduduk Sabah berasa mereka 'diasingkan' walaupun sudah berada dalam Malaysia selama 45 tahun.

    ReplyDelete
  170. Rungutan Anifah itu bukannya baru. Sebelum ini, banyak rungutan kedengaran di Sabah bahawa mereka tidak diberi peluang berkhidmat dalam perkhidmatan awam persekutuan.

    ReplyDelete
  171. Malah, Ketua Menteri Musa Aman - abang kepada Anifah - juga merungut hanya sedikit penduduk Sabah memegang jawatan dalam jabatan persekutuan disebabkan mereka lebih suka bekerja dengan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  172. Pada awal penubuhan Malaysia, jumlah penduduk Sabah yang layak memegang jawatan dalam persekutuan adalah kurang.

    ReplyDelete
  173. Disebabkan keadaan inilah perjanjian Malaysia memberikan Sabah dan Sarawak 20 perkara, prerogatif untuk mengekalkan pegawai British dalam perkhidmatan awam sehinggalah ada orang tempatan yang layak menggantikan mereka.

    ReplyDelete
  174. Satu lagi hak diberi kepada Sabah ialah Borneonisasi khidmat awam negeri yang mesti diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  175. Ekspatriat British sudah lama pergi. Sejak lebih 45 tahun, Sabah sudah melahirkan ramai anak negeri yang berkelayakan tinggi untuk menjawat jawatan penting dalam khidmat negeri dan juga persekutuan serta dalam perusahaan swasta.

    ReplyDelete
  176. Namun, sikap meMalaysiakan khidmat awam masih kekal menjadi masalah. Kuala Lumpur berkata, ramai penduduk Sabah enggan tinggalkan negeri mereka untuk memegang jawatan di peringkat persekutuan.

    ReplyDelete
  177. Masalah ini bukan saja berlaku dalam sektor awam, malah, majikan swasta seperti bank juga menghadapi masalah yang sama di mana pekerja Sabah enggan menerima tugas pemindahan di Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  178. Sebab utama kenapa penduduk Sabah menolaknya ialah kerana mereka tidak suka dengan segala kesulitan yang terpaksa dihadapi ketika tinggal di bandaraya ibu negara yang sentiasa sibuk.

    ReplyDelete
  179. Mereka sudah biasa dengan cara hidup santai di bumi di bawah bayu, di mana kehidupan adalah baik dan semua bergerak dengan perlahan.

    ReplyDelete
  180. BARISAN Nasional is confident of regaining the Beaufort parliamentary seat, which it won in the 2008 general election, based on the solid support of the people.

    ReplyDelete
  181. Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, at a gathering with the people at Kuala Penyu town on Wednesday, said the departure of Beaufort MP Datuk Seri Lajim Ukin from BN had not swayed their supporters as rumoured.

    ReplyDelete
  182. Lajim's action was also a betrayal to the Beaufort people and BN, which worked hard to ensure his victory in the previous election.

    ReplyDelete
  183. "Today, he (Lajim) left us but he is not with BN nor is he with Parti Keadilan or Pakatan and has decided to form a new movement... He seems to have lost his way.

    ReplyDelete
  184. "So he has betrayed all of you who voted for him under the BN ticket. He has betrayed the BN's struggles.

    ReplyDelete
  185. "But there is no point crying over this, let him go. He is not important, what is important is your future and wellbeing," he told about 7,000 Kuala Penyu folk who were present.

    ReplyDelete
  186. Muhyiddin also challenged Lajim to say if he could actually fight for the people's welfare.

    ReplyDelete
  187. "Can he provide millions of ringgit for development here? If his answer was 'I do not have any post now', then why did he walk out when he did have one?
    "What is important is for us to take back our seat. This is BN's seat and no matter if Lajim plans to contest (here) or not, we will take back what is ours."

    ReplyDelete
  188. Muhyiddin said the turnout at the gathering, which was about half of the registered voters here, was testament that people were rallying behind the BN.

    ReplyDelete

  189. He also said that at the dinner led by Chief Minister Datuk Seri Musa Aman on Monday night, Sabah BN leaders also revealed various transformation rollouts and now they must ensure that no party "derailed" them from the agenda.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.